"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Tuesday, February 7, 2012

POLIGAMI : MADU ITU PAHIT?







     





 

       Wanita, sinonimnya apabila disentuh isu poligami kebanyakkan tidak ‘senang duduk’ mendengarkannya. Suami berkahwin satu lagi, isteri kedua, bermadu dan paling tepat sekali ialah poligami. Poligami beerti mengamalkan beristeri lebih daripada satu iaitu dua, tiga atau had maksimumnya ialah empat dalam satu masa. Namun, poligami bukan sesuatu yang boleh di anggap mudah bagi yang berhasrat untuk melakukan. Banyak syarat, prosedur dan perkara-perkara yang perlu diambil kira untuk mencapai poligami yang mengikut kehendak agama Islam.


Allah swt berfirman :
“Maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan (lain) dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
                                                                                                                                                                (Surah al-Nisa’ : 3)

Antara sebab mengapa Islam mengharuskan poligami :
1. Lelaki atau suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak  dapat
    memenuhi keinginannya.
2. Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sabit membolehkan suami berkahwin lagi.
3. Menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad
    menegakkan agama Allah.
4. Menyelamatkan kaum wanita  ‘andalia’ yang belum berpeluang mendirikan rumah tangga.

                Sebenarnya, ‘madu’ yang dianggap pahit bagi sesetengah wanita, boleh memberi  kemanisan lebih daripada madu yang dimakan sebagai penawar. Apabila suami berhasrat untuk berkahwin lain, dan dia mampu berlaku adil dari segi material dan spiritual (ilmu agamanya), tidak layak sebenarnya kita sebagai isteri untuk menghalang hasrat tersebut. Seorang isteri haruslah mempunyai fikiran yang positif menerima kenyataan itu. Bukan mengamuk seperti harimau ganas, meraung seperti kucing hilang anak, malah paling teruk pergi berjumpa bomoh dengan sanggup menyekutukan Allah. Hingga melanggar batas-batas dan hilang pertimbangan.
                
             Tahukah anda andai seorang isteri redha, syurga itu telah menjadi milik anda. Cuba fikir sejenak, bukankah dengan adanya madu, hidup kita akan lebih baik. Sebagai contoh sebelum ini setiap hari seorang isteri perlu melayan suami, makan minumnya dan pakainya, nafkah dari segi zahir dan batin. Isnin hingga ke Isnin seterusnya, dan sampai bila-bila hingga akhir hayatnya. Namun, apabila dia mempunyai madu, bayangkan bukan setiap hari dia perlu melayan suaminya. Tugas-tugas sebelum ini menjadi ringan dan bolehlah isteri pertama berehat, sementara isteri kedua melunaskan tanggungjawab yang sama kepada suami. Begitu juga, apabila ada madu sekurang-kurangnya kita ada teman berbual, berkongsi rasa dan sahabat yang paling dipercayai selain suami. Banyak perkara sebenarnya dapat kita lakukan bersama madu andai kita ikhlas dan redha menerimanya. Terimalah dia seadanya dan anggaplah dia kiriman dari Allah iaitu bonus dalam mencari pahala untuk ke syurga. Tidak mahukah kita payung emas di sana kelak?

Bagi wanita yang hatinya tegar untuk menerima hakikat suami berkahwin lain dan masih belum tidak mampu untuk menerima kenyataan suami berkahwin lain. Pujuklah hati dan motivasikan diri anda.

Ingatlah firman Allah swt :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya baik untukmu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagimu. Dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
                                                                                                                                             
 (Surah al-Baqarah : 216)
                
       Terimalah realiti dengan bersandar pada Allah swt. Bersangka baiklah pada Allah. Andai anda menerima ia sebagai ujian, ianya dapat menyucikan dosa anda. Andai anda menerimanya sebagai cabaran, ianya dapat mendidik diri anda menjadi wanita yang cekal dan tabah.  Berbaliklah kepada ilmu Allah, jika anda faham hikmah disebaliknya yang bakal anda kecapi. Yang kedua, aktifkan fizikal dan mental anda. Memberi tumpuan kepada bacaan al-Quran dan hadis. Fahami ia hingga menjadi serasi dengan diri anda. Pastikan anda sentiada dalam keadaan aktif dan gembira. Kemas dan bersih menjadikan anda lebih bertambah mood dalam meneutralkan emosi anda. Yang akhir sekali, jika suami boleh membahagi cinta kepada isterinya yang lain, anda juga boleh berbuat demikian. Bukan bermaksud kepada lelaki lain tetapi kepada Allah, Rasul, ibu bapa dan anak-anak serta manusia seluruhnya. Cinta itu sifatnya universal. Apabila kita mengasihi makhluk lain, nescaya kita juga turut akan dikasihi.
                
           Walaubagaimanapun, sedarlah wahai isteri. Suami bukanlah hak milik kita semutlaknya. Saat akad dilafazkan, saat itu juga Allah telah meminjamkan suami kepada kita sebagai sumber menggapai redha Allah di dunia dan pahala untuk akhirat. Suami bukan segala-galanya pengakhiran hidup kita. Saat kita memejam mata nanti, dia tidak akan turut serta mengikut kita ke sana. Hanya amalan kita bersamanya yang akan bersama. Terimalah hakikat suami adalah hak mutlak Allah swt Tuhan yang Menciptakanya. Wallahualam.

Suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/6 Februari 2012

Thursday, February 2, 2012

Siapa Wanita CANTIK?



Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak, kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya .Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk menghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONA KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu. Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari di mana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.



sumber : http://syurga-bidadari.blogspot.com/