"Jika ditakdirkan hati seorang isteri bisa bertukar ganti dengan seorang suami buat sementara, pasti tiada seorang lelaki pun mampu menanggung saratnya rasa di hati."
Seorang isteri tidak terhitung banyaknya pergorbanan yang telah diberikan bermula saat lafaz nikah disahkan. Bukan mudah menjadi suri di hati seorang suami. Bukan sahaja terpaksa berkorban masa tenaga malah rasa di hati juga.
Isteri, ibarat meluah tak daya, menelan pun tak mampu. Ianya kerana apabila menjadi seorang isteri, perkataan taat kepada suami itu wajib ada dalam dirinya. Selagi tidak berlanggar syarak dan agama, selagi itu isteri perlu menerima segala bentuk keadaan bersama suami, walau di hatinya ada duka dan luka. Demi suami, dia relakan asal suami sentiasa bahagia sentiasa.
Pergorbanan paling besar seorang isteri untuk seorang suaminya ialah mengandung dan melahirkan zuriat mereka bersama. Bukan perkara yg mudah. Saat disahkan hamil, banyak perkara pada isteri berubah drastik. Letih, penat, pening, loya dan segala bentuk kesakitan seorang isteri perlu hadapi. Namun, tugas dan rutin sebagai seorang isteri tetap perlu dilaksanakan. Urus rumah tangga, mengemas, memasak, melayan suami tetap menjadi tanggungjawab dia seorang isteri. Hebatkan. Tapi apabila dia tak dapat urus semua itu seperti kelaziman, kamu sebagai seorang suami memarahinya, merungut dan membebel pada dia. Kalau kamu membantu buat pun, kamu asyik mengungkit dan mulut tak henti2 berleter seperti semua tak kena di pandangan mata. Tahukah kau wahai seorang suami, dia tidak mengharap pun kamu membuat semua itu. Cukup hanya memahami dan menerima keadaan dia seadanya yang sedang mengandungkan zuriatmu. Dia hanya ingin berehat sebentar, sementara menunggu tenaganya kembali utk meneruskan mengurus rumahtangganya.
Bertarung nyawa melahirkan zuriat ke dunia. Antara hidup dan mati. Jika saat melahirkan ini, kamu ada di sampingnya sekurangnya dapat memberi kekuatan di dalam jiwanya. Tapi kamu menganggap dia bersifat terlalu manja. Ada isteri yang tidak kisah akan hal ini. Namun, ada isteri yang sangat memerlukan seorang suami pada saat ini. Bukan mudah. Jika ditakdirkan Allah mengambil nyawanya saat ini, yakinlah kau adalah suami yang paling menyesal kerna tidak dapat bersama dengan isteri pada saat nyawanya yang terakhir.
Lupakah kamu, siapa yang sentiasa bersama zuriat mu? Yang menguruskan anak2 dan mengajar mereka seharian di rumah semasa kamu keluar bekerja. Dia yang bangun paling awal di dalam keluarga, dan dia juga yang tidur paling lewat setiap hari. Setiap kerja yang dia lakukan di rumah tidak berhenti. Tiada rehat yang cukup, tiada masa untuk diri sendiri, adakalanya makan pun tidak teratur jadualnya. Namun apabila dirinya mengadu penat dan letih, kau katakan dirinya merungut dan menyamakan penat kau dan dia sama setara. Hatinya adakalanya hanya ingin mengadu dan meluahkan. Isteri tak minta sebarang ulasan sebenarnya dari kau. Hanya cuma jadilah pendengar yang setia buat dia. Kamu rasa, bila penat bertandang di dalam dirinya, masihkah mampu senyum terukir di bibirnya. Jangan kamu lupa, isteri itu juga seorang manusia yang lemah. Sebagai seorang suami yang berilmu, mainlah peranan yang terbaik untuk kembalikan semtuman di wajah sang isteri tercinta.
Seorang isteri, sentiasa berusaha untuk mengambil hati seorang suami. Sentiasa ingin tahu kesukaan kamu. Dari sekecil2 perkara hingga sebesar2nya. Apa yang kau suka buat, apa yg kau suka makan, apa ygm kamu tak suka, itu dan ini. Tapi pernah tak kamu tanya dan tahu apa yang seorang isteri mahukan dalam hidupnya. Pernah kamu tanya apa yang seorang isteri suka makan, apa yang dia suka buat, apa yang dia suka dan tak suka kamu lakukan dan apa yang seorang isteri mahu lakukan bersama di dalam hidupnya. Yakinlah, ramai suami di luar sana culas pada perkara ini. Kamu sebagai suami, terlalu banyak yang kamu senaraikan utk isteri buat dan larang. Terlalu banyak yang kau minta dan harap dirinya penuhi semuanya. Akan tetapi untuk isteri, pernahkah kamu tahu sekurang2nya satu perkara yang dia nak kau buat untuknya. Isteri, kamu pesan itu ini. Jaga aurat, jaga maruah, jaga diri, didik anak dengan baik, usaha untuk cantik pada pandangan mata kau, jangan gemuk, jangan keluar rumah tanpa izin dan lewat malam, jangan bercampur dengan orang yang tidak baik, jangan itu, jangan ini. Banyaknya! Tapi kamu seorang suami, pernah ke kau terfikir adakalanya perkara yang kamu buat selalu itu isteri tidak berkenan ataupun tidak boleh terima. Contoh ye, kau keluar lepak sampai lewat malam, pergi karaoke masa dirinya tengah sarat, habis kerja kamu lencong pergi jumpa kawan tanpa ada urusan yang penting dan banyak lagi mungkin seorang isteri nak kau tak buat. Tapi dia diam kan sahaja. Dia benarkan bukan sebab dia setuju dengan tindakan kamu wahai sng suami tapi dia tak nak jadi punca perbalahan yang seterusnya hilang terus suasana harmoni dalam rumah tangga. Pernah ke kamu sebagai suami, terdetik di hati nak pulang awal ke rumah sebab nak bantu isteri buat kerja rumah ataupun tolong dia jagakan anak2.
Seorang isteri yang kamu kahwini bukan untuk dibanding2kan dengan orang lain atau isteri orang lain. Isteri cerminan suami. Bagaimana isteri, begitulah suami. Suami pakaian isteri, isteri pakaian suami. Buruk baik yang datang dari seorang isteri ianya juga datang dari suaminya. Pernah ke kamu terfikir perasaan seorang isteri yang cuba belajar beri terbaik pada kau, untuk bahagiakan kau, cinta kau, sayang kau, terima kau seadanya dan pilih kau jadi imamnya utk gapai redha syurga Allah, kamu hancurkan hatinya dengan fikirkan dan menilai serta membanding segala tingkahlakunya dengan org lain. Tak kira la, isteri kawan kau ke, mak kau ke, sedara kau ke. Bak kata pakar motivasi Shamsul Debat "Kejamnya kamu! Benda yang sangat tak baik sebagai seorang suami lakukan pada isterinya." Lebih tergamak kamu bandingkan dan luahkan ia pada isteri.
Nak jadi wanita dan isteri memang perlu kuat dan tabah! Jika kamu fikirkan hidup di dunia ini sekejap cuma, pasti kau akan menghargai setiap detik bersama isteri. Terkadang, isteri hanya ingin kau berada di sisi, menemani dia supaya dia merasa dilindungi sentiasa oleh insan yang bermama suami. Supaya dia tidak pernah merasa keseorangan menempuh hidup yang penuh ujian iman dan hati ini. Seperti mana kamu ingin rasa ditemani, dia juga begitu. Bila dia mengadu sakit, bukan dia mahu mengada2. Dia tak minta untuk tidak sihat. Dan dia hanya ingin kamu tahu, dia tidak sihat. Tapi kamu menyuruh dia tunjuk kuat. Hingga sampai kesaikatan yang dia tanggung pun kau sama dan bandingkan dengan orang lain. Sampai akhirnya dia sendiri rasa tidak perlu lagi mengadu pada kau apabila dia jatuh sakit. Dan lebih baik isteri uruskan diri nya sendiri.
Dia kamu lihat insan gagah, tapi kuatnya dia terletak pada bahu kau seorang suami. Sokongan moral dan dalaman patut kau berikan secara berterusan, bukan membiarkan dia terkoncoh2 seorang diri membawa diri urus anak dan keluarga. Hatinya tak sekuat seperti yang kamu fikir. Kamu lah kekuatan dia. Tapi jika kamu yang menghancurkan hatinya, menjadi penyebab airmatanya, darimana lagi dia bisa peroleh kekuatan itu.
Isteri seorang manusia.
Untuk kamu seorang suami, dia sanggup kata dia tak apa2.
Sedang dalam hatinya gundah gula.
Sedihnya, airmatanya dia jauhkan dari pandangan mata suami
Hanya ingin melihat senyuman di wajah kamu suami.
Hanya ingin melihat bahagia sulami hati.
Kalau boleh, semua harta dia nak bagi kau.
Asal kamu tak rasa terbeban untuk sara dia.
Jiwanya halus
Hatinya penuh rasa
Cinta dunianya hanya untuk yang bernama suami.
Walau tahu mungkin suatu hari, suami cari pengganti.
Dia tetap setia di sisi.
Ujian, dugaan, susah duka, sakit hancur, derita, pilu dan segala keperitan, dia sebagai seorang isteri tetap berdiri kukuh bersama suami.
Kerna satu, hanya ingin mendapat redha suami.
Untuk memilih mana2 pintu di Syurga nanti.
Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/11 March '17/at my hometown with fully love in my hearts.
No comments:
Post a Comment