"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."
Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Buku buat Wanita Hamil


Buku Amalan Ibu Mengandung tulisan Ustazah Nor Bahyah Mahamood, Haji Muhammad Zakaria dan Jaafar Salleh mengandungi tips yang sangat berguna buat ibu mengandung terutama kepada wanita yang hamil anak pertama. Banyak ilmu yang bermanfaat di dalam buku ini. Sangat sesuai buat wanita muslimah yang hamil. ^_^


Diari Hamil adalah buku dan diari panduan lengkap untuk bakal-bakal ibu kerana mengandungi banyak informasi berguna tentang kehamilan dari sudut agama & perubatan moden juga tradisonal. Selain dapat membuat catatan mingguan tentang perkembangan bayi dan kehamilan si ibu. 


Tidak lengkap sekiranya ibu hamil tidak mempunyai Yasin Ibu Hamil. Bukan sahaja penekanan dari sudut kesihatan fizikal perlu di ambil berat oleh wanita hamil, tetapi dari segi spiritual juga sangat penting untuk membentuk dan melahirkan bayi yang sihat, cergas, sempurna akal dan hatinya. Mengandungi Surah-surah yang sesuai dibaca oleh si ibu sewaktu kehamilan dan juga doa-doa yang terbaik untuk diamalkan. InsyaAllah.



" Ana dah dapatkan semua buku-buku di atas. Anda pula bagaimana? " 



Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/19 Jun '12/

Thursday, August 11, 2011

Jangan jadi manusia yg suka mempersendakan al-Quran dan Hadis


Teringat kisah Muhammad Al-Fateh, penakluk Kota Konstantinopel


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, kota Kostantinopel akan jatuh ke tangan ketua yg baik, tentera yg baik dan rakyat yg baik.
(HR Ahmad bin Hanbal Al-Musnad)

Pernah didatangi seorang ketua paderi yg cuba mempersoal dan mempersendakan hadis Nabi SAW.
Dgn berkata : " Aku ada terbaca sebuah hadis mengatakan, ulama-ulama di kalangan kamu spt nabi-nabi Bani Israel. Di kalangan Bani Israel ada Nabi Isa yg boleh menghidupkan org yg mati. Sekiranya benar ulama-ulama kamu spt nabi-nabi Bani Israel maka cuba hidupkan orang yg mati!"Walau tika itu semua ulama tertunduk. Ada seorng ulama yg Allah berikan 'mukjizat' padanya. Dgn kuasa Allah, hadis nabi itu dapat dibuktikan sahih dan benar. Ulama tersebut dpt menghidupkan org yg telah mati. Akhirnya ketua paderi tersebut masuk Islam sbb terlalu takjub.

Pengajaran: jangan jadi manusia yg suka mempersendakan al-Quran dan hadis, tunduk dan rasa rendah dirilah di dalam dunia Allah ini. Segala rahsia hanya Allah yg mengetahui.

petikan dari:
Novel Sejarah Islam
Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel hasil tulisan Abdul Latip Talib

suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/August '11