TAEKWONDO
merupakan salah satu seni bela diri yang berasal dari Korea. Ianya sukan rasmi
Korea dan telah dipertandingkan di peringkat Olimpik sejak tahun 2000. Maksud
taekwondo berasal dari perkataan 'Tae' menumbuk, 'Kwon' menendang dan 'Do'
cara. Jadi ianya bermaksud 'Cara Menendang dan Menumbuk'. Taekwondo
diperkenalkan ke seluruh dunia oleh seorang panglima tentera Korea Selatan
iaitu Jeneral Choi Hong Hi. Sejarah taekwondo di Malaysia bermula pada tahun
1962 semasa Jeneral Choi Hong Hi telah dihantar untuk menjadi Duta Korea di
Malaysia. Beliau memperkenalkan taekwondo kepada masyarakat di sini dan
Persatuan Taekwondo Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963. Taekwondo telah
diterima oleh masyarakat di sini sehinggakan satu demonstrasi telah diadakan di
Stadium Merdeka di atas permintaan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu
iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Taekwondo
adalah merujuk kepada seni pertahanan diri. Walau bagaimanapun, perkembangan
hari ini telah menjadikannya sebagai sukan atau seni bela diri. Taekwondo
merupakan satu teknik seni bela diri yang menggunakan tangan dan kaki. Tetapi,
objektif teakwondo yang utamanya adalah bukan untuk belajar bagaimana berlawan.
Ia adalah lebih tertumpu kepada pembelajaran teknik menggunakan kaki dan tangan
untuk membimbing minda dan semangat ke arah keharmonian serta meningkatkan
kesihatan fizikal.
Empat
elemen utama yang saya dapati dalam pembelajaran seni bela diri Taekwondo ini
ialah:
i.
Displin
ii.
Generic skill
iii.
Kesihatan
iv.
Self Control
Displin
Perkara paling utama yang ditekan kepada
ahli Taekwondo yang saya perolehi ialah dari segi displin. Mana-mana ahli
memang dan akan terbiasa dengan displin yang diterapkan dalam pembelajaran
Taekwondo. Displin dari segi ketepatan masa ke kelas latihan. Displin dalam
menghormati Master dan senior yang lebih berilmu. Displin sewaktu latihan
dijalankan. Displin pada diri sendiri dan orang lain. Sebagai seorang jurulatih
persilatan saya terpanggil untuk menyertai seni bela ini kerana tertarik dengan
nilai-nilai yang diterapkan kepada ahli. Selama ini saya menyangka seni bela
ini bersifat keras dan tidak sesuai dengan wanita. Namun jangkaan saya meleset
kerana bagi saya apa sahaja seni bela diri ianya akan berbalik kepada tujuan
atau asal kita mempelajarinya. Semakin dalam kita mempelajari seni bela ini,
semakin kita akan dapat mengetahui betapa
halusnya seni ini dalam membentuk diri terutama sekali dalam soal displin.
Mana-mana seni bela yang dipelajari perkara yang paling penting ialah penerapan
displin. Melalui displin maka akan terbentuk sahsiah diri yang baik pada
seseorang individu itu sendiri .
Generic
Skill
Nilai kedua yang diperolehi melalui
senibela Taekwondo ini ialah ‘generic skill’. Menurut Guile (2002) definisi
kemahiran generik adalah dasar dalam hubungan yang kompleks dimana ia
digunakan, bergantung kepada bagaimana kemahiran ini diajar. Beliau menyatakannya
dengan melihat kepada dua cara iaitu kemahiran generik dilihat khusus kepada
individu dan kemahiran am diperlukan untuk berkerjasama dalam rutin
persekitaran. Keduanya, kemahiran generik dilihat sebagai hubungan antara individu
dan kerjanya, di mana ia digunakan untuk mengubah persekitaran kerja. aekwondo
sangat berlainan berbanding seni tempur ketimuran lain. Pertama, secara
fizikalnya Taekwondo sangat dinamik dengan pergerakan aktif yang merangkumi
kemahiran dan formasi kaki yang mengelirukan. Kedua, prinsip pergerakan
fizikalnya adalah baik dan selari dengan kesihatan tubuh dan minda. Ketiga,
Taekwondo memiliki pelbagai gaya serangan dan bertahan yang dinamik lagi
praktikal.
Taekwondo
boleh dicirikan dengan pelbagai uniti. Uniti tubuh badan, minda, kehidupan,
uniti seni gaya (‘poomsae’ atau ‘bunga silat’), uniti konfrontasi dan uniti
pecahan atau patahan. Bila seseorang menggunakan atau melakukan Taekwondo, dia
harus berfikiran tenang dan menyelaraskan mindanya dengan pergerakan yang
dilakukan dan memperluaskan penggunaan keharmonian ini dalam kehidupan dan
tatacara sosial. Kaedah ini menunjukkan bagaimana dalam Taekwondo prinsip
pergerakan fizikal, prinsip latihan minda dan prinsip kehidupan menjadi satu.
Manakala poomsae (bunga silat) yang betul atau tepat akan membuahkan pergerakan
yang bersesuaian dalam mana-mana konfrontasi selain daripada menghasilkan
kekuatan serangan yang padu.
Bagaimanakah uniti-uniti di atas boleh
diperolehi melalui Taekwondo? Sebagai contoh, di dalam kehidupan, kita mempunyai
kerja, menyara keluarga, berlawan dengan bersebab dan lain-lain. Apa yang
membuatkan Taekwondo berbeza dengan amalan-amalan ini ialah ianya mengandungi
aktiviti-aktiviti yang menyediakan pengamalnya berhadapan dengan pelbagai jenis
situasi penentangan dan boleh bertahan dengan susulan konfrontasi selepasnya.
Seseorang harus mengatasi mana-mana musuh yang cuba mencederakannya. Tetapi
dengan memenangi sesuatu pertarungan adalah tidak cukup untuk menjamin
keselamatan kerana musuh-musuh tersebut mungkin akan kembali sembuh dan
mengumpul kekuatan seterusnya menyerang lagi. Tambahan lagi, akan terdapat
ramai lagi musuh lain selain daripada musuh yang baru dikalahkan. Seseorang
tidak boleh sama sekali rasa selamat kecuali keamanan kekal dicapai. Untuk
menikmati keamanan kekal ini, seseorang perlu faham dan mahir menggunakan
ciri-ciri uniti tersebut dan inilah matlamat yang mahu dicapai dengan
Taekwondo. Jika tidak, Taekwondo tiada bezanya dengan cara samseng bertarung
dijalanan.
Kesihatan
Di dalam Taekwondo juga, kesejahteraan
kesihatan ahli juga saya lihat dapat di jaga dengan baik. Bukan sahaja
kesihatan fizikal, malah mental dan spiritual. Taekwondo melatih ahlinya
berhubung sesama ahli dan alam sekitarnya. Latihan fizikal perlu dialkukan
secara konsisten dan berterusan untuk mendapatkan hasil yang baik bukan saja
pada penguasaan kemahiran seni bela malah melatih tubuh badan mendapat
kesihatan yang baik. Contoh dalam melakukan latihan secara tak lansung kita
dapat membina stamina dan daya ketahanan diri pada satu peringkat tertentu. Apa
yang saya lihat, bagi setiap ahli Taekwondo, stamina dan ketahanan diri adalah
sangat penting kerana ia membuatkan badan menjadi ‘fitt’ secara berterusan dan
tubuh akan menjadi lebih fleksible dalam penguasaan kemahiran seni belanya.
Sama juga seperti di dalam persilatan, sekiranya kita meninggalkan latihan asas
selama beberapa waktu, kemahiran yang kita ada akan kembali menjadi kosong. Dan
kita perlu memulakan semula untuk melatih diri menguasai bunga dan kemahiran
persilatan. Saya sendiri masih mengamalkan latihan asas untuk kesinambungan
penguasaan kemahiran saya contoh seperti berjongging, latihan tangan dan kaki
serta bunga-bunga silat. Sekaligus melahirkan tubuh badan yang sihat dari segi
mental dan fizikal.
Self
Control
Penguasaan diri atau kawalan diri adalah sangat penting bagi setiap
individu. Di dalam Taekwondo pembelajaran dalam mengawal diri adalah sangat
baik. Pembelajaran dalam mengawal diri memberi manfaat dalam pelbagai cara.
Secara mental, jika dapat mengawalnya bermakna kita berjaya menguasai diri kita
sepenuhnya. Di dalam pembelajaran ini juga secara tak langsung kita boleh
mengawal kemarahan diri, masih boleh
menghormati walau dalam keadaan marah dan kekerasan dan ianya tidak akan
melampaui batas. Secara fizikal, kita juga belajar mengawal badan dan
tingkahlaku. Di dalam Taekwondo, kita akan belajar cara menumbuk penuh dan
berhenti inci jauh dari sasaran. Begitu juga dengan tendangan. Setiap ahli akan
belajar secara efektif tetpi masih lagi dalam keadaan selamat serta dalam
persekitaran yang terkawal.
Kesimpulannya
Taekwondo mendidik pengamalnya menjaga kesihatan tubuh badan dan minda selain
daripada mendedahkan ahlinya kepada kaedah terbaik mengelakkan konfrontasi dan
berfikiran rasional dan tenang terhadap sebarang bentuk penentangan tetapi
dalam masa yang sama berupaya menamatkan konfrontasi tersebut dengan kadar yang
segera jika diserang menggunakan kemahiran bertempur yang dipelajari. Taekwondo
adalah pemangkin kepada keharmonian dan peningkatan kualiti hidup melalui
aktiviti-aktiviti pembinaan kecemerlangan disiplin, jati diri, kesihatan dan
pertahanan diri di dalamnya.
* selesai sudah penulisan ana berkaitan senibela diri ni. Ingatkan just amik kelas fizikal sahaja,.alih2 jurulatih suruh siapkan tugasan berkaitan. Alhamdulillah, selesai!! Master,.esok ana submit report ye..=)
Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/17 Dis '13/at hostel
3 comments:
Perkongsian yang bagus. And minta izin pinjam idea ni untuk diselitkan dalam proposal saya boleh? Minta halalkan ye. Terima kasih :)
Assalamualaikum, perkongsian yang bagus. Saya ambil sedikit idea awak untuk diselitkan dalam paper work saya boleh? Minta awak halalkan ye? Terima kasih:)
Salam, perkongsian yg amat Bagus. . .Dgn situasi skg, masih ada lg org x rasa seni mprtahankan diri ni perlu,. .. Hairan saya, sy ada 2 kenalan pendapat ia x perlu . ..Ermmmm pdhal mrk educated n bkerjaya, tp typical lak aii, nasib baik sy jnis standing x tpengaruh
Post a Comment