"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Friday, March 10, 2017

SAYAP KIRI

"Jika ditakdirkan hati seorang isteri bisa bertukar ganti dengan seorang suami buat sementara, pasti tiada seorang lelaki pun mampu menanggung saratnya rasa di hati."

     Seorang isteri tidak terhitung banyaknya pergorbanan yang telah diberikan bermula saat lafaz nikah disahkan. Bukan mudah menjadi suri di hati seorang suami. Bukan sahaja terpaksa berkorban masa tenaga malah rasa di hati juga.

     Isteri, ibarat meluah tak daya, menelan pun tak mampu. Ianya kerana apabila menjadi seorang isteri, perkataan taat kepada suami itu wajib ada dalam dirinya. Selagi tidak berlanggar syarak dan agama, selagi itu isteri perlu menerima segala bentuk keadaan bersama suami, walau di hatinya ada duka dan luka. Demi suami, dia relakan asal suami sentiasa bahagia sentiasa.

     Pergorbanan paling besar seorang isteri untuk seorang suaminya ialah mengandung dan melahirkan zuriat mereka bersama. Bukan perkara yg mudah. Saat disahkan hamil, banyak perkara pada isteri berubah drastik. Letih, penat, pening, loya dan segala bentuk kesakitan seorang isteri perlu hadapi. Namun, tugas dan rutin sebagai seorang isteri tetap perlu dilaksanakan. Urus rumah tangga, mengemas, memasak, melayan suami tetap menjadi tanggungjawab dia seorang isteri. Hebatkan. Tapi apabila dia tak dapat urus semua itu seperti kelaziman, kamu sebagai seorang suami memarahinya, merungut dan membebel pada dia. Kalau kamu membantu buat pun, kamu asyik mengungkit dan mulut tak henti2 berleter seperti semua tak kena di pandangan mata. Tahukah kau wahai seorang suami, dia tidak mengharap pun kamu membuat semua itu. Cukup hanya memahami dan menerima keadaan dia seadanya yang sedang mengandungkan zuriatmu. Dia hanya ingin berehat sebentar, sementara menunggu tenaganya kembali utk meneruskan mengurus rumahtangganya.

     Bertarung nyawa melahirkan zuriat ke dunia. Antara hidup dan mati. Jika saat melahirkan ini, kamu ada di sampingnya sekurangnya dapat memberi kekuatan di dalam jiwanya. Tapi kamu menganggap dia bersifat terlalu manja. Ada isteri yang tidak kisah akan hal ini. Namun, ada isteri yang sangat memerlukan seorang suami pada saat ini. Bukan mudah. Jika ditakdirkan Allah mengambil nyawanya saat ini, yakinlah kau adalah suami yang paling menyesal kerna tidak dapat bersama dengan isteri pada saat nyawanya yang terakhir.

     Lupakah kamu, siapa yang sentiasa bersama zuriat mu? Yang menguruskan anak2 dan mengajar mereka seharian di rumah semasa kamu keluar bekerja. Dia yang bangun paling awal di dalam keluarga, dan dia juga yang tidur paling lewat setiap hari. Setiap kerja yang dia lakukan di rumah tidak berhenti. Tiada rehat yang cukup, tiada masa untuk diri sendiri, adakalanya makan pun tidak teratur jadualnya. Namun apabila dirinya mengadu penat dan letih, kau katakan dirinya merungut dan menyamakan penat kau dan dia sama setara. Hatinya adakalanya hanya ingin mengadu dan meluahkan. Isteri tak minta sebarang ulasan sebenarnya dari kau. Hanya cuma jadilah pendengar yang setia buat dia. Kamu rasa, bila penat bertandang di dalam dirinya, masihkah mampu senyum terukir di bibirnya. Jangan kamu lupa, isteri itu juga seorang manusia yang lemah. Sebagai seorang suami yang berilmu, mainlah peranan yang terbaik untuk kembalikan semtuman di wajah sang isteri tercinta.

     Seorang isteri, sentiasa berusaha untuk mengambil hati seorang suami. Sentiasa ingin tahu kesukaan kamu. Dari sekecil2 perkara hingga sebesar2nya. Apa yang kau suka buat, apa yg kau suka makan, apa ygm kamu tak suka, itu dan ini. Tapi pernah tak kamu tanya dan tahu apa yang seorang isteri mahukan dalam hidupnya. Pernah kamu tanya apa yang seorang isteri suka makan, apa yang dia suka buat, apa yang dia suka dan tak suka kamu lakukan dan apa yang seorang isteri mahu lakukan bersama di dalam hidupnya. Yakinlah, ramai suami di luar sana culas pada perkara ini. Kamu sebagai suami, terlalu banyak yang kamu senaraikan utk isteri buat dan larang. Terlalu banyak yang kau minta dan harap dirinya penuhi semuanya. Akan tetapi untuk isteri, pernahkah kamu tahu sekurang2nya satu perkara yang dia nak kau buat untuknya. Isteri, kamu pesan itu ini. Jaga aurat, jaga maruah, jaga diri, didik anak dengan baik, usaha untuk cantik pada pandangan mata kau, jangan gemuk, jangan keluar rumah tanpa izin dan lewat malam, jangan bercampur dengan orang yang tidak baik, jangan itu, jangan ini. Banyaknya! Tapi kamu seorang suami, pernah ke kau terfikir adakalanya perkara yang kamu buat selalu itu isteri tidak berkenan ataupun tidak boleh terima. Contoh ye, kau keluar lepak sampai lewat malam, pergi karaoke masa dirinya tengah sarat, habis kerja kamu lencong pergi jumpa kawan tanpa ada urusan yang penting dan banyak lagi mungkin seorang isteri nak kau tak buat. Tapi dia diam kan sahaja. Dia benarkan bukan sebab dia setuju dengan tindakan kamu wahai sng suami tapi dia tak nak jadi punca perbalahan yang seterusnya hilang terus suasana harmoni dalam rumah tangga. Pernah ke kamu sebagai suami, terdetik di hati nak pulang awal ke rumah sebab nak bantu isteri buat kerja rumah ataupun tolong dia jagakan anak2.


     Seorang isteri yang kamu kahwini bukan untuk dibanding2kan dengan orang lain atau isteri orang lain. Isteri cerminan suami. Bagaimana isteri, begitulah suami. Suami pakaian isteri, isteri pakaian suami. Buruk baik yang datang dari seorang isteri ianya juga datang dari suaminya. Pernah ke kamu  terfikir perasaan seorang isteri yang cuba belajar beri terbaik pada kau, untuk bahagiakan kau, cinta kau, sayang kau, terima kau seadanya dan pilih kau jadi imamnya utk gapai redha syurga Allah, kamu hancurkan hatinya dengan fikirkan dan menilai serta membanding segala tingkahlakunya dengan org lain. Tak kira la, isteri kawan kau ke, mak kau ke, sedara kau ke. Bak kata pakar motivasi Shamsul Debat "Kejamnya kamu! Benda yang sangat tak baik sebagai seorang suami lakukan pada isterinya." Lebih tergamak kamu bandingkan dan luahkan ia pada isteri.

     Nak jadi wanita dan isteri memang perlu kuat dan tabah! Jika kamu fikirkan hidup di dunia ini sekejap cuma, pasti kau akan menghargai setiap detik bersama isteri. Terkadang, isteri hanya ingin kau berada di sisi, menemani dia supaya dia merasa dilindungi sentiasa oleh insan yang bermama suami. Supaya dia tidak pernah merasa keseorangan menempuh hidup yang penuh ujian iman dan hati ini. Seperti mana kamu ingin rasa ditemani, dia juga begitu. Bila dia mengadu sakit, bukan dia mahu mengada2. Dia tak minta untuk tidak sihat. Dan dia hanya ingin kamu tahu, dia tidak sihat. Tapi kamu menyuruh dia tunjuk kuat. Hingga sampai kesaikatan yang dia tanggung pun kau sama dan bandingkan dengan orang lain. Sampai akhirnya dia sendiri rasa tidak perlu lagi mengadu pada kau apabila dia jatuh sakit. Dan lebih baik isteri uruskan diri nya sendiri.

     Dia kamu lihat insan gagah, tapi kuatnya dia terletak pada bahu kau seorang suami. Sokongan moral dan dalaman patut kau berikan secara berterusan, bukan membiarkan dia terkoncoh2 seorang diri membawa diri urus anak dan keluarga. Hatinya tak sekuat seperti yang kamu fikir. Kamu lah kekuatan dia. Tapi jika kamu yang menghancurkan hatinya, menjadi penyebab airmatanya, darimana lagi dia bisa peroleh kekuatan itu.

Isteri seorang manusia.
Untuk kamu seorang suami, dia sanggup kata dia tak apa2.
Sedang dalam hatinya gundah gula.
Sedihnya, airmatanya dia jauhkan dari pandangan mata suami
Hanya ingin melihat senyuman di wajah kamu suami.
Hanya ingin melihat bahagia sulami hati.
Kalau boleh, semua harta dia nak bagi kau.
Asal kamu tak rasa terbeban untuk sara dia.
Jiwanya halus
Hatinya penuh rasa
Cinta dunianya hanya untuk yang bernama suami.
Walau tahu mungkin suatu hari, suami cari pengganti.
Dia tetap setia di sisi.
Ujian, dugaan, susah duka, sakit hancur, derita, pilu dan segala keperitan, dia sebagai seorang isteri tetap berdiri kukuh bersama suami.
Kerna satu, hanya ingin mendapat redha suami.
Untuk memilih mana2 pintu di Syurga nanti.



Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/11 March '17/at my hometown with fully love in my hearts.


Monday, March 6, 2017

Kisah Itu

Aku diam tanpa bicara
Aku sepi tanpa suara
Mengenang kisah cinta
Kau dan aku berdua
Kau hanya ada dia
Aku hadir tidak diduga
Terpaksa terima seadanya
Takdir cinta setia
Mengapa cinta ini harus terjadi
Sedangkan kenangan itu masih di sini
Tahukah engkau betapa sakitnya hati
Bila cinta yang ku beri kau khianati
Tuhan ku, hanya engkau yg mengerti
Hadirkan aku cinta sejati

Lyrics : nurul iman
Songs : namil urun



Monday, February 20, 2017

SUAMI

Suami adalah pelengkap kehidupan seorang wanita. Ada yang sempat bergelar isteri merasai nikmat dan ujian berumahtangga dari Allah. Ada yang ditangguhkan jodohnya hingga satu saat nanti di jannah.

Namun satu perkara yang pasti bak kata Imam al-Ghazali : "Cintailah sesiapa pun yang engkau mahu cintai.. namun ketahuilah suatu saat nanti engkau pasti akan berpisah dengannya.."

Suami.
Seorang Lelaki yang kita kasihi.. yang kita cintai.. yang adakalanya buat kita kecewa. Ada kalanya kita memarahi dan meleterinya bagai terlupa kita juga tidak sempurna..

Suami..
Insan yang paling tahu susuk tubuh kita.. yang paling tahu buruk kerenah kita.. namun ia tidak ambik kisah semuanya.. dileteri dan dimarahi.. Dia tetap menerima kita  seadanya.

Suami..
Dia bukan milik kita.. Dia dipinjamkan oleh Allah sebagai jodoh kita didunia ini.. Mungkin jugak kita akan berkongsi kasih dgn wanita lain.. itu semuanya ketentuan Allah.. Dia milik Allah yg mutlak.. Allah berhak  merancang perjalanan hidupnya sebegitu. Dia akan pergi suatu hari nanti.. Disaat itu, kita akan tersenyum mengenangkan kebahagiaan kita mengharungi susah payah dengannya atau kita akan menangis mengenang kegagalan kita memanfaatkan masa-masa bersamanya...?

Hargailah seorang insan bernama SUAMI.. Biar siapa pun dia.. Dia bukanlah insan yg sempurna saperti Nabi Muhammad SAW.. Kita juga harus sedar kita jugak tidak sesempurna Siti Khadijah... Terimalah dia seadanya.. Carilah kelebihannya.. jangan diungkit keburukanya kerana Dia adalah anugerah (jodoh) Allah kpd kita.. Suami adalah  lubuk pahala kita setiap masa agar memudahkan kita memasuki SYURGA Allah utk Isteri-isteri Yang Solehah..

Aamiin..


Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforme/21 Feb '17/15.01pm/at my hometown



Tuesday, October 4, 2016

Cahaya Syurga Abdel

Day 1
10 Sept 2016

Pagi tu lps subuh, aku terjaga dari tidur. Perut terasa sakit spt sakit sengugut. Makin lama makin kerap, lebih kurang selang 5 minit mcm tu. Aku bingkas bangun. Act, sejak malam smlm lg aku dah rasa sakit lain macam. Tapi sebarang tanda x turun. Memang kelaziman aku mcm tu, preggy kat Fayyadh anak first pun mcm tu. Apa yg aku buat smlm, aku berjalan ja dlm bilik. Ke hulu ke hilir aku berjalan. At the last bila aku dh penat, aku tertidur sendiri.

Lepas solat aku bagitahu mak yg aku dah rasa cam nk bersalin. Aku siap2kan barang mana yg patut. Sempat mkn lempeng pisang and minum air teh susu campur telur kuning mentah. Alhamdulillah.. itu je bekal tenaga aku.

Pukul 8.45 pg aku sampai di hospital. Terus masuk bilik saringan. Mmg dh buka jalan. Terus aku jalan masuk labour room. Ohw..lupa, ni kelahiran anak yg ke 3. Kebetulan hari kejadian, encik husband ada emergency di Kajang. Sepatutnya Jumaat kelmarin dia dh balik, tapi dia ada kje di sne. At the last dh jd mcm ni, dia pun bergegas pulang balik ke Penang lepas dpt call dr aku pg subuh tu. Bayangkan dgn org sibuk nak balik beraya time tu, dia terpaksa hadap jemm spjg perjalanan dia.

Hampir 2 jam aku dlm labour room, sakit jgn ckp le. walau anak no 3, sakitnya stay sama mcm bersalin anak sulung. Ngee. Sampai aku pinjam tgn misi pegang sbb aku sakit teramat. Selalu pegang tgn husband, tp sbb husband xde.. tgn misi pn jadi le. Tepat jam kul 10.46 pg cm tu, aku selamat lahirkan baby boy dgn berat 3.18kg. Alhamdulillah.. ya Allah. Aku sempat tgk wajah baby boy, lps diorng letak atas dada aku. Masa tu aku perasan baby nangis sangkut2. Aku tnya misi, nape baby ngs gtu.. nurse xjwb. Diorng just angkat baby balik then bersihkan baby. Aku tggu dgn rasa debar di dada mendoakan spy baby boy dlm keadaan baik2 dan sihat shj.

Tiba2 aku dgr misi kluar bawa baby boy dgn menyebut perkataan, "this baby have a problem anus not pattern." ( bleh google cari term ). Masa tu aku dah xsedap hati. Aku dpt rasa baby ada problem yg serius. Jadi aku perhati je diorng duk belek2 baby boy. Pastu  doc OnG masuk, amik baby boy jln menuju ke katil aku. Ayat first kluar dr mulut doc masa tu, "puan, anak2 sebelum ni ada tak masalah kecacatan apa2..?" Aku ckp xde. Pastu doc tu pun explain kat aku about problem yg baby hadapi. Tapi masa tu aku langsung xpanik. Or terkejut. Cuma aku sebut subhanallah je. Aku ada jga tnya doc tu balik beberapa soalan. Tapi doc xboleh nk jawab. Jadi kami kna tggu pakar pediatrik dtg utk tgk baby dulu.

Masa berjalan aku rasa sgt perlahan. Perlahan seperti airmata yg bergenang di kelopak mata aku masa tu. Aku langsung tak boleh pegang atau lihat baby boy masa tu. Aku hanya dgr dia menangis dan lihat dia dari jauh. Baby tak boleh minum susu ibu. Baby boy kna puasa smpai doc surgical decide apa next step planning utk baby boy.

Masa ni aku dah ngs sorang2 atas katil. Lepas bersalin tak boleh tgk baby. Peluk baby lg le. Tgh aku berdoa spy Allah kuatkan hati aku dgn ujian kali ni. Aku nmpak doc pediatrik masuk tuju ke arah cot baby aku. Masa tu misi cepat2 tarik kain langsir tutup cot baby. Dalam hati aku terdetik apa le yg diorng ngh buat kat baby aku sbb aku dgr baby ngs xhenti2. Masa tu juga airmata aku laju je mngalir. Sedih sgt bile dgr suara baby ngs. Macam aku faham apa yg baby rasa and trpaksa hadapi skrg.

Dlm 20 minit lepas tu, aku dgr baby dh diam. Misi dh bukakan langsir balik. Aku tgk penuh wire n tiub air kat bdn baby. Satu msuk ke dlm mulut dia. Kesian sgt.. baru je lahir dh kena lalui sume benda ni. Doc pediatrik terangkan pd aku baby kena hantar ke Hospital Penang utk operation in 48 hour. Doc suh aku tnya psl operation baby pd surgical di sana nanti. sementara tggu doc surgical bg kputusan.

1.30 tgh hari
Aku dh ditolak keluar dr lb room. Baby stay dlm tu. Walau aku minta nak tgk baby, misi stay xbagi. Sedihnya hati masa tu. Aku admitt ward tanpa baby boy di sisi.

3.20 ptg
Husband aku selamat tiba dan trus ke wad aku. Aku tahan je dlu airmata ni. Aku minta dia pergi tgk baby dlu sbb nant baby dah nak dihantar ke hospital besar. Kejap gtu husband aku datang balik tgk kn aku. Dulu aku sedaya upaya utk terlihat kuat dan tabah di hadapan dia. Tapi bila perkara melibatkan anak, aku tewas. Airmataku tumpah juga di hadapan dia. Tapi husband aku byk bagi nasihat and kata2 semngat. Jadi aku bangkit kembali.. Utk anak utk kami utk semua. Betul le apa yg husband aku ckp, bkn senang nk di angkat darjat di sisi Allah. Allah akan sentiasa mnguji hati kami. Lps dgr tazkirah dr dia, terus aku jd org positif demi anak. Alhamdulillah. terima kasih encik husband yg slalu ada saat sukar dan bg kata2 smngat.

4.30 ptg
Baby boy dh bertolak ke Hospital Penang. Sempat walidnya lihat dan iqamat serta azankan utk dia. Baby boy hanya ditemani seorg misi yg baik hati hingga smpai ke sana.

7.30 mlm
Aku dh boleh discharge dr wad bersalin. Aik.. xsmpai 24 jam kot aku bersalin td dh blh kuar wad. Doc kata aku dh blh balik dan blh pergi tgk anak aku di Hosp Penang. Alhamdulillah. Aku yg masih lemah dgn husband bertolak trus ke sana sbb kebetulan doc surgical nak discuss psl operation ke atas baby esok. 

9.00 mlm
Sampai di Hosp Penang. Terus kami ke tempat baby dimasukkan. Ada le beberapa org baby kt situ termasuk baby boy. aku tgk baby boy tdo je.. xbyk ragam. sesekali dia hisap tiub air glukos yg dimasukkan ke dlm keronkongnya. Kesian nya yg rabbi. kecik2 dh kena lalui benda gni. Dgn tgn kecilnya kena drip air. Tapi alhamdulillah dia tdo dgn lena and kurang ngs.



Jumpa dr yg incharge surgical baby boy esok. Dia explain perut baby akan ditebuk dan ususnya akan dikeluarkan spy baby dpt mikn dan buang najisnya. Kaedah ini dipanggil colostoma. Boleh le search kat google pasal stoma baby. Sementara nk planning utk operate buat anus baby jd stoma adalah langkah pertama utk setelkan masalah ini. Next step after buat stoma.. baby dh blh berak, baru surgical akan buat anus utk baby.. pjg lebar doc tu explain. After tu doc suh tandatgn segala mcm dokumen utk operate esok.. Aku masa tu hanya doakan semoga segalanya berjalan dgn lancar dan Allah permudahkan buat baby dan doc. Amin..

Suhaiza Shuhaimi/AllahisEnoughforme/4 Oct '16 at my hometown with baby muhamad raddein abdel







Friday, December 18, 2015

Surat Cinta Khairil-Suhaiza

Bahagia...?
Mungkin itu apa yg aku rasakan sekarang. Actually dah lama aku tak menulis ni. Ye la.. busy as a superummi pada anak2 kesayangan dan zaujah  utk suami tercinta.

4 bulan 19 hari... Really? As zaujah for Mohd Khairil. Aku rasa mcm dah bertahun hidup dgn dia. Walau baru beberapa bulan kami melayari bahtera bersama. My lovely husband. I love him very much coz of Allah swt. Selalunya aku selalu tanya dia..
"Abg, hari ni dah masuk bape bulan kita bersama?"
Selalu husband akan jawab sekian..sekian..sekian. Dan dia akan cont..
"Tapi abg rasa macam dah lama kita hidup bersama. Macam dah 20 tahun.."
Aku tergelak juga. Tapi hakikatnya itu yang aku dan dia rasa. Serasi, tenang bila berdua.

Ingat lagi masa mula2 kami diijabkabulkan. Lepas nikah. Lepas selesai semua majlis. Usai solat jemaah bersama. Aku dan dia terasa terlalu kekok untuk memulakan bicara. Akhirnya aku beranikan diri menegur dia. Memang terasa pelik sebab kami membahasakan diri khairil dan su. Bila nak ubah panggilan ke abg dan syg kami jadi malu. Akhirnya kami serahkan pada masa utk selesakan kami dgn situasi itu.

"Khairil.."
"Su..."

Sepanjang majlis aku dan dia tidak ada sekeping pun gambar berdua. Berpegangan tangan apatah lagi. Terlalu malu dan janggal. Tapi sweetnya kami je yang rasa dan faham. Betul la kata cerdik pandai. Bercinta after nikah sangat la manis.. Manisnya smpai sekarang aku dan dia rasa.

Ingat lagi pada entry aku bertajuk Kau Pergi Jua III.. At the last paragraph aku harap biar masa dan keadaan yg bawa aku dgn kekuatan utk ziarah pusara arwah suami aku yg dulu. Rupanya dia la kekuatan itu. Sebab after kami nikah esok tu dia bawa aku ziarah pusara my late husband yg hampir 2 tahun aku xdpt nak ziarah. Sebenarnya mmg itu niat yg dia nk buat utk aku after kami bernikah. Thanks abg.. u are lots with sweet hearts.

Act.. lps kami nikah. Byk benor ujian dan cabaran yg kami lalui. Allah swt tak putus2 beri kami hadiah berbentuk ujian. Hadiah kahwin agaknya. Anak2 kami antara cabaran terbesar. Its not simple things to raise up our childrens. Needs kesabaran, kekuatan mental dan fizikal. Mula2 tu aku menangis juga sebab nak take care anak aku sendiri pun aku masih dlm proses belajar. Ye la aku stay in university after aku gift birth utk dua putera aku. Every weekend je aku balik tgk diorng. Means aku xde la fulltime jaga anak2 aku sendiri. Bila cuti midsem je aku ada masa lama dgn anak2. But now aku kena jaga anak2 semua. act 4 org je wlu anak aku 5 org coz yg sorang mak mertua aku tolong jagakan.. Maybe one day hope aku blh jagakan kesemuanya. Dgn husbnd aku weekend husbnd.. Teramat la menguji mental dan hatiku. Kadang2 aku cengeng gak. Tapi aku kena kuat. Selalu husband aku kata aku kuat dan aku mampu jadi aku kena la buktikan pd dia aku kuat dan mampu.

Tabiat aku suka usik husband aku. Banyak cara aku buat. Tapi biarlah rahsia.... hehe. Bagi aku dia seorg yg cerewet tp cerewet dia satu yg bagus. Lama2 aku dah belajar byk bnda dan perkara dari dia. Walau dulu aku mcm zero and kekok sikit. Bagi aku selagi aku mampu follow and buat. i"ll try my best for my family and esp for Allah swt.


Sape manusia yg di dunia ni mengecap bahagia tak pernah di uji. Dalam hepy dan bahagia pn kdng2 ada juga gaduh2 nye. Gaduh2 manja. Pengikat dan penguat kasih di hati. Selalunya aku yang lebih teremosi. Yes.. memang aku jenis sensitif dan mudah tersentuh. Sebab aku jenis amik kisah setiap butir bicara, perbuatan dan tingkahlaku sekeliling aku. Pada aku mmg sgt2 kena jaga mcm aku yg selalu nak kan yg terbaik utk org lain. Selama waktu aku bersama dia, aku perhatikan dia seorg yg penyabar dan mudah dipujuk. Pendek kata manja and suka org pujuk dia. Hehe.

" Abg..manja..!"
" Mana ada.. abg xmanja le.."
" Kalau gitu abg ngade.."

Benda baru yang jadi habit aku lps kahwin dgn dia bila masa aku salam dia. Aku akan cium dan letakkan tgn nya pada pipi aku. aku rasa dekat  dgn hatinya if aku buat mcm tu pada dia.
Dan smpai bila2 aku akan macam tu sebab dia terlalu istimewa dalam hidup ini.

Bila kami jauh.. rindu selalu menggamit. Sebab itu bila ada je masa terluang antara kami, sepenuhnya kami isi utk luangkan ant satu sama lain. Untuk dia aku snggup korbankan segalanya janji aku dapat lihat setiap baris senyum di bibirnya. Coz aku dah berjanji akan membahagiakan dia selama hayat aku bersamanya. Senyuman itu sudah cukup memberi rasa indah bahagia itu pada ku.

Selama bersama.. ada suka ada duka ada ria ada tawa ada banyak cerita. Walau datang apa sekalipun yang cuba menghalang memisahkan mengusik menghiris.. setiap itu makin kuat ikatan aku dan dia. Ada duka tapi suka melebihi. Ada kecewa tapi bahgia lebih memberi. Ada luka tapi kesembuhan itu lebih besar. Ternyata itulah manisnya cinta di alam pernikahan.

Jauh lagi impian dan cita2 kami bersama yang selalu kami omong2 kosong berdua. Suatu hari nanti.. di waktu sore kami berdua mungkin sedang menghirup kopi panas di beranda menikmati udara segar dan pandangan hijau aman sambil tangan kami menggenggam erat antara satu sama lain. Di waktu itu dia membisikan kepada aku ayat yang selalu dia bisikan untuk aku..

"Abg sayang su..."

Dan aku pun tersenyum..

Suhaiza_Shuhaimu/AllahisEnoughforMe/19 Dec '15/at my home sweet home feeling longing Mohd Khairil my dearest husband so muchhh..



Thursday, October 15, 2015

Buah Hati Teragung

         
        Apa yang bakal aku coretkan kali ini, agak menyentuh hati kecil ku. Lagi2 naluri ku seorang ibu yang mempunyai anak. Yang mengandungkan,melahirkan dan membesarkan mereka semua. Aku mempunyai dua orang putera yang kecil. Masih kecil dan sedang membesar. Sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian seorang ibu dan ayah. Teringat aku semasa kali pertama aku menatap wajah Fayyadh. Itu lah kali pertama aku melihat anak dari benih dan darahku sendiri. Terasa sangat syahdu dan bersyukur dgn rezeki Allah swt ini. Ketika Fayyadh lahir, Abinya masih berada di sisinya. Untung Fayyadh ketika itu. Masih berpeluang bersama Abi walau seketika cuma. Sepanjang Fayyadh membesar, dia banyak bersama Abi berbanding aku kerna aku hanya weekend wife. Aku ingat lagi, Abi pernah ceritakan pada aku, jika Fayyadh bersama dia. Fayyadh menjadi anak yg sangat berdikari dan mendengar kata. Senang di urus dan tidak banyak ragam. Namun apabila aku pulang ke rumah, segala sifat yang Abi katakan hilang terus. Fayyadh berubah 360 degree. Dia akan jadi mengada2 dan banyak meragam. Paling ketara dia minta didukung. Begitulah Fayyadh bila dah jumpa dgn uminya. 

         Paling sedih bila saat Fayyadh kehilangan Abi. Tika itu Fayyadh baru bisa melangkah 2 dan 3 tapak. Itu juga kali pertama Abi lihat Fayyadh berjalan. Gembira Abi tak terkata kerna anak lelaki sulungnya sudah boleh bertatih menuju kepadanya. Malam itu juga merupakan malam terakhir Abi melihat Fayyadh. Actually, Abi terlalu sayangkan Fayyadh. Dia sanggup korbankan apa sahaja demi Fayyadh. Abi selalu inginkan yang terbaik buat Fayyadh. Adakalanya semua keperluan Fayyadh Abi inginkan yang terbaik. Walaupun diri Abi sendiri tidak mendapat yang terbaik. Malam sebelum Abi kemalangan, Abi sempat cium wajah Fayyadh berkali2. Banyak kali (mengikut cerita dari adik gurl Abi). Fayyadh hanya senyum sahaja. Tidak meragam. Klu ikutkan Abi jarang beri dan agak tegas melarang if ada orang ingin suapkan makanan yg bukan2 pada Fayyadh. Tapi malam itu, Abi tak kisah. Abi beri je Fayyadh makan macam2. Rupanya itu la kali terakhir Fayyadh lihat Abi. Dan Abi bersama Fayyadh.

         Sewaktu hari pengebumian Abi, Fayyadh langsung tidak meragam. Malah asyik tersenyum melihat wajah Abi dibaluti kain putih. Ternyata Fayyadh anak yang kuat. Dia seperti faham keadaan yg sedang di hadapi tika itu. Dia lah penguat hati umi. Dia lah pengubat dan penawar diri di kala sedih tika itu. Melihat Fayyadh ketika itu, membuatkan umi kuat melangkah kaki meneruskan sisa hidup. Fayyadh banyak berkorban untuk umi. Saat umi terpaksa meninggalkan dia ketika hati di pasung duka ketika kehilangan Abi, Fayyadh gagah fahami situasi umi, walaupun tika itu dia masih kecil utk melalui semua itu. Apabila dia melihat umi menangis, dia akan datang dan sapu air mata umi. Dia akan peluk umi. Bagi Fayyadh, airmata umi adalah kelemahan nya. 

            Selepas kepergian Abi dalam hidup Fayyadh, segala tugas yang selama ini Abi buat untuk Fayyadh, umi yang mengambil alih. Agak sukar dan kekok juga kerna selama ini Abi yang buat semua tetapi kini umi yang lakukan. Sehingga kadang2 umi menangis sendiri memikirkan kalau lah Abi masih ada lagi tika itu, mesti Fayyadh akan menjadi anak yang mendengar kata dan baik mengikut arahan Abi.

            Apabila Fayyadh bakal mendapat adik baru, umi berasa sangat gembira kerna Fayyadh akan dapat teman main nya. Fayyadh dah ada kawan. At least Fayyadh tiada kasih sayang seorang ayah tapi Fayyadh ada Fatthah, susah senang bersama nanti. Sebenarnya istimewanya Fayyadh, dia banyak mendapat kasih sayang dari 'ayah2 tumpangan'. Semua bapa saudara Fayyadh umpama ayah padanya. Kadang2 agak terubat hati ini, tatkala melihat Fayyadh ketawa dan happy bermain di atas riba mereka. Syukur Fayyadh mampu ketawa dan gembira dgn kehidupanya. 

             Kini Fayyadh dah menginjak 3 tahun. Fayyadh dah boleh bercakap dan Alhamdulillah, percakapan Fayyadh dah agak boleh difahami. Fayyadh juga telah dianugerahkan kasih syg seorang ayah kembali. Fayyadh telah mempunyai walid di dalam hidupnya. Fayyadh sudah punyai kakak dan adik. Fayyadh sudah ada role model yang boleh dicontohi. Fayyadh makin happy, lasak dan nakal juga. Selalu saja mengusik anak2 umi yg lain. 

                   Fayyadh faham, kini dia berkongsi kasih seorang umi dengan kakak dan adiknya. Kadang Fayyadh yang banyak beralah kerna umi ingin berikan perhatian pada kakak dan adiknya. Kadang Fayyadh menangis2 hendak duduk dan tidur dia atas riba umi berebut tempat dengan adik dan kakaknya tetapi umi melarang. Biar Fayyadh faham dia sebagai anak lelaki. Biar dia tahu, anak lelaki perlu kuat dan tidak boleh manja2. Fayyadh yg paling banyak di hukum. Fayyadh yg paling banyak di rotan oleh umi. Jika dua orang membuat salah, antara Fayyadh dan adik atau kakak, Fayyadh yang pertama akan menghulur tangan apabila diminta berbuat begitu untuk dirotan. Sedangkan yang lain, umi tidak mampu dan sanggup menghukum mereka spt mana umi lakukan pada Fayyadh kerna umi kenal Fayyadh. Apabila Fayyadh menangis, dia akan pujuk hatinya sendiri sebab umi tidak akan memujuknya. Kuat dan tabahnya hati Fayyadh, lasak dan nakalnya Fayyadh sebenarnya hati nya terlalu lembut buat umi. 

                   Walau apa sekalipun yang Fayyadh lalui dalam hidup kini. Umi yakin Fayyadh akan membesar sebagai anak yang baik dan soleh. Amin. Fayyadh akan menjadi contoh dan teladan yang baik pada kakak dan adik yang lain. Fayyadh akan menjadi khalifah yang hebat di masa akan datang. Hati seorang umi, terlalu yakin. Fayyadh akan sentiasa menyayangi umi selamanya hingga akhir hayat umi.    

"Apabila Allah mengambil seorang lelaki yang aku sayangi di dalam hidup sementara ini, Dia (Allah) telah mengurniakan aku dua orang lelaki yang sentiasa akan menyayangi ku sehingga ke akhir hayat ini...." 



Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/15 Oct '15/love Fayyadh soo much..

             
  

Friday, October 9, 2015

Jodoh dari Dia

    Siapa sangka kini aku bergelar seorang  isteri kembali. Isteri kepada seorang lelaki yang aku sendiri tidak kenali dan bersua muka walaupun sudah nekad membuat keputusan menjadi suri dlm hidup dia.

1 Ogos 2015,

Aku (Suhaiza) telah menjadi isteri yang sah kepada Mohd Khairil,suami aku kini. Sesungguhnya Allah sebaik2nya perancang dalam sesuatu perkara. Perkenalan yg hanya mengambil masa 2 bulan berakhir dgn satu ikatan yang indah. Sebetulnya baru 3 hari aku mengenali dia, aku telah sebulat hati menerima dia sbg suamiku, pengganti arwah. Sebulat hati itu aku perolehi dari petunjuk Allah swt dan gerak hati. Selama setahun aku mencari pengganti Abi kepada anak2 kecilku. Ternyata dlm beberapa yg aku kenali, dia banyak membuka pintu hati ini.

Kisah hidup dan jalan cerita kami yg serupa, kerna kehilangan org tersayang membawa kami serasi dan menarik antara satu sama lain ingin mengenali. Serius aku katakan, Allah telah menggerakkan hati ini untuk menerima lamaran darinya. Ternyata beberapa persamaan antara aku dengan dia, dan peristiwa2 yang kebetulan antara kami membuatkan kami yakin, antara kami masing2 adalah jodoh yg telah ditakdirkan.

Kali pertama aku berempat mata dengan dia, aku agak ragu2 kerna penampilan dia tidak spt mempunyai anak tiga. He looks different daripada gambar yg aku lihat sebelum ini. But when I start talking with him, yes it is! He's Mohd Khairil, the one yg aku kenal before ni. Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Paling aku rasa sgt2 rendah diri bila berhadapan dgn dia sebab .... he good looking! Macam tak sepadan dgn aku yg banyak kurang ni.

First kami jumpa, he proposed me! Melamar aku menjadi isterinya. Kejutan yg bg aku tersangatlah indah. Dengan senaskhah Al-Quran, he gift it to me and waiting for my answer. At the last, aku definitely say yes! Alhamdulillah. How semua ini boleh berlaku coz Allah yang kehendaki ianya berlaku. Kami tak bercinta dan hanya berjumpa 4 kali before kami nikah. Itu pun 2 kali bersua ditemani mak ayah. I think pertemuan kami tersangatlah indah dan penuh dengan hikmah. Hanya kerna ingin berkongsi kisah hidup masing2 sesama kami, akhirnya Allah mentakdirkan hati kami terbuka menerima antara satu sama lain.

Aku ingat lagi 5 syarat yg dia letak if ingin menjadi calon isterinya:

1. Taat kepada Allah, Rasulullah dan suami.
2. Boleh menerima anak2nya
3. Boleh menguruskan rumahtangga (if aku xsilap lah)
4. Mesti cantik dan seksi (seksi tu subjektif, katanya if pandai layan suami pun dah seksi..ahaha)
5. Kuat jiwa ( yg syarat ini lah katanya paling susah nak cari pada seorang wanita yg at the last dia jumpa ada pada aku )

Banyak benor syaratnya kan! Sejujurnya aku tidak lah ada apa2. Aku banyak kurang dan insan biasa2 sahaja. Aku bersyukur dia boleh menerima aku seadanya. Dia banyak membimbing dan memenuhi hati2 aku dengan bahagia yg selama ini aku cari. Mencintai dia sbg seorang suami membawa aku sentiasa mencintai pemberi rasa cinta di hati ini, Allah SWT. Dekat aku dengannya, mendekatkan aku pada Dia. Itu sebenar2 cinta hakiki bagi aku. Indahnya selama 2 bulan yg baru ini bersama dia, aku telah melalui pelbagai rasa dan ujian yg manis. Yang pada aku ujian ini satu anugerah yg tak terhingga dari Dia. Dengan kehadiran anak2 comel kami, bertambah indah dan ceria kehidupan kami as sebagai sebuah keluarga. InshaAllah.. Semoga Allah sentiasa bersama kita menempuhi segala ujian dan dugaan, membesarkan anak2 dan segalanya kerna Allah SWT. Amin ya rabb.

Dear my dearest husband,
Thanks a lots because menaikkan kembali darjatku di sisi Allah swt.
Thanks a lots because memberi aku peluang jika aku pergi menghadap Dia nanti, pergi ku dalam keadaan mempunyai redha seorang suami.
Thanks a lots because membuatkan semua perbuatanku, pekerjaanku, layananku, rasa di hati ku ini sebagai satu ibadah yang mempunyai ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT.
Thanks a lots because jadikan saya seorang isteri kepada seorang lelaki...
I love u very much more than u dont know it..
Sampai ke syurga cinta ini akan selamanya untuk kamu, suami ku..
Mohd Khairil...



Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/9 Oct '15/at teacher's room with feeling miss u so much