"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Friday, November 2, 2012

Cukup Hanya Seorang


" Kalau abi nak kahwin lagi satu, umi izinkan. Sedikit pun umi tak bantah. Cakap saja, umi boleh pinangkan gadis itu untuk abi. "
 
     Dialog ana bersama suami beberapa ketika lalu. Suami ana hanya mampu menghadiahkan ana sekuntum senyum. Ana memandang wajah suami. Terkebil-kebil mencari riak yang luar biasa gembira padanya. Tidak kelihatan. Seraya tangannya meraih tangan ana lalu digenggam. Ana faham benar maksud genggamannya.

" Kenapa ? Abi tak mahu ke ? " Tanya ana memancing lagi.

     Sengaja ana merenung ke dalam anak matanya. Juga tidak kelihatan sebarang reaksi. Yang suami ana tahu, menguntum senyum dan senyum lagi.

   Mesti wanita-wanita di luar sana berasa hairan, mengapa ana sangat tidak sensitif dengan isu poligami. Andai ada wanita yang duduk di tempat ana, sudah semestinya memikirkan beribu kali untuk menyoal suami tentang poligami. Malah mebincangkan perkara tersebut juga jauh sekali. 

     Bukan apa, sebenarnya ana kasihan melihat suami yang melalui perkahwinan jarak jauh ini. Memang sebelum kami berkahwin, ana dan suami telah berbincang tentang keadaan ini setelah mendirikan rumahtangga nanti. Memandangkan ana masih di bangku pengajian dan suami pula bekerja di ibu kota, dan kami menetap di negeri yang berbeza, membataskan kami untuk melaksanakan tanggungjawab suami dan isteri dengan sempurna.

     Kasihan pada suami yang hidup 'membujang' walau telah beristeri. Balik dari pejabat, tiada senyuman dan kucupan isteri yang menyambut, apatah lagi minuman panas terhidang. Semuanya suami perlu lakukan sendiri. Membasuh, menyidai, memasak, mengemas dan semua tugas yang sepatutnya seorang isteri lakukan, segalanya dia yang menguruskannya. Itu belum masuk bab keinginan rohani dan hati. Macam-macam yang ana fikirkan. Lalu terlintas di dalam hati, andai ada seorang isteri yang boleh menjaga abi di sana, alangkah bahagianya dia. Sekurang-kurangnya ada juga yang menemani dia siang dan malam. Setiap masa dan ketika. Bukan seperti ana yang hanya menjadi 'weekend wife'. Kalau cuti semester baru boleh menemani abi lama. Itu pun paling lama 3 bulan. 

     Namun ana bersyukur teramat dikurniakan suami yang sangat menyayangi dan memahami ana. Menerima ana seadanya dan sentiasa membahagiakan ana. Walau berkali-kali ana menyogoknya dengan isu poligami, suami selalu memberi alasan, CUKUP. Cukuplah dengan apa yang dia ada sekarang.  Hidupnya sudah sempurna dengan adanya ana di sisinya dan anak pengikat kasih kami. Tidak pernah terlintas di hatinya untuk menduakan ana apatah lagi bermadu. Baginya walau apa pun terjadi, kasih dan sayangnya tidak akan beralih arah malah akan terus menyayangi ana. Kerna ana cinta terakhir hadiah yang jauh lebih sempurna di dalam hidupnya.



Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/3 Nov '12/at my parent's home

Wednesday, October 31, 2012

Allah Tak Pernah Ketemukan Kita Dengan Orang yg Salah!!



Allah tak pernah temukan kita dgn org yg salah kerana:

1. Insan yg hadir dlm hidup kita, yg memberi rasa kasih sayang,.kebahagiaan, senyuman dan airmata,.semuanya milik Allah,.suatu hari Allah akan tetap mengambil mereka dari kita.

2. Untuk membantu kita dlm melayari bahtera kehidupan. Walau untuk sementara,.tetapi pengalaman atau kenangan yg terukir bersama dia,.bisa menjadi pengajaran atau teladan buat kita.

3. Allah itu Maha Mengetahui perjalanan hidup kita,. Siapa? Apa? dan Bagaimana? yg berlaku dlm hidup kita hanya Allah yg mengetahui Lauh Mahfuznya.

4. Insan yg hadir umpama satu perlabuhan kapal yg singgah, setiap apa yg berada di perlabuhan dpt memberi pengajaran kpd kita,.erti dlm kehidupan,.sampai satu saat kita perlu melayarkan kapal kembali sehingga kita benar-benar bertemu perlabuhan tetap.

5. Allah ingin menemukan kita dgn insan yg berbeza,.sikap dan tingkahlakunya,.utk kita merenung setiap keunikan ciptaan Tuhan. Walau selepas itu kita bertemu dgn insan lain,.sememangnya tidak akan ada persamaan dgn insan yg kita temui sebelumnya.

6. Untuk kita lebih menghargai apa yang ada di dalam kehidupan kita sekarang supaya kita tidak akan rasa menyesal seandainya dia pergi meninggalkan kita.

7. Allah itu penuh rahsia. Setiap apa yang berlaku, Allah menginginkan kita kembali padaNya. Suka duka gelak tawa dan air mata,.Allah ingin kita bersamaNya.

Indahnya pertemuan dan perpisahan andai kerana Allah. Airmata dan gelak tawa akan sentiasa menjadi peneman setia bg insan bergelar manusia. Allah itu maha mengetahui segala2nya. Setiap yg berlaku, penuh hikmah,.jgn krn dugaan yg melanda kita berendam airmata tetapi lihatlah di sebalik dugaan,.terkandung manisnya kehidupan. Allah sayang kita,.sayang umatnya, sayang semua,.walau kita terpisah jdkanlah doa sbg pengikat hubungan kita sesama manusia. Mana tahu masa akan dtng Allah telah menetapkan sesuatu yg lebih baik utk kita..InsyaAllah.

Friday, October 5, 2012

Kelahiran yang Di Nanti

Alhamdulillah... syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi, 
tanggal 30 September 2012, tepat jam 10.26 malam yang lepas, 
ana selamat melahirkan putera sulung ana yang di beri nama 
Muhamad Fayyadh Iman b. Mohd Fakhruzy 
Kelahiran yg sangat dinanti2 oleh ana dan suami. 
Permata hati dan buah cinta pertama kami.





Detik-detik kelahiran 

28 September 2012

     Hari kuliah terakhir ana sebelum ana cuti bersalin. Malam tu ana tunggu my abi datang utk jemput ana bawa balik bercuti di Penang. Check in hotel semalam berhampiran dgn U sbb kesian kat abi yg kena rehat penat otw ke JB. Sempat makan nasi tomyam dgn abi. Baby Fayyadh pun asyik mengeras je dlm perut.ehe


29 September 2012

      Tepat jam 12 tengah hari, ana dan my abi bertolak balik ke KL. Pagi tu sempat sarapan nasi lemak ayam dgn milo panas. Dalam hati berdoa, janganlah sakit nak bersalin time2 atas highway ni. Risau juga. Alhamdulillah.. akhirnya selamat sampai KL. Sempat rehat sekejap sampai kul 9 malam..baru bertolak balik ke Penang. Sepanjang perjalanan balik, rasa mengantuk teramat dan tido je.


30 September 2012

Tengah hari - petang

         Akhirnya kaki ni selamat jejak juga tanah Penang before bersalin. Selama ni duk rasa cm nk bersalin di JB je tapi hari ni sampai juga rumah mak ayah. Nampak sgt baby pun nak jadi orang Penang. Lepas makan kari mak dgn abi, adik gurl ajak g cari baju kurung utk konvo dia. Masa tu dah rasa sakit2 cm period pain tapi setiap 30 minit gtu. Otw pegi shopping, sakit makin menjadi2 tapi stay boleh tahan dan jalan seperti biasa. Dalam hati duk fikir, dah nak bersalin ke? Nasib bek dik gurl keje nurse, jadi x risau sgt if berlaku pe2. Tapi masa duk pilih2 baju, sakit tu makin bertambah. Sampai berpeluh2 ana tahan sakit. Ajak adik balik cepat sbb x tahan dah sakit. Otw balik sakit makin menyerang, dan makin kerap selang 5 minit. Sampai je umah terus gtahu mak n my abi sakit sgt2. Ayah n mak suh siap2, nak pegi hospital sebab tu tanda2 baby nk kuar dah. Mak suh makan nc tapi dh x lalu sbb sakit sgt2.

Malam

          After maghrib kami bergegas ke Hospital Bkt Mertajam, sampai2 je nurse suh baring nak check bape cm dah buka. Rupa2nya dah 4 cm. Terus masuk labour room. Masa dlm tu, mulut x henti2 berzikir dan baca doa. Sakit jgn cakap lah, x boleh nk gambar kan. Kebetulan masa tu ada org lain ngah bersalin. Dengar suara mengerang sakit dh buat hati ni kecut. Sakit makin bertambah selang beberapa second buat ana x tentu arah jadinya. Air ketuban terpaksa doc pecahkan sbb ana tak turun sebarang tanda pun. Ana request nk my abi ada di samping saat melahirkan baby nanti. 

        Bila nampak je muka my abi, air mata ni terus mengalir laju. Nasib bek ada my abi di sisi beri semangat. Masa tu memang rasa baby dah nak kuar. Ana panggil nurse,. nurse suh jgn teran lagi sbb masih bukan waktunya. Tapi ana dapat rasa yg baby akan kuar. Ana teran juga, tgk2 mmg baby dh nak kuar. Sume nurse datang bergegas utk sambut baby. Bayangkan nk teran push baby tu, ana amik masa sampai 5 kali sbb ana xde pengalaman. Sampai ana hampir give up. Tapi bila abi bagi semangat, ana cuba lagi. Akhirnya baby dapat juga kuar di bantu oleh nurse2 kat situ. 

          Ya Allah! Peritnya melahirkan seorang anak. X tergambar dgn kata2. Hanya yg pernah mengalaminya sahaja dapat merasai betapa susahnya dan payahnya pengorbanan melahirkan. Nurse angkat baby letak atas dada ana. Masa tu darah penuh muka baby. Pucat dan biru je. Masa tu tak terkata bahagianya dan tenangnya hati bila melihat wajah anak yg dikandung selama ini. Rasa sakit melahirkan tadi seperti hilang terus. Masa tu nurse suh my abi azankan baby terus. After azan, nurse suh my abi kuar sbb proses menjahit akan dilakukan ke atas ana. Masa tu ana masih tak jemu2 tgk muka baby. Baby pun dah berhenti nangis. Nurse datang amik baby sebab nk bersihkan dia dan ana pula kena jahit. Hampir 5 jam juga ana duk dalam labour room. Tepat jam 12 lebih baru ana di tolak masuk wad  bersalin. Dekat pintu dewan bersalin tu, ana dapat jumpa mak, ayah ana n my abi sambil katil di tolak masuk ke dalam wad. 


Begitulah pengalaman ana melahirkan mujahid sulung ana. Semoga baby Fayyadh menjadi anak yang soleh utk kedua ibu bapanya..insyaAllah. amin..



Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/5 Oct '12/at my home atas katil dgn my baby n my abi ^_^



Tuesday, September 18, 2012

Set Bersalin Amway + FREE Tungku Bayi!


Set Bersalin Amway + FREE Tungku Bayi!
FREE BENGKUNG & FREE TUNGKU BAYI!

Mengandungi 8 Produk untuk luaran:-
  1. Herbal Douch - yang bertindak membersihkan bahagian peranakkan (20 sachet). 
  2. Herbal Bath - sebagai mandian untuk membersih dan mengharumkan badan (20 sachet). 
  3. Firming Herbal Blend - mengemaskan bahagian perut (20 peket). 
  4. Herbal massage oil - untuk tujuan urutan badan semasa pantang (1 botol). 
  5. Warming Herbal Blend - memanaskan badan dan membuang lebihan air dalam badan (15 peket). 
  6. Calming Herbal Blend - melegakan sakit kepala (15 peket). 
  7. Baby oil - mengelakkan perut bayi - dari masuk angin(1 botol). 
  8. Bengkung untuk ibu.
Produk untuk dalaman (makan)
  1. Herbal Tea - 10 Sachet - melancarkan edaran darah - dan mempercepatkan penyembuhan luka-luka. 
  2. Kapsul after birth 1 & 2 - bertindak memulihkan tenaga dan kesihatan ibu disamping memperbanyak air susu (60 biji setiap botol). 


Friday, August 17, 2012

Raya Tahun Ini!!

Tinggal lagi beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut hari lebaran iaitu 1 Syawal, Hari Raya Aidilfitri.
Tahun ni adalah lebaran paling bermakna buat ana. 
Berhari raya bersama suami tercinta, anak yg berada di dalam kandungan dan keluarga mertua. 
Insan2 baru yg hadir di dalam hidup ana bersama keluarga yg ana sayangi sgt bermakna dalam hidup ana. Rasanya seperti tidak percaya. 
Tahun lepas ana beraya sbg seorang yg 'single',. tetapi hari ini ramainya beraya bersama ana. 
Alhamdulillah.

Raya pertama tahun ini, ana berhari raya di rumah mertua. Takpelah,. tahun depan rumah ana pula. 
Lagipun bukan jauh mana dari Penang ke Kedah. 
Alih2 boleh saja balik ke rumah ibu ayah ana.
Tak kisahlah janji ada suami di sisi.

Sedih juga ana, melihat suami isteri yg bergaduh teruk hanya sebab urusan balik kampung.
Sebenarnya yg paling penting, raya di mana2 sama. 
Ibu dan ayah mertua itu juga kan seperti ayah ibu kandung kita. Jangan la pula ada berat sebelah. 
Memang la kata org ibu sendiri tidak sama seperti ibu mertua. 
Ye la, mana kan sama. tetapi sebagai menantu kena la pandai menyesuaikan diri. 
Ana pun masih belajar mengambil hati mertua. Adakalanya kekok juga. Nanti lama2 biasa la. 
InsyaAllah, kalau kita memberi kebaikan, kita juga akan sentiasa mendapat kebaikan.
Jika kita sentiasa memberi kasih sayang, kita juga akan mendapat kasih sayang.
Tak sabarnya nak merasa raya di kampung. Ini lah kali pertama bagi ana. 
Syukur kerana selama ini hajat ana untuk mencari calon suami yang mmg org kampung dah terlaksana. 
Nak pula kampung di tengah sawah menghijau.
Thanks ya Allah..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN




* umi ngan baby nak mam lemang, ketupat banyak2, t pas bersalin x bleh mam dah..ehe

Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/17 August '12/at my parent's home

Monday, August 6, 2012

Diari Hamil : Sudah masuk 7 Bulan!

             Alhamdulillah... syukur kerana kini usia kandungan ku sudah mencecah 7 bulan. Perut ku dah mula nampak. Tapi kecil..tidak spt wanita hamil 7 bulan. Lebih kurang seperti 5 bulan begitu. Namun aku bersyukur krn kandungan dan bayi ini setakat ini sihat. Tidak mempunyai masalah. Cuma hb (tekanan darah) yg sesekali turun dan naik. Nak kata x makan, banyak juga aku makan. Macam-macam. Nak2 pula sekarang bulan puasa lagi la banyak aku makan. Last check-up, nurse gtahu yg baby ku maybe kecil. Risau juga aku.. normal ke? Kata nurse lain org, lain kandunganya. 

              Aku rasa bertuah kerana dalam bulan puasa ni, aku dapat pengalaman iaitu hamil ketika di dalam bulan Ramadhan. Takut juga aku, klu nanti aku berpuasa akan memberi effect yg tidak baik kpd bayi ku. Banyak research yg aku lakukan utk pastikan supaya puasa ini mampu ku tempuh walau dalam kehamilan. Alhamdulillah, setakat ini aku mampu berpuasa. Cuma akhir2 ini, aku tidak mampu melakukan ibadah itu memandangkan aku sudah masuk ke terimister ke-3. Di mana, saat bayi memerlukan banyak zat dan kalsium utk membesar dgn agresif. Jadi nak x nak, aku terpaksa mengambil jalan tidak berpuasa. Lagi pula, bila aku berpuasa si anak comelku ini mesti meragam. Menendang x henti2 dan membuatkan aku terasa amat letih sekali. Suami ku mengesyorkan supaya aku byk makan dan minum susu, berehat utk kebaikkan bayi dan diriku.       


           Apabila masuk bab solat, aku kini hanya mampu solat secara duduk kerana sakit di bahagian pinggang dan belakang. Nak berdiri pun kadang2 mengambil masa. Mujurlah ada suami yang banyak membantu dan memberi sokongan kepadaku. Bila aku duduk terlalu lama, sakit di bahagian belakang pasti menyerang. Jadi aku kena banyak berbaring dan berjalan. Kata orang, slalu berjalan akan memudahkan kehamilan. Jadi aku cuba praktikkan. Kerja rumah masih ku lakukan, kerana itu adalah tugasku sbg seorg isteri. Tak pernah aku abaikan makan dan pakaian suamiku. Nak pula bulan Ramadhan ini, aku perlu masak utk suamiku kerana mmg pe'elnya suka makan masakanku.

                Kini aku menghitung lagi 2 bulan aku akan melahirkan. Risau, takut, dan teruja semuanya ada. kuharapkan moga bayiku ini selamat dan sihat selalu. Moga2 Allah memudahkan semuanya. Takut juga,.bila fikir2kan balik pengalaman kakak2 dan mak yg melahirkan. Mesti sakit. Tapi bila difikirkan balik ganjaran sepanjang mengandung dan melahirkan seorang anak, aku menjadi senakin kuat utk menghadapinya. Terima kasih ya Allah kerana memberi nikmat dan anugerah ini utk ku rasai..alhamdulillah.


*dah scan, ana bakal dpt baby boy yg comel..syukur dikurniakan mujahid sulung!

Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/6 August '12




Wednesday, August 1, 2012

Puding Karamel

Tips membuat puding karamel:
1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit .Jika ia hangit, rasanya akan pahit.
2. Setelah gula hangus cair dan bewarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip.
3. Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair.
4. Telur dan susu dikisar hingga sebati.
5. Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
6. Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.

Puding Karamel 
Bahan-bahan :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad

Cara Membuatnya :1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.