Bismillahirahmanirahim,.. alhamdulillah, syukur tidak terhingga Allah masih memberi ku secebis kebahagiaan di dalam mengecapi dunia ini. Ya Allah,.terima kasih ku ucapkan padaMu. Saat aku menaip baris2 ayat ini, terasa anak kesayangku ini bergerak2 di dalam rahimku,.seakan tahu aku bakal menulis tentang dirinya kali ini. Ya Allah, besar betul nikmat yang Engkau kurniakan padaku kini, dapat merasai bagaimana seorang wanita melalui hari2 menjadi seorang ibu. Syukur ya Allah. Kini, usia kandungan ku sudah menjangkau 5 bulan, dan aku tidak lagi mengalami morning sickness (sebetulnya night sickness..ehe). Aku tidak lagi muntah2, pening2 dan selera makan ku juga sudah kembali kepada normal. Syukur, alhamdulillah..
Sebenarnya aku sangat bertuah kerana mempunyai 'anak' yang tidak banyak ragamnya. Pendek kata, sejak aku mengandung, rezeki ku sentiasa murah dan melimpah ruah. Segala kerjaku, mudah. Tidak pernah mengalami kesukaran. Zauj'ku juga mengatakan perkara yang sama. 'Anak' kesayangan ku ini tidak banyak karenahnya. Jika aku mengalami sedikit masalah, ada saja jalan penyelesaiannya, ada saja yang membantu. Itulah 'anak' kesayangku ini, sentiasa memberi kebahagiaan kepada ku dan zauj'ku. syukur tersangat.
Sejak aku hamil, hinggalah sekarang, walau usia kandungan ku telah masuk 5 bulan, perut ku masih tidak nampak seperti wanita hamil. Ramai sahabat2 mengatakan perutku kecil, mudah untuk ku bawa diri. alhamdulillah. Jika besar, mungkin akan menyukarkan aku untuk bergerak kerana aku sering saja berjalan banyak untuk ke kuliah. Setakat ini, kerja berat yang aku lakukan ialah seperti melakukan aktiviti amali wajib untuk subjek kejuruteraanku. Panjat tangga, drilling, gergaji, memotong conduit dan trunking, masih mampu ku lakukan walaupun adakalanya aku merasa sedikit penat, namun aku masih mampu lakukan dengan tidak membahayakan kandunganku. Betul lah kata orang, hamil ketika belajar, sangat mencabar dan perlu ketabahan yang tinggi. Nak pula aku mengambil bidang kejuruteraan, memang banyak kerja berat yang aku lakukan.
'cahaya mata' kami.. |
Namun, aku bersyukur kerana dikurniakan seorang zauj' yang sangat menyokongku, hari2 ada bersamaku walau kami terpisah jauh, tetapi zauj'ku sangat mengambil berat akan diriku dan bayi kami. Dialah zauj' sumber kekuatanku, sentiasa ada tika suka dan duka ku, memberiku semangat untuk terus tabah dan sabar menghadapi hari2ku kini. Diriku mungkin tidak mampu menghadapi hariku kini, andai tiada dia di sampingku. Ya Allah, terima kasih sekali lagi kerna mengirimkan zauj'ku buat temani hidup ini. Walaupun ku tahu, hebat dugaan yang di tempuhi, namun dia tetap bersamaku, memberiku selautan kasih sayang yang tidak terperi, segunung cinta dan penawar buatku tanpa jemu. Semalam, adalah ulang tahun kelahirannya, aku tidak mampu mengirimkan apa2 buatnya, memasak masakan kesukaannya dan melayannya dengan sepenuhnya kerna aku berada jauh di sini. Aku bertanyakan dia apa yang dia mahukan untuk hari lahirnya, katanya dia tidak mahu apa2, cukuplah hadiah paling bermakna yang bakal aku berikan padanya nanti iaitu mengandungkan, melahirkan dan mengurniakan dia seorang cahaya mata buat penyeri hidup. Ya Allah, mengalir airmataku tika itu.. Terharu dan sebak. Selama ini, aku masih belum layak menjadi isteri yang solehah buatnya, banyak yang masih kurang padaku. Namun zauj'ku..sangat menghargai diriku. Aku berdoa di dalam hati, moga Allah sentiasa melimpahi kasih sayang, cinta dan rezeki buat kami dan bakal "cahaya mata" kami kelak.. InsyaAllah.
/Suhaiza Shuhaimi/ Allah is Enough for Me/ 3 Jun '12/
No comments:
Post a Comment