"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup



Bahan-bahan :

4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
1 cawan kecil tepung gandum
1/2 cawan kecil tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
Serbuk lada putih secukupnya 
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya 
Sebiji telur dipukul sedikit
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.
4. Panaskan minyak.
5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.
8. Rujuk tips di bawah...

Tips :
1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.
2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.
3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.
4. Angkat sotong yang telah masak/ garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)
5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.

*Hidangkan bersama sos cili thai... nyum nyum nyum...



Sumber : NasRina Honey

Saturday, April 6, 2013

Resepi Ikan PEKASAM

Resepi ana dapat dari nenek sebelah zauj' ana. Mari cuba tgk! kalau kita buat dengan betul, InsyaAllah,. hasilnya pasti  MEMUASKAN! Sedap!

Bahan-bahan :
Ikan puyu or ikan sepat or ikan talapia or ikan lampam or ikut selera masing2 
Garam kasar
Beras (digoreng sehingga kekuningan) amaran: jgn sampai hangit pula! Kemudian tumbuk/mesin sehingga halus or lumat k. Ikut selera masing2 yer.

Langkah-langkah :
1. Ikan mestilah disiang, dibersihkan dengan baik sehingga hilang segala kekotoran, darah dan bau. Basuh  ikan dengan bersih sekali, kalau boleh sampai air basuhan ikan tu jadi jernih.( Mesti semua tahukan cara nk basuh ikan, so x pyh ajar dh kan.^_^)
2. Ambil garam kasar. Agak2 berkadaran sepadan dgn jumlah ikan. Kalau terlebih takut nanti ikan jd masin
terlampau. Gaulkan bersama ikan yang dibasuh tadi. 
3. Perap semalaman ikan dgn garam kasar tadi.
4. Apabila sudah semalaman, garam yang diperap bersama ikan tadi sudah cair. Jadi masukkan beras yang
telah digoreng dan ditumbuk ke dalam ikan. Gaul semuanya dan susun di dalam bekas kedap udara. 
5. Pastikan ikan tenggelam di dalam air garam tersebut. (Boleh susun daun nangka di atas ikan2 tadi sbg
pemberat!)
6. Jika ada selaput putih wujud pada permukaan air, hanya cedok dan buang selaput tersebut. 
7. Jika terdapat ulat dan ikan berbau busuk, itu bermakna ikan tidak dibasuh dgn bersih dan pekasam itu
tidak menjadi.
8. Ikan hanya boleh dimakan selepas 3 minggu dan ke atas. Lagi lama lagi sedap!






Selamat Mencuba!

Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/7 April '13/at my sweet home

Wednesday, August 1, 2012

Puding Karamel

Tips membuat puding karamel:
1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan.Kacau supaya tidak hangit .Jika ia hangit, rasanya akan pahit.
2. Setelah gula hangus cair dan bewarna keperangan, tuangkan air panas atau air paip.
3. Kacau segera supaya gula tidak berketul. Kacau hingga cair.
4. Telur dan susu dikisar hingga sebati.
5. Tapiskan adunan sebelum dituang ke dalam loyang.
6. Biarkan puding sejuk dalam loyang sebelum diterbalikkan dalam pinggan.

Puding Karamel 
Bahan-bahan :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad

Cara Membuatnya :1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.




Wednesday, July 25, 2012

Resepi: Nasi Beriani

        Alhamdulillah.. hari ini telah masuk Ramadhan hari yang ke-4 ana bersama suami. Hari ini husband ana request nak makan nasi beriani utk juadah berbuka nanti. Bukan ana x pernah buat, tp sebelum ni masa before kahwen ana buat nasi beriani mesti ada dgn bantuan mak. Pendek kata tolong mak ana kat dapur utk siapkan nasi beriani tu. Lepas kahwen ni, tak pernah lagi ana buat.ehe Jadi disebabkan husband dah request, ana kena buatlah. Ini resepi mak ana, ana just follow and ikut je mcm ne mak ana masak.


Nasi Beriani Mak

3 cawan beras Basmathi (dibasuh bersih)
2 1/2 camca besar rempah beriani
1 cawan susu segar + 1 cawan air (bergantung kepada jenis periuk nasi anda)
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
garam
sedikit bawang besar dicincang halus
sedikit bawang putih dicincang halus
1/2 kiub pati ayam
kismis hitam dan kuning
gajus mentah
2 camca besar butter (boleh guna minyak sapi, lagi sedap)

Cara-cara memasak Nasi Beriani Mak

1. Panaskan butter, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan putih. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah beriani. Kacau rata hingga wangi.
2. Beras yang telah dicuci, masukkan ke dalam tumisan tadi. Gaul sebati seketika.
3. Kemudian, tuang semuanya ke dalam periuk nasi. Masukkan susu segar, air, kismis hitam dan kuning, gajus, kiub pati ayam dan sedikit garam. Tutup tudung periuk nasi hingga mendidih.
4. Apabila sudah mendidih, kacau nasi hingga semua adunan sebati. Sekiranya air tidak mencukupi, tambah 1 atau 1/2 cawan air lagi untuk memastikan nasi tidak mentah.
5. Biarkan nasi masak seperti biasa.

Akhirnya, beginilah hasilnya..



Tak lengkap kalau buat nasi beriani jika tiada ayam masak merah. Jadi ana buat bersama ayam masak merah  mengikut cara mak ana masak.

Resepi Ayam Masak Merah Mak

Setengah ekor ayam (dipotong dan dibersihkan)
1 ulas bawang putih + 3/4 bawang besar di kisar halus)
1/4 bawang besar dihiris kasar
3 camca besar cili kisar (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
1/2 tin tomato puree
1/2 tin susu cair
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
1 biji tomato (dibelah lapan)
garam
gula 
sedikit minyak masak
1/2 cawan air

Cara-cara membuat Ayam Masak Merah Mak

1. Ayam digaul dengan kunyit dan garam lalu digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan
2. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar halus beserta dengan  
bawang yang dihiris kasar, bunga lawang dan kulit kayu manis. Tumis sehingga wangi. 
3. Kemudian, masukkan cili kisar, biar seketika. Lalu masukkan tomato puree. Gaul sebati hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair, sedikit air, garam dan gula. Biar mendidih. 
5. Masukkan tomato dan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata, biar seketika selama 15 minit. Siap!

Dah siap. Macam mak ana buat..


Akhirnya, siap juga nasi beriani ana. Jangan terkejut bila husband ana makan sampai 3 pinggan nasi beriani ni.ehe Alhamdulillah,. nasib baik jadi. Katanya ayam masak merah paling sedap, pasni dia mesti suh masak lagi..sbb pagi2 sahur tadi dah pekena nasi beriani lagi, masuk sahur 4 pinggan la jadinya..ehe

*Thanks a lots tu my mak! x sia2 selalu tolong mak masak kt dapur. ^_^


Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/25 July '12/at my home