"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Tuesday, December 20, 2011

MAKLUMAT DAN CARA MEMOHON BAUCAR BUKU RM200 PELAJAR UNIVERSITI


BAUCAR BUKU RM200 KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI
Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada kerajaan yang bermurah hati memberi saguhati kepada rakyatnya.Dalam tahun ini sahaja pelbagai insentif diberikan.Pemberian sebegini merupakan janji kerajaan yang direalisasikan melalui pembentangan belanjawan (bajet 2012)tempoh hari.
Mengenai pemberian insentif baucer RM200,syarat dan cara untuk membuat tuntutan adalah seperti berikut
Siapakah yang layak menerima Baucar buku RM200
  • Semua warga Malaysia berdaftar sebagai pelajar aktif di IPT awam (IPTA), IPT swasta (IPTS) dan politeknik serta mengikuti pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD), matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan, termasuk pelajar Tingkatan Enam, secara sepenuh masa dan separuh masa di IPT dalam negara
Tarikh dan lokasi untuk membuat tuntutan
  • Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan
Info
Baucar buku RM200 yang akan diagihkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan dilengkapi ciri keselamatan bagi memastikannya tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.
Baucar RM50 setiap satu yang dicetak Percetakan Nasional Berhad itu dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan.
Untuk makluman anda,bantuan ini hanyalah untuk pembelian buku akademik, jurnal, majalah ilmiah serta peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing dan pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebusnya dengan wang tunai.
Lebih lanjut lagi anda boleh membaca garis panduan pemberian baucer RM200 disini