Tidak boleh keluar rumah sehingga habis tempoh berpantang.
Tidak boleh keluar rumah pada waktu menjelang mahgrib dan ke atas
Tidak boleh terkena hujan kerana boleh menyebabkan demam urat
Tidak boleh mandi selepas waktu mahgrib. Mandi dengan air panas ketika dalam tempoh berpantang.
Kaki sentiasa memakai stokin untuk elak angin masuk ke dalam badan
Tidak boleh melakukan kerja-kerja berat
Sentiasa memakai selipar sekiranya lantai di rumah simen/marmar
Sentiasa mengikat rambut dengan kemas dan ketat untuk elak angin masuk yang menyebabkan sakit kepala
Tidur dengan betul dalam keadaan berbaring
Tidak banyak bergerak untuk elak ibu jari tersepak mana-mana yang boleh sebabkan turun darah
Meletakkan paku pada bahagian sanggul kepala
Meletakkan benda-benda tajam seperti pisau dan gunting/yassin di bawah bantal.
Sentiasa memakai baju sejuk untuk memanaskan badan
Sentiasa membasuh luka bersalin dengan air suam/air rempah
Jangan makan ikut suka hati sewaktu di dalam dan selepas pantang. Tanya terlebih dahulu untuk elak sebarang kemungkinan.
Sayur-sayuran yang sejuk seperti taugeh, labu, pucuk paku dan sbgnya perlu di elakkan.
Ikan-ikan yang mempunyai bisa dan makanan laut juga perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka yg belum sembuh
Jangan makan buah-buahan sebarangan kerana ada antara buah yang boleh menyebabkan kancing gigi dan turun darah seperti jambu batu dan oren.
Banyakkan mengambil makanan yg panas seperti lada, bawang putih, halia dan sbgnya.
Banyakkan mengambil makanan bersup seperti sup ayam dan sup ikan.
Jangan makan apa saja jenis mee, bihun dan keuw teuw hingga jarak selepas bersalin itu melebihi 3 tahun
Elakkan minuman sejuk, ais batu, ais kri dan seumpamanya utk menghindari perut dari buncit
Sebarang minuman yang dicampur dengan susu perlu diambil sebulan selepas berpantang.
Jangan makan nasi sejuk atau nasi yang diulang panas
Jangan makan sebarang makanan yang dimasak dengan cara melengat kerana boleh menyebabkan kancing gigi
*sekiranya anda diserang sejuk secara tiba-tiba, ambil minyak panas dan sapu pada keseluruhan badan dan kaki dan bertungku secepat mungkin.
"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Tuesday, November 13, 2012
Tuesday, September 18, 2012
Set Bersalin Amway + FREE Tungku Bayi!
FREE BENGKUNG & FREE TUNGKU BAYI!
Mengandungi 8 Produk untuk luaran:-
- Herbal Douch - yang bertindak membersihkan bahagian peranakkan (20 sachet).
- Herbal Bath - sebagai mandian untuk membersih dan mengharumkan badan (20 sachet).
- Firming Herbal Blend - mengemaskan bahagian perut (20 peket).
- Herbal massage oil - untuk tujuan urutan badan semasa pantang (1 botol).
- Warming Herbal Blend - memanaskan badan dan membuang lebihan air dalam badan (15 peket).
- Calming Herbal Blend - melegakan sakit kepala (15 peket).
- Baby oil - mengelakkan perut bayi - dari masuk angin(1 botol).
- Bengkung untuk ibu.
2 Produk untuk dalaman (makan)
- Herbal Tea - 10 Sachet - melancarkan edaran darah - dan mempercepatkan penyembuhan luka-luka.
- Kapsul after birth 1 & 2 - bertindak memulihkan tenaga dan kesihatan ibu disamping memperbanyak air susu (60 biji setiap botol).
Monday, August 6, 2012
Diari Hamil : Sudah masuk 7 Bulan!
Alhamdulillah... syukur kerana kini usia kandungan ku sudah mencecah 7 bulan. Perut ku dah mula nampak. Tapi kecil..tidak spt wanita hamil 7 bulan. Lebih kurang seperti 5 bulan begitu. Namun aku bersyukur krn kandungan dan bayi ini setakat ini sihat. Tidak mempunyai masalah. Cuma hb (tekanan darah) yg sesekali turun dan naik. Nak kata x makan, banyak juga aku makan. Macam-macam. Nak2 pula sekarang bulan puasa lagi la banyak aku makan. Last check-up, nurse gtahu yg baby ku maybe kecil. Risau juga aku.. normal ke? Kata nurse lain org, lain kandunganya.
Aku rasa bertuah kerana dalam bulan puasa ni, aku dapat pengalaman iaitu hamil ketika di dalam bulan Ramadhan. Takut juga aku, klu nanti aku berpuasa akan memberi effect yg tidak baik kpd bayi ku. Banyak research yg aku lakukan utk pastikan supaya puasa ini mampu ku tempuh walau dalam kehamilan. Alhamdulillah, setakat ini aku mampu berpuasa. Cuma akhir2 ini, aku tidak mampu melakukan ibadah itu memandangkan aku sudah masuk ke terimister ke-3. Di mana, saat bayi memerlukan banyak zat dan kalsium utk membesar dgn agresif. Jadi nak x nak, aku terpaksa mengambil jalan tidak berpuasa. Lagi pula, bila aku berpuasa si anak comelku ini mesti meragam. Menendang x henti2 dan membuatkan aku terasa amat letih sekali. Suami ku mengesyorkan supaya aku byk makan dan minum susu, berehat utk kebaikkan bayi dan diriku.
Apabila masuk bab solat, aku kini hanya mampu solat secara duduk kerana sakit di bahagian pinggang dan belakang. Nak berdiri pun kadang2 mengambil masa. Mujurlah ada suami yang banyak membantu dan memberi sokongan kepadaku. Bila aku duduk terlalu lama, sakit di bahagian belakang pasti menyerang. Jadi aku kena banyak berbaring dan berjalan. Kata orang, slalu berjalan akan memudahkan kehamilan. Jadi aku cuba praktikkan. Kerja rumah masih ku lakukan, kerana itu adalah tugasku sbg seorg isteri. Tak pernah aku abaikan makan dan pakaian suamiku. Nak pula bulan Ramadhan ini, aku perlu masak utk suamiku kerana mmg pe'elnya suka makan masakanku.
Kini aku menghitung lagi 2 bulan aku akan melahirkan. Risau, takut, dan teruja semuanya ada. kuharapkan moga bayiku ini selamat dan sihat selalu. Moga2 Allah memudahkan semuanya. Takut juga,.bila fikir2kan balik pengalaman kakak2 dan mak yg melahirkan. Mesti sakit. Tapi bila difikirkan balik ganjaran sepanjang mengandung dan melahirkan seorang anak, aku menjadi senakin kuat utk menghadapinya. Terima kasih ya Allah kerana memberi nikmat dan anugerah ini utk ku rasai..alhamdulillah.
*dah scan, ana bakal dpt baby boy yg comel..syukur dikurniakan mujahid sulung!
Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/6 August '12
Monday, June 18, 2012
Buku buat Wanita Hamil
Buku Amalan Ibu Mengandung tulisan Ustazah Nor Bahyah Mahamood, Haji Muhammad Zakaria dan Jaafar Salleh mengandungi tips yang sangat berguna buat ibu mengandung terutama kepada wanita yang hamil anak pertama. Banyak ilmu yang bermanfaat di dalam buku ini. Sangat sesuai buat wanita muslimah yang hamil. ^_^
Diari Hamil adalah buku dan diari panduan lengkap untuk bakal-bakal ibu kerana mengandungi banyak informasi berguna tentang kehamilan dari sudut agama & perubatan moden juga tradisonal. Selain dapat membuat catatan mingguan tentang perkembangan bayi dan kehamilan si ibu.
Tidak lengkap sekiranya ibu hamil tidak mempunyai Yasin Ibu Hamil. Bukan sahaja penekanan dari sudut kesihatan fizikal perlu di ambil berat oleh wanita hamil, tetapi dari segi spiritual juga sangat penting untuk membentuk dan melahirkan bayi yang sihat, cergas, sempurna akal dan hatinya. Mengandungi Surah-surah yang sesuai dibaca oleh si ibu sewaktu kehamilan dan juga doa-doa yang terbaik untuk diamalkan. InsyaAllah.
" Ana dah dapatkan semua buku-buku di atas. Anda pula bagaimana? "
Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/19 Jun '12/
Tip-Tip Berpuasa semasa Hamil dengan Selesa
Bagaimana saya boleh berpuasa dengan lebih selesa semasa hamil?
Jika anda berpuasa, sudah pasti anda tidak akan boleh makan dengan kerap, namun begitu, antara berbuka puasa sehingga waktu sahur, anda boleh makan lebih daripada dua kali.
Mengambil hidangan yang bernutrisi dan seimbang akan membantu mengekalkan berat badan anda dan mengelakkan:
Mengambil hidangan yang bernutrisi dan seimbang akan membantu mengekalkan berat badan anda dan mengelakkan:
- sembelit
- sakit kepala
- ketakcernaan
- keletihan
- pedih ulu hati
Adakah terdapat cara yang ideal untuk wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan ideal yang perlu anda ikut dengan ketat, tetapi cubalah tip-tip berikut mengenai cara terbaik untuk berbuka puasa.
Kemudian, ambil hidangan seimbang yang terdiri daripada:
- Buka puasa dengan tiga biji kurma dan jus, susu atau yogurt rendah lemak, diikuti dengan sup, seelok-eloknya sup yang jernih.
- Buah kurma dan jus merupakan makanan yang baik untuk menaikkan tahap gula dalam darah kepada normal.
- Satu pinggan salad atau ulam sebagai pemula.
- Protin daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang kuda atau kacang buncis.
- Karbohidrat kompleks daripada beras perang dan roti gandum penuh.
- Sejumlah besar sayur-sayuran.
Adakah saya perlu makan sahur yang berat?
Hidangan sahur merupakan hidangan yang paling penting untuk diambil semasa bulan Ramadan untuk mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari. Jangan tinggalkan hidangan ini kerana ia akan memberikan anda nutrien dan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari. Ia juga akan mengurangkan simptom akibat kelaparan, seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat bagi anda perlu terdiri daripada:
Hidangan sahur yang sihat bagi anda perlu terdiri daripada:
- Beras perang dan roti gandum penuh dengan buah kurma dan kuah kari.
- Bran atau bijiran serat tinggi dengan susu skim rendah lemak.
- Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas buka puasa; bagaimana mahu menggantikkannya?

Minumlah jus buah, bukan minuman bergas atau kopi dan teh. Minuman smoothiebuah yang mengandungi susu, yogurt dan ais adalah minuman yang menyegarkan dan memberikan anda keperluan buah-buahan yang banyak dalam nutrisi harian anda. Sup sayur mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran yang akan menambah vitamin, mineral dan serat dalam diet anda.
Apa yang perlu saya tambah dan kurangkan dalam diet saya semasa bulan Ramadan?
Pada bulan Ramadan, tahap aktiviti anda akan berkurangan dan semasa kehamilan, anda akan menjadi lebih letih. Untuk berpuasa secara sihat, ingatlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
- Selepas makan malam, rehat seketika, kemudian bangun dan berjalan. Lakukan aktiviti yang ringan.
- Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur tetapi pastikan anda mengambil hidangan sahur.
- Minum banyak air selepas buka puasa dan sebelum sahur untuk mengelakkan penyahhidratan.
Berpuasa Semasa Hamil
Adakah selamat jika saya berpuasa semasa hamil?
Hanya terdapat beberapa kajian perubatan yang telah mengkaji mengenai kesan berpuasa, tetapi nampaknya secara am, berpuasa semasa kehamilan memangnya selamat.
Berikut adalah perkara yang kami pasti:
- Beberapa kajian telah mengkaji tentang berat kelahiran. Adalah didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
- Beberapa kajian telah mengkaji IQ bayi dan mendapati tiada perbezaan.
- Beberapa kajian menguji sampel darah daripada ibu yang hamil di mana perubahan dikesan. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak membahayakan ibu-ibu tersebut. Kajian ini membuat perbandingan berat kelahiran dan mendapati tiada perbezaan.
- Peringkat kehamilan anda - seringnya wanita dalam trimester kedua boleh bertahan paling baik.
- Kesihatan anda sebelum kehamilan.
Apakah amalan lazim wanita lain?

Pelbagai perkara – dan kemungkinan majoriti – wanita Islam yang hamil akan memilih untuk berpuasa semasa Ramadan. Beberapa kajiselidik menunjukkan 70 peratus wanita akan memilih untuk berpuasa.
Khususnya semasa trimester kedua kehamilan, apabila kebanyakan ibu merasa lebih selesa, jika dibandingkan dengan trimester pertama dan kedua, dan asalkan anda sihat, anda sudah tentu boleh berpuasa pada bulan Ramadan.
Namun begitu, Islam membenarkan ibu yang hamil untuk tidak berpuasa sekiranya merasakan bimbang bahawa puasa itu akan membawa kesan tak baik atas ibu atau bayi, dengan syarat ibu menggantikan puasa itu kemudian, setelah bayi dilahirkan. Ibu yang mengalami diabetis semasa hamil mungkin perlu bertanya kepada doktor mereka dahulu. Bincanglah dengan keluarga, doktor anda dan pakar agama yang dipercayai untuk membantu anda mempertimbangkan semua pilihan yang terbuka.
Adakah sesuatu yang saya perlu berbuat sebelum berpuasa?
Rancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
- Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
- Persediaan awal seperti membereskan beli-belah dan tugasan tertentu dilakukan sebelum berpuasa.
Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?
Pastikan anda menikmati pelbagai makanan yang sihat dan banyak minum apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
- Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan – seperti buah kurma, kacang dan lentil – untuk berbuka puasa.
- Elakkan makanan bergula yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat – ia juga akan menurun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti mahu pengsan dan pening kepala.
- Pastikan anda mendapat protin secukupnya daripada kacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protin diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
- Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.
Adakah terdapat tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?
Hubungi doktor anda jika:
Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?
- Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
- Anda loya atau mula muntah.
- Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
- Anda berasa sangat dahaga atau urin anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
- Anda mengalami kesakitan seakan kontraksi bersalin. Ini mungkin tandakelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
- Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
- Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
- Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
- Elakkan berjalan jauh dan membawa barangan berat.
- Sentiasa tenang – anda boleh teryahhidrat dengan cepat dan ini akan membahayakan bayi anda.
- Kurangkan kerja rumah dan lakukan seminima yang mungkin.
- Dapatkan tip dan saranan mengenai bagaimana menghadapi puasa semasa hamil daripada wanita dalam keluarga anda.
- Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka.
Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak; apa yang perlu saya lakukan?
Berbincanglah dengan keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.
Saturday, June 2, 2012
Diari Hamil : Dah 5 Bulan..
Bismillahirahmanirahim,.. alhamdulillah, syukur tidak terhingga Allah masih memberi ku secebis kebahagiaan di dalam mengecapi dunia ini. Ya Allah,.terima kasih ku ucapkan padaMu. Saat aku menaip baris2 ayat ini, terasa anak kesayangku ini bergerak2 di dalam rahimku,.seakan tahu aku bakal menulis tentang dirinya kali ini. Ya Allah, besar betul nikmat yang Engkau kurniakan padaku kini, dapat merasai bagaimana seorang wanita melalui hari2 menjadi seorang ibu. Syukur ya Allah. Kini, usia kandungan ku sudah menjangkau 5 bulan, dan aku tidak lagi mengalami morning sickness (sebetulnya night sickness..ehe). Aku tidak lagi muntah2, pening2 dan selera makan ku juga sudah kembali kepada normal. Syukur, alhamdulillah..
Sebenarnya aku sangat bertuah kerana mempunyai 'anak' yang tidak banyak ragamnya. Pendek kata, sejak aku mengandung, rezeki ku sentiasa murah dan melimpah ruah. Segala kerjaku, mudah. Tidak pernah mengalami kesukaran. Zauj'ku juga mengatakan perkara yang sama. 'Anak' kesayangan ku ini tidak banyak karenahnya. Jika aku mengalami sedikit masalah, ada saja jalan penyelesaiannya, ada saja yang membantu. Itulah 'anak' kesayangku ini, sentiasa memberi kebahagiaan kepada ku dan zauj'ku. syukur tersangat.
Sejak aku hamil, hinggalah sekarang, walau usia kandungan ku telah masuk 5 bulan, perut ku masih tidak nampak seperti wanita hamil. Ramai sahabat2 mengatakan perutku kecil, mudah untuk ku bawa diri. alhamdulillah. Jika besar, mungkin akan menyukarkan aku untuk bergerak kerana aku sering saja berjalan banyak untuk ke kuliah. Setakat ini, kerja berat yang aku lakukan ialah seperti melakukan aktiviti amali wajib untuk subjek kejuruteraanku. Panjat tangga, drilling, gergaji, memotong conduit dan trunking, masih mampu ku lakukan walaupun adakalanya aku merasa sedikit penat, namun aku masih mampu lakukan dengan tidak membahayakan kandunganku. Betul lah kata orang, hamil ketika belajar, sangat mencabar dan perlu ketabahan yang tinggi. Nak pula aku mengambil bidang kejuruteraan, memang banyak kerja berat yang aku lakukan.
![]() |
| 'cahaya mata' kami.. |
Namun, aku bersyukur kerana dikurniakan seorang zauj' yang sangat menyokongku, hari2 ada bersamaku walau kami terpisah jauh, tetapi zauj'ku sangat mengambil berat akan diriku dan bayi kami. Dialah zauj' sumber kekuatanku, sentiasa ada tika suka dan duka ku, memberiku semangat untuk terus tabah dan sabar menghadapi hari2ku kini. Diriku mungkin tidak mampu menghadapi hariku kini, andai tiada dia di sampingku. Ya Allah, terima kasih sekali lagi kerna mengirimkan zauj'ku buat temani hidup ini. Walaupun ku tahu, hebat dugaan yang di tempuhi, namun dia tetap bersamaku, memberiku selautan kasih sayang yang tidak terperi, segunung cinta dan penawar buatku tanpa jemu. Semalam, adalah ulang tahun kelahirannya, aku tidak mampu mengirimkan apa2 buatnya, memasak masakan kesukaannya dan melayannya dengan sepenuhnya kerna aku berada jauh di sini. Aku bertanyakan dia apa yang dia mahukan untuk hari lahirnya, katanya dia tidak mahu apa2, cukuplah hadiah paling bermakna yang bakal aku berikan padanya nanti iaitu mengandungkan, melahirkan dan mengurniakan dia seorang cahaya mata buat penyeri hidup. Ya Allah, mengalir airmataku tika itu.. Terharu dan sebak. Selama ini, aku masih belum layak menjadi isteri yang solehah buatnya, banyak yang masih kurang padaku. Namun zauj'ku..sangat menghargai diriku. Aku berdoa di dalam hati, moga Allah sentiasa melimpahi kasih sayang, cinta dan rezeki buat kami dan bakal "cahaya mata" kami kelak.. InsyaAllah.
/Suhaiza Shuhaimi/ Allah is Enough for Me/ 3 Jun '12/
Thursday, March 8, 2012
Diari Hamil : I'm become to be 'UMI'
Saat doktor mengatakan yang diriku hamil 7 minggu, diri merasakan bagai tidak percaya. Hanya memandang wajah 'abi'ku di sebelah. Alhamdulillah,..Allah telah memakbulkan doaku untuk menjadi seorang ibu. Tika itu juga jemariku menyentuh perutku. Betul ke dah ada 'baby ni?' macam tak percaya je. Yang mampu ku ukirkan buat suamiku ialah senyuman yang tak putus sepanjang perjalanan pulangku ke rumah. Dapat ku lihat wajah suami ku juga ceria dan gembira dengan perkhabaran ini. Berharap bayi yang bakal lahir nanti menjadi pengikat dan penguat kasihku bersama 'abi'ku..insyaAllah, amin.
Namun, betul lah kata ibuku, pembawa budak akan melalui pengalaman yang perit. Setelah diriku disahkan hamil, pening dan mabuk menjadi rutin harianku. Malah bau yang tidak menyenangkan akan menjadi satu perkara yang paling tidak disukai. MasyaAllah, sakit kepala hanya Allah sahaja yang tahu. Namun, diriku bersyukur kerana, diriku tidak alah kepada bau suamiku yang selama ini aku suka. =) Apabila ku pulang ke kampus,.rutin belajarku berubah. Apabila petang tiba, alah ku menjadi2.. morning sickness ku bertukar menjadi eveningsickness.ehe Nasib baik begitu, jika tidak pasti pagi2 diriku tidak dapat ke kuliah. Tepat jam 10 malam mesti, diriku telah terbaring di katil. Tidur.. pelik sungguh kerana ku kini berbeza dengan diriku yang dulu. Bila masuk bab makan pula, segala benda berminyak, tidak boleh masuk ke dalam mulutku. Hanya bubur nasi dan buah sahaja yang menjadi makanan ruji. Nasib baik 'abi'ku telah menyediakan ku dengan vitamin dan susu. Alhamdulillah,.dengan bekalan makanan itu lah memberi tenaga kepada ku.. Kini hari2 ku berlalu,.menunggu bulabulan seterusnya.. moga allah permudahkan untuk ku segalanya...amin..
Suhaiza Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/8 March '12
Thursday, January 5, 2012
10 Tanda Hamil
Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya. Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...
...Tahniah!
http://portal.alamhamil.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)








.jpg)