"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Monday, August 8, 2011

Riuh Rendah Itu..Rindunya!

    Bila dah lama di rumah ni, rasa rindu pula nak dengar keriuhan suara anak-anak menakan (saudara). Teringat bila dah berkumpul semua, paling riuh suara anak-anak kakak dan abang la. 
Selain suara mak ayah diorang.ehe.

Kalau mereka semua balik, macam nak pecah rumah ni. Jangan kata mak-mak sedara(ana dan adik2) je yang kena buli. Silap-silap tokwan pun kena sekali. 

Tetapi mereka lah pengubat hati kami..^_^

Tak sabar nak tunggu raya, mesti riuh umah ana mcm biasa..nasib tahun ni tak kena bagi duit raya. selamat..ehe. Sesiapa yang rasa dia pangkat Pakndak(En.Fakhruzy) sila sediakan duit raya banyak-banyak yer...ehe

jalan-jalan di sawah..
demo bantuan kecemasan dari nurse yang x tauliah lagi..=P


rajin pose je kejenya.
irfan..dah 2 bulan...
lepas mandi...
inilah geng pecah umah dgn riuh rendah mereka..

Walaupun mereka agak nakal ckit,.namun ana percaya mereka semua anak yang baik..
ana doakan mereka semua membesar menjadi anak yang soleh dan solehah..amin.



suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/August '11

Sunday, August 7, 2011

Didiklah Isterimu Wahai Suamiku



        Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.


         Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.


       Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

     Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam mengahadapi wanita.


  Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangak buruk,pemarah,pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita.

  Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang. Janganlah jemu dalam memberi sifat tanggungjawab ini kerana tugas dalam melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.


Kadangkala,kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum perempaun yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya.

Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: 
"Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." 

Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.

Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah. Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.


Sifat-sifat isteri solehah:


1.Mentatai perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.
2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut.
3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.
4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan
5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)
6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami.
7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah.
9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya.
12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.
13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.



-ILuvIslam

Saturday, August 6, 2011

Tips Berjauhan Selepas Berkahwin

 
    Alam perkahwinan tersangatlah indah bagi setiap pasangan yang baru memijak kaki ke gerbangnya. Hingga disama ertikan seperti kehidupan di dalam syurga. Hidup bersama dengan insan yang mencintai dan dicintai antara satu sama lain, merupakan nikmat kehidupan dari Allah yang sangat terindah. 

    Namun perkahwinan bukan lah mempunyai panorama yang indah belaka sahaja. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh setiap pasangan. Salah satunya cabaran kepada pasangan yang terpaksa hidup berjauhan walaupun selepas berkahwin yang disebabkan oleh faktor tempat berkerja, meneruskan pengajian, kesihatan dan banyak lagi. 

Di sini ingin dikongsi bersama tips-tips bagaimana untuk menjalani kehidupan bagi pasangan yang terpaksa berjauhan selepas berkahwin. InsyaAllah, moga ianya dapat membantu kepada pasangan yang bergelar isteri.

1. Isteri yang pulang seminggu sekali hendaklah menguruskan semua kerja rumah yang sememangnya sudah menjadi tanggungjawab seorang isteri sewaktu pulang ke rumah suami. Membasuh semua baju kotor, menyidai, melipat semua kain dan tidak lupa juga untuk meng'iron' semua baju dan siap disangkut di dalam almari supaya suami mudah mengambilnya.

2. Isteri tidak dapat memasak sepanjang tiada di rumah. Hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja baru isteri boleh memasak. Jadi isteri perlu menyiang ikan/daging/ayam, mengupas bawang dan memotong sayur. Lalu dimasukkan ke dalam bekal kedap udara, kemudian disimpankan ke dalam peti sejuk. Cara ini dapat memudahkan suami untuk memasak tanpa membuang masa dan menjimatkan tenaganya yang sudah letih seharian di pejabat.

3. Sentiasa meng'update' jadual/kalendar harian/bulanan dengan suami supaya mudah menguruskan masa balik/kembali ke rumah suami.

4. Pada sebelah pagi(sebelum pergi kerja), tengah hari(masa rehat), petang(pulang kerja) dan malam(sebelum tidur), sentiasalah menghantar mesej/call/MMS kepada suami supaya rasa lebih dekat dan tidak rasa bersendirian walau pun hidup berjauhan.

5. Apabila ingin melakukan ibadah seperti membaca Al-Quran/solat sunat/dengar ceramah di tv/radio, ajaklah pasangan sekali turut serta. Walau berjauhan, tetapi sekiranya dalam masa yang sama pasangan melakukan perkara yang sama, ianya dapat menerbitkan rasa dekat dan berkongsi antara satu sama lain.

6. Sewaktu pulang ke rumah suami, sesekali keluarlah bersama-sama seperti beriadah di waktu pagi/petang di taman, membaca bersama di kedai buku, membeli belah, menonton wayang ataupun melayari internet di kafe sambil menghirup kopi panas bersama. Dengan itu mewujudkan sifat mesra dan kegembiraan antara pasangan dan menjadikan pasangan semakin intim.

7. Sesekali balik ke rumah suami tanpa pengetahuannya. Kejutan ini mesti memberi terapi buat pasangan yang kebetulan sedang stress baru pulang dari pejabat. Wajah isteri kan penawar segala kegusaran buat suaminya.

8. Andai sibuk dengan urusan di pejabat/kuliah, ambil waktu untuk menulis email yang berbaur cinta dan ayat-ayat romantis untuk pasangan. Curahkan segala rasa kasih dan sayang di hati. Beritahu padanya betapa dia sangat berharga di dalam hidup. Dan jangan lupa selitkan kata-kata semangat/sokongan buat pasangan. Hantar ke email pejabatnya. Lihat sejauh mana, dia akan bertambah mengingati isterinya.

9. Adakalanya kejutkan pasangan dengan mengirim hadiah bukan sahaja pada tarikh istimewa tetapi pada hari-hari lain. Buktikan pada pasangan yang dia begitu istimewa dalam hidup.

10. Apabila sudah ada di samping suami, solat lah secara berjemaah bersama. Kekuatan rohani sangat penting bagi sesebuah rumahtangga. Ajaklah suami membaca al-Quran bersama atau berdiskusi secara ilmiah mengenai pendidikan agama selepas solat jemaah. Cari topik-topik yang dapat memberi input yang bagus. Di samping dapat menambah pengetahuan tentang ilmu agama, suami juga boleh memberi tazkirah kepada isteri juga kepada bakal anak-anak nanti.

11. Akhir sekali, doa seorang isteri sangat mustajab. Berdoalah supaya hubungan bersama suami diberkati, dilindungi oleh Allah senantiasa. Berdoalah supaya Allah juga melindungi si suami,memelihara kesihatannya supaya boleh menjaga dan membimbing kita hingga akhir hayat. dan jangan lupa berdoa moga Allah menyatukan kita dan pasangan di akhirat sana juga. InsyaAllah..



suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/August '11

*just my rational opinion,.sharing is caring..=)





Majlis Khatam Al-Quran

    Untuk memulakan majlis khatam al-Quran adalah seeloknya ianya dibuka dengan bacaan al-Fatihah (الفاتحة). Kemudian barulah majlis khatam dimulakan dengan bacaan surah ad-Dhuha (سورة الضحى) sehingga sampai surah an-Nas (سورة الناس). Apabila sampai pada ayat terakhir dalam surah ad-Dhuha (سورة الضحى) sehingga surah an-Nas (سورة الناس), disunatkan bagi pembaca al-Quran menyebut lafaz Takbir.

Sejarah Bacaan “Takbir”

    Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah terputus menerima wahyu dari Allah S.W.T seketika sehingga orang-orang Musyrik berkata :
“Muhammad telah ditinggalkan oleh tuhannya!” Tidak berapa lama selepas itu turunlah surah ad-Dhuha (سورة الضحى). Nabi Muhammad S.A.W berkata : (Allah Maha Besar) dan Baginda mengarahkan kepada pembaca al-Quran supaya membaca “Takbir” apabila sampai pada surah ad-Dhuha (سورة الضحى) dan seterusya pada surah-surah selepas itu sehingga tamat bacaan.

    Sebahagian ulama’ meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W bertakbir atas sebab bersyukur kepada Allah S.W.T kerana menafikan kata-kata orang-orang Musyrik. Manakala sebahagian yang lain mentafsirkannya sebagai kegembiraan Nabi diatas turunnya wahyu selepas beberapa ketika terhenti.

    Bacaan takbir telah diriwayatkan oleh kebanyakan pembaca al-Quran dan ianya menjadi suatu adat ke atas pembaca al-Quran sebagaimana ianya menjadi amalan bagi setiap pembaca al-Quran di daerah negara lain ketika dalam perayaan atau majlis membaca al-quran dan begitu juga ketika mereka mendirikan Qiamullail pada bulan Ramadhan. Mereka (Qura’) tidak meninggalkan perkara ini (takbir) ketika mereka mengkhatamkan al-Quran dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Lafaz-Lafaz Takbir


    الله أكبر
    لا إله إلا الله والله أكبر
    لا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد

Lafaz ini disebut sebelum membaca Basmalah pada awal surah. Secara mudahnya, lafaz ini disebut setiap kali selepas selesai membaca ayat terakhir dalam surah.

Bila Bermula Bacaan Takbir Dan Bila Berakhirnya?

Ada 2 pendapat mengenai bilakah bermulanya bacaan takbir ini. Pendapat tersebut ialah :

    Bermula selepas akhir surah ad-Dhuha
(سورة الضحى)
    Bermula selepas akhir surah al-Lail (سورة الليل)

    Walaupun ulama’ berselesih pendapat mengenai bilakah bermulanya bacaan takbir ini. Namun, mereka bersepakat mengenai tempat berakhirnya bacaan takbir iaitu selepas tamat bacaan surah an-Nas (سورة الناس). Selepas menghabiskan bacaan surah an-Nas (سورة الناس), pembaca al-Quran hendaklah menyambung bacaan mereka dengan membaca surah al-Fatihah (الفاتحة) dan disambung dengan 5 ayat dari awal surah al-Baqarah (البقرة) kemudian diikuti dengan bacaan ayat 115 surah al-An’am (الأنعام).



Doa Khatam Al Qur’an



Doa khatam al Qur'an

Terjemah Doa Khatam Quran 
Maha benar Allah yang Maha Agung, dan RosulNya Nabi yang mulia dan kami bersaksi atas kebenaran hal tersebut. Ya Rabb kami, terimalah amalan kami, karena sesunggguhnya Engkau maha mendengar dan maha mengetahui.
Ya Allah anugerahkanlah kpd kami kenikmatan/kemanisan bagi tiap2 huruf dari Al Qur’an, dan balasan bagi tiap2 juz dari Al Qur’an. Ya Allah jadikanlah huruf alif sebagai kelembutan, hurup ba barakah, ta taubah, tsa pahala, jim kecantikan, ha hikmah, kha kebaikan, dal dalil/petunjuk, dza kecerdasan, ra rahmah, za kesucian, sin kebahagiaan, syin syifaa/ubat, shad kebenaran, dho cahaya, tho ketenangan , dzo keluasan, `ain ilmu, gho kekayaan, fa kemenangan, qo kedekatan, qaf kemuliaan, lam kelembutan, mim nasihat, nun cahaya, wa wushlah/sarana, ha petunjuk, ya keyakinan.
Yaa Allah berikanlah kami manfaat dengan Al Qur’an yang agung dan tinggikanlah darjat kami dengan ayat2nya dan terimalah bacaan kami dan maafkanlah segala kesalahan, kelupaan, perubahan kalimat dari tempatnya, mengawalkan atau mengkahirkan, penambahan atau pengurangan, penafsiran yang tidak sesuai dengan apa yang Engkau turunkan, keraguan atau sahwun, sui ilhanin(?), dan terburu2 ketika tilawah, kemalasan atau kesesatan lidah, waqof (berhenti) bukan pada tempatnya, mengidghomkan (mendengungkan bacaan) yang bukan idghom, mengidzharkan (bacaan tanpa dengung) yang bukan idzhar, madd (memanjangkan bacaan), mentasydid, hamzah, atau sukun, i’rab yang bukan pada tempatnya, atau kurangnya rasa cinta dan senang terhadap ayat2 yang memeberii berita gembira, dan kurangnya rasa takut ketika membaca ayat2 ancaman, maka ampunilah kami ya Allah, dan jadikanlah kami sebagai oarang yang syahid.
Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an, dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an, masukkanlah kami ke syurgamu dengan Al Qur’an. Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman , cahaya di atas titian (shirath), dan teman di dalam surga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dlm kesempurnaan , anugrahkan kepada kami kemudahan dlm mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman. Dan sholawat dan salam yg senantiasa tercurah kpd junjungan Nabi Besar Muhammad SAW dan para sahabat atas kebaikan akhlaq dan kelembutan budi pekertinya di atas cahaya arsy.
Amin yaa Rabbal ‘Alamin.

suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/August '11

Thursday, August 4, 2011

8 Punca Rumahtangga Bergolak

Sangat menyedihkan apabila dalam sesebuah perkahwinan, pasangan suami isteri gagal untuk mempertahankan hubungan perkahwinan mereka. Apabila perkara seperti ini berlaku dalam hubungan rumahtangga dan tidak diselesaikan secara berhikmah, ia tidak mustahil mengakibatkan penceraian.

Oleh itu, untuk mengelakkannya daripada menjadi lebih parah, pasangan terbabit perlulah mengenalpasti apakah punca yang menyebabkan masalah-masalah timbul dalam hubungan mereka. Apabila punca pertelingkahan atau ketidaksefahaman dikenalpasti, pasangan tersebut akan lebih mudah untuk mengatasi masalah yang timbul. 
(1) Kritikan yang melampau - Pada kebiasaannya, pasangan yang telah menjalinkan hubungan agak lama tidak terlalu peka tentang masalah ini. Mereka lebih memikirkan kepuasan hati apabila mengkritik berbanding memikirkan sensitiviti pasangan.
Tanpa mereka sedari, ia sebenarnya telah menimbulkan masalah dalam hubungan dan sekiranya ia dibiarkan berterusan, mungkin akan membuatkan orang yang sentiasa dikritik merasakan perpisahan adalah jalan terbaik.
Kritikan yang melampau bukanlah satu cara yang membina sebaliknya ia boleh menjatuhkan semangat seseorang.
(2) Penipuan - Jangan sesekali memulakan penipuan dalam hubungan walaupun ia suatu perkara yang kecil kerana ia akan memberi kesan dalam hubungan untuk jangka masa panjang.
Masalah ini perlu dipandang serius untuk mengelakkan pasangan terasa seperti dianiaya. Dikhuatiri penipuan yang telah dilakukan akan mempengaruhi pasangan yang ditipu untuk turut menipu. Adalah lebih teruk sekiranya masalah ini akan terus berlanjutan dan berbalas-balas di antara satu sama lain.
(3) Intipan - Walaupun niat anda mungkin baik untuk mengetahui setiap pergerakkan atau aktiviti pasangan anda, tetapi ia sebenarnya akan membawa masalah besar dalam perhubungan sekiranya tindakan "intipan" diketahui pasangan anda. 
Oleh itu, binalah kepercayaan dan elakkan keraguan terhadap diri pasangan anda. Sekiranya tanda-tanda kecurangan dapat dikesan atau was-was, barulah anda cuba melakukan intipan. Apa yang paling penting ialah jangan sesekali bersangka buruk terhadap pasangan.
(4) Cemburu yang melampau - Cemburu sememangnya amat penting dalam hubungan. Ia adalah sebagai tanda anda benar-benar menyayangi pasangan anda. Malangnya, perasaan cemburu yang tidak terkawal akan menjadi punca masalah dalam hubungan. Perasaan cemburu itu haruslah dikawal agar bersesuaian dengan situasi, tempat, keadaan atau sebagainya.
(5) Membandingkan hubungan masa lampau - Pasangan tidak seharusnya melakukan perkara seperti ini dalam hubungan. Jangan membandingkan hubungan sekarang dengan hubungan masa lampau. Ini akan mewujudkan pelbagai pemikiran negatif terhadap pasangan. Masalah ini perlu diberi perhatian untuk mengelakkan timbulnya masalah yang lebih besar pada masa akan datang.
(6) Masalah komunikasi - Ia adalah merupakan masalah yang kritikal kerana ia melibatkan persefahaman dan penilaian terhadap pasangan masing-masing. Ini kerana semua masalah dalam hubungan seperti perasaan cemburu, krtitikan, penipuan atau sebagainya dapat diatasi sekiranya pasangan mampu berkomunikasi dengan baik. Komunikasi yang baik juga dapat membantu kedua-dua pihak untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara.
(7) Mengambil ringan - Apabila sesuatu hubungan telah melalui satu jangka masa yang panjang, kebiasaannya pasangan akan mengambil ringan atau kurang memberi respon (tidak peduli) terhadap pasangan masing-masing. Masalah ini perlulah dielakkan. Bahkan, kedua-dua pasangan seharusnya berusaha untuk menyemarakkan lagi perasaan serta menguatkan ikatan cinta yang terjalin sekian lama agar terus berkekalan. 
(8) Aktiviti harian - Setiap orang pasti mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilakukan, tetapi, jangan sesekali mengabaikan pasangan kerana ia juga merupakan salah satu dari tanggungjawab anda. Walaupun anda sibuk dengan aktiviti harian, carilah masa yang sesuai untuk diluangkan bersama pasangan anda. Masalah dalam hubungan pasti berjaya dielakkan sekiranya anda bijak untuk membahagikan masa.


Wednesday, August 3, 2011

Kisah Ramadhanku

    Alhamdulillah.. syukur kepada Allah swt atas nikmat yang tidak berbelah bagi ini. Akhirnya bulan mulia yang ku tunggu-tunggu tiba jua. Seperti biasa kedatangannya ku sambut dengan penuh rasa syukur yang teramat di dalam hati. Bila bulan puasa ni, jadual harian pun dah berubah. Bangun awal sudah tentu untuk siapkan sahur. Bersahur dan tunggu hingga solat Subuh. Adakala sambil tunggu waktu subuh, Quran jadi peneman tak pun dengar orang mengaji. 

Jadual yang dulu padat, tiba-tiba jadi lapang bila masuk bulan Ramadhan ni. Mana tidaknya, waktu tidur dah di pendekkan.ehe. Sampaikan bila baru pukul 9 pagi, ana dah x tahu nak buat apa, sebab semua kerja rumah ana dah siapkan. Mengemas, menyapu, membasuh, menyidai dan macam-macam lagi. Nasib baik ada kucing kesayangan ana, boleh bermain-main dengan mereka. =) Selalunya ana habiskan waktu dengan membaca or tengok tv je la. Nasib la bulan Ramadhan tahun ni jatuh time cuti semester ana..tapi bila cuti lama-lama ni bosan la pula.ehe


    Itu baru kisah pagi, bila sampai petang pula, mula sibuk nk menyiapkan juadah. Baru-baru ni, ana ke bazar Ramadhan. MasyaAllah, ramainya orang. Ana ni memang takut or x selesa if kalau ramai sangat orang. Tetapi  disebabkan ada 'bodyguard' berani la juga, nak tak nak kena la redah juga. Alhamdulillah, kuih muih dan hidangan di sini memang sedap dan harganya sangat berpatutan. Tak seperti di KL, semuanya mahal-mahal belaka. Untungnya jadi orang Utara. Macam-macam ada. 

Selalu kalau rasa malas nak keluar pergi bazar, masak je la apa yang ada. Dapat juga jimat. Namun ana cuba didik diri supaya tidak membazir. Sediakan hidangan mengikut keperluan. Selalu ana beli kuih muih je yg lebih sebab dah tahu nanti waktu malam mesti kuih-muih tu jadi 'alas perut' bila rasa lapar. 

 
 Bila masuk ke malam, ana pergi tarawikh di surau or masjid berdekatan. Jarak surau dengan rumah ana dekat depan umah ana je. Jalan beberapa tapak sampai la ana. Itu yang seronok,. macam malam tadi hujan renyai-renyai, tetapi semangat nak tarawikh punya pasal, ana redah juga hujan tu. Alhamdulillah, sampai juga.  

Ana ingat lagi, bila nak masuk saf ana tengok ramainya jemaah wanita. tak macam tahun lepas, cuma 2 saf. Kadang-kadang tinggal 1 saf je. Tapi tahun ini, Alhamdulillah, ramai..sampai ada jemaah wanita yang solat di luar pintu bahagian muslimat. Hebat! Kalau macam ni la selalu, muslimat kita memang hebat! Seronok ana tengok suasana macam ni. Baru semangat nak buat ibadah. 

Ana juga kagum dengan jemaah 'comel' yang hadir bersama ibu mereka. Walau di saf belakang mereka boleh habiskan rakaat penuh bersama jemaah wanita yang lain. Teringat ana bila ana terdengar suara jemaah 'comel' di sebelah ana membaca surah dengan kuatnya mengikut bacaan imam. Hebat! Kecil-kecil sudah menghafaz surah yang panjang. Sekaligus perasaan kagum menerjah hati ana. Alangkah indah andai kehidupan masyarakat Islamic begini dihayati bukan sahaja di bulan mulia ini, tetapi di sepanjang bulan-bulan yang lain.



     Usai berjemaah, ana selalunya pulang terus ke rumah. Tak pernah menjamah more' yang disediakan di surau. Bukan apa, kerana ada rasa segan di dalam hati sebab ana selalunya pergi tarawikh bersendirian. Tetapi kalau ada yang memberi bungkusan makanan, ana ambil je bawa pulang ke rumah. Selalu anak-anak sedara la yang tolong habiskan. Sambil mereka makan, mereka selalu meminta ana bercerita kepada mereka tentang kisah nabi ataupun kisah teladan yang lain. 

Sebenarnya, hari-hari ana kena bercerita untuk mereka. Kalau ana tertinggal satu hari untuk bercerita, mesti ana perlu menyediakan 2 buah cerita untuk keesokkan harinya. Ini kerana, anak-anak sedara ana, menganggap ana berhutang cerita kepada mereka.ehe. ^_^

Nasib la, asyik kena buli je dengan anak sedara. Namun ana gembira dan bahagia bila ana dapat berkongsi ilmu atau pengetahuan dengan mereka. Di dalam cerita nabi banyak pengajaran dan teladan yang boleh mendidik mereka. Jadi ana akan terus-terusan menceritakan kisah-kisah ini buat mereka. 
InsyaAllah, mungkin bila ana sudah mempunyai 'permata hati' ana nanti, ana akan sentiasa bercerita untuk mereka kelak.

   Awal Ramadhan ini, mungkin satu permulaan buat ana dalam mentarbiyah diri menjadi seorang yang benar-benar menghayati makna bulan mulia ini. Begitu banyak nikmat dan ganjaran di sebaliknya. Bagi yang mencari dengan ikhlas, sabar dan bersungguh-sungguh, pasti layak menjadi 'pemenang' ganjaran Ramadhan. InsyaAllah,.sepanjang Ramdhan ini,.ana akan cuba semampu yang mungkin untuk mencari makna tersirat tentang kehidupan yang Allah telah berikan buat ana kini. 
Thanks Allah for gift 'Ramadhan' to us..


Monday, August 1, 2011

Tiramisu

Hujung minggu baru-baru ni, dapat juga ana makan kek Tiramisu, alhamdulillah.. Teringin sgt2. Sejak balik bercuti 3 bulan yg lalu, ana x dpt nk mam tiramisu sbb xde yg nk temankan pegi beli. =) Nseb bek dpt juga mam,.walau x sama sedap mcm yg ana selalu beli di KL. ni ngah belajar cm ne nk buat kek Tiramisu, harap-harap jadi la..^_^ 
Resipi Kek Tiramisu Simple
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 2 bahagian
  5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  6. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya…
  10. p.s yg kek bulat kicik tue, kite guna mould donat. Letak kek dulu, pastu letak krim. Biar dlm peti kejap sebelum keluarkan mould.:)
kredit utk Abi,.yg sgt baik hati dan prihatin..ehe ^_^