"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Thursday, June 25, 2015

Marah:Sesekali Diuji

    Seingat aku, diri aku bukanlah seorang pemarah. Malah aku pernah mengalami satu peristiwa di mana sewaktu aku menjalani praktikum mengajar di sekolah, aku pernah memarahi pelajar aku ketika itu, akibat terlalu geram aku telah mencubit perut pelajar aku. Haa.. tapi respon yang aku dapat.

"Cikgu Su, kalau marah tak nampak macam marah. Cool je.. " Salah seorang pelajar aku menjawab.


        Masa itu aku yang memang nak marah, terus tergelak dalam hati. Adeh! Memang payah nak buat muka marah sebabnya aku ni jenis yang susah nak marah. Pernah aku kenakan denda ke atas mereka,berlari mengelilingi bengkel elektrik kerana lewat. Aku bukan lah seorang guru yang suka membebel apabila marah. Sikap aku, bila marah aku banyak mendiamkan diri. Jadi bila aku diam, itu bermakna aku sedang marah. Pelajar aku sudah tahu akan hal itu. Jadi apabila mereka melihat aku kurang bercakap, mereka dah dapat sign bahawa aku sedang marah. Jadi hari itu mereka akan baik2 sahaja tanpa membuat perangai. Hehe.. Adakalanya aku terhibur melihat reaksi mereka dalam keadaan seperti itu. 

         Pernah juga akibat aku agak tertekan dengan sikap mereka yang kurang fokus terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aku decide stop pengajaran aku serta merta hari itu. Aku ambil buku2 aku, aku terus keluar bengkel, masuk bilik guru. Tanpa sepatah pun aku bersuara. Kejap lagi, aku nampak segerombolan anak2 muridku datang ke meja aku meminta maaf. Haha.. Memang kejap benor aku merajuk. Tengok muka diorang yang rasa bersalah pun dah buat aku sejuk hati. Nampak tak, aku memang bukan seorang pemarah.


         But jika sekali aku marah, marah yang terlampau marah. Memang agak teruk juga. Actually, aku pernah je baling barang masa aku marah. Habis pecah semua gelas aku baling. But aku tak baling kat orang yang aku marah. Aku baling kat dalam toilet (nak mengamuk pun aku stay pilih safety first!). Aku kira, hanya arwah suami aku sahaja yang pernah tengok aku marah macam itu. Sebab itu dia sangat la jarang buat aku marah, sebab dia sendiri takut bila tengok aku marah. Perkara yang dia selalu buat bila aku marah, dia akan pegang tangan aku erat. Tindakan nya itu membuatkan aku segera sejuk dan drastik menjadi cool kembali. 


               Tapi aku rasa mungkin masa itu, aku masih muda. Sekarang aku dah ada anak2 dan menginjak dewasa. Agak matang dan berfikiran lebih tenang. Jadi aku dah buang sikap aku yang tidak baik itu. Sebenarnya sifat marah ini, tidak baik untuk diri dan emosi. Tambah2 untuk orang sekeliling. Terutama sekali anak kecil kerana sifat amarah yang tidak bisa dibendung dengan wajar boleh saja memberi kesan yang mendalam pada jiwa mereka. Dan apabila mereka membesar nanti, mereka akan terikut2 dengan sifat amarah yang kita telah tunjuk pada mereka sejak kecil lagi. 

Macam mana aku tahu yang aku dah buang semua sifat aku itu..?

             Beberapa minggu yang lalu, aku pernah difitnah melakukan perkara yang aku sendiri tak tahu dan tak buat. Terpinga2 juga diri masa itu. But .aku tak cepat bertindak. Aku selesaikan satu2 masalah itu sehingga keadaan kembali tenang. Kalau ikutkan nafs, aku rasa bisa meletus perang dunia masa itu. Tetapi disebabkan Allah sudah memberikan aku akal untuk berfikir, jadi aku gunakan segala anugerah itu sebaik mungkin. Dan alhamdulillah segalanya kembali pulih seperti selalu. 

Tips aku mudah je :

1. Kalau ada yang sedang menaikan amarah kita, lebih baik kita diam dan dengar dulu segala luahan amarahnya itu. Jangan berlawan cakap pula. Just jadi pendengar. Biarkan keadaan reda sendiri.

2. Lepas itu, ucapkan maaf terlebih dahulu walau bukan kesalahan diri sendiri. Tak jatuh ego pun jika kita meminta maaf. Lagipun jika kita meminta maaf, hati kita akan menjadi lebih tenang. 

3. Jelaskan kembali keadaan sebenar jika berlaku salah faham. Jelas betul-betul sehingga orang yang marah tadi faham akan situasi sebenar. Selebihnya terpulang kepada dia, ingin memahami atau pun tidak. Mungkin akan mengambil masa untuk dia berfikir atas apa yang telah berlaku.

4. Walau apa pun yang sudah berlaku, teruskan hubungan silaturahim dengan dia. Jangan kita diam dan jauhkan diri. Sentiasa bertanya khabar dan mesej dia seperti biasa. Kalau boleh buatlah seperti  biasa, seperti tiada apa2 yang berlaku antara dia dan kita. 

5. Akhir sekali, sentiasalah mendoakan yang baik2 buat dia. Supaya Allah swt perlihara hubungan silaturahim hingga ke syurga dan dijauhkan dari fitnah. Jika kita sentiasa berfikir perkara2 yang baik, inshaAllah, benda2 yang baik akan menyusul seterusnya.

Sebagai sahabat, kawan dan teman sepatutnya janganlah diambil hati sangat dengan kesilapan kecil yang mereka lakukan pada kita. Jika kita betul bersahabat kerana Allah swt, inshaAllah segala kelemahan dan kekurang dia kita akan mudah terima dan bertolak ansur.


Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak berjumpa dengan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu ketika di dunia, lalu mereka bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah swt:

"Ya Rabb.. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia, yang solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami.."

Maka Allah swt berfirman : 

"Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabatmu yang di hatinya ada Iman walaupun hanya sebesar zarah." (HR. Ibnul Mubarak dalam kitab Az-Zuhd)

Al-Hasan Al-Bashri berkata, "Perbanyaklah sahabat-sahabat Mu'min mu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat."

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis, 

"Jika kalian tidak menemukan aku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah swt tentang aku."

"Wahai Rabb kami.. hambaMu fulan, sewaktu di dunia sselalu mengingatkan kami tentang Engkau. Maka masukkanlah dia bersama kami di syurgaMu."


Nafsu amarah itu tsifat yang tidak baik, maka jauhilah. Sahabat sejati sukar dicari ganti, jadi apa salahnya saling memaafi.. =')













Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/26 June '15/at my room so alone..

Monday, June 22, 2015

Yakin Itu Perlu!



     Aku matikan enjin kereta sambil merenung jam di tangan. Awal satu jam aku pagi ini. Aku turun dari kereta kemudian aku ke pintu belakang dan membukanya, Tangan aku mencari sepasang kasut bertutup aku yang bakal aku pakai nanti sewaktu pembentangan. 

     "Ya Allah!" Debar dadaku sangat la tak terkawal. Walau pagi itu cuaca sejuk dan agak tenang, tapi emosi yang bermain di dalam diriku tidak setenang keadaan di luar. Aku berjalan menuju ke fakulti. Pagi itu lihat seperti aku yang tiba awal ke bilik pembentangan. Yang lain tidak pula aku nampak kelibat mereka. Lagi beberapa langkah aku hendak sampai ke tempat dituju. Baru aku nampak seorang dua teman2 aku. Kami saling menegur but masing2 aku nampak tersangat la pucat lesi, cuak semua ada. Hehe.

     Sampai je bilik pembentangan, aku terus masukkan slide tesis aku ke dalam desktop PC di situ. Aku perbetulkan mana yang perlu diperbetulkan pada slide tersebut. Sesekali mata aku memerhati ke luar, kalau2 panel sudah datang. Dalam 10 minit macam tu, aku nampak kelibat kawan aku tiba. Hanya kami berdua masa itu. Masa yang ada kami gunakan utk discuss kembali soalan2 yang mungkin bakal dtanya oleh ahli panel. Walau pun aku cuba menyembunyikan gugup dan gusar di hati tapi ianya tetap terserlah di setiap perbuatan aku. Serius! Aku banyak bergerak untuk menenangkan diri aku. Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Seorang wanita bertudung labuh menyapa kami. Aku memang tidak kenal. Dia memberitahu dia bakal menggantikan salah seorang panel aku pada hari itu. Alhamdulillah.. rupa2nya panel yang paling aku takuti pada pembentangan aku pada pagi ini tidak dapat hadir lalu dia menggantikan tempatnya dengan seorang Dr yang lain. Pada aku Dr ini tersangatlah baik. Terima kasih ya Allah. Sepertinya Allah swt ingin memudahkan urusan aku pada pagi tersebut.

     Sebetulnya, malam sebelum viva ini, aku dah puas menangis. Aku pun tak tahu kenapa aku menangis. Tiba2 aku rasa sedih teramat. Memikirkan banyak benar perkara yang aku perlu lalui. Macam2 aku fikirkan waktu itu. Dalam minggu sblm hari pembentangan, aku mmg byk berfikir. Itu ini, nak selesaikan berbagai masalah dan urusan kehidupan aku. Fikirkan anak-anak dan juga sumber kewangan aku. Tetapi seperti biasa aku selalu berlagak tenang seperti tiada apa yang berlaku. Demi Allah! Jika diselami hati aku sedalamnya, aku rasa tak terbendung segala rasa di hati ini.. Tetapi atas rahmat kasih syg Allah swt yang telah menghadirkan insan2 baru di dalam hidup aku, ianya telah mengubat hati aku perlahan-lahan. Aku bersyukur kerna Allah hadirkan seseorng yang sangat aku perlukan di saat aku benar memerlukan ia. Tergelak aku dalam sedang menitiskan air mata apabila mendengar suara puteri ku mendoakan aku supaya tidak bersedih dan berjaya dunia dan akhirat. 

"Umi jangan sedih, Tiah doakan umi supaya berjaya, dunia dan akhirat. InshaAllah, kipidup!"

     Lebih kurang begitu la doa si kecil Tiah buat aku. Yang part last tu sbnrnya buat aku tertawa sebab dia menyebut ada pelat sedikit. Hehe.. Allah.. Tika itu hati aku merasa agak tenang sedikit. Aku dah boleh berfikir dengan tenang dan sudah kurang menangis. Malam itu juga, aku mendapat sepatah dua kata semangat untuk memotivasikan diriku. Alhamdulillah. Aku seperti mendapat semangat yang baru. Betul lah.. katanya setiap perbuatan buatlah kaitkan dengan Allah, lebih tinggi nilainya berbanding jika buat kerna segulung ijazah yang tiada nilai apa-apa. Terima kasih yang tidak terhingga buat insan yang kini tidak putus memberikan aku sokongan dan nasihat tanpa ada erti jemu. Aku beryukur ke hadrat Allah swt yang Maha Mengetahui segala yang terbaik dikirimkan buat aku.

     Selepas hampir satu jam, aku dan kawan menunggu kehadiran panel kedua, tepat jam 10 pagi, pembentangan bermula. Aku menunggu giliran ku selepas yang pertama. Masa itu, aku dah tak tengok langsung nota yang aku tulis pasal slide tesisku. Semuanya aku campak ke tepi. Haha.. Mungkin aku dah redha dan pasrah. Yakin pun aku rasa juga masa tu, mungkin lah. Habis je kawan aku keluar, aku langkah masuk menuju ke arah panel untuk memberi borang rubrik yang telah aku isi kepada mereka. Aku naik stage then buka slide aku. Bila aku tgk panel dah bersedia, aku mulakan dengan kalimah "Bsimillahirahmanirahim...bla..bla..bla aku bagi mukadimah. Tiba2 aku baru teringat, aku belum bagi kata2 aluan buat panel. Adeh! Camne la aku boleh terlupa. Jadi aku stop kejap, pastu aku ucap terima kasih kepada ahli panel kerna sudi jadi panel penilai aku hari ni. 

"Terima kasih kepada ahli panel Dr. Nor Hasniza dan Cikgu Ali yang sudi menjadi panel penilai Projek Sarjana Muda saya pada hari ini.."

Tiba-tiba salah seorang panel membalas ucapan aku.

"Sebenarnya tak sudi pun, terpaksa je ni jadi panel kamu.." dengan muka yang serius.

     Aku hanya tersenyum sumbing sambil menelan air liur. "Sudah.. mood tak baik ke Cikgu Ali pagi ni. Masaklah aku hari ni.. " Confident level aku yang tadi duduk pada tahap semaksima mungkin skrg dah trun perlahan-lahan ke level yang entah keberapa dah.. hehe.

     Aku meneruskan pembentangan aku dari satu slide ke satu slide sambil memberi penjelasan ke atas setiap slide yang sedang dipaparkan di hadapan. Entah apa yang aku duk membebel kat depan, aku pun tak tahu. Suara aku, aku kira boleh dengar sampai luar bilik tersebut. Sebab aku dapat lihat kawan2 aku yang sedang berdiri di luar tingkap lutsinar bilik tersebut sedang memerhatikan aku. Aku kira hanya 15 minit aku amik masa untuk berhujah di depan. Kemudian segalanya senyap. Bermakna aku dah habis bentang. Sekarang 2 pasang mata sedang memerhatikan aku. Aku menuggu respon dan komen dari mereka.

Panel pertama, cikgu Ali menutup salinan tesis aku. Kemudian dia menyoal.

"Awak rasa, sejauh mana awak yakin dengan hasil kajian awak ni.. Setinggi mana tahap confident awak terhadap apa yang telah awak kaji.. Di mana kekuatan kajian awak, just give ur opinion, how ur feel?" tanya dia pada aku sambil tepat merenung aku.

Aku yang dari tadi berdebar, jantung aku stay lagi berdebar malah bertambah debar memikirkan apa  jawapan yg perlu aku berikan pada soalan beliau. Perlahan-lahan aku membalas..

"Begini.. saya menjawab dengan sepenuh ikhlas di hati. Saya ingin jujur dengan perasaan saya. Saya ingin menyatakan apa sebenarnya saya rasa. Sebenarnya saya membuat kajian ini hanya menggunakan separuh dari hati saya, bukan keseluruhan kerna saya terpaksa melakukan kajian bukan dalam bidang saya. Saya tidak mahir di dalam bidang yang bukan bidang saya. Tapi atas nama saya menghormati kehendak SV saya, saya menerima tajuk yang diberikan beliau walau pun sebelum itu saya telah memberi cadangan atau pun idea saya tetang apa yang saya hendak kaji. Saya seorng pelajar teknikal. Pelajar dalam bidang kejuruteraan. Pelajar kursus Elektrik dan Elektronik. Sememangnya bidang sains sosial bukan lah bidang yang sesuai untuk saya kaji. Sedangkan bidang saya sendiri pun belum saya mahir, inikan bidang lain. Tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar, saya habiskan juga kajian saya hingga saya dapat perolehi data dengan baik"

Aku memberi jawapan. Ikhlas. Biarlah.. memang aku perlu jujur. 

"Memang itu yang saya nampak sewaktu awak membentangkan kajian ini. Saya tidak nampak di mana kekuatan kajian awak. Banyak yang lemah. Ini juga saya perlu kaji sebenarnya, trend di mana pelajar melakukan kajian yang bukan dalam bidang mereka sendiri. Seperti kamu diambil kesempatan untuk memudahkan kerja mereka." Jelas cikgu Ali pada aku. Aku diam.

"Sebenarnya kajian saya sepatutnya dijalankan di kampung, di mana mengikut kepada rancangan yang bakal dilaksanakan ke atas komuniti kampung untuk mengamalkan gaya hidup sihat, satu trek akan di bina pada kampung tersebut di mana penduduk kampung boleh menggunakan trek itu ke masjid, balai raya or sekolah. Jadi saya as pelajar dalam bidang elektrik dan elektronik saya akan build satu device di mana di setiap hujung trek tersebut dapat mengukur how long penduduk kampung berjalan pada hari itu. Mungkin device yang boleh mengukur heart beat mereka juga. Itu sebenarnya kajian say. Tetapi disebabkan berlaku salah faham komunikasi, jadi saya x dapat turun  untuk collect data di sana. Jadi saya terpaksa tukar responden utk kajian saya.." jelas aku panjang lebar.

Respon yang aku dapat.

" Kalau dari tadi awak explain pasal ini tujuan asal kajian awak, saya bagi 10, 10 dan 10 untuk setiap item penilaian awak. Itu lah sebenarnya kajian yang perlu awak kaji. Awak pelajar engineering. Kajian-kajian begini yang setara dengan cara awak berfikir.. dan bla..bla.." Panjang benor Cikgu bebel kat aku masa tu. Tapi aku lihat kedua-dua panel aku senyum je masa bagi penjelasan pada aku. At the last sekali, dia pesan pada aku,

"Jika kita membuat sesuatu kajian yang tajuknya dalam bidang kita, rasa minat yang mendalam itu akan hadir dengan sendiri, maka kajian akan dilakukan secara mendalam dan di situ kejituan hasil kajian diperolehi dengan terbaik.." Akhiri panel aku.

Aku senyum. Aku angguk tapi geleng tak. Hehe.

    Aku cakap aku akan perbetulkan mana yang perlu diperbetulkan. Aku ucap berkali2 terima kasih pada panel penilai. Walau kajian aku xseberapa resultnya, tapi akhirnya diterima pakai. Nasib baik aku tak dapat jenis panel yang suka campak tesis, Selamat. Alhamdulillah..ya Allah. Akhirnya tamat sudah segala debaran aku dari semalam lagi. Akhirnya segala2nya sudah sampai di penghujung. Thanks Allah,.sebab permudahkan segala urusan aku. 

    Aku menghampiri panel penilai aku yang muslimah tadi, Sambil mengucap terima kasih aku bersalaman dan mencium tangan nya. Dia ternyata seorang panel yang sangat2 baik pada aku. Syukur Allah gantikan dia dengan panel yang paling aku takut. Aku tunduk dan ucap terima kasih juga pada Cikgu Ali, kata2nya tadi akan aku semat di ingatan dan hati untuk panduan di masa akan datang. InshaAllah. 

     Selepas itu, aku keluar dengan langkah yang penuh yakin sambil memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT.

"Setiap perbuatan su kaitkan  dengan Allah itu lebih tinggi nilai dari segulung ijazah.." Aku senyum dalam hati.




dedication for my thesis...


Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/23 June '15/at my hostel..lonely but happy =)


Wednesday, June 10, 2015

Dear My Rib...

"Berakhir sudah pencarian cintaku..
Jiwa ini tak lagi sepi hati ini telah ada yang miliki.."

     Sungguh.. Allah hu,. aku sedang bahagia. Seraya kebahagiaan ini ku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerna telah membenarkan aku merasai nikmat bahagia yang aku jejaki selami ini. Thanks Allah for gift this feel for me. 

Kimia.. 

     Ya. Kimia yang bukan semua manusia di muka bumi ada dan melaluinya. Dan kerna rasa kimia itulah yang membawa kepada pertemuaan ini. Siapa bisa menyangka, saat hati di pasung duka dan meletakkan sepenuh pengharapan pada Allah SWT segala, Dia hadirkan seseorang yang sangat diri perlukan untuk memenuhi hati dan segala rasa yang tak terperi. Tidak akan Allah SWT ambil sesuatu milik kita melainkan Dia bakal menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Dari dulu, diri ini selalu meletakkan dalam jiwa dan hati, sentiasa bersangka baik denganNya. Dan selalu menjadi manusia yang berfikiran positif sentiasa. 

        Ceritera kisah yang sama. Di mana tapak kaki aku pernah berpijak, di situ juga dia pernah merasa. Kimia itu yang sebenarnya, hanya kami yang biasa2 ini menjadi manusia luar biasa. Luar biasa kerna Allah SWT yang menghadirkan rasa kuat itu bersama untuk meneruskan hidup yang tersisa. Bukan mudah untuk melalui hari-hari jika tiada bekal dan bantuan dari Dia.

Tuhanku,
Saat aku memohon dikirimkan seorang jodoh yang terbaik
Tidak pernah sekalipun aku berputus asa
Kerna aku yakin Kau Maha Mengetahui siapa jodoh yang terbaik buatku
Tuhanku,
Pernah aku tertanya, adakah aku ini tulang rusuk kepada dua orang pemiliknya?
Bagaimana ia bisa berlaku?
Puas aku mencari jawapan kepada persoalan aku ini,
Dan akhirnya, aku mendapat jawapan itu.
Jika dia jodoh terakhir dan terbaik buatku di sepanjang hayat ini,
Maka dialah pemilik kepada tulang rusuk iaitu aku.
Tuhanku,
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku, jika benar dia jodoh terbaik itu.
Namun jika sebaliknya, maka Kau dekatkan lah juga Ya Allah 
sebab susah benar nak dapat yang sesuai ( part ni tuan punya tulang rusuk punya doa..ehe =P )

     Walau tidak pernah bersua dua pasang mata, apatah lagi berbicara.. keyakinan yang diletakkan di dalam hati kepada Allah SWT yang memberi naluri dan rasa yang kuat antara kita. Terima kasih kerna memilih untuk memberi satu jalan ke syurga itu. Terlalu bermakna hingga ke akhirat sana.

      Moga Allah memberi kemudahan pada diri dan dia sehingga tiba waktu disatukan.. Dan kemudahan itu berterusan dalam bersama membina mahligai yang sakinah, mawaddah dan rahmah..

Dear Allah,. Thanks for everythings. I love what i feel in my heart right now.. In Shaa Allah. Amin,






Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/11 June '15/with my lovely lappy.. ^_^

Monday, June 1, 2015

June Kembali


"..............................................................."
" Selamat Ulangtahun Kelahiran Abang.." bisik aku di dalam hati.

    Malam yang kian pekat ini bersamaan dengan 2 Jun, tarikh yang pada aku sangat bermakna kerna satu tarikh yang sinonim dengan arwah suami. Hari ini genap 5 tahun, aku mengenali Abi. Namun hanya 3 tahun aku dapat menyambut hari ulang tahun nya bersama-sama. Selalunya jika tiba hari ini, Abi tak pernah minta hadiah atau lebih dari itu. Cukuplah aku ada di sampingnya. Kadang2 hanya ucapan dariku pun sudah buat Abi gembira.

    Teringat aku tika kali pertama aku mengenali Abi. Abi seorang yang pendiam dan jarang bercakap dgn pelajar gurl yang lain, termasuk pelajar gurl dari kelasnya. Walau aku satu tempat belajar dgn Abi, satu jabatan yang sama dan selalu bertembung di dewan kuliah, aku dan Abi tak pernah berbicara. Jika kami bertembung aku dan Abi masing-masing buat hal sendiri. Kami berbeza bidang, aku budak engineering. Majoriti pelajar kelas aku adalah lelaki. Tidak kelas Abi, yang lebih didominasi oleh kaum hawa kerna Abi pelajar IT. Bila kami perlu bergabung kelas untuk subjek teras contoh seperti subjek Tamadun Islam, boleh la nampak betapa 'nerd'nya pelajar kelas Abi yang banyak mendiamkan diri, berbanding kelas aku yang 'gila-gila' dan riuh rendah. Hehehe. Bila aku ingat balik mmg tergelak aku sendiri sebab aku boleh imbas kembali mcm mana muka menyampahnya Abi dan kawan2nya terhadap budak kelas aku. hehe

    Abi mmg ada dalam perhatian aku sebenarnya sebab aku suka caranya yang kurang bercakap. Bagi aku lelaki yang kurang bercakap tersangat la misteri dan sangat la aku berminat untuk meng'explore', Hahaha. Walau bagaimanapun aku tidak berani nak berbual or bercakap sbb aku pun jenis yang 'pemalu'.. (pemalu ke..? ahaha). Dipendekkan cerita, habis study aku ingat aku nak say hello pada Abi masa konvo aku nanti but harapan ku hampa kerna Abi memang tak datang konvo. Bila aku tanya kawan2nya, mereka cakap Abi sibuk dengan kerja. Abi pelajar yang bijak. Sampai lecturernya panggil Abi 'budak pandai'. No wonderlah before dia habis study, abi dah dapat tawaran kerja. Jadi aku decide minta no phone nya dari kawan baiknya. Actually, sebenarnya kawan baik Abi yang cuba nak tackle aku, tetapi aku lebih berminat dengan Abi dari dia. Jadi dengan berat hati, nak tak nak, dia terpaksa bagi no phone Abi padaku. Malam tu juga aku mesej Abi ucap gud nite but Abi tak reply pun. Aku hampa lagi. Aku fikir mungkin Abi dah ada someone, jadi aku lupakan saja niat aku. Tido dalam keadaan sedih. T T

    Memang aku jenis yang kalau aku rasa itu yang terbaik, aku akan cuba dapatkan. Umpama dalam 10 orang lelaki yang cuba dapatkan aku, aku tolak semua dan aku cuba dapatkan Abi. Begitulah perumpamaannya. Dalam ramai yang aku kenal, Abi sangat berbeza. Dia tidak seperti lelaki2 lain. Dia sgt humble, sederhana dan istimewa pada aku. Abi bukan lelaki yang suka bercerita pasal kereta, jenama, telefon or benda2 yang tak berfaedah. Kesederhanaan dia buat aku selesa dengan dia. Dia tidak akan sesekali menceritakan perkara baik yang dia lakukan walaupun aku rasa benda tu tersangat la baik. Dia tak pernah gunakan semua itu untuk mencuri hati aku. Benda yang paling bermakna Abi lakukan pada aku bilamana abi selalu ada dengan aku tika saat aku perlukan seseorg. Tika aku sedih, berduka or ada masalah, Abi pasti ada. Tak pernah dia pergi jauh dari aku. Dialah sahabat terbaik aku ketika itu.

   Lepas sehari aku mesej Abi tak reply, malam keesokkannya Abi reply mesej aku. Masa itu aku bersyukur sebab Abi sudi jadi sahabat aku. Ya! Memang Abi sahabat aku. Dia sahabat terbaik aku. Kerna waktu itu, aku sedang berkawan dengan insan lain. Aku sendiri tak tahu mengapa, walau aku sudah berpunya, aku masih ingin berkawan dengan Abi. Mungkin itulah namanya jodoh. Nak dijadikan cerita, waktu hubungan aku ditimpa dugaan yang maha hebat. Abi yang selalu ada menjadi pendengar setia aku, memberi nasihat dan membantu aku untuk aku pulihkan semula semangat aku. Dan akhirnya, baru aku tahu yang Abi sebenarnya meyimpan rasa padaku di dalam hatinya sejak kami menuntut di tempat belajar bersama. Dia melamar aku dgn menyatakan hasratnya kepada orang tua ku. Abi lelaki pertama di dalam hidupku yang memegang kotak cincin yang terbuka berwarna merah di tangan nya sambil menyebut ayat padaku "Will you marry me?" seraya tepat memandang aku. Aku masih ingat semua itu. Betulkan aku cakap. Lelaki yang pendiam terlalu lah misteri dan misterinya itu kita tak akan jangka.  

    Hinggalah aku menjadi suri di hatinya, Abi tidak pernah berubah. Malah dia sentiasa cuba memberi yang terbaik padaku. Kalau urusan membeli barang, dia lebih utamakan aku dan anaknya berbanding diri sendiri. Memang itu lah Abi, dia ingin kan yang terbaik buat aku dan anaknya. Hingga ke akhir hayatnya, dia masih mengambil berat tentang aku dan anak2nya. Sentiasa memberi dan memberi. Walau kehendak dirinya sendiri tidak dipenuhi. Baginya asal aku dan anak sentiasa merasa cukup dan bahagia. 

      Sebetulnya, apa yang ingin aku sampaikan. Sepanjang hayatnya bersama, Abi telah melaksanakan tanggungjawab sebagai 'imam'ku dengan baik sekali. Tidak apa yang aku simpan lagi di dalam hati ini kerna dia telah menjadi seorang anak, suami dan ayah yang terbaik. Moga2 darjatnya juga adalah di tempat yang terbaik di sisi Allah swt hendaknya. In Shaa Allah.



Ya Allah...
Kau ampunkan lah segala dosa suamiku,
Kau permudahkan lah segala urusannya di sana,
Kau berikanlah dia kekuatan, ketabahan dan ketenangan di sana,
Bimbinglah dia ya Allah,
Terangilah dia dengan cahayaMu di sana,
Tunjukkan lah dia jalan.

Ya Allah...
Kau tempatkan lah rohnya di kalangan orang yang beriman dan bertakwa,
Jangan lah kau bebani dia, beban yang tak sanggup dia memikulnya,
Kasihani lah dia ya Allah,
Sesungguhnya dia seorang anak, suami dan ayah yang baik,
Jika dia ditakdirkan suami yang terbaik di sepanjang hayatku,
Kau pertemukan lah aku dan dia nanti di syurgaMu..

Amin...









Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/2 June '15/at my hometown with my lovely sons..


   





Friday, May 22, 2015

Hati Sahabat

" Tok! Tok! ".

Aku dengar pintu bilik diketuk. Aku lihat jam, pukul 5.30 petang. 

"Aik, sape pula yang datang ni?" Tanya hati aku. Segera aku melangkah ke pintu dan membukanya. 
"Assalamualaikum..." Lembut suara di luar memberi salam. Aku menjawab salamnya.
"Oo.. Wardah rupanya. Ada apa dik?" tanya aku. Aku lihat wajahnya sedikit kelam, Tapi dia masih menguntum senyum pada aku.
"Saya ganggu akk ke?" tanya Wardah seakan rasa bersalah. "Tidaklah. Akk tak buat apa-apa pun. Tengah buat keje sikit je. Tapi don't worry, tak ganggu akk pun yer. " Jelas aku sambil menyentuh lembut bahunya.
"Saya ada benda nak minta tolong akk ni. Tapi saya tak tahu nak cakap macam mana." Wajahnya serba salah. Seraya itu aku menjemputnya masuk ke dalam bilik.
"Masuk lah dik, maaf la bilik akk bersepah sikit." Malu aku alah. Sebelum ini jarang orang datang ke bilik aku. Tapi jika ada yang bertandang, aku pasti menjemput masuk.
"Cantik bilik akk. Siap ada wallpaper lagi." Aku tergelak. Benda apa la yang cantik sangat sampai tak berkedip-kedip matanya memerhati sekeliling bilik aku. Kalau pasal wallpaper warna turquoise tu, aku rasa tak cantik mana pun sebab itu sebenarnya pembalut hadiah aku beli banyak dan aku buat wallpaper
"Duduklah dik. Bilik akk tak de carpet lembut. Ada tikar getah je dik." Pelawa aku. Wardah duduk sambil bersandar pada katil aku. 
"Wardah nak duduk atas katil pun boleh. buat je macam bilik sendiri." Suruh aku. Sambil itu aku mengambil posisi duduk di kerusi meja study aku.
" Saya tak ganggu akk ke?" Tanya Wardah risau.
"Tak la dik. Akk ok je ni, tak payah risau yer." Aku menguntum senyum pada dia.
"Macam ni akk, saya ada masalah yang saya tak tahu nak solve macam mana. Saya dah cuba bersabar dan bertahan, tapi akhir-akhir ni saya asyik rasa down saja." Wardah mula meluahkan sedikit seperti tidak tertanggung berat memikul beban di hati. Aku mengambil masa mendengar setiap butir yang diperjelaskan supaya tidak satu patah perkataan yang keluar dari bibir dia aku terlepas dengar.

"Adik ada masalah yer. Dengan siapa? friendship problem or family problem?" Tanya aku perlahan. Untuk tidak mengguris hatinya.
"Friendship problem kak. Sebetulnya dengan kawan-kawan dalam persatuan." Aku sudah mengagak. Pasti berkaitan masalah di dalam persatuan. Jika tidak manakan Wardah akan berusaha mencari aku untuk berkongsi masalah yang dia sedang hadapi. Tidak aku nafikan, aku memegang jawatan yang penting di dalam persatuan, aku berhak melaksanakan tanggungjawab aku sebaiknya. Selaku Ketua Jabatan Helwa persatuan, yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal mahasiswi di dalam persatuan silat yang aku kecimpung, sedikit sebanyak aku perlu mengambil berat atas kebajikan mereka. Tidak kira dari segi apa sekali pun. Termasuk bab emosi dan kehidupan peribadi mereka.

" Akk, saya agak terasa dengan kelakuan kawan-kawan di dalam persatuan. Bila mereka perlukan saya, mereka cari saya tapi bila mereka tak perlukan saya, mereka langsung tidak pedulikan saya. Ada sampai satu tahap, saya sampai tak tahu apa-apa yang mereka buat, tengok-tengok diorang dah planning tanpa ajak saya kak. Saya sedih sangat. Saya tahu saya tak pegang apa-apa jawatan di dalam persatuan, tetapi jangan lah sampai tolak saya ke tepi. Saya pun ada perasaan kak. Saya terluka sebenarnya dengan sikap mereka. Apa salahnya layan saya dengan baik. Saya tahu saya pernah buat kesilapan dulu, tapi itu dulu kak, sekarang saya dah berubah. Saya nak ada sahabat macam mereka semua. Saya sayangkan mereka semua."
Jelas Wardah meluahkan segala yang terbuku hingga aku dapat lihat titik jernih yang mengalir di raut wajah. Dia menangis. 

Aku diam seketika. Lalu aku pegang bahunya sambil berkata.

"Sabar ye dik." Aku menggosok-gosok lembut bahunya supaya Wardah berasa tenang. Aku agak kecewa sebenarnya. Aku tidak menyangka keadaan ini sedang berlaku di kalangan siswi-siswi persatuan silat aku. Entah sudah berapa lama ia berlaku. Entah lama mana Wardah menanggung semua ini. MasyaAllah.. Apa yang telah aku lakukan. Aku ingat segala-galanya berjalan dengan baik. Semua siswi dalam keadaan yang baik-baik. Rupa-rupanya lain yang sedang berlaku. Aku pujuk Wardah. Aku tidak mahu tahu siapa yang terlibat. Yang aku tahu perkara ini harus dan segera diselesaikan. Sebetulnya aku sedih dan sedikit kecewa dengan apa yang terjadi.

Lama aku biarkan Wardah kembali tenang. Aku memulakan bicara.

" Dah lama perkara ini berlaku dik?" tanya aku lembut. 
" Hampir satu semester kak." Jawab Wardah.

Dah lama rupanya. Kali terakhir aku jumpa semua adik siswi aku ini, aku lihat mereka baik-baik sahaja tapi masa itu aku perasan Wardah banyak mendiamkan diri. Rupanya waktu itu, sudah lama dia makan hati. Astagfirullah haladzim. Apa la yang aku dah buat. Sepatutnya aku sedar apa yang sedang berlaku antara mereka. Sepertinya aku gagal melaksanakan tanggungjawab aku dalam tempoh ini. 

" Macam ni Wardah. Nanti akak akan adakan satu sesi untuk kita bincang pasal masalah ini. Mungkin selepas bacaan Yassin hari Khamis malam Jumaat minggu akan datang ini. Buat masa ini, Wardah kena banyak kan bersabar dan berdoa semoga Allah sentiasa berikan kekuatan untuk adik lalui ujian begini. Ini satu ujian juga buat kita dik. Lagi satu, jangan kita terlalu mengharap kebaikan yang orang akan lakukan pada kita. Tetapi kita kena fikir selalu apa kebaikan yang kita telah lakukan pada orang lain terutama sekali kepada kawan-kawan kita. Jika kita ada metaliti macam itu. Kita akan ikhlas dalam melakukan kebaikan. Dan jangan kita terlalu memikirkan pula kejahatan yang orang lain buat pada kita, tetapi fikirkan juga kebaikan apa yang kawan kita telah lakukan pada kita walau kecil tapi fikirkan itu juga kerna jangan disebabkan satu kejahatan dia, kita menutup semua kebaikan yang telah dia lakukan pada kita. Selalu akak terapkan pada diri selalu fikirkan yang positif sahaja. Yang negatif itu sebolehnya buang jauh-jauh. Lagipun seorang kawan, apalah sangat kelakuan dia yang kita nak ambil hati. Kalau kita benar-benar kawan sejati dan mengenali diri dia. In Shaa Allah, kita akan cuba betulkan keadaan dari keruh kepada jernih. Biasa lah dik, kalau masuk bab hati ini, adakalanya kita terasa, adakalanya kita terluka. Tapi kalau kita betul-betul sayangkan kawan kita. Sekejap sahaja kita akan mudah lupakan semua itu. Yakinlah tidak ada yang lebih bermakna dalam dunia ini selain kasih sayang seorang sahabat sejati. In Shaa Allah." Hurai aku panjang lebar. Sebetulnya penjelasan itu aku tujukan buat diri aku sendiri juga. Aku melihat masalah yang di hadapi Wardah dengan cara merefleksi terhadap kehidupan aku. Adakah aku juga ada melakukan perkara yang sama seperti siswi-siswi persatuan silat aku lakukan terhadap Wardah?

Aku lihat Wardah. Dia tersenyum sikit. Mungkin sudah boleh berfikir dengan tenang selepas mendengar penjelasan panjang aku tadi. Wardah menggapai tangan aku lalu mencium. 

" Thanks akak. Baru saya rasa lega. Sepatutnya dari awal lagi saya jumpa akk. Tapi saya malu dan takut." Kata Wardah.
" Takpe la dik. Apa yang nak disegankan. Dah memang tanggungjawab akk kan. Seraya itu Wardah bangun. Dia memeluk aku.
" In Shaa Allah, saya akan semat kata-kata akak tadi di dalam hati saya. Saya akan ubah persepsi saya terhadap pandangan saya terhadap orang lain. Saya akan belajar untuk memberi dan menerima ikhlas tanpa meminta apa-apa balasan kebaikan. In Shaa Allah kak." Tutur Wardah semangat. Aku tidak nampak lagi kelam wajahnya. Aku tidak lagi nampak gusar gelisah pada raut nya. Kini wardah mengukit senyum. Tenang.

"Alhamdulillah.." ucap aku dalam hati. Wardah meminta diri untuk beransur. Selepas bersalam dengan aku. 
"Jumpa nanti di malam bacaan Yassin ye dik." Pinta aku. Wardah senyum sambil mengangguk. Dia aku hantar dengan sorotan mata hingga hilang dari pandangan. 

Aku menutup pintu. Terus mencapai laptop kesayangan aku. Terus aku menaip di ruangan post di FB aku...

Dalam keriuhan gelak tawa kita, mungkin kita lupa pada satu hati yang sedang merasa duka.
Dalam kita mementingkan kepentingan diri, mungkin kita lupa pada satu hati yang kecewa dgn sikap kita.
Dalam keceluparan kata2 bisa kita, mungkin kita lupa satu hati yang tersenda dek ucapan itu. 
Dalam kehidupan kita semakin selesa dan senang, mungkin kita lupa satu masa dulu satu hati yang berkorban untuk kita sentiasa.
Pernahkah kita memikirkan semuanya itu?
Pernahkah kita sedaya upaya cuba mengambil satu ruang masa berfikir, apakah kebaikkan yang telah kita lakukan kepada orang lain?
Pernahkah kita cuba memahami, melihat dan mengerti hati orang lain?

Kadang-kadang manusia terlalu sibuk memenuhi kehendak hati sendiri, hingga tiba satu masa kehendak itu mengguris, melukakan dan menyentak hati orang lain.

Kehidupan yang bahagia dlm hidup kita bukan semata2 untuk kepuasan hati kita selamanya. Akan tetapi, ianya sebahagian hak orang lain yang ada di sekeliling kita. Tidak kira berapa lama kehadiran orang itu dalam kehidupan kita, seharusnya kita menghargai kehadirannya dengan penuh rasa bersyukur.

Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain. Untung2 bila kita mati nanti, mungkin kebaikkan itu akan membantu memberatkan timbangan kita untuk masuk ke Syurga milik Allah.

Cukup! Berhentilah melukakan hati orang lain. Berhentilah terus2an mencalar hatinya. Segera berbuat baik kepada orang lain. Mana tahu, mungkin itu peluang terakhir yang kita ada di dunia selama ini.

#‎muhasabahdiri
#‎AllahisEnoughforMe

"Moga-moga perkongsiaan ini memberi kesedaran pada aku dan insan lain yg bergelar sahabat yang mungkin terlepas pandang dalam tali persahabatan. Terima kasih Wardah, kamu telah membuka satu pintu pengajaran buat aku." Desis hati aku. Seraya itu button klik post aku tekan. 





Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/22 May '15/at my hostel......T T



Sunday, May 17, 2015

Suami Muda Vs Isteri Tua


"Mudanya husband dia. Tak pandan langsung!"

"Dengar kata isterinya tua lapan tahun dari nya.."

"Macam dah tak ada anak dara yang muda kat dunia ni agaknya.."

Kita mungkin pernah dengar dialog-dialog seperti di atas kala kita menjadi tamu di majlis walimah sahabat2. Tak kurang juga, mungkin mak menakan (saudara) kita sendiri yang mengeluarkan ayat2 pedih begitu. 

       Sebelum kita pergi lebih jauh, kita singkap kembali sirah Nabi SAW dalam menuju gerbang perkahwinan Baginda. Nabi SAW yang kita kenali seorang yang mempunyai empat sifat mulia iaitu siddiq (benar), amanah (boleh dipercayai), tabligh (menyampaikan) dan fathonah (bijaksana). Amat payah ketika itu menemui pemuda yang mempunyai keempat2 sifat mulia ini hingga Nabi SAW menjadi terkenal kerana akhlak dan peribadi Baginda SAW. Ketika itulah, seorang wanita terhormat, yang dihormati dan dipandang tinggi serta selalu membantu orang lain telah terpikat dengan peribadi Nabi SAW. 

Khadijah Al- Kubra merupakan seorang janda semasa mengahwini Baginda SAW. Kisah cinta agung ini bermula tatkala Nabi SAW yang digelar "Al -Amin" ini bekerja memperdagangkan barang milik khadijah dan mendapat keuntungan.

         Ketika itu, perbezaan umur di antara Saidatina Khadijah dan Nabi SAW ialah sangat besar. Khadijah berumur 40 tahun dan Nabi SAW baru berusia 25 tahun. Namun atas rasa cinta yang tidak berbelah bagi, dan kerana terpikat dengan akhlak Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah sanggup melamar dan ingin mendirikan rumahtangga bersama Nabi SAW walau ketika itu Nabi SAW tidak mempunyai apa-apa. Perkahwinan Saidatina Khadijah bersama Baginda SAW sangat bahagia dengan dikurniakan dengan 3 orang putera dan 4 orang puteri. Di antaranya ialah Saidatina Fatimah RA.

            Di sini, dapat kita lihat sebenarnya faktor usia bukan lah salah satu faktor yang terlalu penting untuk membina sesebuah rumahtangga. Jika faktor suami lebih tua pun, tapi tidak matang seiring usia, masalah juga. Kematangan seseorang individu diukur bukan besarnya tempoh had umur individu itu sendiri. Tetapi realiti hakikat, bagaimana individu itu memantangkan dirinya. Mungkin dari cara kehidupan beliau, pengalaman yang dilalui dan didikan dari ibubapa. Baginda SAW sendiri dan isteri adalah contoh terbaik untuk dijadikan rujukan bagi perkahwinan berjarak usia ini. Baginda SAW walau berusia 25 tahun ketika itu, beliau tidak lepas tangan dan kekok melaksanakan tugas sebagai seorang suami. Malah berusaha membimbing isterinya bersama dalam bahtera perkahwinan mereka. 

           Dan di antara lelaki dan wanita, jika seorang wanita itu mendapat jodoh suami yang lebih muda dari usianya bukan lah suatu masalah yang besar. Ini kerana seorang lelaki memang terlahir di dalam dirinya sifat kepimpinan, melindungi dan kuat untuk menjadi suami kepada seorang isteri. Dan wanita itu sendiri, memang sudah mengetahui sifat seorang isteri perlu taat kepada suami walau suaminya lebih muda. Taatnya seorang isteri bukan disebabkan umur suami tetapi di sebabkan title suami itu sendiri. Dan memahami suami adalah ketua keluarga dan segala keputusan terletak pada tangan suami. Adakalanya mengahwini wanita yang lebih berusia bagi seorang lelaki muda ada juga baik nya. Ini kerana wanita sebegini ia cenderung kepada sifat lebih memahami, penyayang, tidak childish, mampu menjadi pendengar yang baik, penasihat yang pintar, lebih sofistikated dan berdikari. Sifat keibuan terlahir sudah kerana faktor usianya yang semakin meningkat. Pendek kata tidak banyak karenah. Seorang lelaki, sebenarnya akan datang masa mereka akan menjadi kebudak-budakan apabila bersama wanita kesayangan mereka. Dan lelaki juga memerlukan tempat untuk menyalurkan perasaan mereka apabila mereka sedang dilanda masalah yang menyedihkan. Pendek kata, lelaki juga memerlukan bahu untuk menangis! Ini kenyataan.. sebab itu sebolehnya seorang lelaki ingin mencari pasangan hidupnya kalau boleh seperti layanan ibunya.

Apabila mata bertentang, timbul satu rasa di hati. Lalu cinta dan kasih bersemi. Lalu, jarak usia ditolak ke tepi. Merasa serasi dengan apa yang dicari. Ketika itu, kita dah tak peduli walau ada yang mencaci. Yang penting kebahagiaan hati yang hakiki. Cinta bukan kerana sifat fizikal azali atau kecantikan asli, tapi bercinta lah kerana Allah, berkasih lah kerana Allah. Jika kita meletakkan semua itu di dalam hati, besar mana jarak usia kita, kalau kita yakin itu jodoh dari Ilahi, kebahagiaan sesebuah perkahwinan itu akan kita kecapi. Bawalah perkahwinan ini hingga kita di akhirat nanti untuk bersama kekal abadi.

Kalau terdengar orang lain mengherdik si pengantin di majlis walimah nanti. Balaslah..

"Itu lah namanya jodoh. Takdir Allah yang sangat unik. Pernah dengar rukun iman yang ke enam, Percaya kepada Qada dan Qadar. Nah...inilah ia. Jangan cakap makcik tak tahu pula yer.. "

Senyum tak perlu kata apa-apa..

^_^





*for others yg pernah mengatakan faktor jarak usia satu alasan menolak anda, wrong,. i just searching someone mature. something that is difficult for me to find. 

Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/17 May '15/at my hostel with my thesis in progress... =P




Sunday, May 10, 2015

Cinta Allah, Kasih IBU

Bismillahirahmanirahim...

"Selamat Hari Ibu!!"

Ucap sahabat2 ku. Hati tergamam. Terharu. Perlahan2 air mata bergenang di kelopak mata. Sebak. Ya! Aku sebak. Setelah sekian lama aku tidak mendengar ungkapan itu diucapkan buat diri. Sejak itu...sejak ketiadaan dia (suamiku) di sisi. 

Terima kasih buat sahabatku,. walau aku baru mengenali sebulan dua cuma. Terlalu muda usia tali persahabatan ini, aku terasa seperti bertahun bersama kalian. Kamu semua buat aku ketawa kembali. Mengukir senyum di hati. Menampal luka2 hati yg berdarah, menjadi semakin pulih dgn ubat layanan kalian padaku.

"Tidak akan kau tahu makna hakikat menjadi seorang IBU, selagi kau tidak menjadi seorang IBU!"

   Aku ingat lagi ungkapan emak tentang ini. Mana mungkin aku lupa. Hakikatnya aku anak yg paling degil (dari apa yg aku rasa la..hehe). Nakal. Ya, itu betul! Walau aku ini anak perempuan, aku terlalu nakal dan lasak. Tanya lah dalam keluarga ku siapa yang paling banyak berjahit sana sini. Semua mata akan memandang ke arah aku. Realitinya! Jatuh pokok, jatuh parit, panjat bumbung. Macam2 lagi yang aku panjat. Haha! Bila aku fikir balik, apa la yang aku buat masa itu. Mungkin aku mencari keseronokan yang berbeza dari anak perempuan yang lain yang hanya tahu main masak2, barbie doll dan so on la. Aku mencari sesuatu yang adventuraa... Dan akhirnya aku yg dapat sakit.

  Berbalik kepada tajuk entri. Aku ingin berkongsi pengalaman ku menjadi seorang IBU. Seorang IBU kepada 2 orang mujahid yang sekarang sedang membesar, membesar dan membesar. Pengalaman bersama melahirkan mujahid sulung dan bongsu, Muhamad Fayyadh Iman dan Muhamad Fatthah Iman. Aku ada menulis tentang pengalaman pertama ku melahirkan mujahid yang sulung. Boleh klik link http://surazy.blogspot.com/2012/10/kelahiran-yang-di-nanti.html

   Selepas kepergiaan Abi, aku banyak menyendiri. Menyepi. Tempat aku banyak kat bilik. Seingat aku, sebelum aku terbang ke Johor, aku sempat singgah ke rumah aku. First sekali, langkah kaki aku masuk bilik tidur. Aku nampak bingkai gambar perkahwinan aku dengan Abi yang tergantung di hujung katil. Abi senyum. Macam selalu. Aku lihat bilik aku macam selalu. Katil baby Fayyadh dan pakaian Abi yang tergantung. At the last mata aku terhenti pada jambangan bunga ros di atas meja solek aku dan di sebelahnya adalah Al-Quran hadiah mas kahwin aku. Kedua2nya pemberiaan Abi kepada ku. Kelopak bunga masih elok pada tangkainya walau dan beransur kering. Ya! Sebulan sebelum Abi pergi, dia hadiahkan aku sejambak bunga ros. Masa itu, aku baru pulang dari Johor. Perjalanan ku sangat memenatkan ketika itu kerna aku mengambil train utk pulang. Memang aku penat sangat waktu itu. Masa aku sedang kemaskan tempat tidur, Abi datang dan bawakan bunga di belakangnya.. Kemudian dia hulurkan buat aku sambil senyum. Aku terkejut. Hilang segala penat aku. Abi memang tahu, aku sukakan bunga ros. Tapi aku pelik. Annivesary aku lambat lagi. Bulan depan. Bila aku tanya, Abi cakap. Saja. Sebab tak sabar nak tunggu bulan depan. Aku simpan bunga itu elok dalam pasu kaca di meja solek. Abi yang selalu jagakan nya. Letakkan air. Dan sampai sekarang jambangan bunga itu masih aku simpan. 

   Dalam tempoh pemulihan hati ku ini, aku merasai perubahan yang ketara pada diri ini. Aku kerap rasa lesu, letih dan asyik nak baring dan tidur awal. Perubahan ini aku pernah lalui sewaktu mengandungkan mujahid sulung ku Fayyadh. Adakah aku sedang hamil? Mungkin aku terlupa untuk makan ubat manakan tidak Abi yang selalu ingatkan aku tentang ubat. Tanpa berlengah aku pergi buat check-up di klinik. Seorang diri. Tanpa siapa2 pun tahu. Akhirnya, positif! Aku hamil! Dah hampir 4 minggu usia kandunganku. Masa itu, aku tidak tahu sama ada aku ingin menangis atau rasa gembira. Aku kaku. Aku memandang tepat ke arah muka doktor. Berbalam2 fikiranku. Hingga kan doktor berkali2 memanggil namaku baru aku tersedar. "Are you okay?" tanya Dr. Aku diam. Hanya mengukir senyum. Otw masa aku bawa kereta balik kolej, aku menangis sahaja. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Sesungguhnya, berita gembira ini harus ku sampaikan pada Abi, tapi Abi telah tiada. Abi tidak sempat pun tahu tentang bayi ini..

   Tiba-tiba, satu rasa lahir dari dalam hatiku. Aku perlukan anak ini. Ya! Allah ambil kembali Abi dari hidupku. Tetapi Dia anugerahkan anak ini untuk peneman perjalanan hidup ku. Aku perlu bersyukur. Tidak Allah ambil sesuatu itu lalu menggantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik. Bersangka baik padaMu ya Allah. Engkau mengetahui apa yang lebih terbaik buatku. Sepanjang aku hidup bersama Abi, walau usia perkahwinan aku 2 tahun. Tapi aku terasa tidak sampai setahun aku menghabiskan masa dengan nya. Perkahwinan jarak jauh. Tidak banyak jasa yang aku buat untuk dia. Jadi biarlah anak yang dikandung ini, menjadi perantara antara aku dengan Abi supaya dapat memberi manfaat dan bekal buat Abi di sana. Dapat membantu Abi di sana. Sesungguhnya darjat seorang lelaki yang sudah berkahwin sangat tinggi nilainya di sisi Allah swt. Ini kan pula yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Setiap anak2 itu mempunyai darjat yang berbeza. 

   Aku bawa kandungan ini dengan baik dan sentiasa berfikiran positif. Aku tidak mahu emosi aku memberi kesan yang tidak baik kepada anak ku. Lebih lagi pula aku ada Fayyadh yang sedang membesar di sampingku. Menghiburkan hati ini. Mungkin waktu itu Fayyadh pun tidak mengerti yang dia bakal mendapat seorang adik dan peneman main nya hingga ke akhir hayatnya. Aku bahagia, walau serba kekurangan kasih sayang dari seorang suami ketika tempoh ini tetapi aku bersyukur , aku masih mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi padaku dan anak2. 

   Tanggal 17 Ramadhan 1435H bersamaan dengan 20 Julai 2014, aku selamat melahirkan seorang lagi mujahid tepat jam 3.26 pagi. Ketika itu, hatiku terlalu sayu kerna tanpa Abi di sisi menyambut dan mengazankan mujahidnya. Adik lelaki ku yang melakukan semua itu untuk anak saudaranya. Selepas 3 jam aku betarung nyawa membawa anak ini ke dunia. Begitu banyak rasa yang hadir di dalam hatiku ketika itu. Hinggakan aku memanggil2 Abi, akibat kesakitan yang tak tertanggung itu. Hinggakan aku meminjam tangan nurse yang berada di sisiku ketika itu. Untuk aku pinjam sebentar kekuatan nya dari genggaman tangan itu. Aku masih ingat semua itu.. Segala-galanya.. Melihat wajah mujahidku yang ini untuk pertama kali, hilang segala duka di hati. Dia ternyata seorang anak yang kuat dan tabah bagiku. Manakan tidak, dia lahir di saat kehibaan sedang menghuni hati uminya. Tapi dia berusaha untuk kuat hingga lahir ke dunia ini. Tanpa sebarang komplikasi, masalah kesihatan. Hebat! Benarlah kata emak,. aku akui. Jika kamu tidak melalui pengalaman menjadi seorang IBU, kamu tidak akan tahu makna perkataan itu. 

 Di saat Allah mengambil kembali seorang lelaki yang aku sayang, Dia, Allah SWT menganugerahkan aku kembali  dua orang lelaki yang akan menyayangi aku selama-lamanya hingga ke akhir hayat hidup ku di dunia ini. InsyaAllah. 

Cukuplah Allah buatku..

Selamat Hari IBU untuk diriku..ini. 



Muhamad Fatthah Iman 






Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/10 Mei '15/at my hometown with my lovely son