"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Wednesday, June 29, 2011

Cinta Pertama ; Perlukah di Kenang Lagi?

    Wanita yang matang biasanya pandai menguruskan perasaan. Kekuatannya terletak pada keyakinan diri bahawa dia tidak akan larut dalam emosi negatif yang merosakkan peribadinya. Isteri solehah faham dan yakin hanya suaminya sahajayang berhak ke atas hati dan cintanya. Satu untuk selamanya, dunia dan akhirat. walaupun sang suami bukan cintanya yang pertama tetapi biarlah cintamu yang terakhir hanya untuknya. jika bekas kekasih hadir lagi mengisi ruang hidupmu, jangan sesekali berikan peluang memori indah mengelabui perasaanmu itu. walaupun di sudut hati  pasti tersisa kenangan manis ketika masih bersama bersama dia, hal ini tidak mungkin dapat dinafikan namun anggaplah ia sebagai satu mimpi yang sememangnya bukan realiti.

     Sesiapa pun boleh hadir di hatimu tetapi hanya dirimu yang memegang kendali hatimu sendiri bukan lelaki itu! cuba ubati hatimu dengan mengingati Allah, berdoa seperti mana diajarkan Rasulullah SAW :

         "Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan lah hati hambaMu di atas jalanMu."

    Jangan biarkan ia mempengaruhi perasaanmu kerana sehebat apa pun pujuk rayu rindunya, jika tidak melayan, denagn izin Allah ia tak akan menjadi, jadi jangan layan! Ramai lagi orang yang rindukan layananmu, tumpukan hidup untuk kerjaya suami dan keluarga tercinta. Itu semua sungguh menyibukkan dirimu, jadi mana sempat nak melayan memori asmara yang telah basi!

     Ingatilah kemanisan cinta suami yang telah membina impian bersama anda. jangan sesekali membandingkan suami mu dengan lelaki itu. jika dirimu melakukan itu, sebenarnya dirimu telah membuka satu pintu untuk si penceroboh masuk ke laman hatimu. Isteri yang kerap meyebut kekurangan suami pada hakikatnya dia telah membutakan matanya sendiri. mungkin banyak kelemahan suami tetapi jangan lupakan kelebihannya. Jika bekas kekasih anda pandai segalanya, belum tentu dia sanggup berkorban seperti mana pengorbanan suami yang telah terbukti pengorbanannya!

     Mengapa Allah menjadikan dirimu dan suami pasangan yang serasi? Kerana kelemahan mu menjadi tarikan bagi suami menguatkannya dan begitu sebaliknya. Hiduplah engan gembira di atas kelemahan dan kelebihan yang dianugerahkan Tuhan. Semua itu sebahagian daripada kemanisan bercinta. wanita yang beriman kepada suaminya berhak ke atas semua pintu syurga apabila dia sanggup menjaga diri dan maruah keluarga. Jangan biarkan hatimu yang solehah dikotori oleh khayalan tentang lelaki itu. Hati biarlah suci kerana di situlah jatuhnya pandangan kasih dan rahmat Allah swt..


* Alhamdulillah,..syukur tidak terhingga dgn kurniaan ini,.kpd Allah,.seseorng yang  begitu byk brkorban utk diriku,.hanya takdir Allah mempertemukan kita kembali.,maafkan atas segala tingkah dan kesilapaku,..moga aku bisa menjadi seseorang yg paling terbaik dlm hidupmu,.insyaAllah ku cuba..thanks Allah for gift a "very good" person for me,. ^_^

Wednesday, June 8, 2011

Hati Si Isteri,..Siapa yang Tahu..

     Adam dan Hawa,..adalah dua mahkluk yg dicipta oleh Allah swt utk saling melengkapi dan memenuhi hati antara satu sama lain. Adam,.adalah seorang lelaki,. manakala Hawa ialah seorang wanita., Adam (lelaki) mempunyai sifat seperti ego,.kasar dan mempunyai ciri2 kepimpinan,.namun Hawa (wanita) mempunyai ciri2 kelembutan,.tenang dan penuh kasih sayang,. Antara kedua insan ini,.hati seorang wanita mmg telah dicipta selembutnya,.walau dikasari oleh kaum lelaki,. bagi wanita sifat pemaaf mmg lahir sejati dari nalurinya,. berbanding lelaki yang lebih egois yg tidak mahu mengaku kesilapan.

     Setiap pasangan,.semestinya mengimpikan kebahgian yg berpanjangan dlm kehidupan berumah tangga,.namun utk mengecapi kebahagia itu,.berbagai ujian dan dugaan perlu dilalui terlebih dahulu. Mungkin di awal usia perkahwinan,.semuanya bahagia,.segala2nya,.nampak sempurna,.namun apabila usia perkahwinan itu menginjak,.. mungkin akan tersirat segala cacat celanya,. Di sinilah peranan setiap pasangan utk mempelajari bagaimana utk menghadapi kenyataan ini. Ada suami yg ingin segalanya sempurna utk dirinya,. apabila sudah berkahwin kelak,.selalunya di minda mereka,..selepas kahwin,.mudah,.semuanya isteri uruskan,..dari makan minum,.pakaian,.dan tempat tinggal,. isteri mesti melayan mereka umpama raja,.balik keje mesti semuanya terhidang di depan mata,.nk pakai baju ke pejabat,.semuanya sudah siap tergantung,. nak tidur,.katil sudah siap dikemas rapi,..hinggakan nk pakai stokin pun,.isteri yg sarungkan,.begitulah insan bernama lelaki (suami),.si isteri yg setia,.sentiasa mencuba melakukn sehabis baik utk suami,. menyiapkan segalanya utk memuaskn hati suami,.dgn alasan spy suami rasa bertuah dan bahgia memiliki isteri begini,..dan paling penting,.itulah tanggunjwb seorang isteri kpd suaminya,. Isteri melakukan tanpa merungut,..kalau merungut pun,. .isteri tetap buat semuanya,. Tetapi cuba si isteri buat salah,.sikit,.di marahnya,..di maki hamunnya isteri,..malah ada juga yg mengasari isteri,.. dgn cara menampar atau menolak kepala,.isteri,. Aduhai,..kasihan si wanita,. namun memang  sifat wanita itu selalu melakukan kesilapan kerana Allh mengurniakan mereka 1 akal,.sahaja jadi mereka tidak dpt berfikir panjang,..berbanding lelaki yg mempunyai 10 akal,. .

     Begitulah yg selalunya menimpa mereka,. namun hati mereka tetap kental dan tabah mengharungi semua ini,.krn hati mereka sgt mudah memaafi,. kekhilafan seorang suami,..andai ada genang air mata di wajahnya,.akan disembunyinya dalam2 di hati mereka,. kerna tidak mahu suami berasa terluka atau susah hati memikirkanya., Lagi la,.kalau yg dapat suami panas baran,.. silap sikit mmg kena tempelengnya,..namun isteri tetap sabar dgn sikap mereka,. adakala lelaki selalu cakap,.mereka sukar utk mendapat isteri yg betul2 memahami dan mendengar kata,. usah merungut wahai lelaki,.sbg suami haruslah di didik si isteri,.spt mana yg lelaki inginkan,.insyaAllah,.sbg isteri,.mereka akan mengikut kemahuan dan tunjuk ajar suami,..dgn baik,.selagi tdk brtentangan dgn agama,.akhlak seorang isteri itu cerminan peribadi suaminya,..

      Untuk menjadi seorang wanita,.isteri dan seterusnya ibu,.bukan lah perkara mudah,.terlalu byk pengorbanan yg perlu dilakukan,. saat cincin pertunangan disarungkan di jari manis si dara,.ketika itu hatinya berasa sgt gembira dan bahagia teramat sgt krn dirinya telah terpilih utk menjadi 'ibu rumah' kpd seorang lelaki,. ketika itu juga,.hatinya sudah berikrar ingin menjadi isteri yg solehah paling terbaik di dalam,..hidup bakal suaminya,.Lahirnya wanita utk menghiburkan hati seorang lelaki,.dari rusuk dekat di hati,.bukan utk disanjung,.bukan utk di caci,.namun utk dikasihi setulus hati tanpa rasa sangsi dgn kasih syg yg wanita itu beri,.begitulah sabda Ilahi,..wanita solehah hiasa duniawi,..


suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/June'11


Sifat Bulan Islam

9 Syaaban 1407 Hijrah ( 9 April 1987)

- Perwatakannya baik
- Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus
- Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan   kawan-kawan
- Kelakuannya baik, berbudi bahasa sehingga semua orang menyayangi  dirinya
- Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah   mendapat rezeki

4 Syawal 1407 Hijrah ( 2 Jun 1987)

- Perwatakannya keras
- Hatinya keras
- Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu
- Jika tidak hidupnya akan menjadi susah kerana perangai keras hatinya
- Dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki

*Peringatan! Ialah satu kajian sifat biasa. Bukan ramalan tarikh lahir yg syirik. Hanya Allah swt berkuasa ke atas Qada' dan Qadar