Alhamdulillah... syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi,
tanggal 30 September 2012, tepat jam 10.26 malam yang lepas,
ana selamat melahirkan putera sulung ana yang di beri nama
Muhamad Fayyadh Iman b. Mohd Fakhruzy
Kelahiran yg sangat dinanti2 oleh ana dan suami.
Permata hati dan buah cinta pertama kami.
Detik-detik kelahiran
28 September 2012
Hari kuliah terakhir ana sebelum ana cuti bersalin. Malam tu ana tunggu my abi datang utk jemput ana bawa balik bercuti di Penang. Check in hotel semalam berhampiran dgn U sbb kesian kat abi yg kena rehat penat otw ke JB. Sempat makan nasi tomyam dgn abi. Baby Fayyadh pun asyik mengeras je dlm perut.ehe
29 September 2012
Tepat jam 12 tengah hari, ana dan my abi bertolak balik ke KL. Pagi tu sempat sarapan nasi lemak ayam dgn milo panas. Dalam hati berdoa, janganlah sakit nak bersalin time2 atas highway ni. Risau juga. Alhamdulillah.. akhirnya selamat sampai KL. Sempat rehat sekejap sampai kul 9 malam..baru bertolak balik ke Penang. Sepanjang perjalanan balik, rasa mengantuk teramat dan tido je.
30 September 2012
Tengah hari - petang
Akhirnya kaki ni selamat jejak juga tanah Penang before bersalin. Selama ni duk rasa cm nk bersalin di JB je tapi hari ni sampai juga rumah mak ayah. Nampak sgt baby pun nak jadi orang Penang. Lepas makan kari mak dgn abi, adik gurl ajak g cari baju kurung utk konvo dia. Masa tu dah rasa sakit2 cm period pain tapi setiap 30 minit gtu. Otw pegi shopping, sakit makin menjadi2 tapi stay boleh tahan dan jalan seperti biasa. Dalam hati duk fikir, dah nak bersalin ke? Nasib bek dik gurl keje nurse, jadi x risau sgt if berlaku pe2. Tapi masa duk pilih2 baju, sakit tu makin bertambah. Sampai berpeluh2 ana tahan sakit. Ajak adik balik cepat sbb x tahan dah sakit. Otw balik sakit makin menyerang, dan makin kerap selang 5 minit. Sampai je umah terus gtahu mak n my abi sakit sgt2. Ayah n mak suh siap2, nak pegi hospital sebab tu tanda2 baby nk kuar dah. Mak suh makan nc tapi dh x lalu sbb sakit sgt2.
Malam
After maghrib kami bergegas ke Hospital Bkt Mertajam, sampai2 je nurse suh baring nak check bape cm dah buka. Rupa2nya dah 4 cm. Terus masuk labour room. Masa dlm tu, mulut x henti2 berzikir dan baca doa. Sakit jgn cakap lah, x boleh nk gambar kan. Kebetulan masa tu ada org lain ngah bersalin. Dengar suara mengerang sakit dh buat hati ni kecut. Sakit makin bertambah selang beberapa second buat ana x tentu arah jadinya. Air ketuban terpaksa doc pecahkan sbb ana tak turun sebarang tanda pun. Ana request nk my abi ada di samping saat melahirkan baby nanti.
Bila nampak je muka my abi, air mata ni terus mengalir laju. Nasib bek ada my abi di sisi beri semangat. Masa tu memang rasa baby dah nak kuar. Ana panggil nurse,. nurse suh jgn teran lagi sbb masih bukan waktunya. Tapi ana dapat rasa yg baby akan kuar. Ana teran juga, tgk2 mmg baby dh nak kuar. Sume nurse datang bergegas utk sambut baby. Bayangkan nk teran push baby tu, ana amik masa sampai 5 kali sbb ana xde pengalaman. Sampai ana hampir give up. Tapi bila abi bagi semangat, ana cuba lagi. Akhirnya baby dapat juga kuar di bantu oleh nurse2 kat situ.
Ya Allah! Peritnya melahirkan seorang anak. X tergambar dgn kata2. Hanya yg pernah mengalaminya sahaja dapat merasai betapa susahnya dan payahnya pengorbanan melahirkan. Nurse angkat baby letak atas dada ana. Masa tu darah penuh muka baby. Pucat dan biru je. Masa tu tak terkata bahagianya dan tenangnya hati bila melihat wajah anak yg dikandung selama ini. Rasa sakit melahirkan tadi seperti hilang terus. Masa tu nurse suh my abi azankan baby terus. After azan, nurse suh my abi kuar sbb proses menjahit akan dilakukan ke atas ana. Masa tu ana masih tak jemu2 tgk muka baby. Baby pun dah berhenti nangis. Nurse datang amik baby sebab nk bersihkan dia dan ana pula kena jahit. Hampir 5 jam juga ana duk dalam labour room. Tepat jam 12 lebih baru ana di tolak masuk wad bersalin. Dekat pintu dewan bersalin tu, ana dapat jumpa mak, ayah ana n my abi sambil katil di tolak masuk ke dalam wad.
Begitulah pengalaman ana melahirkan mujahid sulung ana. Semoga baby Fayyadh menjadi anak yang soleh utk kedua ibu bapanya..insyaAllah. amin..
Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/5 Oct '12/at my home atas katil dgn my baby n my abi ^_^
No comments:
Post a Comment