"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

Siapa Wanita CANTIK?



Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak, kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya .Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk menghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONA KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu. Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari di mana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.



sumber : http://syurga-bidadari.blogspot.com/

Wednesday, August 17, 2011

Wujudkah Cinta Islamik?

‘Sayang’???

Saya terkejut apabila membaca beberapa mesej daripada handphone rakan saya itu. Dan kelihatan muka si rakan itu merah padam. Mungkin kerana tidak menemui apa yang dia kehendaki daripada handphone saya..

Hal ini berlaku apabila dia meminta untuk ‘melihat-lihat’ handphone saya dan saya pun mengenakan syarat untuk ‘melihat-lihat’ juga handphone kepunyaannya. Dan inilah yang terjadi..

Rakan saya itu merupakan ketua Badan Nuqaba’ di universiti. Sangat berpengaruh dan gemar memberi tazkirah. Tetapi rupanya hanyut juga dengan mainan nafsu..

“Ah, ana bercinta secara islamik.”

“Islamik sangatkah kalau sampai ada ‘sayang-sayang’? Islamikkah kalau menaikkah nafsu? Dan itukah yang Islam benarkan untuk telefon berjam-jam dan bermesej ‘sayang-sayang’?” Soal saya kembali. Dan dia diam membisu..

Entahlah. Saya sendiri tidak dapat memikirkan mana yang betul-betul baik dan mana yang salah. Sebetulnya ini bukan kes pertama yang saya temui. Dulu saya pernah ditegur kerana bercinta oleh seorang orang kuat dalam Badan Nuqaba’..

Tetapi pada suatu hari saya terlihat pula orang yang menegur saya itu keluar berdua-duaan dengan perempuan. Yang pasti bukan adik atau saudaranya kerana saya kenal juga dengan dia..

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?”
(Al-Baqarah: 44)


Janganlah sorokkan keburukan sendiri dengan cara menunjukkan yang anda orang yang betul-betul faham akan agama..

Adakah istilah ‘Cinta Islamik’?

Dulu saya juga pernah menggunakan istilah ini. Menyukai seseorang tetapi hanya sms sahaja menjadi penghubung. Tidak pernah call langsung dan tidak pula terkeluar perkataan ‘sayang’ atau yang menaikkan nafsu. Semua saya cuba kawal seboleh mungkin..

Tetapi betulkah cinta seperti itu yang saya hendakkan? Saya berfikir balik kerana walaupun sekadar sms sahaja sudah mampu menyebabkan saya sedikit lalai, dan cerita yang ini anda boleh baca di entri saya ‘Ibadah Itu Cinta’..

Saya tidak menafikan memang fitrah manusia itu menginginkan sesuatu untuk mendorongnya daripada orang yang berlainan jantina daripadanya. Tetapi perlulah dengan cara yang terkawal..

Kalau sudah masuk sampai fasa ingin ada perkataan ‘sayang’ daripadanya, saya sarankan dua perkara. Pertama, kahwin dan yang kedua tinggalkan sahaja. Ini kerana jika fasa ‘sayang’ itu terlalu lama berlaku sebelum kahwin, ini mungkin akan menyebabkan satu perasaan pelik datang. Jemu..

Saya tidaklah tahu hormon jenis apa yang dirembeskan keluar atau bahagian saraf yang mana akan bertindak balas apabila menerima ransangan dan menyebabkan perasaan jemu dan bosan itu berlaku. Tetapi itulah yang berlaku kepada beberapa orang rakan saya yang bercinta..

Mungkin dalam dua tahun boleh bertahan. Tetapi kalau sudah masuk tahun keempat, ramai yang sudah mula terpisah. Jawapan mereka, “Dah tiada jodoh, nak buat macam mana.”

Nasib baik ada seorang yang berani tanpa malu menjawab, “Dah jemu sangat.”

Berbalik kepada persoalan betulkah ada istilah ‘Cinta Islamik’. Pandangan saya, ada bagi orang yang betul-betul menjaga pergaulan. Menetapi kehendak syariat. Cumanya memang fitrah manusia pula menginginkan sesuatu yang lebih daripada apa yang telah dia dapat. Dan dari situlah timbulnya merengek-rengek kepada pasangannya untuk memberikan lebih daripada sebelumnya..

Jadi, bolehkah berlaku ‘Cinta Islamik’ sebelum pernikahan jika begitu? Kemudian pandangan saya tertumpu pula ‘Cinta Islamik boleh berlaku selepas pernikahan’. Cuma ini sekadar pendapat saya dan ia masih lagi boleh dipertikaikan oleh anda jika mahu..

Jangan burukkan nama institusi jemaah..

Hal ini saya kira memang berlaku dan menyerang mana-mana institusi jemaah mahasiswa. Bercinta dalam jemaah? Satu lagi idea pelik yang cuba dimurnikan. Maaf, cinta yang dimaksudkan adalah cinta antara pasangan berlainan jenis...

Mereka katakan kepada saya, “Inilah cinta islamik. Kami bercinta kerana dakwah. Nanti sudah kahwin bolehlah meneruskan jalan perjuangan ini.”

Tetapi bila saya datang ke biliknya, dia pula sedang menelefon pasangannya. Dan akibatnya saya terpaksa menunggu sehingga tamat gayutan perbualan tersebut..

Lelaki dan wanita yang baik bukanlah yang bersembunyi di sebalik kosmetik kata murni berbau Islam seperti itu. Kalau sudah salah janganlah disembunyikan lagi..

Memang setiap manusia ada ego tersendiri. Mereka akan menyangka apa yang mereka buat adalah betul. Dan kerana itu perlunya kawan untuk menasihatkan. Tetapi kalau nasihat kawan sendiri mereka cuba sangkal, apa lagi yang boleh saya buat..

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.”
(Al-Baqarah: 42)


Saya tertarik dengan seorang rakan saya yang memang betul-betul berminat menjadikan seorang akhawat dalam jemaahnya sebagai isteri. Dan dia meminta tolong daripada naqibnya yang merupakan seorang ustaz untuk menguruskannya..

Harapnya tiada ‘sayang-sayang’ yang hadir sebelum pernikahannya. Dan yang ada hanyalah kerjasama dalam jemaah seperti dahulu juga. Seperti sebelum dia menyatakan hasratnya..

Ada seorang lagi rakan saya yang sedang bertunang dan bakal berkahwin dalam bulan Disember tahun ini. Hendak dikatakan kemaruk itu tidak nampak sedikit pun. Tiada pun sms ‘tanya khabar’ lagikan pula hendak telefon. Dia harap jika sudah berkahwin nanti, barulah rasa-rasa ingin bertanya khabar itu baru datang. Dan barulah cinta berputik pada masa itu.

Alangkah seringnya..

Mentergesai kenikmatan tanpa ikatan..

Membuat detik-detik depan terasa hambar..

Belajarlah dari ahli puasa..

Ada dua kebahagiaan baginya..

Saat berbuka..

Dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala..

Inilah puasa panjang syahwatku..

Kekuatan pada menahan..

Dan rasa nikmat itu bakal kurasa..

Diwaktu buka yang penuh kejutan..


Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain..

Oh Tuhan, hambamu yang berdosa,

Amin.... Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu..

Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana..

Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang kepintuMu mencari redhaMu. Terimalah taubat mereka



Dipetik dari:
Salim A.Fillah(Buku: Nikmatnya bercinta selepas pernikahan)


Niat berkogsi kerana Allah..pengajaran & peringatan buat diri sendri dan semua, dan tidak berniat untuk menyinggung mana2 pihak..bersahabat kerana Allah & Mengingat-mengingati kerana Allah..
Wallahu'alam..





sumber:facebook/note

Friday, July 29, 2011

Neraka Bagi Penzina

  
   
    Masih ingatkah kalian sejarah ketika kejadian Isra' Mikraj dimana Nabi Muhammad S.A.W telah diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, sebuah piring tersebut berisi daging yang elok dan membangkitkan selera manakala sebuah piring lagi dipenuhi dengan daging busuk yang sudah berulat dan jijik?

     Namun kelihatan oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika itu keadaan lelaki dan perempuan tersebut yang sungguh aneh sekali kerana mereka sanggup menjamah daging yang telah busuk dan berulat tersebut daripada menjamah daging yang masih elok dan membangkitkan selera. Maka Rasulullah S.A.W telah diberitahu oleh malaikat Jibril A.S bahawa golongan yang sedang menjamah daging busuk tersebut adalah mereka yang terdiri daripada golongan penzina.
    Siapakah yang digolongkan dalam golongan penzina ini? Mereka ini sebenarnya terdiri daripada manusia-manusia yang gemar melakukan seks bebas dan seks sebelum bernikah. Bagaimana pula sekiranya mereka pernah terlanjur mengadakan hubungan seks luar nikah tetapi kemudiannya bertaubat? Maha Suci Allah, Dialah yang menentukan segalanya samada taubat mereka itu diterima ataupun ditolak. Dengan melakukan taubat nasuha dan tidak mengulangi ketelanjuran tersebut, Insya-Allah Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka tersebut. Wallahualam.
   Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa Isra' Mikraj bagaimana sekumpulan wanita yang digantung buah dadanya dengan rantai yang diperbuat daripada Api Neraka dan dari faraj mereka keluarlah lendiran busuk yang berupa nanah (berbau lebih dasyat daripada bangkai haiwan), sehinggakan mereka yang turut berada di dalam api neraka tersebut sendiri jijik melihat keadaan mereka tersebut dan minta dijauhkan daripada wanita-wanita tersebut. Jibril A.S memberitahu Nabi Muhammad S.A.W bahawa mereka itu adalah terdiri daripada golongan-golongan yang tidak menjaga kehormatan dan maruah diri.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: 
Jauhilah oleh kamu akan perbuatan zina kerana penzina akan ditimpa empat jenis kecelakaan atau bala iaitu akan hilanglah seri dan nur daripada wajahnya, akan dipersempitkan rezekinya, akan menerima kemurkaan Allah selamanya dan berkekalan dibakar dan diseksa didalam api neraka.
Firman Allah S.W.T (An-Nur ayat 2) yang bermaksud: 
Perempuan dan lelaki yang berzina hendaklah kedua-duanya disebat dengan 100 kali sebatan(setiap seorang), dan janganlah kasihani mereka ketika menjalankan agama Allah(ketika melakukan sebatan ini) , jika kamu tergolong dalam golongan yang benar beriman kepada Allah. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua duanya...
Sabda Rasulullah S.A.W: 
Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga langit tidak lagi menurunkan hujannya, bumi tidak lagi mengeluarkan hasilnya dan seorang wanita (tidak hanya terdapat) bagi mereka seorang lelaki sebagai pemberi nafkah.(bermaksud seorang wanita yang bersuami tetapi masih berzina dengan lelaki lain) Demikian itu pada hari tersebut suaminya akan melihat kepada isterinya lalu dia berkata ,' sesungguhnya wanita ini telah pernah berhubungan(berzina) dengan lelaki lain'-hadith riwayat Imam Ahmad
    Hadith ini menyebut tentang kecurangan wanita iaitu isteri terhadap amanah suami sepanjang peninggalan suaminya. Bukan sahaja harta benda suaminya tidak dijaga, malah dirinya yang merupakan hak mutlak suaminya pun tidak dijaga dan digadaikan tubuhnya kepada lelaki lain. Nafkah yang disebut didalam hadith diatas merujuk kepada nafkah batin iaitu wanita tersebut tidak sahaja mendapatkan nafkah batin daripada suaminya yang sah tetapi juga melakukan hubungan seks dengan lelaki lain ketika tidak diketahui suaminya. Manakala ayat seterusnya iaitu demikian itu pada hari tersebut suaminya akan melihat kepada isterinya lalu berkata, sesungguhnya wanita ini pernah berzina dengan lelaki lain bermaksud pada ketika hampir kiamat itu berlaku seorang isteri bukan sahaja berani melakukan persetubuhan dengan lelaki lain dibelakang suaminya tetapi juga dihadapan dan dengan pengetahuan suaminya. Astagfirullahalazim! Itulah yang terjadi kini bukan?
  Rakan-rakan yang dikasihi sekelian, jauhilah diri daripada melakukan zina dan segala perkara yang mendorong ke arah zina. Sedih rasa hati apabila setiap hari saya terbaca kisah-kisah penzinaan didalam surat khabar dan sebagainya. Sekarang, zina bukan sahaja dilakukan oleh pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta, namun turut berlaku diantara kawan-kawan secara suka-suka, adik beradik dan juga sepupu sepapat terdekat. Ya Allah! Malah, turut lebih menyedihkan apabila pasangan yang berzina tersebut melakukan zina sehingga si wanita itu mengandung anak luar nikah dan menggugurkan kandungannya atau membuang bayi tersebut setelah dikandungnya
    Orang-orang yang berzina diberikan balasan oleh Allah sejak di dunia lagi seperti penyakit-penyakit Aids, HIV, siplis dan barah. Malah lebih memalukan apabila masyarakat sekeliling tahu akan penyakit tersebut terjadi akibat perbuatan zinanya. Malah dosa paling terbesar selepas syirik kepada Allah ialah dosa berzina!
alt
Sumber rujukan: Buku berjudul 3 tokoh bakal menakluk dunia oleh Ustaz Jaafar Bin Salleh terbitan Pustaka Azhar dan internet.
-Artikel Iluvislam.com

Wednesday, July 27, 2011

Ujian untuk Kita

       Seringkali kita dengar dan berhadapan dengan segelintir golongan yang selalu mempersoal dan menyindir hukum yang Allah telah tetapkan. Namun,.kebanyakkan mereka ini terdiri daripada golongan yang kosong tentang pengetahuan agamanya. Itu tidak kita dapat nafikan kerana disebabkan kurang didikan dan pendedahan, mereka seperti kabur dan keliru dengan apa yang telah diwajibkan buat mereka.

    Namun bagaimana pula sekiranya golongan yang mempersoalkan tentang hukum Allah ini, berlatar belakangkan agama yang baik dan mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut? Mesti kita terfikir dan tertanya-tanya apakah yang menyebabkan mereka sanggup berfikiran sejauh itu.Pernah melalui pengalaman sebegini,.ana selalu mengambil jalan berfikir sebelum mengeluarkan pendapat. kerana itulah sifat diri ana. Ana tidak suka menjawab tiap soalan yang dihujahkan, tetapi ana selalu mengambil pendekatan menyelami makna persoalan tersebut dan cuba memperhalusinya,.dgn cara menyuruh si penyoal mencari jawapan di dalam dirinya sendiri. 

    Orang berilmu menolak untuk berhujah. Mereka lebih suka bermuzakarah. 
Orang berilmu tidak mengaku berilmu tetapi orang yang cetek ilmu suka mengakui kehebatan ilmu. 
Ini kerana mereka tidak kenal diri mereka. 
Siapa mereka sebenarnya? 
Adakah kita akan terus hidup? 
Adakah percakapan ini, ilmu ini milik kita? 
Tidak! 
Semua milik Allah. 
Jadi apa yang kita mahu banggakan? 
Hatta jasad dan roh ini milik Allah mutlak.

     Ana petik kata-kata ini dari seorg sahabat ana. Ternyata orang yang berilmu cerminan peribadinya. Berilmu dengan amal, kita akan memperolehi akhlak dan hati yg baik, namun ilmu tanpa amal, sia-sia. Tidak guna pandai berhujah andai ilmu yang ada tidak dipraktikkan dan dijadikan sebagai penambah kepada kekurangan yang ada pada diri. 

Pernah dengar tentang gila isim? 

   Ana takut golongan sebegini mengalaminya. Isim bermaksud kesalah fahaman tentang ilmu Tauhid. Menjadikan pendapat peribadi atau pendapat individu tertentu sebagai rujukan yang tepat tanpa merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Ini sangat merbahaya kepada golongan yang menutut ilmu Allah terutama ilmu kebatinan. Sifat was-was dan syak sentiasa ada bermain di dalam hati dan diri. Sebenarnya itu adalah angkara syaitan yang suka membolak balikkan hati setiap manusia yang sedang mengalami masalah sebegini. 

Bagaimana cara untuk menyedarkan mereka? 

   Hanya perlu dapat berdoa supaya pintu hidayah dibukakan buat mereka. Ini kerana golongan sebegini walau beribu kali jawapan atau nasihat yang diberikan, mereka tidak dapat menerimanya disebabkan hati mereka telah menjadi kabur dan gelap untuk menerima kritikan dari orang lain. Walau diberi jawapan yg tepat sekalipun, mereka sedaya upaya memutarbelitkan jawapan tersebut sehingga mereka akan bersorak gembira melihat hujahan mereka tidak terjawab. Sifat takbur, angkuh dan sombong itu jelas menunjukkan mereka bukan mempunyai niat yg baik utk berhujah,.akan tetapi hanya keperluan sebaliknya semata-mata.

    Penawar untuk berhadapan dengan golongan munafik seperti ini ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Quran seperti Surah Insyirah supaya Allah sentiasa menghadirkan sifat sabar dan tenang di dalam hati kita.

 

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".



    Nasihat ana juga, janganlah kita membenci golongan seperti ini tetapi bantulah mereka supaya sedar di atas kejahilan yang telah menyelaputi hati mereka. Marilah berdoa kepada Allah semoga Allah memberi mereka petunjuk dan hidayah serta membantu mereka pulang kepada yang lebih Hak..amin.

suhaiza_shuhaimi/allahisEnoughforMe/July '11

Friday, July 8, 2011

Jodoh kiriman Allah

    Sesungguhnya,.jodoh itu bukan datang dari langit tp kurniaan Ilahi,.dekat di hati yg boleh dirasai. Sejak dilahirkan hingga dewasa, Allah telah menetapkan jodoh buat kita. Namun kita sendiri tidak bisa mengetahui siapa dan di manakah dia. Masa kita kecil x pernah pun kita terfikir tentang istilah kahwin sbb masa itu kita masih tdk memahami maksud dan kepentingannya. Namun bila dah berganjak dewasa,.nak x nak kena juga fikir soal jodoh dan kahwin ni. Walaupun pelbagai pengalaman yg kita lalui dlm hidup dlm mengenali istilah ini,.akan tetapi Allah itu maha Adil. Dia akan menjodohkan kita dgn lelaki/wanita yg serasi dan lebih kurang sama spt kita. Misalnya if klu ada yg kurang  pd kita,.dia akan kurniakan psangan yg ada lebihnya. Jika kita yg lebih,.psangan kita mungkin ada kekurangan yg perlu kita isikan. Begitulah kejadian Allah, sgt2 unik. Setiap psangan saling melengkapi antara satu sama lain.

   Namun sblum kita menerima sesuatu lamaran,.baik kita melakukan solat sunat istikharah utk memohon petunjuk dr Allah. Ana ingat lg saat ana berada di dlm dua persimpangan utk menerima lamaran,. ana melakukan istikharah,.bukan sekali tetapi berkali2,.krn petunjuk yg Allah berikan kpd ana begitu secara tersirat,.dan ana perlu memperhalusi maksud petunjuk tersebut. Bila ana yakin dgn pilihan ana,.hati ana masih berbolak balik. Sedangkan ana telah nekad membuat keputusan itu. Sebenarnya itu petanda bukan itu yg Allah mahu ana lakukan. Kerap juga ana menangis krn diduga sehebat ini krn membuatkan hati ana tdk berada di dlm keadaan yg stabil dan menyesakkan dada. Namun ana berdoa dan terus berdoa di samping mencari makna di sebalik yg sedang ana hadapi. Melakukan pertimbangan dan istiqamah dgn keputusan. Alhamdulillah,.akhirnya keputusan ana disambut baik oleh insan2 yg menyayangi ana walau ada 1 hati yg terluka,.tp ana yakin ada jodoh yg lebih baik utk dia,.dan dia bisa hidup dgn bahagia tanpa ana.

    Allah itu maha kaya bukan,.memberi ana kurniaan yg tdk ternilai,.iaitu sifat sabar dan tabah yg tinggi di dlm diri ana. Allah juga mengurniakan seorg lelaki yg paling terbaik kpd ana spnjng hidup ana selepas ayah ana. Bakal zauj ana,.yg begitu memahami dan ikhlas menerima serta menyayangi ana. Sbnrnya walau kami belajar di tempat yg sama,.tetapi kami tidak pernah bertegur sapa,.malah senyum pn tidak pernah walaupn berkali2 bersemuka. Dan tidak pernah ana sangka dia adalah jodoh ana. Langsung tidak ana jangkakan! Bila difikir2 kembali,.masa lalu,.ana bersyukur krn lebih baik ana tdk mengenali bakal zauj ana sblm sampai waktunya,.Alhamdulillah..

    Kini,.hari2 berlalu dgn penuh rasa syukur dan bahgia utk melangkah ke syurga diberkati Allah (nikah). Walaupun sebelum ini ana begitu sukar menerima ujian2 yg mendatang,.namun hari ini,.ana betul2 bersyukur dgn rasa di dlm hati ana krn ana telah meredhai segala yg berlaku spjng hidup ana. Rupa-rupanya andai kita tdk meredhai setiap ujian yg mendatang,.hati dan jiwa kita terus2an tdk akan berasa tenang dan seringkali kita mengeluh utk ujian2 itu. Ya! Benar! Ana telah melaluinya. Perit dan terlalu sakit. Akan tetapi,.Allah itu kan penuh dgn kasih syg,.andai kita di beri satu ujian,.kita bersabar,.dan redha,.insyaAllah,..Dia akan memberi nikmat yg berganda2,.kpd kita. Dgn kuasa Allah,.yg memberi rasa di hati ini kembali utk insan selayaknya memiliki,.dan merasai semua ini,.dgn cara menghargainya kini..


Thanks Allah for gift all this for me.. syukran abi,..^_^

Wednesday, July 6, 2011

Pengajaran Daripada Allah...

     Setiap yg berlaku ada hikmah dan penyebabnya. Dan yang menyebabkan ianya berlaku hanya Allah SWT yg Maha Kuasa. Satu persatu tabir hijab hidup ini di buka olehNya utk membuktikan Allah itu Maha melakukan segala2nya terhadap mahkluknya. Bila disingkap soal jodoh dan kematian, tiada siapa yg bisa mengetahui kecuali Allah yg Maha Mengetahui.

    Namun disebalik segala kejadian ada terselit pengajaran dari Dia. Kita selalu menginginkan sesuatu yg bukan benar2 menjadi milik kita. Ternyata mmg lumrah sifat manusia yg tdk pernah merasa cukup dgn nikmat kurniaan yg dikirim selama masih bisa menghirup udara kehidupan. Lazimnya, sesuatu yg tersurat itu belum tentu sama spt yg tersirat. Setiap apa yg berlaku lahir dan zahirnya mungkin tdk spt rohaniah. Allah Maha Mengetahui. Siapa yg bersalah dan siapa yg dipersalahkan? Namun ini bukan lah soal siapa salah atau siapa yg benar, akan tetapi sikap segelinitr yg sering menyalahkan takdir atas apa yg berlaku. Sedangkan apa yg lahir di bibir tdk sama spt hati nurani!

    Subhanallah,.sesungguhnya kasih syg Allah terhadap hamba yg daif dan lemah sgt terang dan jelas di depan mata. Adakalanya tidak kita nmpak krn hati penuh debu hitam dan noda. Namun,.kasih syg Allah itu sentiasa menyelamatkan insan2 yg lemah ini,.dgn berbagai cara. Alhamdulillah,,.syukran kpd Pencipta yg tdk pernah hbis kasih sygnya. Mujur andai bukan krn kasih syg Allah ini,.insan yg lemah pasti ditindas dan dianiaya. Ada juga yg menggunakan istilah iman dan takwa sbg alasan utk mengaburinya. Astagfirullahalad'zim.. mengapa manusia kini dgn mudah mempermain dan mempergunakan istilah itu utk kepentingan peribadi. Sudah byk insan begini,.jadi mari berhati-hati..takut meracuni diri dan mambuat kita buta serta tuli.

    Begitu pantas masa berlalu, hingga kadang2 kita hampir lupa, siapa kita? di mana kita? dan apa yg kita mahukan dlm hidup di dunia? Persoalan demi  persoalan ini perlu kita tanya pd diri spy sentiasa kita sedar utk apa kita diwujudkan di bumi ini. Benar! Kehidupan kita singkat. Tapi cuba selami dan muhasabah diri adakah kita benar2 menghayati tentang makna kehidupan yg singkat itu! Ataupun ianya hanya satu ayat yg digunakan utk mengaburi hati2 yg lemah. Adakah kita benar2 merasai atau melalui kehidupan singkat yg kita wujudkan itu! Jawapanya hanya ada pada insan yg mengetahuinya. Ingat! Allah Maha Mengetahui. Seadainya Dia menginginkan sesuatu itu terjadi, maka jadilah ia!



* Allah itu telah cukup buatku,.hanya dia yg benar2 mengajarku erti keikhlasan dan cinta dlm hidupku. Dan dia juga telah menemukan aku dgn insan yg benar2 menghargai dan ikhlas mencintaiku. Kerana Allah membuatku jatuh cinta hanya dgn insan yg membuatkan aku jatuh cinta pada Tuhanku.


suhaizashuhaimi/AllahisEnoughforMe/July '11

Thursday, September 23, 2010

Belajarlah untuk berkata CUKUP!!

    Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang   terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi   sesetengah orang nikmat manakala setengah lagi azab? Bukankah Allah itu   Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha   Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang   bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang   hidup mereka?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (
we are  what we wish for
). 


    Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham  dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi  Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari  jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat   kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya?  Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.



    Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah  itu adalah
yang terbaik. Hanya mata kita yang diselaputi dengan nafsu yang  tidak
dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah?


    'Grass is always greener on the other side'. Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki. Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang  lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah  masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik.  Sentiasa mahukan yang lebih banyak.

    Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2  rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar  yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi  dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat  seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita  kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki   untuk kita tanpa ada izin dariNya.


Ya  Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami  lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang  tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata  CUKUP....ALHAMDULILLAH