"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Wednesday, July 25, 2012

Resepi: Nasi Beriani

        Alhamdulillah.. hari ini telah masuk Ramadhan hari yang ke-4 ana bersama suami. Hari ini husband ana request nak makan nasi beriani utk juadah berbuka nanti. Bukan ana x pernah buat, tp sebelum ni masa before kahwen ana buat nasi beriani mesti ada dgn bantuan mak. Pendek kata tolong mak ana kat dapur utk siapkan nasi beriani tu. Lepas kahwen ni, tak pernah lagi ana buat.ehe Jadi disebabkan husband dah request, ana kena buatlah. Ini resepi mak ana, ana just follow and ikut je mcm ne mak ana masak.


Nasi Beriani Mak

3 cawan beras Basmathi (dibasuh bersih)
2 1/2 camca besar rempah beriani
1 cawan susu segar + 1 cawan air (bergantung kepada jenis periuk nasi anda)
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
garam
sedikit bawang besar dicincang halus
sedikit bawang putih dicincang halus
1/2 kiub pati ayam
kismis hitam dan kuning
gajus mentah
2 camca besar butter (boleh guna minyak sapi, lagi sedap)

Cara-cara memasak Nasi Beriani Mak

1. Panaskan butter, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan putih. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah beriani. Kacau rata hingga wangi.
2. Beras yang telah dicuci, masukkan ke dalam tumisan tadi. Gaul sebati seketika.
3. Kemudian, tuang semuanya ke dalam periuk nasi. Masukkan susu segar, air, kismis hitam dan kuning, gajus, kiub pati ayam dan sedikit garam. Tutup tudung periuk nasi hingga mendidih.
4. Apabila sudah mendidih, kacau nasi hingga semua adunan sebati. Sekiranya air tidak mencukupi, tambah 1 atau 1/2 cawan air lagi untuk memastikan nasi tidak mentah.
5. Biarkan nasi masak seperti biasa.

Akhirnya, beginilah hasilnya..



Tak lengkap kalau buat nasi beriani jika tiada ayam masak merah. Jadi ana buat bersama ayam masak merah  mengikut cara mak ana masak.

Resepi Ayam Masak Merah Mak

Setengah ekor ayam (dipotong dan dibersihkan)
1 ulas bawang putih + 3/4 bawang besar di kisar halus)
1/4 bawang besar dihiris kasar
3 camca besar cili kisar (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
1/2 tin tomato puree
1/2 tin susu cair
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
1 biji tomato (dibelah lapan)
garam
gula 
sedikit minyak masak
1/2 cawan air

Cara-cara membuat Ayam Masak Merah Mak

1. Ayam digaul dengan kunyit dan garam lalu digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan
2. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar halus beserta dengan  
bawang yang dihiris kasar, bunga lawang dan kulit kayu manis. Tumis sehingga wangi. 
3. Kemudian, masukkan cili kisar, biar seketika. Lalu masukkan tomato puree. Gaul sebati hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair, sedikit air, garam dan gula. Biar mendidih. 
5. Masukkan tomato dan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata, biar seketika selama 15 minit. Siap!

Dah siap. Macam mak ana buat..


Akhirnya, siap juga nasi beriani ana. Jangan terkejut bila husband ana makan sampai 3 pinggan nasi beriani ni.ehe Alhamdulillah,. nasib baik jadi. Katanya ayam masak merah paling sedap, pasni dia mesti suh masak lagi..sbb pagi2 sahur tadi dah pekena nasi beriani lagi, masuk sahur 4 pinggan la jadinya..ehe

*Thanks a lots tu my mak! x sia2 selalu tolong mak masak kt dapur. ^_^


Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/25 July '12/at my home