Seingat aku, diri aku bukanlah seorang pemarah. Malah aku pernah mengalami satu peristiwa di mana sewaktu aku menjalani praktikum mengajar di sekolah, aku pernah memarahi pelajar aku ketika itu, akibat terlalu geram aku telah mencubit perut pelajar aku. Haa.. tapi respon yang aku dapat.
Masa itu aku yang memang nak marah, terus tergelak dalam hati. Adeh! Memang payah nak buat muka marah sebabnya aku ni jenis yang susah nak marah. Pernah aku kenakan denda ke atas mereka,berlari mengelilingi bengkel elektrik kerana lewat. Aku bukan lah seorang guru yang suka membebel apabila marah. Sikap aku, bila marah aku banyak mendiamkan diri. Jadi bila aku diam, itu bermakna aku sedang marah. Pelajar aku sudah tahu akan hal itu. Jadi apabila mereka melihat aku kurang bercakap, mereka dah dapat sign bahawa aku sedang marah. Jadi hari itu mereka akan baik2 sahaja tanpa membuat perangai. Hehe.. Adakalanya aku terhibur melihat reaksi mereka dalam keadaan seperti itu.
Pernah juga akibat aku agak tertekan dengan sikap mereka yang kurang fokus terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aku decide stop pengajaran aku serta merta hari itu. Aku ambil buku2 aku, aku terus keluar bengkel, masuk bilik guru. Tanpa sepatah pun aku bersuara. Kejap lagi, aku nampak segerombolan anak2 muridku datang ke meja aku meminta maaf. Haha.. Memang kejap benor aku merajuk. Tengok muka diorang yang rasa bersalah pun dah buat aku sejuk hati. Nampak tak, aku memang bukan seorang pemarah.
But jika sekali aku marah, marah yang terlampau marah. Memang agak teruk juga. Actually, aku pernah je baling barang masa aku marah. Habis pecah semua gelas aku baling. But aku tak baling kat orang yang aku marah. Aku baling kat dalam toilet (nak mengamuk pun aku stay pilih safety first!). Aku kira, hanya arwah suami aku sahaja yang pernah tengok aku marah macam itu. Sebab itu dia sangat la jarang buat aku marah, sebab dia sendiri takut bila tengok aku marah. Perkara yang dia selalu buat bila aku marah, dia akan pegang tangan aku erat. Tindakan nya itu membuatkan aku segera sejuk dan drastik menjadi cool kembali.
Tapi aku rasa mungkin masa itu, aku masih muda. Sekarang aku dah ada anak2 dan menginjak dewasa. Agak matang dan berfikiran lebih tenang. Jadi aku dah buang sikap aku yang tidak baik itu. Sebenarnya sifat marah ini, tidak baik untuk diri dan emosi. Tambah2 untuk orang sekeliling. Terutama sekali anak kecil kerana sifat amarah yang tidak bisa dibendung dengan wajar boleh saja memberi kesan yang mendalam pada jiwa mereka. Dan apabila mereka membesar nanti, mereka akan terikut2 dengan sifat amarah yang kita telah tunjuk pada mereka sejak kecil lagi.
Macam mana aku tahu yang aku dah buang semua sifat aku itu..?
Beberapa minggu yang lalu, aku pernah difitnah melakukan perkara yang aku sendiri tak tahu dan tak buat. Terpinga2 juga diri masa itu. But .aku tak cepat bertindak. Aku selesaikan satu2 masalah itu sehingga keadaan kembali tenang. Kalau ikutkan nafs, aku rasa bisa meletus perang dunia masa itu. Tetapi disebabkan Allah sudah memberikan aku akal untuk berfikir, jadi aku gunakan segala anugerah itu sebaik mungkin. Dan alhamdulillah segalanya kembali pulih seperti selalu.
Tips aku mudah je :
1. Kalau ada yang sedang menaikan amarah kita, lebih baik kita diam dan dengar dulu segala luahan amarahnya itu. Jangan berlawan cakap pula. Just jadi pendengar. Biarkan keadaan reda sendiri.
2. Lepas itu, ucapkan maaf terlebih dahulu walau bukan kesalahan diri sendiri. Tak jatuh ego pun jika kita meminta maaf. Lagipun jika kita meminta maaf, hati kita akan menjadi lebih tenang.
3. Jelaskan kembali keadaan sebenar jika berlaku salah faham. Jelas betul-betul sehingga orang yang marah tadi faham akan situasi sebenar. Selebihnya terpulang kepada dia, ingin memahami atau pun tidak. Mungkin akan mengambil masa untuk dia berfikir atas apa yang telah berlaku.
4. Walau apa pun yang sudah berlaku, teruskan hubungan silaturahim dengan dia. Jangan kita diam dan jauhkan diri. Sentiasa bertanya khabar dan mesej dia seperti biasa. Kalau boleh buatlah seperti biasa, seperti tiada apa2 yang berlaku antara dia dan kita.
5. Akhir sekali, sentiasalah mendoakan yang baik2 buat dia. Supaya Allah swt perlihara hubungan silaturahim hingga ke syurga dan dijauhkan dari fitnah. Jika kita sentiasa berfikir perkara2 yang baik, inshaAllah, benda2 yang baik akan menyusul seterusnya.
Sebagai sahabat, kawan dan teman sepatutnya janganlah diambil hati sangat dengan kesilapan kecil yang mereka lakukan pada kita. Jika kita betul bersahabat kerana Allah swt, inshaAllah segala kelemahan dan kekurang dia kita akan mudah terima dan bertolak ansur.
Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak berjumpa dengan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu ketika di dunia, lalu mereka bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah swt:
"Ya Rabb.. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia, yang solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami.."
Maka Allah swt berfirman :
"Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabatmu yang di hatinya ada Iman walaupun hanya sebesar zarah." (HR. Ibnul Mubarak dalam kitab Az-Zuhd)
Al-Hasan Al-Bashri berkata, "Perbanyaklah sahabat-sahabat Mu'min mu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat."
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis,
"Jika kalian tidak menemukan aku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah swt tentang aku."
"Wahai Rabb kami.. hambaMu fulan, sewaktu di dunia sselalu mengingatkan kami tentang Engkau. Maka masukkanlah dia bersama kami di syurgaMu."
Nafsu amarah itu tsifat yang tidak baik, maka jauhilah. Sahabat sejati sukar dicari ganti, jadi apa salahnya saling memaafi.. =')
Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/26 June '15/at my room so alone..
No comments:
Post a Comment