"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Kisah Ramadhanku

    Alhamdulillah.. syukur kepada Allah swt atas nikmat yang tidak berbelah bagi ini. Akhirnya bulan mulia yang ku tunggu-tunggu tiba jua. Seperti biasa kedatangannya ku sambut dengan penuh rasa syukur yang teramat di dalam hati. Bila bulan puasa ni, jadual harian pun dah berubah. Bangun awal sudah tentu untuk siapkan sahur. Bersahur dan tunggu hingga solat Subuh. Adakala sambil tunggu waktu subuh, Quran jadi peneman tak pun dengar orang mengaji. 

Jadual yang dulu padat, tiba-tiba jadi lapang bila masuk bulan Ramadhan ni. Mana tidaknya, waktu tidur dah di pendekkan.ehe. Sampaikan bila baru pukul 9 pagi, ana dah x tahu nak buat apa, sebab semua kerja rumah ana dah siapkan. Mengemas, menyapu, membasuh, menyidai dan macam-macam lagi. Nasib baik ada kucing kesayangan ana, boleh bermain-main dengan mereka. =) Selalunya ana habiskan waktu dengan membaca or tengok tv je la. Nasib la bulan Ramadhan tahun ni jatuh time cuti semester ana..tapi bila cuti lama-lama ni bosan la pula.ehe


    Itu baru kisah pagi, bila sampai petang pula, mula sibuk nk menyiapkan juadah. Baru-baru ni, ana ke bazar Ramadhan. MasyaAllah, ramainya orang. Ana ni memang takut or x selesa if kalau ramai sangat orang. Tetapi  disebabkan ada 'bodyguard' berani la juga, nak tak nak kena la redah juga. Alhamdulillah, kuih muih dan hidangan di sini memang sedap dan harganya sangat berpatutan. Tak seperti di KL, semuanya mahal-mahal belaka. Untungnya jadi orang Utara. Macam-macam ada. 

Selalu kalau rasa malas nak keluar pergi bazar, masak je la apa yang ada. Dapat juga jimat. Namun ana cuba didik diri supaya tidak membazir. Sediakan hidangan mengikut keperluan. Selalu ana beli kuih muih je yg lebih sebab dah tahu nanti waktu malam mesti kuih-muih tu jadi 'alas perut' bila rasa lapar. 

 
 Bila masuk ke malam, ana pergi tarawikh di surau or masjid berdekatan. Jarak surau dengan rumah ana dekat depan umah ana je. Jalan beberapa tapak sampai la ana. Itu yang seronok,. macam malam tadi hujan renyai-renyai, tetapi semangat nak tarawikh punya pasal, ana redah juga hujan tu. Alhamdulillah, sampai juga.  

Ana ingat lagi, bila nak masuk saf ana tengok ramainya jemaah wanita. tak macam tahun lepas, cuma 2 saf. Kadang-kadang tinggal 1 saf je. Tapi tahun ini, Alhamdulillah, ramai..sampai ada jemaah wanita yang solat di luar pintu bahagian muslimat. Hebat! Kalau macam ni la selalu, muslimat kita memang hebat! Seronok ana tengok suasana macam ni. Baru semangat nak buat ibadah. 

Ana juga kagum dengan jemaah 'comel' yang hadir bersama ibu mereka. Walau di saf belakang mereka boleh habiskan rakaat penuh bersama jemaah wanita yang lain. Teringat ana bila ana terdengar suara jemaah 'comel' di sebelah ana membaca surah dengan kuatnya mengikut bacaan imam. Hebat! Kecil-kecil sudah menghafaz surah yang panjang. Sekaligus perasaan kagum menerjah hati ana. Alangkah indah andai kehidupan masyarakat Islamic begini dihayati bukan sahaja di bulan mulia ini, tetapi di sepanjang bulan-bulan yang lain.



     Usai berjemaah, ana selalunya pulang terus ke rumah. Tak pernah menjamah more' yang disediakan di surau. Bukan apa, kerana ada rasa segan di dalam hati sebab ana selalunya pergi tarawikh bersendirian. Tetapi kalau ada yang memberi bungkusan makanan, ana ambil je bawa pulang ke rumah. Selalu anak-anak sedara la yang tolong habiskan. Sambil mereka makan, mereka selalu meminta ana bercerita kepada mereka tentang kisah nabi ataupun kisah teladan yang lain. 

Sebenarnya, hari-hari ana kena bercerita untuk mereka. Kalau ana tertinggal satu hari untuk bercerita, mesti ana perlu menyediakan 2 buah cerita untuk keesokkan harinya. Ini kerana, anak-anak sedara ana, menganggap ana berhutang cerita kepada mereka.ehe. ^_^

Nasib la, asyik kena buli je dengan anak sedara. Namun ana gembira dan bahagia bila ana dapat berkongsi ilmu atau pengetahuan dengan mereka. Di dalam cerita nabi banyak pengajaran dan teladan yang boleh mendidik mereka. Jadi ana akan terus-terusan menceritakan kisah-kisah ini buat mereka. 
InsyaAllah, mungkin bila ana sudah mempunyai 'permata hati' ana nanti, ana akan sentiasa bercerita untuk mereka kelak.

   Awal Ramadhan ini, mungkin satu permulaan buat ana dalam mentarbiyah diri menjadi seorang yang benar-benar menghayati makna bulan mulia ini. Begitu banyak nikmat dan ganjaran di sebaliknya. Bagi yang mencari dengan ikhlas, sabar dan bersungguh-sungguh, pasti layak menjadi 'pemenang' ganjaran Ramadhan. InsyaAllah,.sepanjang Ramdhan ini,.ana akan cuba semampu yang mungkin untuk mencari makna tersirat tentang kehidupan yang Allah telah berikan buat ana kini. 
Thanks Allah for gift 'Ramadhan' to us..


Sunday, July 31, 2011

Ramadhan : Istiqamah

Istiqamahkan Ramadhanku...^_^


4.00 pagi
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi
1.Solat sunat Taubat
2.Solat sunat Tahajjud.
3.Solat sunat Hajat
4.Solat sunat Witir

5.00 pagi
1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 pagi
1.Membuat persiapan ke kelas. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi
1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tengah hari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 petang
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

5.30 petang
1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang
1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2.Cuba pertahankan solat tarawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 malam
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."






Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan Kembali

Alhamdulillah.,tak sabar rasa di hati menyambut ketibaan Ramadhan tidak lama lagi. Syukur kpd Allah kerna masih memberi nikmat kehidupan hingga saat ini. Jika dihitung-hitung, sungguh luas nikmat Allah. Tak terkira banyaknya. Seraya itu,.segera dipanjatkan syukur kpd Ilahi atas semua nikmat kurniaan dariNya.
 
Sebenarnya ketibaan Ramdahan umpama menggamit sejuta memori ana tika pertama kali mengenal bulan mulia ini. Dulu masa ana kecil,.bulan puasa la yang paling ana suka sebab dalam bulan ni la,.ibu ana lepaskan ana bermain pada waktu malam. Indahnya saat itu. Paling best dapat main aci ligan duduk, walau malam gelap pekat waktu tu. Tak pun aci menyorok.ehe Selalunya waktu malam paling ana takut tapi sbb ana tahu bulan puasa hantu iblis semua kena ikat. Jadi ana main,sampai x ingat dunia.ehe. Selalunya kami mula bermain apabila bekalan bunga api atau mercun kami dah habis. Jangan ingat ana ni baik yer waktu kecil. Ana ni sangat2 la nakal. Kadang-kadang tu asyik kena rotan je dgn ayah ana sebab kenakalan ana. Tapi skrg ana la anak yg paling baik (puji diri sendiri..ehe). 
 
Apabila usia semakin berganjak, ana tidak lagi berlari-lari bersama kwn2 yg lain. Ana akan bantu ayah di surau, menyapu lantai surau, melipat sejadah dan mengelap habuk di rak Al-Quran dan risalah. Ana sudah belajar untuk membantu jemaah wanita yg lebih berusia menyediakan juadah selepas solat sunat tarawikh. Membacuh air teh atau kopi dan menghidang juadah kpd jemaah yg lain. Selalunya selepas jemaah lain pulang, ana dan beberapa org teman bersama membasuh pinggan dan gelas. Begitulah rutin harian kami sehingga Syawal menjelma. Pada ketika itu, ana sudah rasakan perbezaan antara zaman kanak-kanak ana berbanding zaman menganjak remaja. Walaupun waktu itu ana baru berusia sebelas tahun. Alhamdulillah,.Allah cepat memberikan ana rasa kemantangan itu di dalam hati. 
    
Kini ana telah dewasa. Dewasa dari segi tingkah laku, pemikiran dan fizikal. Namun kenangan setiap Ramadhan itu tetap menjadi kenangan paling manis sepanjang hidup ana.  Moga Ramadhan kali ini, memberi seribu kali ganda makna kepada ana. Selalunya ana menghabiskan Ramadhan dgn membaca Al-Quran dan bertarawikh di surau atau masjid secara sendirian. Harapan ana,.moga tahun ini walau sendirian lagi ana doakan moga Allah sentiasa bersama ana memberi kekuatan untuk melakukannya. Malah biarlah lebih dari itu. InsyaAllah. 

Datanglah Ramdahan akan ku sambut dgn seribu kesyukuran,.
berjuta kali pengorbanan 
serta rasa keinsafan yg tiada taranya..




suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/July '11

FADILAT SOLAT TERAWIH


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:


"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."