"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Friday, May 22, 2015

Hati Sahabat

" Tok! Tok! ".

Aku dengar pintu bilik diketuk. Aku lihat jam, pukul 5.30 petang. 

"Aik, sape pula yang datang ni?" Tanya hati aku. Segera aku melangkah ke pintu dan membukanya. 
"Assalamualaikum..." Lembut suara di luar memberi salam. Aku menjawab salamnya.
"Oo.. Wardah rupanya. Ada apa dik?" tanya aku. Aku lihat wajahnya sedikit kelam, Tapi dia masih menguntum senyum pada aku.
"Saya ganggu akk ke?" tanya Wardah seakan rasa bersalah. "Tidaklah. Akk tak buat apa-apa pun. Tengah buat keje sikit je. Tapi don't worry, tak ganggu akk pun yer. " Jelas aku sambil menyentuh lembut bahunya.
"Saya ada benda nak minta tolong akk ni. Tapi saya tak tahu nak cakap macam mana." Wajahnya serba salah. Seraya itu aku menjemputnya masuk ke dalam bilik.
"Masuk lah dik, maaf la bilik akk bersepah sikit." Malu aku alah. Sebelum ini jarang orang datang ke bilik aku. Tapi jika ada yang bertandang, aku pasti menjemput masuk.
"Cantik bilik akk. Siap ada wallpaper lagi." Aku tergelak. Benda apa la yang cantik sangat sampai tak berkedip-kedip matanya memerhati sekeliling bilik aku. Kalau pasal wallpaper warna turquoise tu, aku rasa tak cantik mana pun sebab itu sebenarnya pembalut hadiah aku beli banyak dan aku buat wallpaper
"Duduklah dik. Bilik akk tak de carpet lembut. Ada tikar getah je dik." Pelawa aku. Wardah duduk sambil bersandar pada katil aku. 
"Wardah nak duduk atas katil pun boleh. buat je macam bilik sendiri." Suruh aku. Sambil itu aku mengambil posisi duduk di kerusi meja study aku.
" Saya tak ganggu akk ke?" Tanya Wardah risau.
"Tak la dik. Akk ok je ni, tak payah risau yer." Aku menguntum senyum pada dia.
"Macam ni akk, saya ada masalah yang saya tak tahu nak solve macam mana. Saya dah cuba bersabar dan bertahan, tapi akhir-akhir ni saya asyik rasa down saja." Wardah mula meluahkan sedikit seperti tidak tertanggung berat memikul beban di hati. Aku mengambil masa mendengar setiap butir yang diperjelaskan supaya tidak satu patah perkataan yang keluar dari bibir dia aku terlepas dengar.

"Adik ada masalah yer. Dengan siapa? friendship problem or family problem?" Tanya aku perlahan. Untuk tidak mengguris hatinya.
"Friendship problem kak. Sebetulnya dengan kawan-kawan dalam persatuan." Aku sudah mengagak. Pasti berkaitan masalah di dalam persatuan. Jika tidak manakan Wardah akan berusaha mencari aku untuk berkongsi masalah yang dia sedang hadapi. Tidak aku nafikan, aku memegang jawatan yang penting di dalam persatuan, aku berhak melaksanakan tanggungjawab aku sebaiknya. Selaku Ketua Jabatan Helwa persatuan, yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal mahasiswi di dalam persatuan silat yang aku kecimpung, sedikit sebanyak aku perlu mengambil berat atas kebajikan mereka. Tidak kira dari segi apa sekali pun. Termasuk bab emosi dan kehidupan peribadi mereka.

" Akk, saya agak terasa dengan kelakuan kawan-kawan di dalam persatuan. Bila mereka perlukan saya, mereka cari saya tapi bila mereka tak perlukan saya, mereka langsung tidak pedulikan saya. Ada sampai satu tahap, saya sampai tak tahu apa-apa yang mereka buat, tengok-tengok diorang dah planning tanpa ajak saya kak. Saya sedih sangat. Saya tahu saya tak pegang apa-apa jawatan di dalam persatuan, tetapi jangan lah sampai tolak saya ke tepi. Saya pun ada perasaan kak. Saya terluka sebenarnya dengan sikap mereka. Apa salahnya layan saya dengan baik. Saya tahu saya pernah buat kesilapan dulu, tapi itu dulu kak, sekarang saya dah berubah. Saya nak ada sahabat macam mereka semua. Saya sayangkan mereka semua."
Jelas Wardah meluahkan segala yang terbuku hingga aku dapat lihat titik jernih yang mengalir di raut wajah. Dia menangis. 

Aku diam seketika. Lalu aku pegang bahunya sambil berkata.

"Sabar ye dik." Aku menggosok-gosok lembut bahunya supaya Wardah berasa tenang. Aku agak kecewa sebenarnya. Aku tidak menyangka keadaan ini sedang berlaku di kalangan siswi-siswi persatuan silat aku. Entah sudah berapa lama ia berlaku. Entah lama mana Wardah menanggung semua ini. MasyaAllah.. Apa yang telah aku lakukan. Aku ingat segala-galanya berjalan dengan baik. Semua siswi dalam keadaan yang baik-baik. Rupa-rupanya lain yang sedang berlaku. Aku pujuk Wardah. Aku tidak mahu tahu siapa yang terlibat. Yang aku tahu perkara ini harus dan segera diselesaikan. Sebetulnya aku sedih dan sedikit kecewa dengan apa yang terjadi.

Lama aku biarkan Wardah kembali tenang. Aku memulakan bicara.

" Dah lama perkara ini berlaku dik?" tanya aku lembut. 
" Hampir satu semester kak." Jawab Wardah.

Dah lama rupanya. Kali terakhir aku jumpa semua adik siswi aku ini, aku lihat mereka baik-baik sahaja tapi masa itu aku perasan Wardah banyak mendiamkan diri. Rupanya waktu itu, sudah lama dia makan hati. Astagfirullah haladzim. Apa la yang aku dah buat. Sepatutnya aku sedar apa yang sedang berlaku antara mereka. Sepertinya aku gagal melaksanakan tanggungjawab aku dalam tempoh ini. 

" Macam ni Wardah. Nanti akak akan adakan satu sesi untuk kita bincang pasal masalah ini. Mungkin selepas bacaan Yassin hari Khamis malam Jumaat minggu akan datang ini. Buat masa ini, Wardah kena banyak kan bersabar dan berdoa semoga Allah sentiasa berikan kekuatan untuk adik lalui ujian begini. Ini satu ujian juga buat kita dik. Lagi satu, jangan kita terlalu mengharap kebaikan yang orang akan lakukan pada kita. Tetapi kita kena fikir selalu apa kebaikan yang kita telah lakukan pada orang lain terutama sekali kepada kawan-kawan kita. Jika kita ada metaliti macam itu. Kita akan ikhlas dalam melakukan kebaikan. Dan jangan kita terlalu memikirkan pula kejahatan yang orang lain buat pada kita, tetapi fikirkan juga kebaikan apa yang kawan kita telah lakukan pada kita walau kecil tapi fikirkan itu juga kerna jangan disebabkan satu kejahatan dia, kita menutup semua kebaikan yang telah dia lakukan pada kita. Selalu akak terapkan pada diri selalu fikirkan yang positif sahaja. Yang negatif itu sebolehnya buang jauh-jauh. Lagipun seorang kawan, apalah sangat kelakuan dia yang kita nak ambil hati. Kalau kita benar-benar kawan sejati dan mengenali diri dia. In Shaa Allah, kita akan cuba betulkan keadaan dari keruh kepada jernih. Biasa lah dik, kalau masuk bab hati ini, adakalanya kita terasa, adakalanya kita terluka. Tapi kalau kita betul-betul sayangkan kawan kita. Sekejap sahaja kita akan mudah lupakan semua itu. Yakinlah tidak ada yang lebih bermakna dalam dunia ini selain kasih sayang seorang sahabat sejati. In Shaa Allah." Hurai aku panjang lebar. Sebetulnya penjelasan itu aku tujukan buat diri aku sendiri juga. Aku melihat masalah yang di hadapi Wardah dengan cara merefleksi terhadap kehidupan aku. Adakah aku juga ada melakukan perkara yang sama seperti siswi-siswi persatuan silat aku lakukan terhadap Wardah?

Aku lihat Wardah. Dia tersenyum sikit. Mungkin sudah boleh berfikir dengan tenang selepas mendengar penjelasan panjang aku tadi. Wardah menggapai tangan aku lalu mencium. 

" Thanks akak. Baru saya rasa lega. Sepatutnya dari awal lagi saya jumpa akk. Tapi saya malu dan takut." Kata Wardah.
" Takpe la dik. Apa yang nak disegankan. Dah memang tanggungjawab akk kan. Seraya itu Wardah bangun. Dia memeluk aku.
" In Shaa Allah, saya akan semat kata-kata akak tadi di dalam hati saya. Saya akan ubah persepsi saya terhadap pandangan saya terhadap orang lain. Saya akan belajar untuk memberi dan menerima ikhlas tanpa meminta apa-apa balasan kebaikan. In Shaa Allah kak." Tutur Wardah semangat. Aku tidak nampak lagi kelam wajahnya. Aku tidak lagi nampak gusar gelisah pada raut nya. Kini wardah mengukit senyum. Tenang.

"Alhamdulillah.." ucap aku dalam hati. Wardah meminta diri untuk beransur. Selepas bersalam dengan aku. 
"Jumpa nanti di malam bacaan Yassin ye dik." Pinta aku. Wardah senyum sambil mengangguk. Dia aku hantar dengan sorotan mata hingga hilang dari pandangan. 

Aku menutup pintu. Terus mencapai laptop kesayangan aku. Terus aku menaip di ruangan post di FB aku...

Dalam keriuhan gelak tawa kita, mungkin kita lupa pada satu hati yang sedang merasa duka.
Dalam kita mementingkan kepentingan diri, mungkin kita lupa pada satu hati yang kecewa dgn sikap kita.
Dalam keceluparan kata2 bisa kita, mungkin kita lupa satu hati yang tersenda dek ucapan itu. 
Dalam kehidupan kita semakin selesa dan senang, mungkin kita lupa satu masa dulu satu hati yang berkorban untuk kita sentiasa.
Pernahkah kita memikirkan semuanya itu?
Pernahkah kita sedaya upaya cuba mengambil satu ruang masa berfikir, apakah kebaikkan yang telah kita lakukan kepada orang lain?
Pernahkah kita cuba memahami, melihat dan mengerti hati orang lain?

Kadang-kadang manusia terlalu sibuk memenuhi kehendak hati sendiri, hingga tiba satu masa kehendak itu mengguris, melukakan dan menyentak hati orang lain.

Kehidupan yang bahagia dlm hidup kita bukan semata2 untuk kepuasan hati kita selamanya. Akan tetapi, ianya sebahagian hak orang lain yang ada di sekeliling kita. Tidak kira berapa lama kehadiran orang itu dalam kehidupan kita, seharusnya kita menghargai kehadirannya dengan penuh rasa bersyukur.

Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain. Untung2 bila kita mati nanti, mungkin kebaikkan itu akan membantu memberatkan timbangan kita untuk masuk ke Syurga milik Allah.

Cukup! Berhentilah melukakan hati orang lain. Berhentilah terus2an mencalar hatinya. Segera berbuat baik kepada orang lain. Mana tahu, mungkin itu peluang terakhir yang kita ada di dunia selama ini.

#‎muhasabahdiri
#‎AllahisEnoughforMe

"Moga-moga perkongsiaan ini memberi kesedaran pada aku dan insan lain yg bergelar sahabat yang mungkin terlepas pandang dalam tali persahabatan. Terima kasih Wardah, kamu telah membuka satu pintu pengajaran buat aku." Desis hati aku. Seraya itu button klik post aku tekan. 





Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/22 May '15/at my hostel......T T



No comments: