Bismillahirahmanirahim...
"Selamat Hari Ibu!!"
Ucap sahabat2 ku. Hati tergamam. Terharu. Perlahan2 air mata bergenang di kelopak mata. Sebak. Ya! Aku sebak. Setelah sekian lama aku tidak mendengar ungkapan itu diucapkan buat diri. Sejak itu...sejak ketiadaan dia (suamiku) di sisi.
Terima kasih buat sahabatku,. walau aku baru mengenali sebulan dua cuma. Terlalu muda usia tali persahabatan ini, aku terasa seperti bertahun bersama kalian. Kamu semua buat aku ketawa kembali. Mengukir senyum di hati. Menampal luka2 hati yg berdarah, menjadi semakin pulih dgn ubat layanan kalian padaku.
"Tidak akan kau tahu makna hakikat menjadi seorang IBU, selagi kau tidak menjadi seorang IBU!"
Aku ingat lagi ungkapan emak tentang ini. Mana mungkin aku lupa. Hakikatnya aku anak yg paling degil (dari apa yg aku rasa la..hehe). Nakal. Ya, itu betul! Walau aku ini anak perempuan, aku terlalu nakal dan lasak. Tanya lah dalam keluarga ku siapa yang paling banyak berjahit sana sini. Semua mata akan memandang ke arah aku. Realitinya! Jatuh pokok, jatuh parit, panjat bumbung. Macam2 lagi yang aku panjat. Haha! Bila aku fikir balik, apa la yang aku buat masa itu. Mungkin aku mencari keseronokan yang berbeza dari anak perempuan yang lain yang hanya tahu main masak2, barbie doll dan so on la. Aku mencari sesuatu yang adventuraa... Dan akhirnya aku yg dapat sakit.
Berbalik kepada tajuk entri. Aku ingin berkongsi pengalaman ku menjadi seorang IBU. Seorang IBU kepada 2 orang mujahid yang sekarang sedang membesar, membesar dan membesar. Pengalaman bersama melahirkan mujahid sulung dan bongsu, Muhamad Fayyadh Iman dan Muhamad Fatthah Iman. Aku ada menulis tentang pengalaman pertama ku melahirkan mujahid yang sulung. Boleh klik link http://surazy.blogspot.com/2012/10/kelahiran-yang-di-nanti.html
Selepas kepergiaan Abi, aku banyak menyendiri. Menyepi. Tempat aku banyak kat bilik. Seingat aku, sebelum aku terbang ke Johor, aku sempat singgah ke rumah aku. First sekali, langkah kaki aku masuk bilik tidur. Aku nampak bingkai gambar perkahwinan aku dengan Abi yang tergantung di hujung katil. Abi senyum. Macam selalu. Aku lihat bilik aku macam selalu. Katil baby Fayyadh dan pakaian Abi yang tergantung. At the last mata aku terhenti pada jambangan bunga ros di atas meja solek aku dan di sebelahnya adalah Al-Quran hadiah mas kahwin aku. Kedua2nya pemberiaan Abi kepada ku. Kelopak bunga masih elok pada tangkainya walau dan beransur kering. Ya! Sebulan sebelum Abi pergi, dia hadiahkan aku sejambak bunga ros. Masa itu, aku baru pulang dari Johor. Perjalanan ku sangat memenatkan ketika itu kerna aku mengambil train utk pulang. Memang aku penat sangat waktu itu. Masa aku sedang kemaskan tempat tidur, Abi datang dan bawakan bunga di belakangnya.. Kemudian dia hulurkan buat aku sambil senyum. Aku terkejut. Hilang segala penat aku. Abi memang tahu, aku sukakan bunga ros. Tapi aku pelik. Annivesary aku lambat lagi. Bulan depan. Bila aku tanya, Abi cakap. Saja. Sebab tak sabar nak tunggu bulan depan. Aku simpan bunga itu elok dalam pasu kaca di meja solek. Abi yang selalu jagakan nya. Letakkan air. Dan sampai sekarang jambangan bunga itu masih aku simpan.
Dalam tempoh pemulihan hati ku ini, aku merasai perubahan yang ketara pada diri ini. Aku kerap rasa lesu, letih dan asyik nak baring dan tidur awal. Perubahan ini aku pernah lalui sewaktu mengandungkan mujahid sulung ku Fayyadh. Adakah aku sedang hamil? Mungkin aku terlupa untuk makan ubat manakan tidak Abi yang selalu ingatkan aku tentang ubat. Tanpa berlengah aku pergi buat check-up di klinik. Seorang diri. Tanpa siapa2 pun tahu. Akhirnya, positif! Aku hamil! Dah hampir 4 minggu usia kandunganku. Masa itu, aku tidak tahu sama ada aku ingin menangis atau rasa gembira. Aku kaku. Aku memandang tepat ke arah muka doktor. Berbalam2 fikiranku. Hingga kan doktor berkali2 memanggil namaku baru aku tersedar. "Are you okay?" tanya Dr. Aku diam. Hanya mengukir senyum. Otw masa aku bawa kereta balik kolej, aku menangis sahaja. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Sesungguhnya, berita gembira ini harus ku sampaikan pada Abi, tapi Abi telah tiada. Abi tidak sempat pun tahu tentang bayi ini..
Tiba-tiba, satu rasa lahir dari dalam hatiku. Aku perlukan anak ini. Ya! Allah ambil kembali Abi dari hidupku. Tetapi Dia anugerahkan anak ini untuk peneman perjalanan hidup ku. Aku perlu bersyukur. Tidak Allah ambil sesuatu itu lalu menggantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik. Bersangka baik padaMu ya Allah. Engkau mengetahui apa yang lebih terbaik buatku. Sepanjang aku hidup bersama Abi, walau usia perkahwinan aku 2 tahun. Tapi aku terasa tidak sampai setahun aku menghabiskan masa dengan nya. Perkahwinan jarak jauh. Tidak banyak jasa yang aku buat untuk dia. Jadi biarlah anak yang dikandung ini, menjadi perantara antara aku dengan Abi supaya dapat memberi manfaat dan bekal buat Abi di sana. Dapat membantu Abi di sana. Sesungguhnya darjat seorang lelaki yang sudah berkahwin sangat tinggi nilainya di sisi Allah swt. Ini kan pula yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Setiap anak2 itu mempunyai darjat yang berbeza.
Aku bawa kandungan ini dengan baik dan sentiasa berfikiran positif. Aku tidak mahu emosi aku memberi kesan yang tidak baik kepada anak ku. Lebih lagi pula aku ada Fayyadh yang sedang membesar di sampingku. Menghiburkan hati ini. Mungkin waktu itu Fayyadh pun tidak mengerti yang dia bakal mendapat seorang adik dan peneman main nya hingga ke akhir hayatnya. Aku bahagia, walau serba kekurangan kasih sayang dari seorang suami ketika tempoh ini tetapi aku bersyukur , aku masih mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi padaku dan anak2.
Tanggal 17 Ramadhan 1435H bersamaan dengan 20 Julai 2014, aku selamat melahirkan seorang lagi mujahid tepat jam 3.26 pagi. Ketika itu, hatiku terlalu sayu kerna tanpa Abi di sisi menyambut dan mengazankan mujahidnya. Adik lelaki ku yang melakukan semua itu untuk anak saudaranya. Selepas 3 jam aku betarung nyawa membawa anak ini ke dunia. Begitu banyak rasa yang hadir di dalam hatiku ketika itu. Hinggakan aku memanggil2 Abi, akibat kesakitan yang tak tertanggung itu. Hinggakan aku meminjam tangan nurse yang berada di sisiku ketika itu. Untuk aku pinjam sebentar kekuatan nya dari genggaman tangan itu. Aku masih ingat semua itu.. Segala-galanya.. Melihat wajah mujahidku yang ini untuk pertama kali, hilang segala duka di hati. Dia ternyata seorang anak yang kuat dan tabah bagiku. Manakan tidak, dia lahir di saat kehibaan sedang menghuni hati uminya. Tapi dia berusaha untuk kuat hingga lahir ke dunia ini. Tanpa sebarang komplikasi, masalah kesihatan. Hebat! Benarlah kata emak,. aku akui. Jika kamu tidak melalui pengalaman menjadi seorang IBU, kamu tidak akan tahu makna perkataan itu.
Di saat Allah mengambil kembali seorang lelaki yang aku sayang, Dia, Allah SWT menganugerahkan aku kembali dua orang lelaki yang akan menyayangi aku selama-lamanya hingga ke akhir hayat hidup ku di dunia ini. InsyaAllah.
Cukuplah Allah buatku..
Cukuplah Allah buatku..
Selamat Hari IBU untuk diriku..ini.
Muhamad Fatthah Iman
Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/10 Mei '15/at my hometown with my lovely son
1 comment:
Setiap ujian yg ALLAH swt berikam itu membuatkan kita kuat utk terus beriman padanya. Kesabaran itu akan terbalas di akhirat kelak insy'llah. Selamat Hari Ibu.
Post a Comment