Tip-tip untuk semua
1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) marahnya.
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.
5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin
19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
23. Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
25. Bagi lelaki, yang terakhir sekali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban di kepala dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
http://tip-untuk-semua.blogspot.com
"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."
Friday, July 22, 2011
Monday, July 18, 2011
Mencari Bintang Timur
Kisah ini ana perolehi dari sebuah artikel di surat khabar. Di mana,.seorg penulis meluahkan rasa di hati utk mencari pasangan yg digelarnya 'bintang timur'. Agak terkesan juga di dlm hati ana,.apabila membaca bait-bait tulisan si pengirim surat ini. Hayatilah bagaimana seorg pemuda dlm pengembaraannya mencari 'bintang timur' hatinya...
Ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
MALAYSIA
‘ Wanita dijadikan daripda rusuk lelaki, bukan dari kepalanya untuk dijunjungnya, bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai’
Saya bukanlah seorang yang puitis yang mampu bercerita tentang bulan dan bintang dengan penuh kiasan. Saya juga bukan dari latar belakang akademik ilmu sastera yang boleh membuatkan sesiapa juga teruja mendengar cerita saya. Tapi cerita yang saya ingin kongsikan ini benar-benar menyentuh hati lelaki saya. Saya rasakan semua lelaki patut membacanya. Cerita ini dilontarkan ke dalam kotak emel saya dan saya membacanya berkali-kali dengan penuh rasa kekaguman. Begini kisahnya Putri…
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta di Melaka. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia “mengandung kut?” Dia kata tak ada. Oleh kerana dua tiga hari macam tu saja, saya bawa dia jumpa doctor dan ternyata isteri saya mengandung dua bulan.
Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apapun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesau solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan imsomnia (gangguan tidur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran di atas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca Al-Quran di sisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan.
Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab Kasyaful Mahjub. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya.
- Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah minda sedar.
- Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
- Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
- Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
- Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyaallah, saya doakan saya dan diri anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi Al-Nu’man), seseorang kepada bapa ImamAbu Hanifah, Tsabit.”Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah, “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan.” Apa yang disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala sterinya juga sudah dididik dan Hanafi sudah dididik sejak dari kandungan lagi.
Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin mengahsilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Say bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya terus doa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.
Saya bacakan kisah para Rasul, para Nabi, wali songo, tujuh wali Melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya kehalaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini.saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya di sin, kami akan bercerita segala-galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di tengan padang rumput., sehingga sekarang ridak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.
Saya bertekad dalam hati, insyaallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Oh! Janganlah tumpah lagi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan kesetiaan dan cintanya kepada saya. InsyaAllah tidak lama lagi, akan muncul ‘bintang timur kecil’ dalam hidup saya.
Saya membaca cerita ini berkali-kali. Ia benar-benar menyentuh hati saya. Saya seorang lelaki yang belum berkahwin dan bahagia dengan hidup saya sekarang ini. Di kala ramai kawan-kawan saya telah mendapat pasangan hidup, saya masih kuat berlari mengejar cita-cita dalam hidup saya. Tapi sebelah membaca cerita ini, saya mula memikirkan alangkah indahnya hidup ini jika saya juga mempunyai bintang timur ini dalam hidup saya.
Tentulah saya juga akan dikurniakan dengan bintang timur kecil suatu hari nanti. Tak mengapalah, mungkin itu mainan perasaan saya sahaja. Saya percaya masanya kaan sampai juga. Saya kan tetap menunggu. Saya akan tmendapat bintang timur saya sendiri. Datanglah bintang timur ke dalam hidup saya. Saya akan cuba memberikan seperti apa yang diberikan oleh suami dalam cerita di atas kepada bintang timurnya.
- AEROELASTICITY SPECIALIST/AHAD18NOV2007/MINGGUAN
Sunday, July 17, 2011
Serasi : Perlukah Mencari yang Sempurna?
Serasi? macan mana kita nk tahu psangan yg kita pilih utk dijadikan teman sepanjang hayat merupakan 'soulmate' kita. Sedangkan Allah selalunya mengirimkan kita suami/isteri yg berbeza sikap dan tingkahlakunya dari kita. Contoh seorg penyabar, seorg lagi mesti cepat marah. Seorg pendiam, seorg lagi mesti ckp x henti2. dan byk lagi sebenarnya perbezaan setiap pasangan.
Tapi pelikkan? sebab wlu berbeza bagaimanapun,.setiap psangan boleh hidup dan menjadi teman spjng hayat. Kadang2 ada juga yg merungut apabila susah mendpt pasangan yg betul2 memenuhi kehendak hati mereka.
Sebenarnya Allah itu penuh hikmah. Di sebalik apa yg ditakdirkn utk kita,.itulah yg paling terbaik utk kita. Selalunya kita mesti mempunyai 'taste' masing2,.dlm memilih psangan. Bertuahlah klu ada yg dpt sepenuhnya spt yg kita kehendaki. Namun bagi yg tidak mendpt spt apa yg kita impikan,.cuba kaji di sebalik pemberian Allah itu. Ada hikmahnya. Jika kita menyulami pemberian itu dgn rasa syukur, insyaAllah segala apa saja hadiah dariNya kita akan hayati dgn penuh penghargaan.
Seperti pasangan kita, seandainya dia mempunyai kelebihan tertentu,.sudah pasti dia juga mempunyai kekurangan pada sesuatu perkara. Contoh,.pasangan kita cekap dlm menguruskan kewangan dan kerjayanya,.namun apabila masuk dlm pengurusan anak-anak dan rumahtangga,.dia mempunyai kekurangan di situ. Jadi sbg isteri/suami mungkin kelebihan kpd kekurangannya itu ada di dlm diri kita. Maka kita akan saling melengkapi. Umpama malam dan siang, gelap dan cerah, bintang dan bulan. Ada perbezaan bukan? Manakan malam dan siang itu sama, krn malam itu gelap, sejuk dan dingin sedangkan siang itu cerah, panas dan terik. Jadi sekiranya kita mendapat pasangan yg berbeza, terimalah dia seadanya. Janganlah kita terlalu sibuk mencari dan mengharapkan sesuatu yg terlalu begitu sempurna.
Seperti kata pujangga,
" Seandainya ingin mrncari pasangan yg baik dan terbaik, didiklah diri supaya jadi baik dan terbaik"
Dan berdoalah kepada Allah supaya mengurniakan kita pasangan yg soleh/solehah.
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah org-org) yang berdoa dgn berkata: "Wahai Tuhan Kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yg menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi org-org yang (mahu) bertaqwa.
Setiap usaha dan doa, moga Allah swt perkenankan. InsyaAllah.
suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/July '11
Saturday, July 16, 2011
Warkah Buat Bakal Isteriku..
Buat: Isteriku(zaujah) yang tercinta[hanya Allah mengetahui]
Dari : Bakal Suamimu
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Allah memberikan kekuatan kepada ana untuk menulis surat ini... Sesungguhnya segalanya datang dari Allah, sedarlah wahai anti bahawa Allah sahaja yang memiliki dunia dan seluruh Alam ini. Udara yang kita bernafas ni, Allah tak mintak sesen pun, tubuh badan, kecantikan, harta, dan segalanya hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah untuk menguji kita... Sejauh manakah taqwa kita kepadaNya?
buat bakal zaujah,
ana tak berharap apapun pada anti.. Tetapi ana cuma harapkan anti menjadi seorang yang solehah. Bukanlah bermaksud perfecttetapi ana idamkan seorang wanita yang solehah menjadi peneman hidup.. Sesungguhnya tiada siapa di dunia ini perfect. Di saat ana sunyi, anti menjadi peneman suka duka kehidupan ana.
buat bakal zaujah,
ana bukan seorang yang perfect, terlalu banyak kekurangan pada diri ana. Ana ingin berubah setiap saat setiap detik ana cuba berubah . Ana cuba untuk memperbaiki diri ana. Ana ingin menjadi seorang suami yang dapat menjaga anti dengan baik, dapat bahagiakan anti dengan seadanya.
buat bakal zaujah,
ana sedar siapa diri ana, bukan seorang yang menjadi idaman wanita-wanita, tetapi ana cuma mahukan anti menjadi peneman hidup dalam membina sebuah keluarga muslim yang mengamalkan islam dalam kehidupan. Sesungguhnya Allah hanya meredhai Islam sebagai cara hidup. Jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup kita, pasti kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
buat bakal zaujah,
ana harap apabila kita sudah menjadi suami isteri, kita sama-sama mempertingkatkan amal di samping saling nasihat-menasihati untuk kebaikan dan kesabaran agar kita ini tergolong dalam orang-orang mukmin. Alangkah indahnya saat itu apabila kita ke kuliah bersama, ke surau bersama, dan di saat itu baru kita rasa dating halal yang Allah redha.
Akhir sekali.. Ana berharap anti bersedia untuk menjadi zaujah ana, dan menerima diri ana seadanya. InsyaAllah.. Dalam masa sebelum kita melangsungkan perkahwinan, ana akan cuba berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorang lelaki yang baik. Ana juga harap anti dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang terbaik.
Semoga Allah pertemukan kita dengan jalan yang diredhaiNya. Amin..

Tuesday, July 12, 2011
Bahtera Cinta Allah
Rasulullah SAW mengilustrasikan kehidupan berkeluarga beliau penuh dengan keharmonian, ketenagan dan kebahagiaan kerana dibangunkan di atas dasar ketaatan kpd Allah.
Suami yg mencintai Allah dgn sepenuh jiwanya, dia menjadi teladan kpd keluarga bukan agar dihormati anak dan isterinya.
Isteri yg mencintai Allah seluruh hatinya, dia berbakti kpd suami bukan agar suami mencintainya.
Diri kita milik Allah, yg mengetahui segala perasaan dlm diri kita hanyalah Allah. Yang memerintahkan kita berbikah adalah Allah.
Pernikahan yg terjadi juga adalah dgn izin Allah. Bahkan kebahagiaan yg diraih juga adalah krn pertolongan Allah.
Sungguh! Keluarga itu
1. pusat ketenangan
2. pusat ilmu
3. pusat nasihat
4. pusat kemuliaan
Jika ahlinya teguh mengingati Allah
Jika ahlinya gigih hidup krn Allah
Sungguh! iman yg kukuhlah yg membuat hiruk pikuk kehidupan berumahtangga tidak akan tenggelam dan rapuh. Hanya dgn kekuatan iman kita mampu menghiasi keluarga kita dgn ketenangan dan kebahagiaan.
Justeru, binalah keluarga yg dekat dgn Allah. Binalah keluarga yg dibangun sepenuh jiwa dgn mengingati Allah, mengenal Allah dan taat kpd Allah.
PEMBINAAN KELUARGA
1. Amar Maaruf
2. Nahi Mungkar
3. Solat berjemaah
4. Perbincangan ilmiyah
5. Ta'aun (bekerjasama)
6. Nasihat Menasihati
7. Husnu Dzan
Binalah keluarga yg sgt menjaga keihklasan dlm beramal
krn kebahagiaan berumah tangga hanya dirasai oleh mereka yg berhati bersih dan ikhlas.
Kekurangan yg ditemui menjadikan kita saling melengkapi,
kelebihan yg dimiliki selalu disyukuri.
Sungguh luar biasa rumahtangga yg disuburi dgn keimanan dan keihklasan. Lautan nikmat yg datang, disambut dgn penuh kesyukuran. Musibah yg menerpa, dikendalikan dgn penuh ketenangan.
Semoga Allah mengurniakan kita rumahtangga yg diberkati, rumahtangga yg diberkati, rumahtangga yg mengukuh iman, rumahtangga yg selalu bersungguh meningkatkan produktiviti kebaikan, rumahtangga yg dicita-citakan utk meraih redha Ar-Rahman.
Moga dgn niat, usaha dan doa yg terbaik, kita akan membina keluarga dan generasi yg lebih baik, menyinari alam dgn ketaatan kpd Allah. Demi meneruskan jejak langkah kebaikan dan kecemerlangan. Dgn segala semangat dan daya usaha, kita melukis peradaban bermula daraipada RUMAH KITA.
Ya Allah, kurniakanlah kpd kami isteri-isteri dan anak-anak yg menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi org2 yg bertaqwa.
Membangun sebuah keluarga bukan perkara mudah, mulakanlah dgn
1. Niat yg baik
2. Usaha yg tepat
3. ketekunan berDoa
memohon pertolonganNya..InsyaAllah
Friday, July 8, 2011
Jodoh kiriman Allah
Sesungguhnya,.jodoh itu bukan datang dari langit tp kurniaan Ilahi,.dekat di hati yg boleh dirasai. Sejak dilahirkan hingga dewasa, Allah telah menetapkan jodoh buat kita. Namun kita sendiri tidak bisa mengetahui siapa dan di manakah dia. Masa kita kecil x pernah pun kita terfikir tentang istilah kahwin sbb masa itu kita masih tdk memahami maksud dan kepentingannya. Namun bila dah berganjak dewasa,.nak x nak kena juga fikir soal jodoh dan kahwin ni. Walaupun pelbagai pengalaman yg kita lalui dlm hidup dlm mengenali istilah ini,.akan tetapi Allah itu maha Adil. Dia akan menjodohkan kita dgn lelaki/wanita yg serasi dan lebih kurang sama spt kita. Misalnya if klu ada yg kurang pd kita,.dia akan kurniakan psangan yg ada lebihnya. Jika kita yg lebih,.psangan kita mungkin ada kekurangan yg perlu kita isikan. Begitulah kejadian Allah, sgt2 unik. Setiap psangan saling melengkapi antara satu sama lain.
Namun sblum kita menerima sesuatu lamaran,.baik kita melakukan solat sunat istikharah utk memohon petunjuk dr Allah. Ana ingat lg saat ana berada di dlm dua persimpangan utk menerima lamaran,. ana melakukan istikharah,.bukan sekali tetapi berkali2,.krn petunjuk yg Allah berikan kpd ana begitu secara tersirat,.dan ana perlu memperhalusi maksud petunjuk tersebut. Bila ana yakin dgn pilihan ana,.hati ana masih berbolak balik. Sedangkan ana telah nekad membuat keputusan itu. Sebenarnya itu petanda bukan itu yg Allah mahu ana lakukan. Kerap juga ana menangis krn diduga sehebat ini krn membuatkan hati ana tdk berada di dlm keadaan yg stabil dan menyesakkan dada. Namun ana berdoa dan terus berdoa di samping mencari makna di sebalik yg sedang ana hadapi. Melakukan pertimbangan dan istiqamah dgn keputusan. Alhamdulillah,.akhirnya keputusan ana disambut baik oleh insan2 yg menyayangi ana walau ada 1 hati yg terluka,.tp ana yakin ada jodoh yg lebih baik utk dia,.dan dia bisa hidup dgn bahagia tanpa ana.
Allah itu maha kaya bukan,.memberi ana kurniaan yg tdk ternilai,.iaitu sifat sabar dan tabah yg tinggi di dlm diri ana. Allah juga mengurniakan seorg lelaki yg paling terbaik kpd ana spnjng hidup ana selepas ayah ana. Bakal zauj ana,.yg begitu memahami dan ikhlas menerima serta menyayangi ana. Sbnrnya walau kami belajar di tempat yg sama,.tetapi kami tidak pernah bertegur sapa,.malah senyum pn tidak pernah walaupn berkali2 bersemuka. Dan tidak pernah ana sangka dia adalah jodoh ana. Langsung tidak ana jangkakan! Bila difikir2 kembali,.masa lalu,.ana bersyukur krn lebih baik ana tdk mengenali bakal zauj ana sblm sampai waktunya,.Alhamdulillah..
Kini,.hari2 berlalu dgn penuh rasa syukur dan bahgia utk melangkah ke syurga diberkati Allah (nikah). Walaupun sebelum ini ana begitu sukar menerima ujian2 yg mendatang,.namun hari ini,.ana betul2 bersyukur dgn rasa di dlm hati ana krn ana telah meredhai segala yg berlaku spjng hidup ana. Rupa-rupanya andai kita tdk meredhai setiap ujian yg mendatang,.hati dan jiwa kita terus2an tdk akan berasa tenang dan seringkali kita mengeluh utk ujian2 itu. Ya! Benar! Ana telah melaluinya. Perit dan terlalu sakit. Akan tetapi,.Allah itu kan penuh dgn kasih syg,.andai kita di beri satu ujian,.kita bersabar,.dan redha,.insyaAllah,..Dia akan memberi nikmat yg berganda2,.kpd kita. Dgn kuasa Allah,.yg memberi rasa di hati ini kembali utk insan selayaknya memiliki,.dan merasai semua ini,.dgn cara menghargainya kini..
Thanks Allah for gift all this for me.. syukran abi,..^_^

Wednesday, July 6, 2011
Pengajaran Daripada Allah...
Setiap yg berlaku ada hikmah dan penyebabnya. Dan yang menyebabkan ianya berlaku hanya Allah SWT yg Maha Kuasa. Satu persatu tabir hijab hidup ini di buka olehNya utk membuktikan Allah itu Maha melakukan segala2nya terhadap mahkluknya. Bila disingkap soal jodoh dan kematian, tiada siapa yg bisa mengetahui kecuali Allah yg Maha Mengetahui.
Namun disebalik segala kejadian ada terselit pengajaran dari Dia. Kita selalu menginginkan sesuatu yg bukan benar2 menjadi milik kita. Ternyata mmg lumrah sifat manusia yg tdk pernah merasa cukup dgn nikmat kurniaan yg dikirim selama masih bisa menghirup udara kehidupan. Lazimnya, sesuatu yg tersurat itu belum tentu sama spt yg tersirat. Setiap apa yg berlaku lahir dan zahirnya mungkin tdk spt rohaniah. Allah Maha Mengetahui. Siapa yg bersalah dan siapa yg dipersalahkan? Namun ini bukan lah soal siapa salah atau siapa yg benar, akan tetapi sikap segelinitr yg sering menyalahkan takdir atas apa yg berlaku. Sedangkan apa yg lahir di bibir tdk sama spt hati nurani!
Subhanallah,.sesungguhnya kasih syg Allah terhadap hamba yg daif dan lemah sgt terang dan jelas di depan mata. Adakalanya tidak kita nmpak krn hati penuh debu hitam dan noda. Namun,.kasih syg Allah itu sentiasa menyelamatkan insan2 yg lemah ini,.dgn berbagai cara. Alhamdulillah,,.syukran kpd Pencipta yg tdk pernah hbis kasih sygnya. Mujur andai bukan krn kasih syg Allah ini,.insan yg lemah pasti ditindas dan dianiaya. Ada juga yg menggunakan istilah iman dan takwa sbg alasan utk mengaburinya. Astagfirullahalad'zim.. mengapa manusia kini dgn mudah mempermain dan mempergunakan istilah itu utk kepentingan peribadi. Sudah byk insan begini,.jadi mari berhati-hati..takut meracuni diri dan mambuat kita buta serta tuli.
Begitu pantas masa berlalu, hingga kadang2 kita hampir lupa, siapa kita? di mana kita? dan apa yg kita mahukan dlm hidup di dunia? Persoalan demi persoalan ini perlu kita tanya pd diri spy sentiasa kita sedar utk apa kita diwujudkan di bumi ini. Benar! Kehidupan kita singkat. Tapi cuba selami dan muhasabah diri adakah kita benar2 menghayati tentang makna kehidupan yg singkat itu! Ataupun ianya hanya satu ayat yg digunakan utk mengaburi hati2 yg lemah. Adakah kita benar2 merasai atau melalui kehidupan singkat yg kita wujudkan itu! Jawapanya hanya ada pada insan yg mengetahuinya. Ingat! Allah Maha Mengetahui. Seadainya Dia menginginkan sesuatu itu terjadi, maka jadilah ia!
* Allah itu telah cukup buatku,.hanya dia yg benar2 mengajarku erti keikhlasan dan cinta dlm hidupku. Dan dia juga telah menemukan aku dgn insan yg benar2 menghargai dan ikhlas mencintaiku. Kerana Allah membuatku jatuh cinta hanya dgn insan yg membuatkan aku jatuh cinta pada Tuhanku.
suhaizashuhaimi/AllahisEnoughforMe/July '11

Subscribe to:
Posts (Atom)