Sebagaimana firman Allah:
"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka"
Sabda Rasulullah SAW :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi."
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)
Sesuatu yang berguna dan berfaedah seperti wang, barang atau sesuatu yg bermanfaat sangat di anjurkan oleh Islam untuk digunakan sbg mas kahwin. Nyata, Al-Quran adalah pilihan yang sangat terbaik sebagai mas kahwin kerana kandungan dan isi Al-Quran mempunyai gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat.
Rasulullah juga pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.
"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran," lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat Al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.
Lihat, mudah dan halus benar maksud Rasulullah. Banyak kebaikkan yg kita dapat daripada ajaran Rasulullah saw ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah, malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu dan apabila ilmu yg diberi diamalkan oleh org lain, ternyata bertambahlah pahala si suami yang memberikan ilmu tersebut,.
Antara hikmah senaskah Al-Quran sbg mas kahwin ialah:
1. Al-Quran lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan lain umpama satu penghargaan yg tidak ternilai kepada kitab suci tersebut. Malah takrif sesuatu perkahwinan itu dapat ditafsirkan melalui pemberian Al-Quran sebagai lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.
2. Dapat membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan,.
3. Mendapat kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri malah suami yg memberi juga turut mendapat pahala hingga ke akhirat,.
4. Seperti yang kita tahu, emas juga ada kebaikkan jika di jadikan sebagai mas kahwin iaitu sebagai pelaburan. Namun ianya lebih bersifat material dan mungkin akan habis begitu sahaja di dunia. Namun ayat-ayat Al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat Al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya,.
5. Andai si suami telah pergi meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak yang soleh serta ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di akhirat kelak. Al-Quran yang diberi kepada isteri insyaAllah dapat memberi kemudahan dan ketenangan di sana. Tiada apa yang dapat dilakukan oleh seorang isteri melainkan sentiasa berdoa dan melakukan amalan-amalan yang bermanfaat untuk roh suaminya yang telah meninggalkannya.Andai si isteri sentiasa membaca Al-Quran yang diberikan oleh arwah suami sebagai mas kahwin, nescaya Allah akan memberi ganjaran yg berganda-ganda kepada roh suaminya.
Begitulah betapa besarnya hikmah memilih Al-Quran sebagai mas kahwin. Kebaikkan dan faedah yang dapat kita perolehi untuk membina sebuah keluarga bukan lah mengambil masa atau tempoh yang singkat, ia mengambil jangka masa yang panjang dan kita perlu lah memandang lebih jauh utk masa-masa akan datang. Andai ingin kebahagiaan bukan sahaja di dunia dan akhirat, marilah menghargai ilmu Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Apalah sangat hendak dibandingkan dengan kebahagiaan di dunia yang hanya sementara ini. Yang selalu kita nantikan ialah kehidupan abadi di akhirat sana kelak iaitu sebenar-benar kehidupan abadi.
suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/May'11
No comments:
Post a Comment