"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Friday, August 17, 2012

Raya Tahun Ini!!

Tinggal lagi beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut hari lebaran iaitu 1 Syawal, Hari Raya Aidilfitri.
Tahun ni adalah lebaran paling bermakna buat ana. 
Berhari raya bersama suami tercinta, anak yg berada di dalam kandungan dan keluarga mertua. 
Insan2 baru yg hadir di dalam hidup ana bersama keluarga yg ana sayangi sgt bermakna dalam hidup ana. Rasanya seperti tidak percaya. 
Tahun lepas ana beraya sbg seorang yg 'single',. tetapi hari ini ramainya beraya bersama ana. 
Alhamdulillah.

Raya pertama tahun ini, ana berhari raya di rumah mertua. Takpelah,. tahun depan rumah ana pula. 
Lagipun bukan jauh mana dari Penang ke Kedah. 
Alih2 boleh saja balik ke rumah ibu ayah ana.
Tak kisahlah janji ada suami di sisi.

Sedih juga ana, melihat suami isteri yg bergaduh teruk hanya sebab urusan balik kampung.
Sebenarnya yg paling penting, raya di mana2 sama. 
Ibu dan ayah mertua itu juga kan seperti ayah ibu kandung kita. Jangan la pula ada berat sebelah. 
Memang la kata org ibu sendiri tidak sama seperti ibu mertua. 
Ye la, mana kan sama. tetapi sebagai menantu kena la pandai menyesuaikan diri. 
Ana pun masih belajar mengambil hati mertua. Adakalanya kekok juga. Nanti lama2 biasa la. 
InsyaAllah, kalau kita memberi kebaikan, kita juga akan sentiasa mendapat kebaikan.
Jika kita sentiasa memberi kasih sayang, kita juga akan mendapat kasih sayang.
Tak sabarnya nak merasa raya di kampung. Ini lah kali pertama bagi ana. 
Syukur kerana selama ini hajat ana untuk mencari calon suami yang mmg org kampung dah terlaksana. 
Nak pula kampung di tengah sawah menghijau.
Thanks ya Allah..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN




* umi ngan baby nak mam lemang, ketupat banyak2, t pas bersalin x bleh mam dah..ehe

Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/17 August '12/at my parent's home

Monday, August 6, 2012

Diari Hamil : Sudah masuk 7 Bulan!

             Alhamdulillah... syukur kerana kini usia kandungan ku sudah mencecah 7 bulan. Perut ku dah mula nampak. Tapi kecil..tidak spt wanita hamil 7 bulan. Lebih kurang seperti 5 bulan begitu. Namun aku bersyukur krn kandungan dan bayi ini setakat ini sihat. Tidak mempunyai masalah. Cuma hb (tekanan darah) yg sesekali turun dan naik. Nak kata x makan, banyak juga aku makan. Macam-macam. Nak2 pula sekarang bulan puasa lagi la banyak aku makan. Last check-up, nurse gtahu yg baby ku maybe kecil. Risau juga aku.. normal ke? Kata nurse lain org, lain kandunganya. 

              Aku rasa bertuah kerana dalam bulan puasa ni, aku dapat pengalaman iaitu hamil ketika di dalam bulan Ramadhan. Takut juga aku, klu nanti aku berpuasa akan memberi effect yg tidak baik kpd bayi ku. Banyak research yg aku lakukan utk pastikan supaya puasa ini mampu ku tempuh walau dalam kehamilan. Alhamdulillah, setakat ini aku mampu berpuasa. Cuma akhir2 ini, aku tidak mampu melakukan ibadah itu memandangkan aku sudah masuk ke terimister ke-3. Di mana, saat bayi memerlukan banyak zat dan kalsium utk membesar dgn agresif. Jadi nak x nak, aku terpaksa mengambil jalan tidak berpuasa. Lagi pula, bila aku berpuasa si anak comelku ini mesti meragam. Menendang x henti2 dan membuatkan aku terasa amat letih sekali. Suami ku mengesyorkan supaya aku byk makan dan minum susu, berehat utk kebaikkan bayi dan diriku.       


           Apabila masuk bab solat, aku kini hanya mampu solat secara duduk kerana sakit di bahagian pinggang dan belakang. Nak berdiri pun kadang2 mengambil masa. Mujurlah ada suami yang banyak membantu dan memberi sokongan kepadaku. Bila aku duduk terlalu lama, sakit di bahagian belakang pasti menyerang. Jadi aku kena banyak berbaring dan berjalan. Kata orang, slalu berjalan akan memudahkan kehamilan. Jadi aku cuba praktikkan. Kerja rumah masih ku lakukan, kerana itu adalah tugasku sbg seorg isteri. Tak pernah aku abaikan makan dan pakaian suamiku. Nak pula bulan Ramadhan ini, aku perlu masak utk suamiku kerana mmg pe'elnya suka makan masakanku.

                Kini aku menghitung lagi 2 bulan aku akan melahirkan. Risau, takut, dan teruja semuanya ada. kuharapkan moga bayiku ini selamat dan sihat selalu. Moga2 Allah memudahkan semuanya. Takut juga,.bila fikir2kan balik pengalaman kakak2 dan mak yg melahirkan. Mesti sakit. Tapi bila difikirkan balik ganjaran sepanjang mengandung dan melahirkan seorang anak, aku menjadi senakin kuat utk menghadapinya. Terima kasih ya Allah kerana memberi nikmat dan anugerah ini utk ku rasai..alhamdulillah.


*dah scan, ana bakal dpt baby boy yg comel..syukur dikurniakan mujahid sulung!

Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/6 August '12




Wednesday, August 1, 2012

Puding Karamel

Tips membuat puding karamel:
1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit .Jika ia hangit, rasanya akan pahit.
2. Setelah gula hangus cair dan bewarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip.
3. Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair.
4. Telur dan susu dikisar hingga sebati.
5. Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
6. Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.

Puding Karamel 
Bahan-bahan :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad

Cara Membuatnya :1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.