Apa yang bakal aku coretkan kali ini, agak menyentuh hati kecil ku. Lagi2 naluri ku seorang ibu yang mempunyai anak. Yang mengandungkan,melahirkan dan membesarkan mereka semua. Aku mempunyai dua orang putera yang kecil. Masih kecil dan sedang membesar. Sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian seorang ibu dan ayah. Teringat aku semasa kali pertama aku menatap wajah Fayyadh. Itu lah kali pertama aku melihat anak dari benih dan darahku sendiri. Terasa sangat syahdu dan bersyukur dgn rezeki Allah swt ini. Ketika Fayyadh lahir, Abinya masih berada di sisinya. Untung Fayyadh ketika itu. Masih berpeluang bersama Abi walau seketika cuma. Sepanjang Fayyadh membesar, dia banyak bersama Abi berbanding aku kerna aku hanya weekend wife. Aku ingat lagi, Abi pernah ceritakan pada aku, jika Fayyadh bersama dia. Fayyadh menjadi anak yg sangat berdikari dan mendengar kata. Senang di urus dan tidak banyak ragam. Namun apabila aku pulang ke rumah, segala sifat yang Abi katakan hilang terus. Fayyadh berubah 360 degree. Dia akan jadi mengada2 dan banyak meragam. Paling ketara dia minta didukung. Begitulah Fayyadh bila dah jumpa dgn uminya.
Paling sedih bila saat Fayyadh kehilangan Abi. Tika itu Fayyadh baru bisa melangkah 2 dan 3 tapak. Itu juga kali pertama Abi lihat Fayyadh berjalan. Gembira Abi tak terkata kerna anak lelaki sulungnya sudah boleh bertatih menuju kepadanya. Malam itu juga merupakan malam terakhir Abi melihat Fayyadh. Actually, Abi terlalu sayangkan Fayyadh. Dia sanggup korbankan apa sahaja demi Fayyadh. Abi selalu inginkan yang terbaik buat Fayyadh. Adakalanya semua keperluan Fayyadh Abi inginkan yang terbaik. Walaupun diri Abi sendiri tidak mendapat yang terbaik. Malam sebelum Abi kemalangan, Abi sempat cium wajah Fayyadh berkali2. Banyak kali (mengikut cerita dari adik gurl Abi). Fayyadh hanya senyum sahaja. Tidak meragam. Klu ikutkan Abi jarang beri dan agak tegas melarang if ada orang ingin suapkan makanan yg bukan2 pada Fayyadh. Tapi malam itu, Abi tak kisah. Abi beri je Fayyadh makan macam2. Rupanya itu la kali terakhir Fayyadh lihat Abi. Dan Abi bersama Fayyadh.
Sewaktu hari pengebumian Abi, Fayyadh langsung tidak meragam. Malah asyik tersenyum melihat wajah Abi dibaluti kain putih. Ternyata Fayyadh anak yang kuat. Dia seperti faham keadaan yg sedang di hadapi tika itu. Dia lah penguat hati umi. Dia lah pengubat dan penawar diri di kala sedih tika itu. Melihat Fayyadh ketika itu, membuatkan umi kuat melangkah kaki meneruskan sisa hidup. Fayyadh banyak berkorban untuk umi. Saat umi terpaksa meninggalkan dia ketika hati di pasung duka ketika kehilangan Abi, Fayyadh gagah fahami situasi umi, walaupun tika itu dia masih kecil utk melalui semua itu. Apabila dia melihat umi menangis, dia akan datang dan sapu air mata umi. Dia akan peluk umi. Bagi Fayyadh, airmata umi adalah kelemahan nya.
Selepas kepergian Abi dalam hidup Fayyadh, segala tugas yang selama ini Abi buat untuk Fayyadh, umi yang mengambil alih. Agak sukar dan kekok juga kerna selama ini Abi yang buat semua tetapi kini umi yang lakukan. Sehingga kadang2 umi menangis sendiri memikirkan kalau lah Abi masih ada lagi tika itu, mesti Fayyadh akan menjadi anak yang mendengar kata dan baik mengikut arahan Abi.
Apabila Fayyadh bakal mendapat adik baru, umi berasa sangat gembira kerna Fayyadh akan dapat teman main nya. Fayyadh dah ada kawan. At least Fayyadh tiada kasih sayang seorang ayah tapi Fayyadh ada Fatthah, susah senang bersama nanti. Sebenarnya istimewanya Fayyadh, dia banyak mendapat kasih sayang dari 'ayah2 tumpangan'. Semua bapa saudara Fayyadh umpama ayah padanya. Kadang2 agak terubat hati ini, tatkala melihat Fayyadh ketawa dan happy bermain di atas riba mereka. Syukur Fayyadh mampu ketawa dan gembira dgn kehidupanya.
Kini Fayyadh dah menginjak 3 tahun. Fayyadh dah boleh bercakap dan Alhamdulillah, percakapan Fayyadh dah agak boleh difahami. Fayyadh juga telah dianugerahkan kasih syg seorang ayah kembali. Fayyadh telah mempunyai walid di dalam hidupnya. Fayyadh sudah punyai kakak dan adik. Fayyadh sudah ada role model yang boleh dicontohi. Fayyadh makin happy, lasak dan nakal juga. Selalu saja mengusik anak2 umi yg lain.
Fayyadh faham, kini dia berkongsi kasih seorang umi dengan kakak dan adiknya. Kadang Fayyadh yang banyak beralah kerna umi ingin berikan perhatian pada kakak dan adiknya. Kadang Fayyadh menangis2 hendak duduk dan tidur dia atas riba umi berebut tempat dengan adik dan kakaknya tetapi umi melarang. Biar Fayyadh faham dia sebagai anak lelaki. Biar dia tahu, anak lelaki perlu kuat dan tidak boleh manja2. Fayyadh yg paling banyak di hukum. Fayyadh yg paling banyak di rotan oleh umi. Jika dua orang membuat salah, antara Fayyadh dan adik atau kakak, Fayyadh yang pertama akan menghulur tangan apabila diminta berbuat begitu untuk dirotan. Sedangkan yang lain, umi tidak mampu dan sanggup menghukum mereka spt mana umi lakukan pada Fayyadh kerna umi kenal Fayyadh. Apabila Fayyadh menangis, dia akan pujuk hatinya sendiri sebab umi tidak akan memujuknya. Kuat dan tabahnya hati Fayyadh, lasak dan nakalnya Fayyadh sebenarnya hati nya terlalu lembut buat umi.
Walau apa sekalipun yang Fayyadh lalui dalam hidup kini. Umi yakin Fayyadh akan membesar sebagai anak yang baik dan soleh. Amin. Fayyadh akan menjadi contoh dan teladan yang baik pada kakak dan adik yang lain. Fayyadh akan menjadi khalifah yang hebat di masa akan datang. Hati seorang umi, terlalu yakin. Fayyadh akan sentiasa menyayangi umi selamanya hingga akhir hayat umi.
"Apabila Allah mengambil seorang lelaki yang aku sayangi di dalam hidup sementara ini, Dia (Allah) telah mengurniakan aku dua orang lelaki yang sentiasa akan menyayangi ku sehingga ke akhir hayat ini...."
Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/15 Oct '15/love Fayyadh soo much..
No comments:
Post a Comment