"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Tuesday, December 17, 2013

Hakikat Sebuah Kematian

Setiap makhluk yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang bernyawa tetap akan mati. Cuma saat-saat kematian itu sahaja tidak diketahui.

Firman ALLAH yang bermaksud :

" Dan tidak ada satu diri akan mati melainkan dengan izin ALLAH pada suatu waktu yang telah ditentukan. Dan barangsiapa yang berkehendakkan ganjaran dunia Kami (ALLAH) akan beri padanya. Dan barangsiapa yang berkehendakkan ganjaran akhirat, Kami (ALLAH) akan beri padanya. Dan akan Kami (ALLAH) berikan pembalasan yang baik bagi orang yang bersyukur iaitu orang yang tahu berterima kasih". (Ali-Imran:145)


Kematian merupakan satu kalimah yang amat ditakuti oleh sebahagian besar dari makhluk yang bernyawa. Ia pasti datang. Tidak ada sesiapapun yang berupaya menangkis atau mengelakkan diri dari kedatangan mati.

Inilah ciri-ciri peraturan yang ditetapkan oleh ALLAH keatas setiap insan atau makhluk yang menghuni alamNYA. Tetapi apakah perjalanan hidup seseorang itu cuma berakhir dengan kematian sahaja?

Setelah manusia melalui tahap-tahap kehidupan dunia yang singkat ini, maka perjalanan akan diteruskan ke alam lain yang meliputi alam barzarkh dan alam akhirat. Alam barzarkh dilalui antara masa hidup di dunia dan masa kebangkitan (yaumul-ba'atas) pada hari kiamat.

Adapun tahap-tahap tersebut meliputi, saat dicabutnya roh, saat menuju tanah perkuburan, soalan Munkar dan Nankir, suasana di alam barzarkh, pertunjukan tempat (ardhul maq'ad). Kemudian disusuli pula dengan hari kebangkitan, hisab, meniti titian sirath dan pembalasan syurga dan neraka.

Ketika berada di alam barzarkh jasad seorang insan sudah tidak berdenyut lagi. Ia akan reput, berkecai dan hancur dibaham tanah. Yang bakal tinggal nanti cuma roh yang halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Dari liang lahad yang menjadi tempat persemadian jasad seseorang insan maka bermulalah perjalanan rohnya ke suatu alam yang serba aneh yang mencemaskan dan mengerikan, yang menggembirakan dan yang menghairankan.

Tiang-tiang nisan dan pusara menjadi simbol kemuncak pengembaraan jasmani seseorang insan ketika di sana. Kubur merupakan tempat bersemadi dan bilik sempit bagi mereka yang mengunci mulut masing-masing dari membaca ayat-ayat suci Al-Quran ketika hidupnya.

Kubur adalah pondok ngeri yang gelap gelita untuk mereka yang lebih mementingkan tembolok mata tanpa mengerjakan sembahyang pada waktu tengah malam. Ia juga adalah rumah yang penuh berdebu, hanyir dan penuh dengan najis-najis untuk insan yang miskin dengan amal soleh.

Kubur juga boleh menjadi rumah yang dilingkari oleh ular-ular, kala, lipan, labah-labah, penyengat dan berbagai-bagai lagi serangga yang menakutkan bagi sesiapa sahaja yang berat bibir mereka dari menyebut nama ALLAH ketika hendak memulakan sesuatu pekerjaan.

Dan kubur juga adalah sebuah rumah pertanyaan Malaikat Munkar dan Nankir yang paling menggerunkan keatas mereka yang malas memperbanyakkkan bacaan kalimah syahadat ketika hidup didunia.

Di samping sifatnya yang amat simbolik, kubur dan bumi mempunyai pertalian yang rapat bagi setiap manusia yang menjadi penghuni alam. Setiap hari bumi akan bersuara memanggil anak-anak keturunan Adam dengan seruan " Wahai anak cucu Adam, kamu berjalan diatas punggungku sepanjang hidupmu tetapi tempat kembalimu adalah didalam perutku".

Namun bagi kematian seorang mukmin yang istiqomah, adalah satu perjalanan yang mudah baginya. Seorang mukmin yang akan dicabut nyawanya, ada riwayat mengatakan bahawa terlebih dahulu beberapa orang Malaikat akan turun dari langit yang akan menghibur dan merayu serta menggembirakan mukmin yang akan dimatikan itu. Malaikat yang datang itu berwajah sangat menarik dan menyenangkan. Melihat wajah malaikat yang datang itu sahaja sudah cukup untuk melapangkan dada dan melegakan perasaan mukmin hingga ia lupa dengan dunia yang akan ditinggalkan.

Di antara rayuan itu mengatakan, " Hai hamba ALLAH, engkau akan kembali kepada ALLAH dalam keampunan dan keredhaanNYA. Begitulah, dalam keadaan penuh rayuan yang mesra, diwaktu itulah datang Malaikat Maut datang mengeluarkan roh orang mukmin itu dengan lemah lembut, serta penuh kasih sayang.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :

" Sesungguhnya mereka yang mengaku Tuhan kami ALLAH kemudian mereka istiqomah (dibuktikan dengan iman dan amal soleh). Nescaya akan turun kepada mereka Malaikat yang berkata: Kamu tidak perlu takut dan bimbang, Bergembiralah kamu dengan syurga, yang demikian itu adalah janji ALLAH untuk kamu. Kamilah yang akan menjadi kawan kamu (memimpin) pada kehidupan dunia dan sampai akhirat nanti. Adalah untuk kamu (di dalam syurga nanti) apa sahaja yang kamu kehendaki dan tidak satupun permintaan kamu yang tidak dikabulkan. Sebagai satu jamuan (anugerah dari ALLAH yang tidak putus-putus) dari Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyanyang. (s.Fushshilat: 30-32)........


Mukmin yang istiqomah adalah mukmin yang tabah menghadapi peristiwa apapun yang datang semasa hidupnya didunia ini. Pengakuan lidahnya bertuhankan ALLAH S.W.T mampu dia membuktikannya dengan ketaatan dan beramal soleh dengan penuh keikhlasan. Mukmin yang istiqomah adalah seorang mukmin yang tidak goyang dengan apa saja yang mendatang dalam kehidupan yang ditempuhinya.


Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud :

" Dan dihampirkan syurga itu bagi orang yang Muttaqin, ini adalah janji ALLAH untuk kamu. Untuk orang yang cepat sedar dari kesedarannya lalu cepat pula dia bertaubat kepada ALLAH. Dan mereka yang kemudian itu sentiasa memelihara diri dari kejahatan. Iaitu orang-orang yang bertaqwa kepada ALLAH Yang Maha Pemurah. Takut kepada ALLAH dalam keadaan seorang diri (tersembunyi) dan hatinya sentiasa menyerah bulat kepada ALLAH. Untuk mereka yang didalam syurga itu nanti akan mereka perolehi apa saja yang mereka kehendaki. Di sisi ALLAH masih banyak lagi tambahannya. Perhatikan, sudah berapa banyak kaum yang telah ALLAH binasakan sebelum mereka. Mereka lebih kuat daripada kamu yang sekarang. Hingga mereka telah mengembara di muka bumi. Adakah di antara mereka yang lepas." 
                                                                                                            (Surah Qaf:31-36).


Berdasarkan keterangan diatas, dalam konteks kematian, nyatalah persoalan mati tidak mengejutkan hati orang yang beriman dan berilmu kerana mereka yakin bahawa disebalik kematian sana ada sesuatu yang menggembirakan. Kegembiraan yang tidak dapat dibayangkan kehebatannya kerana contohnya tidak terdapat di muka bumi ini......Jalan ke syurga akan dimudahkan untuk orang-orang yang muttaqin.

ALLAH S.W.T berfiirman yang bermaksud, " Syurga itu hampir, tidak jauh bagi orang yang muttaqin"....

ALLAH S.W.T berfirman lagi yang bermaksud, " Yang diwafatkan (diterima) oleh Malaikat yang baik, sambil berkata: Selamat atasmu, masuklah kamu ke dalam syurga dengan amal kamu yang telah pernah kamu kerjakan".


Rasulullah S.A.W bersabda : 

" Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga ataupun satu lembah dari lembah-lembah neraka".................Takutkan ALLAH S.W.T ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulullah S.A.W sering duduk merenung. Mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada ALLAH S.W.T. Oleh sebab itulah, Rasulullah S.A.W menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting lagi pula memberi manfaat...

SUBHANALLAH.

* Cukuplah kematian itu menjadi pengajaran buat kita.. Ya Allah, aku mengimpikan kematian husnul khatimah T_T

TAEKWONDO: Nilai-Nilai Insaniah



TAEKWONDO merupakan salah satu seni bela diri yang berasal dari Korea. Ianya sukan rasmi Korea dan telah dipertandingkan di peringkat Olimpik sejak tahun 2000. Maksud taekwondo berasal dari perkataan 'Tae' menumbuk, 'Kwon' menendang dan 'Do' cara. Jadi ianya bermaksud 'Cara Menendang dan Menumbuk'. Taekwondo diperkenalkan ke seluruh dunia oleh seorang panglima tentera Korea Selatan iaitu Jeneral Choi Hong Hi. Sejarah taekwondo di Malaysia bermula pada tahun 1962 semasa Jeneral Choi Hong Hi telah dihantar untuk menjadi Duta Korea di Malaysia. Beliau memperkenalkan taekwondo kepada masyarakat di sini dan Persatuan Taekwondo Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963. Taekwondo telah diterima oleh masyarakat di sini sehinggakan satu demonstrasi telah diadakan di Stadium Merdeka di atas permintaan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.



Taekwondo adalah merujuk kepada seni pertahanan diri. Walau bagaimanapun, perkembangan hari ini telah menjadikannya sebagai sukan atau seni bela diri. Taekwondo merupakan satu teknik seni bela diri yang menggunakan tangan dan kaki. Tetapi, objektif teakwondo yang utamanya adalah bukan untuk belajar bagaimana berlawan. Ia adalah lebih tertumpu kepada pembelajaran teknik menggunakan kaki dan tangan untuk membimbing minda dan semangat ke arah keharmonian serta meningkatkan kesihatan fizikal.

Ahli Taekwondo melakukan apa yang mereka lakukan untuk membentuk mental dan fizikal mereka untuk mencapai kesempurnaan. Latihan Taekwondo juga menekankan perjuangan memupuk dan menjaga diri sendiri. Kesabaran dan disiplin diri mampu memerangi kekuatan menerusi pengulangan latihan fizikal. Ahli Taekwondo didedahkan dengan berfalsafah hidup dan matlamat untuk mencapai keharmonian dengan minda dan badan. Kemudian keharmonian dengan orang lain, alam sekitar, negara dan alam semesta.


Empat elemen utama yang saya dapati dalam pembelajaran seni bela diri Taekwondo ini ialah:
i.                    Displin
ii.                  Generic skill
iii.                Kesihatan
iv.                Self Control

Displin

           Perkara paling utama yang ditekan kepada ahli Taekwondo yang saya perolehi ialah dari segi displin. Mana-mana ahli memang dan akan terbiasa dengan displin yang diterapkan dalam pembelajaran Taekwondo. Displin dari segi ketepatan masa ke kelas latihan. Displin dalam menghormati Master dan senior yang lebih berilmu. Displin sewaktu latihan dijalankan. Displin pada diri sendiri dan orang lain. Sebagai seorang jurulatih persilatan saya terpanggil untuk menyertai seni bela ini kerana tertarik dengan nilai-nilai yang diterapkan kepada ahli. Selama ini saya menyangka seni bela ini bersifat keras dan tidak sesuai dengan wanita. Namun jangkaan saya meleset kerana bagi saya apa sahaja seni bela diri ianya akan berbalik kepada tujuan atau asal kita mempelajarinya. Semakin dalam kita mempelajari seni bela ini, semakin kita akan dapat mengetahui betapa  halusnya seni ini dalam membentuk diri terutama sekali dalam soal displin. Mana-mana seni bela yang dipelajari perkara yang paling penting ialah penerapan displin. Melalui displin maka akan terbentuk sahsiah diri yang baik pada seseorang individu itu sendiri .


Generic Skill

    Nilai kedua yang diperolehi melalui senibela Taekwondo ini ialah ‘generic skill’. Menurut Guile (2002) definisi kemahiran generik adalah dasar dalam hubungan yang kompleks dimana ia digunakan, bergantung kepada bagaimana kemahiran ini diajar. Beliau menyatakannya dengan melihat kepada dua cara iaitu kemahiran generik dilihat khusus kepada individu dan kemahiran am diperlukan untuk berkerjasama dalam rutin persekitaran. Keduanya, kemahiran generik dilihat sebagai hubungan antara individu dan kerjanya, di mana ia digunakan untuk mengubah persekitaran kerja. aekwondo sangat berlainan berbanding seni tempur ketimuran lain. Pertama, secara fizikalnya Taekwondo sangat dinamik dengan pergerakan aktif yang merangkumi kemahiran dan formasi kaki yang mengelirukan. Kedua, prinsip pergerakan fizikalnya adalah baik dan selari dengan kesihatan tubuh dan minda. Ketiga, Taekwondo memiliki pelbagai gaya serangan dan bertahan yang dinamik lagi praktikal.
Taekwondo boleh dicirikan dengan pelbagai uniti. Uniti tubuh badan, minda, kehidupan, uniti seni gaya (‘poomsae’ atau ‘bunga silat’), uniti konfrontasi dan uniti pecahan atau patahan. Bila seseorang menggunakan atau melakukan Taekwondo, dia harus berfikiran tenang dan menyelaraskan mindanya dengan pergerakan yang dilakukan dan memperluaskan penggunaan keharmonian ini dalam kehidupan dan tatacara sosial. Kaedah ini menunjukkan bagaimana dalam Taekwondo prinsip pergerakan fizikal, prinsip latihan minda dan prinsip kehidupan menjadi satu. Manakala poomsae (bunga silat) yang betul atau tepat akan membuahkan pergerakan yang bersesuaian dalam mana-mana konfrontasi selain daripada menghasilkan kekuatan serangan yang padu.

Bagaimanakah uniti-uniti di atas boleh diperolehi melalui Taekwondo? Sebagai contoh, di dalam kehidupan, kita mempunyai kerja, menyara keluarga, berlawan dengan bersebab dan lain-lain. Apa yang membuatkan Taekwondo berbeza dengan amalan-amalan ini ialah ianya mengandungi aktiviti-aktiviti yang menyediakan pengamalnya berhadapan dengan pelbagai jenis situasi penentangan dan boleh bertahan dengan susulan konfrontasi selepasnya. Seseorang harus mengatasi mana-mana musuh yang cuba mencederakannya. Tetapi dengan memenangi sesuatu pertarungan adalah tidak cukup untuk menjamin keselamatan kerana musuh-musuh tersebut mungkin akan kembali sembuh dan mengumpul kekuatan seterusnya menyerang lagi. Tambahan lagi, akan terdapat ramai lagi musuh lain selain daripada musuh yang baru dikalahkan. Seseorang tidak boleh sama sekali rasa selamat kecuali keamanan kekal dicapai. Untuk menikmati keamanan kekal ini, seseorang perlu faham dan mahir menggunakan ciri-ciri uniti tersebut dan inilah matlamat yang mahu dicapai dengan Taekwondo. Jika tidak, Taekwondo tiada bezanya dengan cara samseng bertarung dijalanan.


Kesihatan

Di dalam Taekwondo juga, kesejahteraan kesihatan ahli juga saya lihat dapat di jaga dengan baik. Bukan sahaja kesihatan fizikal, malah mental dan spiritual. Taekwondo melatih ahlinya berhubung sesama ahli dan alam sekitarnya. Latihan fizikal perlu dialkukan secara konsisten dan berterusan untuk mendapatkan hasil yang baik bukan saja pada penguasaan kemahiran seni bela malah melatih tubuh badan mendapat kesihatan yang baik. Contoh dalam melakukan latihan secara tak lansung kita dapat membina stamina dan daya ketahanan diri pada satu peringkat tertentu. Apa yang saya lihat, bagi setiap ahli Taekwondo, stamina dan ketahanan diri adalah sangat penting kerana ia membuatkan badan menjadi ‘fitt’ secara berterusan dan tubuh akan menjadi lebih fleksible dalam penguasaan kemahiran seni belanya. Sama juga seperti di dalam persilatan, sekiranya kita meninggalkan latihan asas selama beberapa waktu, kemahiran yang kita ada akan kembali menjadi kosong. Dan kita perlu memulakan semula untuk melatih diri menguasai bunga dan kemahiran persilatan. Saya sendiri masih mengamalkan latihan asas untuk kesinambungan penguasaan kemahiran saya contoh seperti berjongging, latihan tangan dan kaki serta bunga-bunga silat. Sekaligus melahirkan tubuh badan yang sihat dari segi mental dan fizikal.


Self Control

    Penguasaan diri atau kawalan diri adalah sangat penting bagi setiap individu. Di dalam Taekwondo pembelajaran dalam mengawal diri adalah sangat baik. Pembelajaran dalam mengawal diri memberi manfaat dalam pelbagai cara. Secara mental, jika dapat mengawalnya bermakna kita berjaya menguasai diri kita sepenuhnya. Di dalam pembelajaran ini juga secara tak langsung kita boleh mengawal kemarahan diri,  masih boleh menghormati walau dalam keadaan marah dan kekerasan dan ianya tidak akan melampaui batas. Secara fizikal, kita juga belajar mengawal badan dan tingkahlaku. Di dalam Taekwondo, kita akan belajar cara menumbuk penuh dan berhenti inci jauh dari sasaran. Begitu juga dengan tendangan. Setiap ahli akan belajar secara efektif tetpi masih lagi dalam keadaan selamat serta dalam persekitaran yang terkawal.




Kesimpulannya Taekwondo mendidik pengamalnya menjaga kesihatan tubuh badan dan minda selain daripada mendedahkan ahlinya kepada kaedah terbaik mengelakkan konfrontasi dan berfikiran rasional dan tenang terhadap sebarang bentuk penentangan tetapi dalam masa yang sama berupaya menamatkan konfrontasi tersebut dengan kadar yang segera jika diserang menggunakan kemahiran bertempur yang dipelajari. Taekwondo adalah pemangkin kepada keharmonian dan peningkatan kualiti hidup melalui aktiviti-aktiviti pembinaan kecemerlangan disiplin, jati diri, kesihatan dan pertahanan diri di dalamnya.

* selesai sudah penulisan ana berkaitan senibela diri ni. Ingatkan just amik kelas fizikal sahaja,.alih2 jurulatih suruh siapkan tugasan berkaitan. Alhamdulillah, selesai!! Master,.esok ana submit report ye..=)

Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/17 Dis '13/at hostel 

Saturday, November 16, 2013

::FeeLing VeRy Sad:::ANNAFS:::

Tribute to My soul sister, Suhaiza Fakhruzy
Jika waktu dan jarak mengizinkan, seluruh jiwa dan ragaku mahu merangkulmu~

Nukilan blog dr kakakku tercinta, Nhamizah Hashim


Allahumaa solli a'la Muhammad.... Bismillahirrahmanirrahim

Short post-






Short information via fb.... =(


*************************************








Short info via sms =(

***************************************

Hati sungguh rasa terpukul sekali dengan berita ini. Walaupun beliau bukanlah ahli keluarga kandungku, tapi mereka seolah-olah 'keluarga' ku jua. Macam mana perasaan ni boleh terjadi? 



Lebih kurang 3 tahun mengenali ahli keluarga istimewa ni, keluarga usrah. Walaupun bilangannya kecil, tapi aku sangat bersyukur dengan kehadiran mereka semua. Ayda, Anis, Kak Su, Kak Sha, & Shu. 3 adik, 2 kakak. Aku dipertengahan. Menjadi naqibah, tapi bukanlah antara yang terbaik antara mereka & semua. Tapi proses islah sesama sendiri meniti kehidupan yang penuh pencaroba, berkongsi kisah, rasa & kenangan bersama. 

Pernah dulu, dalam 1 sesi usrah tu, topik yang dibincangkan adalah mengenai 'cinta'. Bagaimana ingin mencari pasangan diri. Sebenarnya, ia bukanlah topik yang nak dibincangkan pun ketika itu tapi demi meraikan sebuah pandangan adik yang baru masuk, kami cuba meraikan dengan pandangan masing-masing. Aku juga tidak terkecuali dengan mengambil posisi tengah. Si adik berpandangan perlunya kita kenal dulu, berkawan dulu dengan lelaki2 berkenaan supaya kita tahu dia, si kak su pula mengambil jalan yang bagiku sungguh masuk ke dalam qalbu. Beliau mendedahkan kisah 'mencari cinta' yang dialami sehinggalah kini (pada waktu itu) telah selamat menjadi tunangan orang. Benar, kisahnya bukanlah seindah dan secantik yang orang harapkan tapi penuh pengajaran & jagaan dari Allah kepadanya. Tatkala hati terluka, hati beliau diketuk pula dengan jejaka belum dikenali, namun dengan bijaksananya beliau tidak menolak mentah-mentah risikan jejaka itu, ditambah lagi dengan istikharah, urusan beliau segalanya menjadi mudah. Malah telah selamat bergelar tunangan orang. Lebih kurang beberapa bulan atau setahun selepas itu, beliau pula telah selamat bernikah dengan tunangannya yang dahulu penah beliau ceritakan, belum pernah dikenalinya dulu. Sungguh, aku kagum dengan beliau mengharungi hidup ini. Aku menjadi silent follower terhadap kehidupannya dan sesekali bertanya khabar. 

Beberapa bulan selepas itu, kehidupan mereka bertambah manis dengan kehadiran cahaya mata. Dikurniakan seorang mujahid, Fayyadh sebagai penyejuk mata, permata hati abi dan umminya. Ketika tempoh kandungannya, beliau masih lagi dalam pengajian di universiti. Pernah, ketika itu aku menziarahi kak su di biliknya. Wajah bahagia itu tak pernah kulupakan. Pernah juga aku dapat berita, beliau gusar dengan perkembangan kandungannya yang didapati kurang pergerakan, takut sesuatu yang terjadi. Beliau menangis, apatah lagi berjauhan dengan suami, si penguat hatinya. Aku dan Ayda berusaha menemani beliau ke hospital untuk check-up. Walaupun beliau ceria menyambut kami, tapi aku tahu hatinya tidak. Itulah, sekurang-kurangnya aku ada dalam lipatan hidup beliau dan anaknya, Fayyadh. Usia perkahwinan mereka setahun lebih, bulan disember ini baru nak masuk tahun ke-2. Betapa selama aku menjadi silent follower nya, aku tumpang gembira dengan kehidupan bahagia nya.  

Semester ini, beliau sudah mula kembali menyambung pengajiannya yang tertangguh setahun lalu akibat bersalin dan menjaga anaknya yang baru lahir.Sungguh, siapa sangka dalam kebahagiaan yang dipinjamkan olehnya, tanpa sedar ia sekejap cuma. 

Tanggal 8 November 2013, suami yang dicintainya dikhabarkan mengalami kemalangan. Bergegas kak su pulang ke Penang dalam keadaan gusar, gundah gula, tiada tenang. Hanya air mata menemani..... Rupanya, beliau sudah tiada di sisi. 

Al-Fatihah....

Sekiranya kak Su berada di depan mataku, aku tak mampu meluahkan kata-kata semangat untuknya kerana aku jua terpukul dengan apa yang dialaminya. Aku pun tak tahu apa yang perlu lakukan. Apakah akan menangis bersama? Ya Allah, Engkau jualah yang lebih mengetahui apa yang ada dalam hati hambaMu. Aku tahu, kak su dan keluarganya adalah tergolong dalam orang-orang yang baik, yang selalu ingat padaMu, maka Kau kurniakanlah tempat yang baik untuk suaminya disisiMU, kuatkanlah kak Su dalam ketentuanMu ini, janganlah Engkau tinggalkan dia di saat dia telah rebah dengan semua ini. Kuatkanlah hati kecilnya ya Allah... =( kerana aku tahu, sepanjang ku mengenalinya, dia selalu berbisik dalam hatinya, Cukuplah Engkau baginya. 

Beliau yang aku kagumi. Mengajar aku banyak erti kehidupan. Aku tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya, dengan kehidupanmu, dengan anakmu setahun cuma, dengan pengajianmu yang berbaki. Mungkin benar kata orang, kehilangan pasangan yang tersayang, seolah-olah kehilangan separuh daripada nyawanya sendiri. Beliau yang gagah, semoga terus gagah menghadapi dengan izinMu. Untukmu kak Su & Fayyadh. Al-Fatihah untukmu selalu kakakku. Amin.... (sayang semua kerana Allah)


*Cinta itu sebuah keikhlasan, bukan paksaan, jika ia bukan ikhlas, bukanlah namanya cinta, tapi dusta dan mainan.

Setiap kali bagi yang membaca coretan ini, saya mohon hadiahkanlah setangkai doa dan al-fatihah untuk arwah suaminya, Fakhruzy dan keluarga kak Su, anaknya Fayyadh. moga dikuatkan jiwanya menghadapi ketentuanMu ini. 








http://annafsjiwayangtenang.blogspot.com/2013/11/feeling-very-sad.html


* terima kasih buat adik2ku,.yg sentiasa berada bersama diri ini di dalam susah dan senang,. percayalah dan yakinlah Allah SWT itu sentiasa ada bersama kita..insyaAllah.

Thursday, November 7, 2013

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup



Bahan-bahan :

4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
1 cawan kecil tepung gandum
1/2 cawan kecil tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
Serbuk lada putih secukupnya 
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya 
Sebiji telur dipukul sedikit
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.
4. Panaskan minyak.
5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.
8. Rujuk tips di bawah...

Tips :
1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.
2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.
3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.
4. Angkat sotong yang telah masak/ garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)
5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.

*Hidangkan bersama sos cili thai... nyum nyum nyum...



Sumber : NasRina Honey

Kisah Silam : Jangan Menyakiti Pasangan Kita

Memang menyakitkan hati suami ataupun isteri kita, pada saat kita dekat dengan dirinya, hati dan fikiran kita masih memikirkan dia yang dahulu, kisah-kisah silam kita.
Apatah lagi sekiranya kita masih menyebut-nyebut nama dia dihadapan pasangan kita kini. Allah pasti akan membalas kezaliman kita.
Langkah yang tepat dan betul harus kita lakukan adalah berusaha dan terus berusaha untuk melupakannya. Mengikhlaskan diri dan menerima semua takdir.

Berusahalah melupakan kisah silam!


Memang sukar, tetapi kita perlu sentiasa mencuba dengan gigih dan tidak berputus asa sehingga semua memori dan kisah silam yang pernah menimbulkan getar-getar asmara itu hilang. Yakinlah, suami atau isteri yang sekarang  ini lebih baik daripada kekasih dahulu. Mungkin dari segi fizikal dan paras rupa tidak sebaik yang dahulu, tetapi dari segi kemuliaan akhlak, budi pekerti dan sifat soleh, pasti lebih baik.
Apabila kita sudah berkahwin, tetapi masih memikirkan dia yang dahulu, alangkah zalimnya dan tidak bersyukurnya diri kita. Sudah diberikan yang halal dan ada dihadapan mata, tetapi masih memikirkan yang tiada.
Apakah gelaran yang sesuai untuk kita, sekiranya kita berkelakuan begitu kawan?
Terus berusaha menghilangkan bayangan wajahnya daripada memori, lebih-lebih lagi selepas kita mendapat pengganti. Jangan kita menyakiti hati pasangan dengan jasad kita bersamanya, tetapi jiwa kita jauh diseberang sana. Kita mengandaikan sedang bersama orang yang kita suka dahulu.
Walaupun begitu, Allah SWT tidak pernah membebani seseorang di luar kemampuan, termasuk ingatan kita kepada dia yang sering singgah dalam hati. Asalkan kita berusaha menepisnya, Allah SWT Maha Tahu dan Maha Memberi Pembalasan, tetap menilai apa yang kita usahakan

Perkara ini memerlukan proses dan masa

Semua perkara memerlukan proses. Bahkan, Sayyid Quthub juga pernah mengalaminya. Semasa beliau bekerja sebagai penyelia di sekolah rendah, beliau pernah menaruh hati kepada seorang gadis Kaherah. Hatinya bergelora sehingga beliau menghasilkan karya bertajuk, Asywak, yang menggambarkan ungkapan perasaan beliau kepada gadis itu. Beliau menulis begini, “Kepada seorang yang pernah menempuh jalan berdiri bersamaku sehingga dia dan aku berdarah dan berasa pedih. Namun, kemudian dia menuju ke satu ke jalan dan meniti jalan lain.”
Sayang sekali, perasaan cinta Sayyid Quthub berakhir dengan kesedihan. Gadis itu lebih menyukai orang lain dan bernikah dengannya.
Dalam keadaan hati yang luka dan pedih, Sayid Quthub menceburi dunia ilmu dan melepaskan jawatannya sebagai penyelia. Kemudian kita dapat menyaksikan karya-karyanya. Antara yang terkenal adalah Tafsir Fi Zhilal Al-Quran
Kita dapat mengambil inspirasi dan motivasi daripada kisah Sayyid Quthub. Kegagalan cinta bukan kehancuran. Mencintai, namun tidak berjaya menikahi bukan pengakhiran kepada segala-galanya.
Oleh itu, teruskan berusaha melupakan dirinya dan kenangan kisah silam.
Apa yang penting, kita perlu berusaha menggali hikmahnya.




Sekiranya belum terungkap, jangan biarkan hal kisah silam itu menjadi beban trauma yang dapat mengekang prestasi kita pada masa akan datang

Lihatlah kelebihan pada pasangan kita sekarang

Penting untuk kita melihat semula apa sahaja kelebihan pasangan kita. Lihat isteri, pasti dia juga memiliki kelebihan seperti dia yang dahulu. Begitu juga para isteri, lihat suami masing-masing. Kita pasti akan menemui kelebihan pada dirinya. Mungkin wajahnya kurang tampan, tetapi akhlaknya menawan. Walaupun kadangkala menjengkelkan, tetapi dia tidak pernah berhenti memberi wang pada setiap bulan.
Walaupun kekurangan harta, akhlaknya luar biasa, ilmu, dan pemahaman agamanya luas. Bukankah itu yang menjadi jalan untuk kita tiba di Syurga?
Allahuma Amin

Tiada yang salah dengan perancangan-Nya. Mulakan dengan berprasangka baik, sentiasa berpegang teguh kepada istiqamah dan keikhlasan pada apa jua yang Allah SWT tetapkan


credit :  ISLAM dan Blog Aku ISLAM

Thursday, October 31, 2013

Saja Nak Kongsi

Assalammualaikum...

Lama dah x tulis blog ni,.. Just nak share something yang bagi saya sangat teruja utk di share dgn kaum Hawa di luar sana. Kali ni, ana post tentang isu pengjagaan kulit wajah. Nak tahu tak, dulu ana ni jenis gadi yang menghadapi masalah kulit sensitf. Kalau ana silap pakai pembersih wajah or krim something mula lah tumbuh jerawat pd wajah ana. Kadang-kadang tu terasa malu sgt nk keluar rumah sbb masalah kulit wajah ni. Tanda-tanda kulit wajah kita sensitif adalah seperti :

1. kemerah-merahan apabila terkena cahaya matahari
2. gatal-gatal
3. Mengelupas
4. kerap tumbuh jerawat yg halus di bawah dagu.
5. dan byk lagi.

selalunya lain org, lain tanda-tandanya. Tetapi tanda-tanda di atas kerap berlaku pada ana. So, utk menutup cela yg ada di wajah, ana selalu pakai alas bedak. Sebenarnya, dgn memakai alas bedak, ianya akan menyebabkan kulit jadi lebih bermasalah kerana alas bedak tersebut akan menutup pori-pori yang terdapat pada kulit wajah. 

Suatu hari kawan ana perasaan masalah kulit wajah ana ni. Lalu dia syorkan ana guna satu produk yang bagus utk di cuba. Ana berasa was2 juga sbb dh banyak produk yg ana cuba. Dari yg mahal sampai la yg murah, semuanya tiada hasil. Malah ana juga sampai nk cuba pergi buat rawatan muka di pusat rawatan kulit wajah, tp memandangkan kosnya sampai mencecah ribuan ringgit, ana lupakan saja. Jadi ana tanya produk yg dia nak bg ana guna tu, bagus ke tak. Dia kata cuba dulu.

ni la produknya


harganya lebih kurang average rm20-rm28. Kadang2 offer sampai tinggal rm19.90.  
boleh cari dekat farmasi-farmasi tertentu sahaja. Mcm Guardian,.tapi kadang-kadang ada. Better kalau nak beli tanya pada ahli farmasi dulu.

Sebenarnya ISODERM ni byk kegunaannya:

Untuk shower gel
Untuk pencuci intimasi
Untuk pembersih muka

mengandungi pH 5.5

sebab apa yang berkulit sensitif perlu pakai ISODERM?
Sebenarnya sebab kenapa kita pakai apa saja produk tak ada kesannya, sebab kulit muka kita dah berasid. Ye la produk muka yang ada skrg ni byk yang mengandungi asid yg boleh merosakkan kulit wajah dan menghilangkan pH kulit wajah kita. Jadi kita kena jadi produk yang boleh meneutralkan balik kulit wajah kita. So cari lah kat farmasi pencuci yang mempunyai kadaran nilai pHnya 5.5. insyaAllah, masalah kulit wajah kita akan selesai tapi......

kita kena la rajin n banyakkan bersabar..

Ana faham, ramai wanita kat luar sana kalau nak cantik mesti nak cepat. Macam tu juga kulit wajah,.nak kesan yang cepat. Sebenarnya x bagus produk yang memberi kesan yang cepat. Bahan yang digunakan mesti mempunyai sifat asid yang tinggi.

Ana guna ISODERM ni sebelum ana kahwin,. lagi 3 bulan nak tunang. Satu botol ISODERM boleh tahan sampai 3 bulan,. kadang2 kalau kita betul pakai dalam 4-5 bulan juga. Sangat2 bebaloi dan menjimatkan. Satu titik sahaja,.dan kita gosok dgn air sehingga berbuih then kita sabunkan pd kulit wajah.  Tunggu sampai kering,.baru lah kita bilas.

Bila dah pakai ISODERM

1. Elakkan memakai alas bedak.
2. Elakkan memakai bedak yg tebal (boleh pakai tp nipis shj)
3. Jangan memakai sebarang produk penjagaan muka yg lain.

sekarang ni dah 3 tahun ana menggunaka ISODERM, hasilnya amat ana berpuas hati, Bila kulit wajah kita dah semakin baik,. kita boleh lah pakai produk lain yang ada di jual di luar Contoh macam Fair&Lovely, SKII, Safi ke or apa2 je janji yang di jamin kandungannya selamat. Ana syorkan gunalah produk yang di jual di pasaran. Jangan produk yang di jual oleh pengasas2 seperti Nur_z ke, ST or Nata_ya ke,. sebab sah2 produk ini akan menipiskan kulit wajah kerana kandungan asidnya.

Sekarang ana guna pencuci dan pelembap Fair&Lovely sahaja.
krim pelembap
pembersih muka


Murah dan sangat bagus. 
Dan terbukti hasilnya bila ana pakai
Kulit yang kusam menjadi semakin cerah dan bermaya.
Parut pun makin hilang dan pudar.

Hasilnya...ana dah dapat kulit wajah yang baik.
Syukur alhamdulillah...thanks Allah

juga amalkan doa ini...


Petua dan Amalan Supaya Isteri-Isteri Sentiasa DARA.

Ustazah Dr. Fatimah Zahra yang menurunkan petua ini untuk kaum ibu supaya menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah Al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan diri luar dan dalam.

Cara-caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1x, Ayatul Qursi 1x dan Surah Al-Waqiah, ayat 35-38 sebanyak 7x. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga. 


Maksudnya:   

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. (35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (36).Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya(37) Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan (38)"





Suhaiza Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/31 Oct '13/23:23 at my hostel