"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Tuesday, June 26, 2012

Konvensyen Fiqh Ummah 2012


Konvensyen Fiqh Ummah Sdn Bhd, syarikat yang mendokong penyebaran ilmu Islam berasaskan kefahaman Wasatiy yang tepat pada prinsip, anjal pada bab cabang dan serta meraikan perubahan masa dan tempat.








Tinggal 5 Hari lagi promosi harga early bird



Orang Awam   :   RM 160 ( early bird sebelum 30 JUN), RM 250 ( selepas 30 JUN)

Pelajar Degree :         RM 100 dan ke bawah



Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Majlis Ilmu yang akan disampaikan oleh Tokoh Ilmuan Islam yang tidak asing lagi

Untuk maklumat lanjut sila layari : http://k-fiqh.com/









Boleh terus hubungi :



Rabia'tul : 013- 778 4830

Faruq : 013 - 4167725

Share kepada rakan-rakan yang lain 


Monday, June 18, 2012

Buku buat Wanita Hamil


Buku Amalan Ibu Mengandung tulisan Ustazah Nor Bahyah Mahamood, Haji Muhammad Zakaria dan Jaafar Salleh mengandungi tips yang sangat berguna buat ibu mengandung terutama kepada wanita yang hamil anak pertama. Banyak ilmu yang bermanfaat di dalam buku ini. Sangat sesuai buat wanita muslimah yang hamil. ^_^


Diari Hamil adalah buku dan diari panduan lengkap untuk bakal-bakal ibu kerana mengandungi banyak informasi berguna tentang kehamilan dari sudut agama & perubatan moden juga tradisonal. Selain dapat membuat catatan mingguan tentang perkembangan bayi dan kehamilan si ibu. 


Tidak lengkap sekiranya ibu hamil tidak mempunyai Yasin Ibu Hamil. Bukan sahaja penekanan dari sudut kesihatan fizikal perlu di ambil berat oleh wanita hamil, tetapi dari segi spiritual juga sangat penting untuk membentuk dan melahirkan bayi yang sihat, cergas, sempurna akal dan hatinya. Mengandungi Surah-surah yang sesuai dibaca oleh si ibu sewaktu kehamilan dan juga doa-doa yang terbaik untuk diamalkan. InsyaAllah.



" Ana dah dapatkan semua buku-buku di atas. Anda pula bagaimana? " 



Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/19 Jun '12/

Tip-Tip Berpuasa semasa Hamil dengan Selesa


Bagaimana saya boleh berpuasa dengan lebih selesa semasa hamil? 


Jika anda berpuasa, sudah pasti anda tidak akan boleh makan dengan kerap, namun begitu, antara berbuka puasa sehingga waktu sahur, anda boleh makan lebih daripada dua kali. 

Mengambil hidangan yang bernutrisi dan seimbang akan membantu mengekalkan berat badan anda dan mengelakkan:

Semuanya simptom yang biasa berlaku semasa waktu kehamilan. 

Adakah terdapat cara yang ideal untuk wanita hamil berbuka puasa? 



Tiada pelan makanan ideal yang perlu anda ikut dengan ketat, tetapi cubalah tip-tip berikut mengenai cara terbaik untuk berbuka puasa.
  • Buka puasa dengan tiga biji kurma dan jus, susu atau yogurt rendah lemak, diikuti dengan sup, seelok-eloknya sup yang jernih.
  • Buah kurma dan jus merupakan makanan yang baik untuk menaikkan tahap gula dalam darah kepada normal.

Kemudian, ambil hidangan seimbang yang terdiri daripada:
  • Satu pinggan salad atau ulam sebagai pemula.
  • Protin daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang kuda atau kacang buncis.
  • Karbohidrat kompleks daripada beras perang dan roti gandum penuh.
  • Sejumlah besar sayur-sayuran.
Jangan lupa untuk elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah kenaikan berat badan atau mengambil nutrisi yang tidak baik atau menggalakkanketakcernaan. 

Adakah saya perlu makan sahur yang berat? 


Hidangan sahur merupakan hidangan yang paling penting untuk diambil semasa bulan Ramadan untuk mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari. Jangan tinggalkan hidangan ini kerana ia akan memberikan anda nutrien dan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari. Ia juga akan mengurangkan simptom akibat kelaparan, seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat bagi anda perlu terdiri daripada:

  • Beras perang dan roti gandum penuh dengan buah kurma dan kuah kari.
  • Bran atau bijiran serat tinggi dengan susu skim rendah lemak.
  • Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan pengambilan teh terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan kandungan air (nyahhidrat) dalam badan anda. 

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas buka puasa; bagaimana mahu menggantikkannya?

 


Minumlah jus buah, bukan minuman bergas atau kopi dan teh. Minuman smoothiebuah yang mengandungi susu, yogurt dan ais adalah minuman yang menyegarkan dan memberikan anda keperluan buah-buahan yang banyak dalam nutrisi harian anda. Sup sayur mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran yang akan menambah vitamin, mineral dan serat dalam diet anda. 


Apa yang perlu saya tambah dan kurangkan dalam diet saya semasa bulan Ramadan? 


Pada bulan Ramadan, tahap aktiviti anda akan berkurangan dan semasa kehamilan, anda akan menjadi lebih letih. Untuk berpuasa secara sihat, ingatlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
  • Selepas makan malam, rehat seketika, kemudian bangun dan berjalan. Lakukan aktiviti yang ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur tetapi pastikan anda mengambil hidangan sahur.
  • Minum banyak air selepas buka puasa dan sebelum sahur untuk mengelakkan penyahhidratan.

Berpuasa Semasa Hamil


Adakah selamat jika saya berpuasa semasa hamil?


Hanya terdapat beberapa kajian perubatan yang telah mengkaji mengenai kesan berpuasa, tetapi nampaknya secara am, berpuasa semasa kehamilan memangnya selamat. 
Berikut adalah perkara yang kami pasti:

  • Beberapa kajian telah mengkaji tentang berat kelahiran. Adalah didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Beberapa kajian telah mengkaji IQ bayi dan mendapati tiada perbezaan.
  • Beberapa kajian menguji sampel darah daripada ibu yang hamil di mana perubahan dikesan. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak membahayakan ibu-ibu tersebut. Kajian ini membuat perbandingan berat kelahiran dan mendapati tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada pelbagai faktor lain seperti:
  • Peringkat kehamilan anda - seringnya wanita dalam trimester kedua boleh bertahan paling baik.
  • Kesihatan anda sebelum kehamilan.


Apakah amalan lazim wanita lain? 



Pelbagai perkara – dan kemungkinan majoriti – wanita Islam yang hamil akan memilih untuk berpuasa semasa Ramadan. Beberapa kajiselidik menunjukkan 70 peratus wanita akan memilih untuk berpuasa. 


Khususnya semasa trimester kedua kehamilan, apabila kebanyakan ibu merasa lebih selesa, jika dibandingkan dengan trimester pertama dan kedua, dan asalkan anda sihat, anda sudah tentu boleh berpuasa pada bulan Ramadan. 

Namun begitu, Islam membenarkan ibu yang hamil untuk tidak berpuasa sekiranya merasakan bimbang bahawa puasa itu akan membawa kesan tak baik atas ibu atau bayi, dengan syarat ibu menggantikan puasa itu kemudian, setelah bayi dilahirkan. Ibu yang mengalami diabetis semasa hamil mungkin perlu bertanya kepada doktor mereka dahulu. Bincanglah dengan keluarga, doktor anda dan pakar agama yang dipercayai untuk membantu anda mempertimbangkan semua pilihan yang terbuka. 


Adakah sesuatu yang saya perlu berbuat sebelum berpuasa? 


Rancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan beli-belah dan tugasan tertentu dilakukan sebelum berpuasa.


Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa? 


Pastikan anda menikmati pelbagai makanan yang sihat dan banyak minum apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan – seperti buah kurma, kacang dan lentil – untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan bergula yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat – ia juga akan menurun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti mahu pengsan dan pening kepala.
  • Pastikan anda mendapat protin secukupnya daripada kacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protin diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.


Adakah terdapat tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui? 


Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau urin anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan kontraksi bersalin. Ini mungkin tandakelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil? 

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barangan berat.
  • Sentiasa tenang – anda boleh teryahhidrat dengan cepat dan ini akan membahayakan bayi anda.
  • Kurangkan kerja rumah dan lakukan seminima yang mungkin.
  • Dapatkan tip dan saranan mengenai bagaimana menghadapi puasa semasa hamil daripada wanita dalam keluarga anda.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walau pun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin gemar tidur lewat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan dengan tenang dan mendapat rehat yang banyak. 


Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak; apa yang perlu saya lakukan? 


Berbincanglah dengan keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan. 

Saturday, June 2, 2012

Diari Hamil : Dah 5 Bulan..

   Bismillahirahmanirahim,.. alhamdulillah, syukur tidak terhingga Allah masih memberi ku secebis kebahagiaan di dalam mengecapi dunia ini. Ya Allah,.terima kasih ku ucapkan padaMu. Saat aku menaip baris2 ayat ini, terasa  anak kesayangku ini bergerak2 di dalam rahimku,.seakan tahu aku bakal menulis tentang dirinya kali ini. Ya Allah, besar betul nikmat yang Engkau kurniakan padaku kini, dapat merasai bagaimana seorang wanita melalui hari2 menjadi seorang ibu. Syukur ya Allah. Kini, usia kandungan ku sudah menjangkau 5 bulan, dan aku tidak lagi mengalami morning sickness (sebetulnya night sickness..ehe). Aku tidak lagi muntah2, pening2 dan selera makan ku juga sudah kembali kepada normal. Syukur, alhamdulillah..

      Sebenarnya aku sangat bertuah kerana mempunyai 'anak' yang tidak banyak ragamnya. Pendek kata, sejak aku mengandung, rezeki ku sentiasa murah dan melimpah ruah. Segala kerjaku, mudah. Tidak pernah mengalami kesukaran. Zauj'ku juga mengatakan perkara yang sama. 'Anak' kesayangan ku ini tidak banyak karenahnya. Jika aku mengalami sedikit masalah, ada saja jalan penyelesaiannya, ada saja yang membantu. Itulah 'anak' kesayangku ini, sentiasa memberi kebahagiaan kepada ku dan zauj'ku. syukur tersangat. 

      Sejak aku hamil, hinggalah sekarang, walau usia kandungan ku telah masuk 5 bulan, perut ku masih tidak nampak seperti wanita hamil. Ramai sahabat2 mengatakan perutku kecil, mudah untuk ku bawa diri. alhamdulillah. Jika besar, mungkin akan menyukarkan aku untuk bergerak kerana aku sering saja berjalan banyak untuk ke kuliah. Setakat ini, kerja berat yang aku lakukan ialah seperti melakukan aktiviti amali wajib untuk subjek kejuruteraanku. Panjat tangga, drilling, gergaji, memotong conduit dan trunking, masih mampu ku lakukan walaupun adakalanya aku merasa sedikit penat, namun aku masih mampu lakukan dengan tidak membahayakan kandunganku. Betul lah kata orang, hamil ketika belajar, sangat mencabar dan perlu ketabahan yang tinggi. Nak pula aku mengambil bidang kejuruteraan, memang banyak kerja berat yang aku lakukan. 

'cahaya mata' kami..

    Namun, aku bersyukur kerana dikurniakan seorang zauj' yang sangat menyokongku, hari2 ada bersamaku walau kami terpisah jauh, tetapi zauj'ku sangat mengambil berat akan diriku dan bayi kami. Dialah zauj' sumber kekuatanku, sentiasa ada tika suka dan duka ku, memberiku semangat untuk terus tabah dan sabar menghadapi hari2ku kini. Diriku mungkin tidak mampu menghadapi hariku kini, andai tiada dia di sampingku.  Ya Allah, terima kasih sekali lagi kerna mengirimkan zauj'ku buat temani hidup ini. Walaupun ku tahu, hebat dugaan yang di tempuhi, namun dia tetap bersamaku, memberiku selautan kasih sayang yang tidak terperi, segunung cinta dan penawar buatku tanpa jemu. Semalam, adalah ulang tahun kelahirannya, aku tidak mampu mengirimkan apa2 buatnya, memasak masakan kesukaannya dan melayannya dengan sepenuhnya kerna aku berada jauh di sini. Aku bertanyakan dia apa yang dia mahukan untuk hari lahirnya, katanya dia tidak mahu apa2, cukuplah hadiah paling bermakna yang bakal aku berikan padanya nanti iaitu mengandungkan, melahirkan dan mengurniakan dia seorang cahaya mata buat penyeri hidup. Ya Allah, mengalir airmataku tika itu.. Terharu dan sebak. Selama ini, aku masih belum layak menjadi isteri yang solehah buatnya, banyak yang masih kurang padaku. Namun zauj'ku..sangat menghargai diriku. Aku berdoa di dalam hati, moga Allah sentiasa melimpahi kasih sayang, cinta dan rezeki buat kami dan bakal "cahaya mata" kami kelak.. InsyaAllah. 











/Suhaiza Shuhaimi/ Allah is Enough for Me/ 3 Jun '12/