Aku matikan enjin kereta sambil merenung jam di tangan. Awal satu jam aku pagi ini. Aku turun dari kereta kemudian aku ke pintu belakang dan membukanya, Tangan aku mencari sepasang kasut bertutup aku yang bakal aku pakai nanti sewaktu pembentangan.
"Ya Allah!" Debar dadaku sangat la tak terkawal. Walau pagi itu cuaca sejuk dan agak tenang, tapi emosi yang bermain di dalam diriku tidak setenang keadaan di luar. Aku berjalan menuju ke fakulti. Pagi itu lihat seperti aku yang tiba awal ke bilik pembentangan. Yang lain tidak pula aku nampak kelibat mereka. Lagi beberapa langkah aku hendak sampai ke tempat dituju. Baru aku nampak seorang dua teman2 aku. Kami saling menegur but masing2 aku nampak tersangat la pucat lesi, cuak semua ada. Hehe.
Sampai je bilik pembentangan, aku terus masukkan slide tesis aku ke dalam desktop PC di situ. Aku perbetulkan mana yang perlu diperbetulkan pada slide tersebut. Sesekali mata aku memerhati ke luar, kalau2 panel sudah datang. Dalam 10 minit macam tu, aku nampak kelibat kawan aku tiba. Hanya kami berdua masa itu. Masa yang ada kami gunakan utk discuss kembali soalan2 yang mungkin bakal dtanya oleh ahli panel. Walau pun aku cuba menyembunyikan gugup dan gusar di hati tapi ianya tetap terserlah di setiap perbuatan aku. Serius! Aku banyak bergerak untuk menenangkan diri aku. Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Seorang wanita bertudung labuh menyapa kami. Aku memang tidak kenal. Dia memberitahu dia bakal menggantikan salah seorang panel aku pada hari itu. Alhamdulillah.. rupa2nya panel yang paling aku takuti pada pembentangan aku pada pagi ini tidak dapat hadir lalu dia menggantikan tempatnya dengan seorang Dr yang lain. Pada aku Dr ini tersangatlah baik. Terima kasih ya Allah. Sepertinya Allah swt ingin memudahkan urusan aku pada pagi tersebut.
Sebetulnya, malam sebelum viva ini, aku dah puas menangis. Aku pun tak tahu kenapa aku menangis. Tiba2 aku rasa sedih teramat. Memikirkan banyak benar perkara yang aku perlu lalui. Macam2 aku fikirkan waktu itu. Dalam minggu sblm hari pembentangan, aku mmg byk berfikir. Itu ini, nak selesaikan berbagai masalah dan urusan kehidupan aku. Fikirkan anak-anak dan juga sumber kewangan aku. Tetapi seperti biasa aku selalu berlagak tenang seperti tiada apa yang berlaku. Demi Allah! Jika diselami hati aku sedalamnya, aku rasa tak terbendung segala rasa di hati ini.. Tetapi atas rahmat kasih syg Allah swt yang telah menghadirkan insan2 baru di dalam hidup aku, ianya telah mengubat hati aku perlahan-lahan. Aku bersyukur kerna Allah hadirkan seseorng yang sangat aku perlukan di saat aku benar memerlukan ia. Tergelak aku dalam sedang menitiskan air mata apabila mendengar suara puteri ku mendoakan aku supaya tidak bersedih dan berjaya dunia dan akhirat.
"Umi jangan sedih, Tiah doakan umi supaya berjaya, dunia dan akhirat. InshaAllah, kipidup!"
Lebih kurang begitu la doa si kecil Tiah buat aku. Yang part last tu sbnrnya buat aku tertawa sebab dia menyebut ada pelat sedikit. Hehe.. Allah.. Tika itu hati aku merasa agak tenang sedikit. Aku dah boleh berfikir dengan tenang dan sudah kurang menangis. Malam itu juga, aku mendapat sepatah dua kata semangat untuk memotivasikan diriku. Alhamdulillah. Aku seperti mendapat semangat yang baru. Betul lah.. katanya setiap perbuatan buatlah kaitkan dengan Allah, lebih tinggi nilainya berbanding jika buat kerna segulung ijazah yang tiada nilai apa-apa. Terima kasih yang tidak terhingga buat insan yang kini tidak putus memberikan aku sokongan dan nasihat tanpa ada erti jemu. Aku beryukur ke hadrat Allah swt yang Maha Mengetahui segala yang terbaik dikirimkan buat aku.
Selepas hampir satu jam, aku dan kawan menunggu kehadiran panel kedua, tepat jam 10 pagi, pembentangan bermula. Aku menunggu giliran ku selepas yang pertama. Masa itu, aku dah tak tengok langsung nota yang aku tulis pasal slide tesisku. Semuanya aku campak ke tepi. Haha.. Mungkin aku dah redha dan pasrah. Yakin pun aku rasa juga masa tu, mungkin lah. Habis je kawan aku keluar, aku langkah masuk menuju ke arah panel untuk memberi borang rubrik yang telah aku isi kepada mereka. Aku naik stage then buka slide aku. Bila aku tgk panel dah bersedia, aku mulakan dengan kalimah "Bsimillahirahmanirahim...bla..bla..bla aku bagi mukadimah. Tiba2 aku baru teringat, aku belum bagi kata2 aluan buat panel. Adeh! Camne la aku boleh terlupa. Jadi aku stop kejap, pastu aku ucap terima kasih kepada ahli panel kerna sudi jadi panel penilai aku hari ni.
"Terima kasih kepada ahli panel Dr. Nor Hasniza dan Cikgu Ali yang sudi menjadi panel penilai Projek Sarjana Muda saya pada hari ini.."
Tiba-tiba salah seorang panel membalas ucapan aku.
"Sebenarnya tak sudi pun, terpaksa je ni jadi panel kamu.." dengan muka yang serius.
Aku hanya tersenyum sumbing sambil menelan air liur. "Sudah.. mood tak baik ke Cikgu Ali pagi ni. Masaklah aku hari ni.. " Confident level aku yang tadi duduk pada tahap semaksima mungkin skrg dah trun perlahan-lahan ke level yang entah keberapa dah.. hehe.
Aku meneruskan pembentangan aku dari satu slide ke satu slide sambil memberi penjelasan ke atas setiap slide yang sedang dipaparkan di hadapan. Entah apa yang aku duk membebel kat depan, aku pun tak tahu. Suara aku, aku kira boleh dengar sampai luar bilik tersebut. Sebab aku dapat lihat kawan2 aku yang sedang berdiri di luar tingkap lutsinar bilik tersebut sedang memerhatikan aku. Aku kira hanya 15 minit aku amik masa untuk berhujah di depan. Kemudian segalanya senyap. Bermakna aku dah habis bentang. Sekarang 2 pasang mata sedang memerhatikan aku. Aku menuggu respon dan komen dari mereka.
Panel pertama, cikgu Ali menutup salinan tesis aku. Kemudian dia menyoal.
"Awak rasa, sejauh mana awak yakin dengan hasil kajian awak ni.. Setinggi mana tahap confident awak terhadap apa yang telah awak kaji.. Di mana kekuatan kajian awak, just give ur opinion, how ur feel?" tanya dia pada aku sambil tepat merenung aku.
Aku yang dari tadi berdebar, jantung aku stay lagi berdebar malah bertambah debar memikirkan apa jawapan yg perlu aku berikan pada soalan beliau. Perlahan-lahan aku membalas..
"Begini.. saya menjawab dengan sepenuh ikhlas di hati. Saya ingin jujur dengan perasaan saya. Saya ingin menyatakan apa sebenarnya saya rasa. Sebenarnya saya membuat kajian ini hanya menggunakan separuh dari hati saya, bukan keseluruhan kerna saya terpaksa melakukan kajian bukan dalam bidang saya. Saya tidak mahir di dalam bidang yang bukan bidang saya. Tapi atas nama saya menghormati kehendak SV saya, saya menerima tajuk yang diberikan beliau walau pun sebelum itu saya telah memberi cadangan atau pun idea saya tetang apa yang saya hendak kaji. Saya seorng pelajar teknikal. Pelajar dalam bidang kejuruteraan. Pelajar kursus Elektrik dan Elektronik. Sememangnya bidang sains sosial bukan lah bidang yang sesuai untuk saya kaji. Sedangkan bidang saya sendiri pun belum saya mahir, inikan bidang lain. Tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar, saya habiskan juga kajian saya hingga saya dapat perolehi data dengan baik"
Aku memberi jawapan. Ikhlas. Biarlah.. memang aku perlu jujur.
"Memang itu yang saya nampak sewaktu awak membentangkan kajian ini. Saya tidak nampak di mana kekuatan kajian awak. Banyak yang lemah. Ini juga saya perlu kaji sebenarnya, trend di mana pelajar melakukan kajian yang bukan dalam bidang mereka sendiri. Seperti kamu diambil kesempatan untuk memudahkan kerja mereka." Jelas cikgu Ali pada aku. Aku diam.
"Sebenarnya kajian saya sepatutnya dijalankan di kampung, di mana mengikut kepada rancangan yang bakal dilaksanakan ke atas komuniti kampung untuk mengamalkan gaya hidup sihat, satu trek akan di bina pada kampung tersebut di mana penduduk kampung boleh menggunakan trek itu ke masjid, balai raya or sekolah. Jadi saya as pelajar dalam bidang elektrik dan elektronik saya akan build satu device di mana di setiap hujung trek tersebut dapat mengukur how long penduduk kampung berjalan pada hari itu. Mungkin device yang boleh mengukur heart beat mereka juga. Itu sebenarnya kajian say. Tetapi disebabkan berlaku salah faham komunikasi, jadi saya x dapat turun untuk collect data di sana. Jadi saya terpaksa tukar responden utk kajian saya.." jelas aku panjang lebar.
Respon yang aku dapat.
" Kalau dari tadi awak explain pasal ini tujuan asal kajian awak, saya bagi 10, 10 dan 10 untuk setiap item penilaian awak. Itu lah sebenarnya kajian yang perlu awak kaji. Awak pelajar engineering. Kajian-kajian begini yang setara dengan cara awak berfikir.. dan bla..bla.." Panjang benor Cikgu bebel kat aku masa tu. Tapi aku lihat kedua-dua panel aku senyum je masa bagi penjelasan pada aku. At the last sekali, dia pesan pada aku,
"Jika kita membuat sesuatu kajian yang tajuknya dalam bidang kita, rasa minat yang mendalam itu akan hadir dengan sendiri, maka kajian akan dilakukan secara mendalam dan di situ kejituan hasil kajian diperolehi dengan terbaik.." Akhiri panel aku.
Aku senyum. Aku angguk tapi geleng tak. Hehe.
Aku cakap aku akan perbetulkan mana yang perlu diperbetulkan. Aku ucap berkali2 terima kasih pada panel penilai. Walau kajian aku xseberapa resultnya, tapi akhirnya diterima pakai. Nasib baik aku tak dapat jenis panel yang suka campak tesis, Selamat. Alhamdulillah..ya Allah. Akhirnya tamat sudah segala debaran aku dari semalam lagi. Akhirnya segala2nya sudah sampai di penghujung. Thanks Allah,.sebab permudahkan segala urusan aku.
Aku menghampiri panel penilai aku yang muslimah tadi, Sambil mengucap terima kasih aku bersalaman dan mencium tangan nya. Dia ternyata seorang panel yang sangat2 baik pada aku. Syukur Allah gantikan dia dengan panel yang paling aku takut. Aku tunduk dan ucap terima kasih juga pada Cikgu Ali, kata2nya tadi akan aku semat di ingatan dan hati untuk panduan di masa akan datang. InshaAllah.
Selepas itu, aku keluar dengan langkah yang penuh yakin sambil memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT.
"Setiap perbuatan su kaitkan dengan Allah itu lebih tinggi nilai dari segulung ijazah.." Aku senyum dalam hati.
dedication for my thesis...
Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/23 June '15/at my hostel..lonely but happy =)
No comments:
Post a Comment