"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Saturday, January 19, 2013

Setia Seorang ISTERI...



      Wanita yang matang biasanya pandai menguruskan perasaan. Kekuatannya terletak pada keyakinan diri bahawa dia tidak akan larut dalam emosi negatif yang merosakkan peribadinya. Isteri solehah faham dan yakin hanya suaminya sahajayang berhak ke atas hati dan cintanya. Satu untuk selamanya, dunia dan akhirat. walaupun sang suami bukan cintanya yang pertama tetapi biarlah cintamu yang terakhir hanya untuknya. jika bekas kekasih hadir lagi mengisi ruang hidupmu, jangan sesekali berikan peluang memori indah mengelabui perasaanmu itu. walaupun di sudut hati  pasti tersisa kenangan manis ketika masih bersama bersama dia, hal ini tidak mungkin dapat dinafikan namun anggaplah ia sebagai satu mimpi yang sememangnya bukan realiti.

         Sesiapa pun boleh hadir di hatimu tetapi hanya dirimu yang memegang kendali hatimu sendiri bukan lelaki itu! cuba ubati hatimu dengan mengingati Allah, berdoa seperti mana diajarkan Rasulullah SAW :

         "Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan lah hati hambaMu di atas jalanMu."

    Jangan biarkan ia mempengaruhi perasaanmu kerana sehebat apa pun pujuk rayu rindunya, jika tidak melayan, denagn izin Allah ia tak akan menjadi, jadi jangan layan! Ramai lagi orang yang rindukan layananmu, tumpukan hidup untuk kerjaya suami dan keluarga tercinta. Itu semua sungguh menyibukkan dirimu, jadi mana sempat nak melayan memori asmara yang telah basi!

     Ingatilah kemanisan cinta suami yang telah membina impian bersama anda. jangan sesekali membandingkan suami mu dengan lelaki itu. jika dirimu melakukan itu, sebenarnya dirimu telah membuka satu pintu untuk si penceroboh masuk ke laman hatimu. Isteri yang kerap meyebut kekurangan suami pada hakikatnya dia telah membutakan matanya sendiri. mungkin banyak kelemahan suami tetapi jangan lupakan kelebihannya. Jika bekas kekasih anda pandai segalanya, belum tentu dia sanggup berkorban seperti mana pengorbanan suami yang telah terbukti pengorbanannya!


     Mengapa Allah menjadikan dirimu dan suami pasangan yang serasi? Kerana kelemahan mu menjadi tarikan bagi suami menguatkannya dan begitu sebaliknya. Hiduplah engan gembira di atas kelemahan dan kelebihan yang dianugerahkan Tuhan. Semua itu sebahagian daripada kemanisan bercinta. wanita yang beriman kepada suaminya berhak ke atas semua pintu syurga apabila dia sanggup menjaga diri dan maruah keluarga. Jangan biarkan hatimu yang solehah dikotori oleh khayalan tentang lelaki itu. Hati biarlah suci kerana di situlah jatuhnya pandangan kasih dan rahmat Allah swt


Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/20 Jan '13/ at my sweet home


Thursday, January 17, 2013

Kisah Sahabat Bertemu Raja Rome (Dakwah Kepada Heraclius)



Cerita Riwayat Al-Hafiz Al-Kabir Abu Bakar Imam Al-Baihaqi dalam Kitab Dala’ilun Nubuwwah.

Gambar tersimpan dalam kotak (almari besar yang bersalut emas), ada pintu-pintu kecil di dalamnya.

Pintu- pintu:

1) Nabi Adam A.S
Dalam sutera merah
Matanya besar, punggungnya besar, lehernya panjang, tidak berjanggut, bertoncang panjang 2 bhg tepi.

2) Nabi Nuh A.S
Dalan sutera hitam.
Rambut Kerinting, berkulit putih, mata kemerah- merahan, berbadan besar, janggutnya cantik.

3) Nabi Ibrahim A.S
Dalam sutera hitam.
Kulit tersangat putih, cantik matanya, licin dahinya, panjang pipinya, putih janggutnya, tersenyum.

4) Nabi Muhammad S.A.W
Dalam sutera putih.

5) Nabi Musa A.S (Gambar Berdua dengan Nabi Harun)
Dalam sutera hitam.
Kulit kehitaman, rambut kerinting, matanya cengkung, matanya tajam, masam mukanya, cantik susunan giginya.

Nabi Harun A.S (Harun bin Imran, abang Nabi Musa)
Mirip Nabi Musa, tak segarang muka Nabi Musa.

6) Nabi Luth A.S
Kulitnya sawo matang, sederhana tinggi, muka macam marah.

7) Nabi Ishaq A.S
Kulit putih kemerah-merahan, mancung hidungnya, jambangnya nipis, Kacak rupanya.

8) Nabi Yaakub A.S
Muka macam Nabi Ishaq A.S, ada sumbing di bibir.

9) Nabi Ismail A.S (moyang Rasulullah SAW)
Putih kemerah-merahan, hidungnya mancung, tinggi, mukanya bercahaya dan tenang (khusyu’ & tawadhu’),
Muka kemerah- merahan.

10) Nabi Yusuf A.S
Muka Macam Nabi Adam A.S, muka bercahaya silau mata macam matahari.

11) Nabi Daud A.S
Putih kemerahan, kecil betisnya, agak besar perutnya, sederhana tinggi, membawa pedang.

12) Nabi Sulaiman A.S 
Besar punggungnya, panjang kakinya, menunggang kuda.

13) Nabi Isa A.S
Muda sangat, hitam janggutnya, lebat rambutnya, cantik matanya, kacak wajahnya.
Nabi Adam A.S pernah minta Allah SWT menunjukkan rupa nabi-nabi di kalangan zuriat keturunannya, tatkala Allah SWT membentangkan semua umat manusia keturunan Nabi Adam A.S, ada dikalangan mereka yang bercahaya, antaranya Nabi Daud A.S, Nabi Adam suka padanya lalu menghadiahkan 100 tahun umurnya pada Nabi Daud A.S. Lalu Allah SWT turunkan seluruh gambar- gambar para Nabi dan Rasul, diletakkan di dalam peti milik Nabi Adam A.S dan ditanam di sebuah tempat terbenamnya matahari. Kemudian dikeluarkan oleh Dzulkarnain dan diserah kepada Nabi Danial A.S.




Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/18 Jan '13/ at my parent's home with my cutey baby