Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui
masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang
menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa
& pengharapan Ilahi…
Ya
Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik
dihadapan-MU
1)MELUKIS
KEKUATAN MELALUI MASALAH
Seorang perempuan itu
akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi
masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan
dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan
ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM
SAAT TERTEKAN
Percaya atau
tidak, kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi
nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang
sebenar. kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang
selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun
sebaliknya .Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
3)TERTAWA SAAT
HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja
dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian
kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang
sekelilingnya.Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang
kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada
kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
4)TABAH DI
SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu
sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari
manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah
halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi
lebih tabah untuk menghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam diri
dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang
tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
5)MEMPERSONA KERANA
MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk
kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila
melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah
kehidupan itu. Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa
diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya kerana baginya
mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih
tabah. Subhanallah.
6)MENGASIHI
TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap
suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah
kerana mengharapkan sebarang pembalasan kerana bagi wanita yang cantik seperti
ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang
tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan
ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk
kita cari di mana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
7)BERTAMBAH
KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap
kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus
berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia
sayang.Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih
mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka
tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.
sumber :
http://syurga-bidadari.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment