"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Tuesday, May 31, 2011

Mas Kahwin : Senaskah Al-Quran?

    Apabila disebut tentang mas kahwin, kebanyakkan wanita kini hanya memikirkan jumlah atau nilai wang yang ditetapkan untuk mas kahwin mereka. Kalau diikutkan, nilai mas kahwin berbeza mengikut negeri asal wanita yang ingin berkahwin. Kadang-kadang itu tidak sampai mata ratusan. Namun pada trend kini, kebanyakkan meletakkan mas kahwin mengikut kemahuan atau kemampuan pasangan masing-masing. Bukan apa, itu kan di'simbol'kan sebagai hadiah kepada wanita atas kesediaannya untuk menerima bakal suami untuk hidup bersama.

Sebagaimana firman Allah:
 "Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka" 

    Selain mas kahwin, ia juga disebut sebagai mahar. Hukumnya adalah wajib. Pada zaman Rasulullah saw dahulu mas kahwin di bayar dgn berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Namun, pada zaman kini masih lagi ada golongan yang mengamalkan cara bayaran mas kahwin spt ini, akan tetapi sangat sedikit bilanganya. Sebenarnya apa yang ingin dibincangkan di sini ialah apakah hikmah memilih senaskah Al-Quran sebagai mahar kepada wanita yang bakal di kahwini,.

Sabda Rasulullah SAW :
 "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi."

(Riwayat Al-Bukhari Muslim)
 
    Sesuatu yang berguna dan berfaedah seperti wang, barang atau sesuatu yg bermanfaat sangat di anjurkan oleh Islam untuk digunakan sbg mas kahwin. Nyata, Al-Quran adalah pilihan yang sangat terbaik sebagai mas kahwin kerana kandungan dan isi Al-Quran mempunyai gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat.
Rasulullah juga pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.

"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran," lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat Al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.

    Lihat, mudah dan halus benar maksud Rasulullah. Banyak kebaikkan yg kita dapat daripada ajaran Rasulullah saw ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah, malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu dan apabila ilmu yg diberi diamalkan oleh org lain, ternyata bertambahlah pahala si suami yang memberikan ilmu tersebut,.

Antara hikmah senaskah Al-Quran sbg mas kahwin ialah:

1. Al-Quran lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan lain umpama satu penghargaan yg tidak ternilai kepada kitab suci tersebut. Malah takrif sesuatu perkahwinan itu dapat ditafsirkan melalui pemberian Al-Quran sebagai lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.

2. Dapat membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan,.

3. Mendapat kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri malah suami yg memberi juga turut mendapat pahala hingga ke akhirat,.

4. Seperti yang kita tahu, emas juga ada kebaikkan jika di jadikan sebagai mas kahwin iaitu sebagai pelaburan. Namun ianya lebih bersifat material dan mungkin akan habis begitu sahaja di dunia. Namun ayat-ayat Al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat Al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya,.

5. Andai si suami telah pergi meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak yang soleh serta ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di akhirat kelak. Al-Quran yang diberi kepada isteri insyaAllah dapat memberi kemudahan dan ketenangan di sana. Tiada apa yang dapat dilakukan oleh seorang isteri melainkan sentiasa berdoa dan melakukan amalan-amalan yang bermanfaat untuk roh suaminya yang telah meninggalkannya.Andai si isteri sentiasa membaca Al-Quran yang diberikan oleh arwah suami sebagai mas kahwin, nescaya Allah akan memberi ganjaran yg berganda-ganda kepada roh suaminya.

    Begitulah betapa besarnya hikmah memilih Al-Quran sebagai mas kahwin. Kebaikkan dan faedah yang dapat kita perolehi untuk membina sebuah keluarga bukan lah mengambil masa atau tempoh yang singkat, ia mengambil jangka masa yang panjang dan kita perlu lah memandang lebih jauh utk masa-masa akan datang. Andai ingin kebahagiaan bukan sahaja di dunia dan akhirat, marilah menghargai ilmu Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Apalah sangat hendak dibandingkan dengan kebahagiaan di dunia yang hanya sementara ini. Yang selalu kita nantikan ialah kehidupan abadi di akhirat sana kelak iaitu sebenar-benar kehidupan abadi.


suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/May'11

Friday, May 27, 2011

Setia Seorang Isteri

Bagaimanakah caranya jadi insan yg baik dan menyenangkan hati insan yg menyayangi ana? Entah mengapa ana selalu melakukan kesilapan atas kejahilan ana. Ana selalu buat perkara yg akhirnya melukakan hati ana dan insan yg tersayang. Ana nk jadi seorng tunang dan isteri yg baik., mendengar kata dan setia.,serta solehah. Ana terlalu sayangkan setiap hati yg ada di samping ana. Hingga hari ini ana sedang berusaha mencuba dan terus mencuba. Ana tahu ana selalu melakukan kesilapan,.itu kadang kaal ana sedih sgt dgn sikap ana,. kenapa semua ini berlaku,..? Ana nk bahgiakan hati si dia dan buat dia rasa sgt dihargai tp,..hingga ke hari ini,..ana selalu lukakan hati dia,..

Tetapi,..bukan itu yg tersirat di hati ana,.. ana sudah seikhlas hati menerima dia,..seadanya.,. di hati ini,..hnya Allah sahaja yg Maha Mengetahui betapa bahgia dan bersyukurnya ana di temukan dgn si dia,. Dengan dia,..ana benar2 mengenali makna pengorbanan dan bahgia dlm sesuatu perhubungan,..bersama dia ana kenal diri ana dan cinta yg insan yg sejati,.cinta ana sebulatnya utk bakal zaujah ana,.berbekal cinta yg Esa,..

"Maafkan umi,.entah ucapan apa lagi yg perlu umi ungkapkan utk abi atas kesilapan kali ini,..krn umi tahu dh terlalu byk umi mngucapkan kalimat itu hingga abi sendiri berasa tidak mahu lagi mendengarnya,..tp,.umi akan ucapkan juga walau sejuta kali,..krn ucapan maaf kali ini,..adalah yg terakhir utk kesilapan ini,..insyaAllah,.."

Moga Allah tidak menduga lagi kami dgn ujian yg Maha berat,..krn hati ana sudah puas menangis atas ujian2 yg selalu menimpa ana,.Ya Allah,..Tuhanku,...janganlah Kau pikulkan hati kami beban yg kami tidak mampu memikulnya,..hanya satu Tuhanku,..izinkan aku,..dan bakal suamiku,..mengecapi kebahagian bersama,.di atas jalanMu,..walau utk sesaat dan sementara,..anugerahkanlah nikmat itu kpd kami,..ku bermohon,..dan utk selamanya hingga ke syurga,..sana,..ya Allah,.. amin..

Buat abi,..
Walau apapun yg terjadi,..umi kn sentiasa ikhlas menyayangi,..abi,..hingga akhir hayat umi,. Berdoalah semoga kita disatukan dgn berkat dan izin Allah atas niat hati kita yg ihlas saling menyayangi dan melengkapi ant satu sama lain,..amin. Abi adalah sesuatu yg terbaik tercipta utk umi,. dan sepanjang hidup ini,.jgn merasa rendah diri,.kerana abi adalah yg paling terbaik utk umi,..segala yg berlaku,..maafkan umi,..janji umi,..tidak sesekali akan beralih ke kisah lalu,..yg ada sekarang adalah masa di hadapan umi,..dan akan umi hargai setiap detik itu,..utk meneruskan hidup ini bersama abi...insyaAllah..

p/s: nk jadi cm isteri dlm lagu ni,..tp mohon tunjuk ajar,.. =)

Monday, May 9, 2011

Be HAPPY Always



LOVE yourself everyday.
Believe in the LOVE of friends, family and humankind.
Look for the BEAUTY around you in nature, in others, in yourself.
Do good things for others, find LOVE in a smile or helping hand, in a thoughtful gesture or a kind word.
Spend part of every day just doing something you like to do.
Accept compliments.
Give yourself a hug.
Have FUN.
Dance barefoot.
LAUGH whenever you can, CRY when you must.
The secret to finding happiness is knowing that it's all around you
and that your life is BLESSED.
Thanks to ALLAH for gift the IMAN...

suhaiza_shuhaimi/AllahisenoughforMe

Bermulanya Satu Ikatan...

     Dah lama juga x berblog ni,.. berehat panjang ana. Al-maklumlah,.sibuk menguruskan study dan juga hidup yg kebelakangan ini di duga byk ujian. Tp syukur kpd Allah sbb sentiasa bagi ana kesempatan utk meneruskan nikmat hidup ini dgn tenang dan dgn cara ana. syukran ya Allah!!


alhamdulillah., ini lah namanya rezeki dr Allah beri ujian,.kita sabar,..dptlah ganjarannya., Syukur tak terkira krn ana telah menjadi tunangan kpd Mr. Tunang ana ini., moga2 ana harap segala perancangan kami akan berjalan dengan baik. insyaAllah,.

   Due utk majlis nikah ana nanti,..insyaAllah akan berlangsung pada penhujung bulan Disember iaitu cukup setahun kami mengikat pertunangan. Dan di harap pada tarikh tersebut tiada sebarang masalah yg timbul. Moga majlis kami nanti penuh dgn keberkatan dan bersyariatkan agama dan sunnah. Mudah-mudahan...=)