"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Friday, May 22, 2015

Hati Sahabat

" Tok! Tok! ".

Aku dengar pintu bilik diketuk. Aku lihat jam, pukul 5.30 petang. 

"Aik, sape pula yang datang ni?" Tanya hati aku. Segera aku melangkah ke pintu dan membukanya. 
"Assalamualaikum..." Lembut suara di luar memberi salam. Aku menjawab salamnya.
"Oo.. Wardah rupanya. Ada apa dik?" tanya aku. Aku lihat wajahnya sedikit kelam, Tapi dia masih menguntum senyum pada aku.
"Saya ganggu akk ke?" tanya Wardah seakan rasa bersalah. "Tidaklah. Akk tak buat apa-apa pun. Tengah buat keje sikit je. Tapi don't worry, tak ganggu akk pun yer. " Jelas aku sambil menyentuh lembut bahunya.
"Saya ada benda nak minta tolong akk ni. Tapi saya tak tahu nak cakap macam mana." Wajahnya serba salah. Seraya itu aku menjemputnya masuk ke dalam bilik.
"Masuk lah dik, maaf la bilik akk bersepah sikit." Malu aku alah. Sebelum ini jarang orang datang ke bilik aku. Tapi jika ada yang bertandang, aku pasti menjemput masuk.
"Cantik bilik akk. Siap ada wallpaper lagi." Aku tergelak. Benda apa la yang cantik sangat sampai tak berkedip-kedip matanya memerhati sekeliling bilik aku. Kalau pasal wallpaper warna turquoise tu, aku rasa tak cantik mana pun sebab itu sebenarnya pembalut hadiah aku beli banyak dan aku buat wallpaper
"Duduklah dik. Bilik akk tak de carpet lembut. Ada tikar getah je dik." Pelawa aku. Wardah duduk sambil bersandar pada katil aku. 
"Wardah nak duduk atas katil pun boleh. buat je macam bilik sendiri." Suruh aku. Sambil itu aku mengambil posisi duduk di kerusi meja study aku.
" Saya tak ganggu akk ke?" Tanya Wardah risau.
"Tak la dik. Akk ok je ni, tak payah risau yer." Aku menguntum senyum pada dia.
"Macam ni akk, saya ada masalah yang saya tak tahu nak solve macam mana. Saya dah cuba bersabar dan bertahan, tapi akhir-akhir ni saya asyik rasa down saja." Wardah mula meluahkan sedikit seperti tidak tertanggung berat memikul beban di hati. Aku mengambil masa mendengar setiap butir yang diperjelaskan supaya tidak satu patah perkataan yang keluar dari bibir dia aku terlepas dengar.

"Adik ada masalah yer. Dengan siapa? friendship problem or family problem?" Tanya aku perlahan. Untuk tidak mengguris hatinya.
"Friendship problem kak. Sebetulnya dengan kawan-kawan dalam persatuan." Aku sudah mengagak. Pasti berkaitan masalah di dalam persatuan. Jika tidak manakan Wardah akan berusaha mencari aku untuk berkongsi masalah yang dia sedang hadapi. Tidak aku nafikan, aku memegang jawatan yang penting di dalam persatuan, aku berhak melaksanakan tanggungjawab aku sebaiknya. Selaku Ketua Jabatan Helwa persatuan, yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal mahasiswi di dalam persatuan silat yang aku kecimpung, sedikit sebanyak aku perlu mengambil berat atas kebajikan mereka. Tidak kira dari segi apa sekali pun. Termasuk bab emosi dan kehidupan peribadi mereka.

" Akk, saya agak terasa dengan kelakuan kawan-kawan di dalam persatuan. Bila mereka perlukan saya, mereka cari saya tapi bila mereka tak perlukan saya, mereka langsung tidak pedulikan saya. Ada sampai satu tahap, saya sampai tak tahu apa-apa yang mereka buat, tengok-tengok diorang dah planning tanpa ajak saya kak. Saya sedih sangat. Saya tahu saya tak pegang apa-apa jawatan di dalam persatuan, tetapi jangan lah sampai tolak saya ke tepi. Saya pun ada perasaan kak. Saya terluka sebenarnya dengan sikap mereka. Apa salahnya layan saya dengan baik. Saya tahu saya pernah buat kesilapan dulu, tapi itu dulu kak, sekarang saya dah berubah. Saya nak ada sahabat macam mereka semua. Saya sayangkan mereka semua."
Jelas Wardah meluahkan segala yang terbuku hingga aku dapat lihat titik jernih yang mengalir di raut wajah. Dia menangis. 

Aku diam seketika. Lalu aku pegang bahunya sambil berkata.

"Sabar ye dik." Aku menggosok-gosok lembut bahunya supaya Wardah berasa tenang. Aku agak kecewa sebenarnya. Aku tidak menyangka keadaan ini sedang berlaku di kalangan siswi-siswi persatuan silat aku. Entah sudah berapa lama ia berlaku. Entah lama mana Wardah menanggung semua ini. MasyaAllah.. Apa yang telah aku lakukan. Aku ingat segala-galanya berjalan dengan baik. Semua siswi dalam keadaan yang baik-baik. Rupa-rupanya lain yang sedang berlaku. Aku pujuk Wardah. Aku tidak mahu tahu siapa yang terlibat. Yang aku tahu perkara ini harus dan segera diselesaikan. Sebetulnya aku sedih dan sedikit kecewa dengan apa yang terjadi.

Lama aku biarkan Wardah kembali tenang. Aku memulakan bicara.

" Dah lama perkara ini berlaku dik?" tanya aku lembut. 
" Hampir satu semester kak." Jawab Wardah.

Dah lama rupanya. Kali terakhir aku jumpa semua adik siswi aku ini, aku lihat mereka baik-baik sahaja tapi masa itu aku perasan Wardah banyak mendiamkan diri. Rupanya waktu itu, sudah lama dia makan hati. Astagfirullah haladzim. Apa la yang aku dah buat. Sepatutnya aku sedar apa yang sedang berlaku antara mereka. Sepertinya aku gagal melaksanakan tanggungjawab aku dalam tempoh ini. 

" Macam ni Wardah. Nanti akak akan adakan satu sesi untuk kita bincang pasal masalah ini. Mungkin selepas bacaan Yassin hari Khamis malam Jumaat minggu akan datang ini. Buat masa ini, Wardah kena banyak kan bersabar dan berdoa semoga Allah sentiasa berikan kekuatan untuk adik lalui ujian begini. Ini satu ujian juga buat kita dik. Lagi satu, jangan kita terlalu mengharap kebaikan yang orang akan lakukan pada kita. Tetapi kita kena fikir selalu apa kebaikan yang kita telah lakukan pada orang lain terutama sekali kepada kawan-kawan kita. Jika kita ada metaliti macam itu. Kita akan ikhlas dalam melakukan kebaikan. Dan jangan kita terlalu memikirkan pula kejahatan yang orang lain buat pada kita, tetapi fikirkan juga kebaikan apa yang kawan kita telah lakukan pada kita walau kecil tapi fikirkan itu juga kerna jangan disebabkan satu kejahatan dia, kita menutup semua kebaikan yang telah dia lakukan pada kita. Selalu akak terapkan pada diri selalu fikirkan yang positif sahaja. Yang negatif itu sebolehnya buang jauh-jauh. Lagipun seorang kawan, apalah sangat kelakuan dia yang kita nak ambil hati. Kalau kita benar-benar kawan sejati dan mengenali diri dia. In Shaa Allah, kita akan cuba betulkan keadaan dari keruh kepada jernih. Biasa lah dik, kalau masuk bab hati ini, adakalanya kita terasa, adakalanya kita terluka. Tapi kalau kita betul-betul sayangkan kawan kita. Sekejap sahaja kita akan mudah lupakan semua itu. Yakinlah tidak ada yang lebih bermakna dalam dunia ini selain kasih sayang seorang sahabat sejati. In Shaa Allah." Hurai aku panjang lebar. Sebetulnya penjelasan itu aku tujukan buat diri aku sendiri juga. Aku melihat masalah yang di hadapi Wardah dengan cara merefleksi terhadap kehidupan aku. Adakah aku juga ada melakukan perkara yang sama seperti siswi-siswi persatuan silat aku lakukan terhadap Wardah?

Aku lihat Wardah. Dia tersenyum sikit. Mungkin sudah boleh berfikir dengan tenang selepas mendengar penjelasan panjang aku tadi. Wardah menggapai tangan aku lalu mencium. 

" Thanks akak. Baru saya rasa lega. Sepatutnya dari awal lagi saya jumpa akk. Tapi saya malu dan takut." Kata Wardah.
" Takpe la dik. Apa yang nak disegankan. Dah memang tanggungjawab akk kan. Seraya itu Wardah bangun. Dia memeluk aku.
" In Shaa Allah, saya akan semat kata-kata akak tadi di dalam hati saya. Saya akan ubah persepsi saya terhadap pandangan saya terhadap orang lain. Saya akan belajar untuk memberi dan menerima ikhlas tanpa meminta apa-apa balasan kebaikan. In Shaa Allah kak." Tutur Wardah semangat. Aku tidak nampak lagi kelam wajahnya. Aku tidak lagi nampak gusar gelisah pada raut nya. Kini wardah mengukit senyum. Tenang.

"Alhamdulillah.." ucap aku dalam hati. Wardah meminta diri untuk beransur. Selepas bersalam dengan aku. 
"Jumpa nanti di malam bacaan Yassin ye dik." Pinta aku. Wardah senyum sambil mengangguk. Dia aku hantar dengan sorotan mata hingga hilang dari pandangan. 

Aku menutup pintu. Terus mencapai laptop kesayangan aku. Terus aku menaip di ruangan post di FB aku...

Dalam keriuhan gelak tawa kita, mungkin kita lupa pada satu hati yang sedang merasa duka.
Dalam kita mementingkan kepentingan diri, mungkin kita lupa pada satu hati yang kecewa dgn sikap kita.
Dalam keceluparan kata2 bisa kita, mungkin kita lupa satu hati yang tersenda dek ucapan itu. 
Dalam kehidupan kita semakin selesa dan senang, mungkin kita lupa satu masa dulu satu hati yang berkorban untuk kita sentiasa.
Pernahkah kita memikirkan semuanya itu?
Pernahkah kita sedaya upaya cuba mengambil satu ruang masa berfikir, apakah kebaikkan yang telah kita lakukan kepada orang lain?
Pernahkah kita cuba memahami, melihat dan mengerti hati orang lain?

Kadang-kadang manusia terlalu sibuk memenuhi kehendak hati sendiri, hingga tiba satu masa kehendak itu mengguris, melukakan dan menyentak hati orang lain.

Kehidupan yang bahagia dlm hidup kita bukan semata2 untuk kepuasan hati kita selamanya. Akan tetapi, ianya sebahagian hak orang lain yang ada di sekeliling kita. Tidak kira berapa lama kehadiran orang itu dalam kehidupan kita, seharusnya kita menghargai kehadirannya dengan penuh rasa bersyukur.

Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain. Untung2 bila kita mati nanti, mungkin kebaikkan itu akan membantu memberatkan timbangan kita untuk masuk ke Syurga milik Allah.

Cukup! Berhentilah melukakan hati orang lain. Berhentilah terus2an mencalar hatinya. Segera berbuat baik kepada orang lain. Mana tahu, mungkin itu peluang terakhir yang kita ada di dunia selama ini.

#‎muhasabahdiri
#‎AllahisEnoughforMe

"Moga-moga perkongsiaan ini memberi kesedaran pada aku dan insan lain yg bergelar sahabat yang mungkin terlepas pandang dalam tali persahabatan. Terima kasih Wardah, kamu telah membuka satu pintu pengajaran buat aku." Desis hati aku. Seraya itu button klik post aku tekan. 





Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/22 May '15/at my hostel......T T



Sunday, May 17, 2015

Suami Muda Vs Isteri Tua


"Mudanya husband dia. Tak pandan langsung!"

"Dengar kata isterinya tua lapan tahun dari nya.."

"Macam dah tak ada anak dara yang muda kat dunia ni agaknya.."

Kita mungkin pernah dengar dialog-dialog seperti di atas kala kita menjadi tamu di majlis walimah sahabat2. Tak kurang juga, mungkin mak menakan (saudara) kita sendiri yang mengeluarkan ayat2 pedih begitu. 

       Sebelum kita pergi lebih jauh, kita singkap kembali sirah Nabi SAW dalam menuju gerbang perkahwinan Baginda. Nabi SAW yang kita kenali seorang yang mempunyai empat sifat mulia iaitu siddiq (benar), amanah (boleh dipercayai), tabligh (menyampaikan) dan fathonah (bijaksana). Amat payah ketika itu menemui pemuda yang mempunyai keempat2 sifat mulia ini hingga Nabi SAW menjadi terkenal kerana akhlak dan peribadi Baginda SAW. Ketika itulah, seorang wanita terhormat, yang dihormati dan dipandang tinggi serta selalu membantu orang lain telah terpikat dengan peribadi Nabi SAW. 

Khadijah Al- Kubra merupakan seorang janda semasa mengahwini Baginda SAW. Kisah cinta agung ini bermula tatkala Nabi SAW yang digelar "Al -Amin" ini bekerja memperdagangkan barang milik khadijah dan mendapat keuntungan.

         Ketika itu, perbezaan umur di antara Saidatina Khadijah dan Nabi SAW ialah sangat besar. Khadijah berumur 40 tahun dan Nabi SAW baru berusia 25 tahun. Namun atas rasa cinta yang tidak berbelah bagi, dan kerana terpikat dengan akhlak Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah sanggup melamar dan ingin mendirikan rumahtangga bersama Nabi SAW walau ketika itu Nabi SAW tidak mempunyai apa-apa. Perkahwinan Saidatina Khadijah bersama Baginda SAW sangat bahagia dengan dikurniakan dengan 3 orang putera dan 4 orang puteri. Di antaranya ialah Saidatina Fatimah RA.

            Di sini, dapat kita lihat sebenarnya faktor usia bukan lah salah satu faktor yang terlalu penting untuk membina sesebuah rumahtangga. Jika faktor suami lebih tua pun, tapi tidak matang seiring usia, masalah juga. Kematangan seseorang individu diukur bukan besarnya tempoh had umur individu itu sendiri. Tetapi realiti hakikat, bagaimana individu itu memantangkan dirinya. Mungkin dari cara kehidupan beliau, pengalaman yang dilalui dan didikan dari ibubapa. Baginda SAW sendiri dan isteri adalah contoh terbaik untuk dijadikan rujukan bagi perkahwinan berjarak usia ini. Baginda SAW walau berusia 25 tahun ketika itu, beliau tidak lepas tangan dan kekok melaksanakan tugas sebagai seorang suami. Malah berusaha membimbing isterinya bersama dalam bahtera perkahwinan mereka. 

           Dan di antara lelaki dan wanita, jika seorang wanita itu mendapat jodoh suami yang lebih muda dari usianya bukan lah suatu masalah yang besar. Ini kerana seorang lelaki memang terlahir di dalam dirinya sifat kepimpinan, melindungi dan kuat untuk menjadi suami kepada seorang isteri. Dan wanita itu sendiri, memang sudah mengetahui sifat seorang isteri perlu taat kepada suami walau suaminya lebih muda. Taatnya seorang isteri bukan disebabkan umur suami tetapi di sebabkan title suami itu sendiri. Dan memahami suami adalah ketua keluarga dan segala keputusan terletak pada tangan suami. Adakalanya mengahwini wanita yang lebih berusia bagi seorang lelaki muda ada juga baik nya. Ini kerana wanita sebegini ia cenderung kepada sifat lebih memahami, penyayang, tidak childish, mampu menjadi pendengar yang baik, penasihat yang pintar, lebih sofistikated dan berdikari. Sifat keibuan terlahir sudah kerana faktor usianya yang semakin meningkat. Pendek kata tidak banyak karenah. Seorang lelaki, sebenarnya akan datang masa mereka akan menjadi kebudak-budakan apabila bersama wanita kesayangan mereka. Dan lelaki juga memerlukan tempat untuk menyalurkan perasaan mereka apabila mereka sedang dilanda masalah yang menyedihkan. Pendek kata, lelaki juga memerlukan bahu untuk menangis! Ini kenyataan.. sebab itu sebolehnya seorang lelaki ingin mencari pasangan hidupnya kalau boleh seperti layanan ibunya.

Apabila mata bertentang, timbul satu rasa di hati. Lalu cinta dan kasih bersemi. Lalu, jarak usia ditolak ke tepi. Merasa serasi dengan apa yang dicari. Ketika itu, kita dah tak peduli walau ada yang mencaci. Yang penting kebahagiaan hati yang hakiki. Cinta bukan kerana sifat fizikal azali atau kecantikan asli, tapi bercinta lah kerana Allah, berkasih lah kerana Allah. Jika kita meletakkan semua itu di dalam hati, besar mana jarak usia kita, kalau kita yakin itu jodoh dari Ilahi, kebahagiaan sesebuah perkahwinan itu akan kita kecapi. Bawalah perkahwinan ini hingga kita di akhirat nanti untuk bersama kekal abadi.

Kalau terdengar orang lain mengherdik si pengantin di majlis walimah nanti. Balaslah..

"Itu lah namanya jodoh. Takdir Allah yang sangat unik. Pernah dengar rukun iman yang ke enam, Percaya kepada Qada dan Qadar. Nah...inilah ia. Jangan cakap makcik tak tahu pula yer.. "

Senyum tak perlu kata apa-apa..

^_^





*for others yg pernah mengatakan faktor jarak usia satu alasan menolak anda, wrong,. i just searching someone mature. something that is difficult for me to find. 

Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/17 May '15/at my hostel with my thesis in progress... =P




Sunday, May 10, 2015

Cinta Allah, Kasih IBU

Bismillahirahmanirahim...

"Selamat Hari Ibu!!"

Ucap sahabat2 ku. Hati tergamam. Terharu. Perlahan2 air mata bergenang di kelopak mata. Sebak. Ya! Aku sebak. Setelah sekian lama aku tidak mendengar ungkapan itu diucapkan buat diri. Sejak itu...sejak ketiadaan dia (suamiku) di sisi. 

Terima kasih buat sahabatku,. walau aku baru mengenali sebulan dua cuma. Terlalu muda usia tali persahabatan ini, aku terasa seperti bertahun bersama kalian. Kamu semua buat aku ketawa kembali. Mengukir senyum di hati. Menampal luka2 hati yg berdarah, menjadi semakin pulih dgn ubat layanan kalian padaku.

"Tidak akan kau tahu makna hakikat menjadi seorang IBU, selagi kau tidak menjadi seorang IBU!"

   Aku ingat lagi ungkapan emak tentang ini. Mana mungkin aku lupa. Hakikatnya aku anak yg paling degil (dari apa yg aku rasa la..hehe). Nakal. Ya, itu betul! Walau aku ini anak perempuan, aku terlalu nakal dan lasak. Tanya lah dalam keluarga ku siapa yang paling banyak berjahit sana sini. Semua mata akan memandang ke arah aku. Realitinya! Jatuh pokok, jatuh parit, panjat bumbung. Macam2 lagi yang aku panjat. Haha! Bila aku fikir balik, apa la yang aku buat masa itu. Mungkin aku mencari keseronokan yang berbeza dari anak perempuan yang lain yang hanya tahu main masak2, barbie doll dan so on la. Aku mencari sesuatu yang adventuraa... Dan akhirnya aku yg dapat sakit.

  Berbalik kepada tajuk entri. Aku ingin berkongsi pengalaman ku menjadi seorang IBU. Seorang IBU kepada 2 orang mujahid yang sekarang sedang membesar, membesar dan membesar. Pengalaman bersama melahirkan mujahid sulung dan bongsu, Muhamad Fayyadh Iman dan Muhamad Fatthah Iman. Aku ada menulis tentang pengalaman pertama ku melahirkan mujahid yang sulung. Boleh klik link http://surazy.blogspot.com/2012/10/kelahiran-yang-di-nanti.html

   Selepas kepergiaan Abi, aku banyak menyendiri. Menyepi. Tempat aku banyak kat bilik. Seingat aku, sebelum aku terbang ke Johor, aku sempat singgah ke rumah aku. First sekali, langkah kaki aku masuk bilik tidur. Aku nampak bingkai gambar perkahwinan aku dengan Abi yang tergantung di hujung katil. Abi senyum. Macam selalu. Aku lihat bilik aku macam selalu. Katil baby Fayyadh dan pakaian Abi yang tergantung. At the last mata aku terhenti pada jambangan bunga ros di atas meja solek aku dan di sebelahnya adalah Al-Quran hadiah mas kahwin aku. Kedua2nya pemberiaan Abi kepada ku. Kelopak bunga masih elok pada tangkainya walau dan beransur kering. Ya! Sebulan sebelum Abi pergi, dia hadiahkan aku sejambak bunga ros. Masa itu, aku baru pulang dari Johor. Perjalanan ku sangat memenatkan ketika itu kerna aku mengambil train utk pulang. Memang aku penat sangat waktu itu. Masa aku sedang kemaskan tempat tidur, Abi datang dan bawakan bunga di belakangnya.. Kemudian dia hulurkan buat aku sambil senyum. Aku terkejut. Hilang segala penat aku. Abi memang tahu, aku sukakan bunga ros. Tapi aku pelik. Annivesary aku lambat lagi. Bulan depan. Bila aku tanya, Abi cakap. Saja. Sebab tak sabar nak tunggu bulan depan. Aku simpan bunga itu elok dalam pasu kaca di meja solek. Abi yang selalu jagakan nya. Letakkan air. Dan sampai sekarang jambangan bunga itu masih aku simpan. 

   Dalam tempoh pemulihan hati ku ini, aku merasai perubahan yang ketara pada diri ini. Aku kerap rasa lesu, letih dan asyik nak baring dan tidur awal. Perubahan ini aku pernah lalui sewaktu mengandungkan mujahid sulung ku Fayyadh. Adakah aku sedang hamil? Mungkin aku terlupa untuk makan ubat manakan tidak Abi yang selalu ingatkan aku tentang ubat. Tanpa berlengah aku pergi buat check-up di klinik. Seorang diri. Tanpa siapa2 pun tahu. Akhirnya, positif! Aku hamil! Dah hampir 4 minggu usia kandunganku. Masa itu, aku tidak tahu sama ada aku ingin menangis atau rasa gembira. Aku kaku. Aku memandang tepat ke arah muka doktor. Berbalam2 fikiranku. Hingga kan doktor berkali2 memanggil namaku baru aku tersedar. "Are you okay?" tanya Dr. Aku diam. Hanya mengukir senyum. Otw masa aku bawa kereta balik kolej, aku menangis sahaja. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Sesungguhnya, berita gembira ini harus ku sampaikan pada Abi, tapi Abi telah tiada. Abi tidak sempat pun tahu tentang bayi ini..

   Tiba-tiba, satu rasa lahir dari dalam hatiku. Aku perlukan anak ini. Ya! Allah ambil kembali Abi dari hidupku. Tetapi Dia anugerahkan anak ini untuk peneman perjalanan hidup ku. Aku perlu bersyukur. Tidak Allah ambil sesuatu itu lalu menggantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik. Bersangka baik padaMu ya Allah. Engkau mengetahui apa yang lebih terbaik buatku. Sepanjang aku hidup bersama Abi, walau usia perkahwinan aku 2 tahun. Tapi aku terasa tidak sampai setahun aku menghabiskan masa dengan nya. Perkahwinan jarak jauh. Tidak banyak jasa yang aku buat untuk dia. Jadi biarlah anak yang dikandung ini, menjadi perantara antara aku dengan Abi supaya dapat memberi manfaat dan bekal buat Abi di sana. Dapat membantu Abi di sana. Sesungguhnya darjat seorang lelaki yang sudah berkahwin sangat tinggi nilainya di sisi Allah swt. Ini kan pula yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Setiap anak2 itu mempunyai darjat yang berbeza. 

   Aku bawa kandungan ini dengan baik dan sentiasa berfikiran positif. Aku tidak mahu emosi aku memberi kesan yang tidak baik kepada anak ku. Lebih lagi pula aku ada Fayyadh yang sedang membesar di sampingku. Menghiburkan hati ini. Mungkin waktu itu Fayyadh pun tidak mengerti yang dia bakal mendapat seorang adik dan peneman main nya hingga ke akhir hayatnya. Aku bahagia, walau serba kekurangan kasih sayang dari seorang suami ketika tempoh ini tetapi aku bersyukur , aku masih mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi padaku dan anak2. 

   Tanggal 17 Ramadhan 1435H bersamaan dengan 20 Julai 2014, aku selamat melahirkan seorang lagi mujahid tepat jam 3.26 pagi. Ketika itu, hatiku terlalu sayu kerna tanpa Abi di sisi menyambut dan mengazankan mujahidnya. Adik lelaki ku yang melakukan semua itu untuk anak saudaranya. Selepas 3 jam aku betarung nyawa membawa anak ini ke dunia. Begitu banyak rasa yang hadir di dalam hatiku ketika itu. Hinggakan aku memanggil2 Abi, akibat kesakitan yang tak tertanggung itu. Hinggakan aku meminjam tangan nurse yang berada di sisiku ketika itu. Untuk aku pinjam sebentar kekuatan nya dari genggaman tangan itu. Aku masih ingat semua itu.. Segala-galanya.. Melihat wajah mujahidku yang ini untuk pertama kali, hilang segala duka di hati. Dia ternyata seorang anak yang kuat dan tabah bagiku. Manakan tidak, dia lahir di saat kehibaan sedang menghuni hati uminya. Tapi dia berusaha untuk kuat hingga lahir ke dunia ini. Tanpa sebarang komplikasi, masalah kesihatan. Hebat! Benarlah kata emak,. aku akui. Jika kamu tidak melalui pengalaman menjadi seorang IBU, kamu tidak akan tahu makna perkataan itu. 

 Di saat Allah mengambil kembali seorang lelaki yang aku sayang, Dia, Allah SWT menganugerahkan aku kembali  dua orang lelaki yang akan menyayangi aku selama-lamanya hingga ke akhir hayat hidup ku di dunia ini. InsyaAllah. 

Cukuplah Allah buatku..

Selamat Hari IBU untuk diriku..ini. 



Muhamad Fatthah Iman 






Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/10 Mei '15/at my hometown with my lovely son



Friday, April 17, 2015

Kau Pergi Jua III



        Setibanya di LCCT, dah hampir kul 6 pagi. Masa tu aku dan kwn2 bergegas cari kaunter tiket utk beli tiket flight balik ke Penang. Masa tu petugas Air Asia yg bantu kami belikan tiket melalui kiosk yg disediakan. Alhamdulillah. Allah permudahkan. Flight pg tu paling awal kul 8.30 pagi. After that, kami pergi cari surau utk solat Subuh. Masa tu aku sempat berdoa minta moga Allah tenangkan hati aku dan beri kemudahan kpd ku. Aku juga berdoa semoga Abi tak apa2. Tapi masa tu aku dh dapat rasakan sesuatu. Sesuatu yg rasanya seperti aku tahu yg Abi dah pergi. Tapi aku sedapkan hati. Aku bisik Abi masih ada. Aku pujuk hati ni. Lps solat, kami pergi cari sarapan. Kawan2ku sume lapar dan mengantuk. Kesian diorng. Diorng mkn tapi aku hanya mampu minum air nescafe. Selalunya bila ku dlm keadaan yg stress tertekan, aku akan cari nescafe sbb bg aku ianya bagai satu terapi. Aku pandang org sekeliling aku. Masing2 sibuk dgn bagasi dan urusan sendiri. Aku lihat pilot dan pramugari. Aku lihat kwn2 aku. Kadang2 aku seakan terpandang kelibat spt Abi sedang memerhatikan aku dr jauh. Ya Allah. Segala rasa bercampur. Aku harap Abi baik2 di sana. Aku langsung xberani call family aku di kampung bertanya ttg perkembangan Abi. Aku takut. Aku rsa tiada kekuatan utk itu. Aku biarkan shj ianya berlalu spt detik jam yg sedang berputar laju. Kawan2 ku sempat memberi kata2 semangat mengatakan yg mereka yakin Abi masih kuat dan dia hanya cedera ringan. Kata2 penyedap hati., Mereka menghantar ku hingga ke pintu perlepasan. Dan mendoakan aku spy menjaga diri dan kembali semula ke universiri meneruskan pengajian. 

        Tepat pukul 8.30 pagi flight ke Penang berlepas. Aku duduk sebelah cermin tingkap. Dapat melihat awan dan pemandangan nya teramat cantik. Tapi aku langsung tidak berminat dan hiraukn semua itu. Airmata ku terus mengalir dan mengalir mengenangkan Abi dan Fayyadh di sana. Tepat pukul 10.00 aku tiba di Penang Airport. Yang amik aku masa tu adik perempuan aku dgn tunangnya. Aku nmpak tunangnya yg tunggu di hadapan pintu masuk airport. Aku brjln bersamanya menuju ke kereta. Adik aku tunggu di kereta dan bersalam dgn aku. Dia xbyk berbicara. Aku lihat matanya bengkak. Aku lihat bahagian blkng kereta penuh baju Fayyadh dan juga baju melayu ayah dan kopiahnya. Aku takut. Aku dpt rasakan sesuatu. Aku ingin tahu tapi tidak ada kekuatan utk brtanya. Kami bertolak terus ke Kedah. Dalam kereta, aku hanya diam. Aku dapat lihat adik perempuan aku asyik menyapu airmatanya. Begitu juga tunangnya. Aku diam. Aku xmahu fikirkan apa2. Aku takut sgt masa tu. Aku yakin Abi masih ada. 

         Setibanya di kampung Abi, aku lihat ramai org kampung telah berkumpul. Ramainya seperti ada kenduri kahwin. Aku lihat kelibat adik lelaki ku juga sedang menunggu aku. Turun je aku dari kereta aku tanya adik lelaki aku, "Mana abg?" Adik lelaki ku hanya menjawab, suamiku masih di hsopital. Aku tak berani nak tnya lagi. Aku diam. Aku berjalan menuju pintu rumah suami ku. Walau langkahku berat aku gagah juga melangkah. Sambil aku berjalan aku terdengar seorg pakcik bertanya bila jenazah akan dikebumikan. Jawab seorng pakcik lagi, jenazah akan dikebumikan setibanya isteri si mati dari Johor. Waktu tu aku kelam, Terasa kaki ku tidak berpijak di bumi lagi. Air mata aku laju mengalir. Ya Allah! Abi dah pergi. Pergi meninggalkan aku. Namun aku masih menyedapkan hatiku lagi. Mengatakan semua yang aku dengar tadi hanyalah khayalan ku semata. Aku cepatkan langkah kaki masuk ke rumah. Aku tidak memandang kiri atau kanan lagi. Aku terus masuk ke dalam bilik. Aku lihat ibu ayah dan kakak2 ku semuanya ada di dalam bilik. Semuanya memandangku dengan wajah yg sedih, sebam dan merah mata. Perkataan pertama yg keluar dari bibir aku ketika itu, "Mana Abg?" . Seorng pun tidak menjawab soalan aku. Aku tanya lagi. Ketika itu ibu aku datang memeluk aku dan berkata "Allah lebih sygkan dia". Tika itu aku terduduk. Allah! Aku menangisi pemergian Abi. Aku menangis sambil memanggil nama Abi. Tika itu satu rasa yg hadir di hati, perasaan kehilangan yg teramat sedih yg tdak boleh aku gambarkan. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Sedang aku menangis. Mak bawakan anak kesayanganku Fayyadh. Dia berikan Fayyadh padaku. Masa tu baru aku sedar yg aku masih ada Fayyadh. Allah! Masa melihat wajah Fayyadh satu perkataan hadir di bibirku. Alhamdulillah. Aku masih ada Fayyadh peneman aku. Zuriat aku bersama Abi. Aku cium Fayyadh. Aku peluk Fayyadh. Aku cakap dalam hati. "Umi masih ada. Umi akan jaga Fayyadh hingga akhir hayat umi." Aku seperti dapat merasai Abi juga sedang sedih dengan apa yg sedang aku lalui sekarang. Mungkin dia juga tidak mahu pergi meninggalkan aku dalam keadaan begini. Jika aku terus terusan bersedih, Abi mungkin tidak akan tenang di sana dan dapat pergi dengan baik.

           Aku bangun dan berikan Fayyadh pada mak. Aku bersihkan diri, mandi dan amik wudhuk. Aku capai Al-Quran dan aku baca. Aku cuba untuk mengawal perasaan aku. Aku perlu kuat. Aku perlu yakin dengan ketentuan Allah. Aku perlu redha. Sementara menunggu jenazah Abi pulang., aku terus terusan membaca Al-Quran. Surah yg selalu aku bacakan buat Abi sebelum tidur, Surah Al-Mulk. Kali ini aku bacakan berulang kali buatnya di dalam keadaan berbeza. Sehinggalah jenazah tiba. Setibanya jenazah di rumah, Abi dah siap dikafankan begitu juga adiknya. Aku minta untuk bukakan kain kafan nya supaya aku dapat lihat wajah Abi buat kali terakhir. Ketika kain kafan dibukakan, aku rasa sedikit gentar kerna takut jika2 wajah Abi tidak sempurna kerna Abi meninggal sebab kemalangan. Namun aku kuatkan juga untuk melihat wajahnya. Aku duduk betul2 di sisi kiri kepala Abi. Aku dapat lihat wajah Abi tidak ada sebarang cacat celanya. Kulitnya putih bersih dan bercahaya. Matanya tertutup rapat spt Abi sedang tidur. Bibir Abi menguntum senyum sama seperti Abi selalu senyum kepadaku. Janggutnya panjang tidak seperti kebiasaan. Teringat aku kali terakhir aku berjumpa Abi seperti kebiasaan aku ingin memotong janggutnya namun hari itu Abi tak mahu memotong janggutnya. Bila aku tanya kenapa, Abi jawab kali ini biarlah janggutnya panjang seperti janggut Nabi SAW. Allah! Abi seperti tahu yang dia akan kembali menemu PenciptaNya. Aku raba atas kepala Abi untuk melihat rambutnya. Aku lihat kesan jahitan yang besar disebabkan 'post mortem' ke atas jenazahnya. Aku menangis, Tapi tangisku di dalam hati. Pada ketika itu aku sedar kini Abi telah kaku. Aku tidak boleh lagi berbual dengan Abi spt selalu. Aku tidak mampu lagi mendengar suaranya. Aku tidak boleh lagi melihat anak matanya. Tiada lagi kata sayang dari bibir abi yang selalu memanggil aku dengan panggilan itu. Aku kesat airmataku. Untuk yg kali terakhir, aku cium dahi Abi. Sejuk. Harum. Aku katakan dalam hati. Semoga Abi pergi dengan tenang dan aku redha segala2nya sepanjang aku bersama dia. Tiada apa yg ku simpan di dalam hati ini. Abi memang seorng suami yg terbaik di sepanjang hidup ku. Sehingga jenazah dikebumikan, aku lihat segala urusan berlaku dengan cepat dan lancar. Segala2nya cepat. Itu yang aku dapat lihat ganjaran buat seorng anak yg selalu berbakti kpd org tuanya.

        Usai urusan pengurusan jenazah Abi, senja itu hujan turun selebat2nya. sehingga ke lewat malam seperti menangisi pemergian Abi. Dan seperti seakan tahu gelora di hati aku ketika itu sama seperti titis hujan di luar sana. Malam pertama Abi di alam sana, begitu juga malam pertama aku tanpa ditemani Abi di sisi sampai bila-bila. Aku tidak dapat lelap. Aku melihat Fayyadh yg sedang nyenyak tidurnya. Sesekali Fayyadh terjaga spt biasa inginkan susu. Aku panik. Selalunya sambil aku membuat susu, Abi akan turut bangun memangku Fayyadh sambil mendodoi dan memujuk anak kesayangan nya itu sehingga aku datang bawakan susu. Kali ini, aku terpaksa memangku anak ku sambil membuat susu. Tika itu airmata aku mengalir teringatkan Abi. Allah! Aku perlu kuat utk hadapi semua ini kerna ini yg perlu aku lalui skrg.

         Hari terakhir aku di kampung, sebelum aku terbang ke Johor. Aku ziarah pusara Abi. Aku bacakan Yassin dan sedekahkan Al Fatihah buat Abi. Tika itu hari sudah semakin senja, sambil aku doakan buat Abi di sana, aku bisikkan aku akan pulang suatu hari nanti untuk ziarah Abi di sini. Biar masa dan keadaan merawat hati ku ini. Biar kekuatan dan tenang jiwaku membawa diri kembali meziarahi Abi di sini. InsyaAllah.. Senja itu juga, hujan rintik-rintik, airmata aku mengalir lagi. Selepas beberapa kaki melangkah, aku toleh melihat pusara Abi aku bisikan dalam hati akan sentiasa menyayangi Abi walau di mana Abi, siapa Abi dan kita berbeza kini kasih syg aku tidak akan pernah sepi dan aku berjanji akan menjaga Fayydh sebaik mungkin spt yg Abi selalu inginkan yg terbaik buat anaknya. Aku tahu Abi ada di situ, mungkin sedang memerhati.. InsyaAllah Abi..


"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
                                                                                                           Surah Al-Baqarah:156






Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/17 April '15/at hostel and miss Abi so much. Dear Allah, i love him..

Saturday, January 24, 2015

Kau Pergi Jua II


        Seingat aku petang itu, aku berbalas mesej dgn Abi. Aku teringin benar makan McD. Tapi aku xlarat nk keluar dr kampus ke McDonalds berhampiran. Aku nak call je delivery tp keypad phone aku problem. Last2, aku g je gerai western dlm U. Order burger cheese dgn kentang goreng. Aku mesej Abi ckp aku dh dapat mkn burger cheese dan kentang goreng ala2 McD. Abi tergelak mendgr cerita aku, dan yg aku dgr Abi ckp bukan sedap sgt pun burger McD tu. Alhmdulillah. Petang tu juga aku dan Abi berbalas mesej di FB. Aku pelik dgn sikap Abi sebab selalunya kalau waktu bekerja Abi jarang bermain FB. Memang dia selalu fokus pada kerjanya. Tapi 2 -3 hari tu, Abi kerap online.

      Senja sebelum aku mendapat khabar tragis itu, last Abi mesej aku yang dia dah otw pulang ke rumah dari ofis. Aku nasihatkan dia hati-hati dan jaga diri. Aku pesan pada Abi nanti dah sampai umah mesej. Malam itu juga aku rasa seperti tidak sedap hati. Bukan sebab apa2. Tapi memandangkan aku pulang awal ke hostel, jadi keadaan di sekitar bilik aku agak sunyi. Aku kemas barang aku dan bawa laptop dan beg galas, berjalan kaki menuju ke bilik kawan aku beberapa blok dari blok aku. Sampai je kat bilik kawan, aku dapat mesej Abi yang dia dah selamat sampai umah bersama anak kesayangan ku. Abi bagitahu yang malam tu dia nak balik kampung tengok mak ayah sebab hujung minggu tu aku tak dapat balik jumpa Abi dan Fayyadh. aku cakap OK dan pesan pada Abi nanti sampaikan salam pada ibu ayah mertua dan minta maaf juga sebab xdapat balik sama. Abi ckp dia nak kemas baju dia dan Fayyadh kejap before bertolak. 

      Aku masa tu sibuk buat assignment sambil borak dengan kawan. Sambil2 tu aku online baca berita2 kemalangan di FB. Masa tu aku ingat lagi, aku cakap pada kawan ku,

"Akak, paling takut kalau2 salah seorng ahli keluarga akak meninggal sebab kemalangan. Minta2 semoga Allah jauhkan.."

Masa tu mmg aku xfikir apa2. Aku teruskan membuat tugasan aku. Lama tu, aku dapat mesej yg Abi dah bertolak balik Kedah. Aku mesej Abi balik, pesan jaga Fayyadh baik2 dan mesej nanti bila dah sampai kampung. Aku sambung buat keje aku,. Then dalam kul 10.30 mlm macam tu Abi call ckp dah sampai Kedah. Alhamdulillah. Itulah ayat yang keluar dari mulut aku. Aku tanya pasal anak kesayanganku, dia ok ke tak? Abi cakap, dia ok. Aku minta nak cakap dengan anak. Abi kata nanti dia dah siap angkat barang dan beg masuk dlm umah dia call aku balik. Sambil aku tunggu Abi call balik. Aku baru teringat yg aku x solat Isyak lagi, aku terus g amik wudhuk. Aku solat Isyak dulu. Dah habis aku solat. Aku tunggu je Abi call kat atas sejadah. Telekung pun aku xbuka lagi. Lama gak aku tunggu sampai kul 11. Aku call Abi, xberjawab. Masuk voice mail. Aku fikir batery habis. Aku call lagi. Stay x dapat. Last2 aku call mak mertua aku. Panggilan aku bersambut. Aku tanya mana Abi? Mak mertua aku cakap Abi pergi ke pekan dengan adik ipar aku. Aku terkejut dalam hati fikir nape Abi xbagitahu. Selalunya dia akan mesej bagitahu kalau dia nak pergi mana2. Aku tanya anak mcm ne? Mak mertua aku cakap, Fayyadh dah tidur dalam buaian. Aku borak2 dgn mak mertua aku dalam 10 minit macam tu. Pas je aku letak phone, aku dgr phone aku bunyi. Nombor asing. Tapi aku angkat juga. Aku jawab. Panggilan tu dari org awam yg bagitahu aku Abi terlibat kemalangan. Aku cemas juga tapi masih lg boleh bertenang sbb dlm fikiran aku mungkin Abi hanya patah tgn or kaki dan cedera ringan. Bila aku tanya keadaan Abi, org tu xboleh nak cakap apa. Dia kata dia jumpa Abi dan terbaring lama tepi jalan. Adik ipar aku pula dan tercampak dalam semak sebelah jalan dan dah tak bernyawa. Masa tu aku terduduk. Menggigil seluruh anggota badan aku. Jantung aku berdenyut kuat. Aku lemah. Aku kelam. Tak tahu nak buat apa. Yang aku sebut masa tu, Allah dan Abi je. Aku masih boleh lagi kawal diri aku sebab org awam tu cakap ambulan dah bawa Abi ke hospital. Dan jasad adik ipar stay xboleh usik sbb tgh tnggu polis datang. Org awam tu call aku sebab nak tnya alamat umah mertua aku. Lepas je aku bg direction pd dia melalui phone. Dia sempat tenangkan aku dan suruh aku bersabar byk2. 

      Lepas tu, aku contact mertua aku. Rupa2nya diorang baru dpt tahu pasal berita tu. Mak ayah mertua aku mmg terkejut sgt2 sampai tak sedarkan diri dan diorng smpai xboleh cakap dgn aku. Masa tu aku sempat cakap dengan adik ipar perempuan aku. Dia kata mungkin dua2 dah xde. Masa tu la aku jatuh terduduk. Menangis2 dan aku rasa macam xpercaya. Masa tu kawan aku memang xtahu apa yg berlaku. Dia peluk aku dan tenangkan aku. Aku masih mengharap masa tu. Aku yakin yang Abi masih ada. Aku pujuk hatiku. Aku yakin Abi masih ada. Aku kuatkan diri call ayah ku di Penang. maklumkan pd dia yang Abi kemalangan dan adik iparku meninggal dunia di tempat kejadian. Ayah terkejut dan malam tu juga ayah mak dan adik perempuan ku bertolak ke Kedah. Ayah sempat nasihatkan aku supaya bersabar dan jgn fikir yg bukan2 sebab dia dgr aku menangis2 sambil cakap dgn dia. 

          Masa tu mmg aku tak boleh nak fikir, yang aku tahu aku kena pulang ke kampung juga malam tu. Bilik kawan yang aku tumpang malam tu dah penuh dgn kawan2 yg lain. Yana, Ayeeda dan Bie. Masa tu mmg dh lewat sgt. Mana ada bus station yg buka dah, mana ada flight dah. Masa tu Ayeeda dtng peluk aku dan cuba tenangkan aku. Aku brsyukur sgt sbb masa tu ada kwn2 yg baik hati brkorban apa sje utk bantu aku. At the last, diorng decide mlm tu juga bertolak ke KL dan amik flight pagi2 di LCCT balik ke Penang. Seingat aku malam kejadian tu, kami bertolak kul 2 pagi ke KL. Kereta dipandu classmate lelaki dan dalam tu aku, Ayeeda, Bie dan Yana. At least ada sorng lelaki, kalau jd pe2 kami xla risau sgt. Dalam perjalanan tu, aku hanya diam. Tak byk bicara. Aku hnya menangis dan menangis. Dalam hati aku hanya bisik,

"Moga Abi kuat dan tunggu aku sehingga sampai menemani Abi". Masa tu juga aku terbayang2 dan berfikir yg bukan kalau2 Abi....

Aku xsanggup nak fikirkan. Aku takut. Aku msg shbt baik aku. Khabarkan berita sedih ini. Aku xdpt bgthu bagaimana kondisi Abi. Apa yang aku ingat masa tu sahabat baik aku berpesan

 " Fikir benda yg baik2. Jgn fikir perkara yg bukan2. Takut masa tgh berfikir tu Allah angkat menjadi satu doa. Dan sentiasa bersedia menerima apa sahaja yg terjadi."

Aku ingat dan semat kata2 dia. Kejap dalam ingatan dan hati. Betul aku perlu bersedia atas apa yg terjadi. Then aku cuma cakap dlm hati, Allah aku cuba utk bersedia. InsyaAllah...


bersambung...


Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/25 Jan '15 at my hometown

Tuesday, January 20, 2015

Rasa Itu


Jika kau kata jangan peduli,
Tahukah kau betapa aku peduli
Jika kau kata jangan merindu,
Tahukah kau betapa aku rindu
Rindu aku pada ucapan 'Selamat Pagi'
yang selalu menjamah di ruangan cahaya fajar
Rindu aku pada pertanyaan 'Dah makan'  dan 'Buat apa'
untuk aku sehari-hari
Rindu aku pada saat kita menikmati nescafe panas bersama
Walau tika itu tiada jasad mu di sisi ini
Ingat lagi kita selalu melihat pada bulan yang sama..
Ingat lagi kita selalu merenung cahaya benam matahari..
Ingat lagi kita selalu merasai sejuknya dingin titis hujan..
Ingat lagi kita selalu mencium bau badai ombak..
Walau kita berbeza
Tahukah kau betapa aku rindu
Setiap bait kata khutbah mu
Meruntun hati menginsafi diri
Kembali kepada-Nya
Nampak kecil di pandangan mu
Amat besar makna buat aku
Tahukah kau betapa aku rindu
Di setiap malam aku
Titipan doa tidur yang menjadi ikutan aku
Sebelum mata terpejam kaku
Yang selalu aku lihat
Sipi wajah kamu..
Aku suka..
Walau kau tidak duga..
Aku perhati juga..
Sampai bila-bila..
Kini..
Sepi..
Kaku..
Bisu..
Kelu..
Aku terganggu.
Tahukah kamu putaran derita mu itu
Berbalik kepada aku
Aku rindu







Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/19 Jan '15/at hometown


 

Sunday, June 1, 2014

Kau Pergi Jua

                  
                  Hari ini genap 3 tahun ulangtahun kelahiran Abi dalam hidupku. Walau tahun ini berlainan keadaan aku tetap akan mengingati tarikh penting ini kerana ianya sangat bermakna buat diriku.

Abi...


                  Sudah 7 bulan pemergiaan dia, insan yang aku gelarkan sbg seorang sahabat baik, peneman hidup, pendengar setia, , pembimbing dan paling tepat dia 'imamku'. Terasa seperti baru semalam aku mendengar gelak tawanya, melihat senyuman yg x pernah hilang dari raut wajahnya. Sentiasa tenang walau dlm keadaan apa sekali pun. Terasa baru semalam dia, Abi mengalunkan azan buat mujahid tercinta kami ketika saat kelahiran yang dinanti itu. Terasa baru semalam, lafaz ijab dan kabul dilontarkan dari bibirnya ketika aku sah menjadi isterinya. Seperti baru semalam segalanya bermula kehidupan ku bersama insan yang aku hormati ini.

             Seingat aku, saat ingin mengikat hubungan kami kpd tali pernikahan, begitu banyak dugaan yg terpaksa kami tempuhi hingga akhirnya kami bersama2 berjaya melaluinya dgn penuh pengorbanan dan ketabahan sampai pada tarikh kami disatukan. Hebat sungguh ujian Allah! tapi kalau sudah jodoh, bersatu jua. Begitulah..


                  Menjalani hidup sbg suri di hati Abi, sangat membahagiakan ku kerna Abi sgt mengerti dan faham tentang aku. Baru berkahwin, kami terpaksa berpisah jauh kerana masing2 mempunyai tanggungjwb lain yg perlu dilaksanakan. Abi x pernah merungut. Malah sentiasa memberi galakan dan sokongan supaya aku terus mencapai cita-citaku. Bagi aku, abi sebahagian dari cita-citaku. Dan ada nya aku di tapak ku kini, ianya sebahagian daripada Abi.

Kasihan Abi,.


                       Walau sudah beristeri, tetapi masih hidup 'bujang'. Hidup sendirian di rumah. Makan, pakaian dan tempat tinggal Abi uruskan segalanya. Tapi dia tidak pernah merungut. Setiap kali hujung minggu, aku pulang kpd Abi. Waktu itu, aku laksanakan segala tugas ku sbg isterinya. Tetapi kadang2 Abi tidak izinkan aku membuat kerja rumah yg byk. Cukuplah pulang ada bersama dia, memasak masakan kesukaannya dan melayan dia sebaik mungkin. Janji aku sudah ada di sampingnya. 

             Masih aku ingat, perkara yg paling Abi suka aku lakukan ialah membaca al-Quran di sampingnya. Setiap kali aku membaca al-Quran, aku mesti membaca maksud ayatnya dan Abi ikut mendengarnya walau pada masa itu Abi sedang membuat kerja. Kadang-kadang usai solat berjemaah, Abi akan suruh aku yg bacakan doanya. Bila aku tanya mengapa menyuruh aku yg bacakan doa, jawab Abi doa yg aku baca panjang sedikit dari doanya. Tersenyum aku. Abi..ni, ada2 saja dia. Selalunya kalau aku tidak sempat brjemaah dgnnya, selesai solat aku mesti mendapatkan dia utk bersalam dan meminta maaf darinya. Dan jawapan yg selalu Abi berikan padaku yg dia sentiasa meredhai isterinya. Abi sangat baik padaku. syukur kpd Allah kerna mengurniakan dia sbg suamiku.

Fayyadh, 
Putera sulung yg sentiasa dinantikan.

             Selepas beberapa bulan, kami mendpt khabar gembira yg aku sah hamil. Masa tu aku lihat Abi sgt gembira. Sedang aku gembira bercampur takut sbb aku masih di dlm pengajian di universiti. Tapi Abi menenangkan aku. Segala2nya akan baik dan anak ku ini akan membawa rezeki yg baik. Abi akan sentiasa bersama memberi sokongan untukku sehingga anak ini lahir. Aku berasa lega. Ya Allah! Mmg benar spjng tempoh kehamilan hingga bersalin dan dlm pantang, Abi yg menjaga aku hingga aku sihat. Dia yg berada di sisiku ketika aku melalui saat2 yg gentir melahirkan mujahid kami. Dia yg menggenggam erat tanganku, mengalunkan zikir dan surah di telinga ku, mengusap2 ubun2ku ketika aku sedang bertarung nyawa membawa zuriatku ke dunia. Ya Allah, thanks for gift Abi to me! Dia suami dan bapa yg sangat penyayang.

                  Kali pertama aku melihat Abi menitiskan airmata, saat dia ditimpa ujian yg maha hebat dalam hidupnya. Itulah kali pertama dan yang terakhir aku lihat airmata lelakinya mengalir. Sebagai seorg isteri aku juga terkesan dgn keadaan itu tetapi aku mesti kuat dan tabah untuk memberi kekuatan padanya. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa segala2nya pulih seperti sediakala. Aku katakan walau apa pun yg berlaku aku akan sentiasa kekal di sisinya memberi semangat. Hidup ku berlalu dgn penuh bahagia sbg isterinya, umi kpd anaknya.

Siapa sangka langit cerah yg memanjang, muncul awan kelam yg suram.

                   Kali terakhir aku mencium tangan Abi dan dibalas dgn kucupan lembut di dahiku pada hari Abi menghantar aku ke terminal utk pulang Johor. Masa itu aku peluk anak ku, Fayyadh yg baru 3 bulan aku terpaksa tinggalkannya bersama Abi kerna aku perlu menghabiskan pengajianku. Abi memakai baju kelabu, baju yg aku belikan utknya dan baju itu juga kali terakhir Abi pakai ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Siapa sangka, hujung minggu itu adalah minggu terakhir aku bersama Abi. 

              Aku ingat lagi, sepulangnya aku, Abi menjemput aku bersama anak ku. Setibanya di rumah, mmg dah tabiat aku selalu menyoalnya dah makan nasi ke belum. Selalunya Abi mesti jawab belum sbb dia tahu aku mesti akan masak untuknya hari itu. Aku terus masuk ke dapur. Masak. Sementara Abi melayan karenah puteraku. Sesekali aku menjenguk ke ruang tamu. Aku lihat Abi yg banyak ketawa mengusik mujahid sulungnya. Sesekali Abi datang ke dapur melihat aku masak, dan ayat yg selalu dia katakan, "kesian isteri abg,.penat tak habis lagi dah kena masak utk abg. Terima kasih masak utk abg" sambil senyum. Sepanjang perkahwinan kami, dia x lokek utk mengucapkan terima kasih padaku sekiranya aku membuat kerja2 rumah utknya. Itulah Abi.

           Esoknya, kami pergi ke pasar basah sbb abi teringin nk mkn ikan kayu masak sambal dan sotong goreng tepung. Sebelum ni aku x pernah masakkn ikan kayu utk dia. Tetapi itu dh request dr Abi, aku masakan sebaik mungkin utk dia. Cuma sotong goreng tepung yg kurang jadi. Bukan sbb aku x reti tetapi tepung gorengnya kurang. Kesannya, hari tu Abi yg selama ini x pernah marah aku sbb masakan aku x jadi, teruk aku kena marah. Tapi dlm marah2 pun Abi tetap terus makan masakan yg aku hidang. Mmg dah sikap aku, walau suami marah mcm ne pun, aku tetap layan dia di meja makan dan duduk makan sekali bersamanya. Sedih juga aku hari tu sbb itulah first time kena marah psl masak tak jadi. Pelik pun ada. Tapi aku diamkn je. Lepas mkn aku masuk bilik air. Abi terus mnghadap tv sambil menjaga anaknya yg sedang tidur. Masa aku kt dlm bilik air, tiba2 lampu terpadam. Aku kalut, ingatkn elektrik xde. Aku selak daun pintu. Rupanya Abi yg tadi marahkn aku sengaja matikan lampu. Nak mengusik sambil tersengeh. Tadi marah, ni nak mengusik org pula. Aku menyuruh Abi membuka lampu kembali. 
Lega.. Abi dah x marah.. gelak hati aku. 

         Minggu tu juga Abi bawa aku dan Fayyadh berkelah di tasik, sambil makan bubur cha-cha. Lepas dia suap aku, dia suap anaknya. Aku tgk Abi happy sgt. Dikendongnya Fayyadh di atas bahunya sambil terkekek-kekek anak ku ketawa. Abi ada bawa juga aku dan anak ke pantai, tepi laut bermain ombak. Itulah kali pertama Faayadh melihat ombak laut. Abi asyik ketawa saja melihat keletah Fayyadh yg takut akan ombak. Aku juga tumpang gembira melihat telatah dua orang lelaki kesayangan dlm hidupku. 

        Hari terakhir dia bersamaku, sebelum aku berangkat pulang, Abi banyak mendiamkan diri. Tak banyak yg dia bicarakan. Dia banyak bermenung. Bila aku tanya, any problem. Abi cakap dia x apa2. Pagi tu, selepas solat subuh, Abi terus baring di sebelahku, sedangkan dia dah bersiap nak pergi kerja. Bila aku tanya, Abi cakap malas nak pergi kerja, sbb takut x sempat nak habiskan masa dengan aku sbb aku dah nk balik. Aku pujuk dia suruh pergi juga takut nanti bos marah. Lagi pun pagi tu, Abi ada presentantion assigment dia. Jadi nak x nak, dia mesti pergi.. Akhirnya.. Abi mengalah.. Seingat aku lepas je aku siap2 nak keluar dari rumah, perkara yg selalu aku buat, aku peluk Abi. Masa tu aku perasan ada air jernih bertakung di kelopak matanya. Aku perasan. Sejak sebulan yg lalu sebelum pemergiaan Abi, setiap kali aku nk balik ke kampus, mata Abi mesti berkaca. Bila aku tanya, mengapa mesti Abi diam dan hanya senyum kpdku. Rupanya banyak petanda yg berlaku ttp aku sendiri tak perasan. Allah... sesungguhnya Abi milikMu.

bersambung....

Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/2 June '14/4.48 am/at my home can't sleep with my lovely son & miss Abi so much