"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Wednesday, September 21, 2011

Akhirnya...

Alhamdulillah... syukur kepada Allah kerana masih memberi ana kesempatan untuk menulis blog pada pagi yang sangat sejuk ini., al-maklumlah sejak Subuh tadi,.hujan x berhenti-henti. Walau pun pagi tadi hujan sgt lebat, tapi ana stay juga bersusah payah berjalan kaki menuju ke kelas,. nk buat cm ne, bas semua yg ana tunggu dh penuh. terpaksa la meredah dalam kebasahan. Akan tetapi, bagi ana tak mengapa, nak menuntut ilmu,.basah kuyup pun takpe..=)

Lama juga ana tak tulis entry baru, sibuk sangat menguruskan urusan yang belum selesai selagi belum tiba waktunya. InsyaAllah, moga2 ana dapat melaluinya dgn baik.
Sebenarnya saat menulis entry ni hati ana berbunga-bunga. Gembira sangat serta syukur kepada Allah.
Ini kerana artikel yang ana telah hantarkan kepada meja I LUV ISLAM.COM telah disiarkan pada laman ilmu tersebut pada 7 September 2011 lalu.

 
Artikel tersebut ana hantarkan khusus untuk ruangan keluarga, topik untuk perkahwinan. Sebenarnya ana sendiri tidak menyangka yang artikel tersebut akan disiarkan secepat ini kerana ana menghantar artikel tersebut before Ramadhan. Sangka ana, mungkin masih banyak lagi topik-topik yang bagus dan penulisan yang lebih baik dari ana. Tetapi itulah, ana sekadar cuba-cuba.^_^ nampaknya berhasil. Ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak I LUV ISLAM.COM kerana memberi kesempatan kepada tersiarnya artikel tersebut. Terutama sekali kepada editor, yang rajin.. syukran bebanyak.. InsyaAllah, ana akan meneruskan minat ana di dalam bidang penulisan dakwah dan berunsur Islam,.supaya ana dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat dengan pembaca yang lain. InsyaAllah.. amin.

suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/22 September '11