"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Sunday, November 20, 2011

Petua Dr. Fatimah Az-Zahra

         Adakah anda mengenali siapa Dr. Fatimah Az-Zahra? Kalau anda selalu tengok ASTRO channel 106, pasti anda akan mengenali Dr. Fatimah.

Hari ini saya bukan nak ceritakan tentang Dr. Fatimah,tetapi saya nak kongsikan dengan anda 1 petua/jampi yang diajar oleh beliau.

Dr Fatimah telah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


ana ada dapat pertanyaan,.andai anak dara nak mangamalkan petua ni boleh tak? 
jawapannya sudah semestinya boleh,.mengamalkan dari awal lebih baik,. supaya ianya menjadi amalan seharian,.insyaAllah,.. x beri pe2 kesan,..yang x baik,.klu anak dara yang amal,.lagi bagus..=) 

Tuesday, November 1, 2011

Satu, Dua, Tiga dan Empat : Tetap Tiada Tandingan...

Satu
Kasih nan abadi tiada tandingi Dia yang satu
Dua  
Sayang berpanjangan membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga
Lapar dan dahaga rela berpayah setianya ayah

Empat
Mudah kau ketemu perhati selalu beza antara kasih dan kekasih

                Sengaja ana mulakan entry kali ini dengan bait-bait lagu Aris Ariwatan, tentang Tuhan, Ibu, Ayah dan hm..????..  Nak tahu sebab apa, sebenarnya bila dengar lagu ini, airmata ana mesti mengalir kerana memikirkan kembali betapa susah payah, mak dan ayah ana membesarkan ana dan adik beradik yang lain hingga kami sudah besar panjang dengan kehidupan sendiri. Begitu juga memikirkan hanya tinggal sebulan sahaja lagi ana akan di'lepas'kan segala tanggugjawab ke atas ana oleh ayah yang tercinta. Sedih, sayu, gembira, sebak, takut dan segala2 macam perasaan bercampur menjadi satu. Ana tidak menjangka secepat ini, masa berlalu. 
                 
               Ana ingat lagi, dulu sewaktu kecil ana seorang anak yang aktif dan selalu mengundang masalah kepada ayah dan ibu ana. Biasa la budak2..ehe. Ada je benda yang terjadi pada ana,. kalau dalam masa sebulan tu tak pergi hospital atau klinik, itu bukan ana la.. Kalau tak sebab sakit, mesti sebab jatuh apa2.. tak kisah la, jatuh pokok, jatuh basikal, jatuh longkang, jatuh dari bumbung..semua ana pernah. MasyaAllah..buasnya ana kan. Luka berdarah, berjahit sana sini. Sebab itula hingga sekarang, ana tidak kisah jika sekali sekala melakukan aktiviti lasak. Cuma sekarang agak terbatas kerana faktor usia dan persekitaran.  
                
               Apa yang ana dapat kongsikan di sini ialah kasih sayang, pengorbanan dan perhatian yang ayah dan mak ana berikan pada ana sungguh tidak berbelah bagi. Walau macam2 ana lakukan hingga susahkan hati mereka, mereka tetap memberi sepenuh perhatian kepada ana. Bila ana sakit, mak dan ayah yang menjaga. Selalu ayah yang bawa ke hospital, beri makan ubat dan jaga ana hingga ana baik. Jangan kata dah demam, ana mengadu sakit tekak or tak sedap badan pun, dia dah belikan panadol, ubat sakit tekak dan air 100plus bagi ana. Full pakej! tak payah suruh. Itulah betapa besarnya perhatian dan kasih sayang seorang ayah dan mak. 

              Itu belum masuk pergi hantar ambil ana di sekolah. Dulu ana ingat lagi, bila ana nak pergi sekolah. Ana mesti kacau ayah ana yang sedang bekerja di ofis untuk minta belanja sekolah. Disebabkan ofis dekat je dengan rumah ana, ana boleh je menapak pergi pejabat dia. Kadang2 ana call dia pakai public phone kat luar ofis. Bayangkan waktu tu, sudah la saiz ana yang rendah. Public phone pula tinggi. Terlompat2 ana nak masuk kan duit untuk buat panggilan. Tetapi selalunya ana suruh anak buah ayah ana di pondok pengawal, panggilkan saja ayah ana.

               Bila dah nampak ayah ana datang, lega la sikit di hati (pendek kata muka yang tadi monyok, muncung macam tikus mondok sebab penat menunggu atau risau tak dapat belanja sekolah) terus bertukar ceria dan senyum sampai ke telinga. Masa tu mula la timbul idea nakal nak minta duit poket lebih.ehe. Kadang2 dapat, kadang tak juga. Ikut kemampuan ayah ana la. Tetapi di situ ana dapat rasakan kasih sayang seorang ayah. Bila ana mencium tanganya meminta izin ke sekolah, dia mesti akan memegang kepala ana. Hingga ke hari ini perkara itu masih berlaku. 

                 Mesti sahabat pelik, mengapa ana hanya menceritakan tentang ayah ana sahaja, tidak emak. Sebenarnya ana ini anak yang sangat rapat dengan ayah ana. Ana banyak menghabiskan masa bersama ayah ana. Bila balik je sekolah, apa2 je hal semua ana ceritakan pada dia. Hinggalah sekarang, apa saja yang berlaku di universiti pun ana ceritakan pada ayah sebab bagi ana, ayah ana yang paling rapat dengan ana, kemudian baru emak ana. Bukan ana tak rapat dengan emak, ana juga sayangkan mak ana seperti ayah ana. Kalau ikutkan kisah ayah, ana ini anak yang diberi perhatian penuh oleh emak sewaktu ana kecil. Belajar mengeja, menulis dan mengaji semuanya emak yang uruskan. Ana tidak dihantar ke tadika pun. Emak yang mendidik ana di rumah sahaja.  Jadi mungkin emak dah banyak habiskan masa untuk ana di waktu kecil, sekarang giliran ayah pula memberi perhatian kepada ana bila ana menjejak dewasa.


                Kalau sahabat bertanya, siapa yang lebih penting dalam hidup ana? Jawapanya mesti sahabat sudah tahu. Ayah, emak dan keluarga merupakan segala2nya bagi ana. Dan ana tak perlukan siapa2 lagi dalam hidup ana. Dari kecil hingga dewasa,. ana kurang mempunyai kenalan yang ramai. Ini kerana ana lebih suka bersosial bersama keluarga dari keluar bersukaria bersama teman2. Untuk apa andai segala keseronokkan dan kebahagiaan itu sudah ada di rumah. Sebab itu la, hingga ke hari ini, ana tidak berapa kisah andai perlu membawa diri sendiri.,ana ada kehidupan sendiri dan cara ana,.walau sejauh mana pun ana di buang, seceruk mana pun ana di tempatkan, insyaAllah dengan bantuan dariNya.,ana bisa berpijak di kaki sendiri dengan cara ana sendiri. That's me!

                30 hari lagi,.ana akan memulakan hidup yang baru. Ana harapkan hubungan yang bakal dibina nanti biarlah penuh dengan kasih sayang, perhatian dan pengorbanan yang ikhlas tiada tandingannya seperti kasih sayang mak dan ayah ana. Malah ana harap biarlah lebih dari itu. Namun walau sudah beralih tanggungjawab itu, ana tetap menyayangi dan mencintai ibu bapa ana seperti selalu. InsyaAllah.. Walau ada orang yang baru akan hadir di dalam hidup ana, mak dan ayah,. engkau tetap tiada tandingannya..
iza sayang mak dan ayah.......=)


suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/Nov'11