Seringkali kita dengar dan berhadapan dengan segelintir golongan yang selalu mempersoal dan menyindir hukum yang Allah telah tetapkan. Namun,.kebanyakkan mereka ini terdiri daripada golongan yang kosong tentang pengetahuan agamanya. Itu tidak kita dapat nafikan kerana disebabkan kurang didikan dan pendedahan, mereka seperti kabur dan keliru dengan apa yang telah diwajibkan buat mereka.
Namun bagaimana pula sekiranya golongan yang mempersoalkan tentang hukum Allah ini, berlatar belakangkan agama yang baik dan mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut? Mesti kita terfikir dan tertanya-tanya apakah yang menyebabkan mereka sanggup berfikiran sejauh itu.Pernah melalui pengalaman sebegini,.ana selalu mengambil jalan berfikir sebelum mengeluarkan pendapat. kerana itulah sifat diri ana. Ana tidak suka menjawab tiap soalan yang dihujahkan, tetapi ana selalu mengambil pendekatan menyelami makna persoalan tersebut dan cuba memperhalusinya,.dgn cara menyuruh si penyoal mencari jawapan di dalam dirinya sendiri.
Orang berilmu menolak untuk berhujah. Mereka lebih suka bermuzakarah.
Orang berilmu tidak mengaku berilmu tetapi orang yang cetek ilmu suka mengakui kehebatan ilmu.
Ini kerana mereka tidak kenal diri mereka.
Siapa mereka sebenarnya?
Adakah kita akan terus hidup?
Adakah percakapan ini, ilmu ini milik kita?
Tidak!
Semua milik Allah.
Jadi apa yang kita mahu banggakan?
Hatta jasad dan roh ini milik Allah mutlak.
Ana petik kata-kata ini dari seorg sahabat ana. Ternyata orang yang berilmu cerminan peribadinya. Berilmu dengan amal, kita akan memperolehi akhlak dan hati yg baik, namun ilmu tanpa amal, sia-sia. Tidak guna pandai berhujah andai ilmu yang ada tidak dipraktikkan dan dijadikan sebagai penambah kepada kekurangan yang ada pada diri.
Pernah dengar tentang gila isim?
Ana takut golongan sebegini mengalaminya. Isim bermaksud kesalah fahaman tentang ilmu Tauhid. Menjadikan pendapat peribadi atau pendapat individu tertentu sebagai rujukan yang tepat tanpa merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Ini sangat merbahaya kepada golongan yang menutut ilmu Allah terutama ilmu kebatinan. Sifat was-was dan syak sentiasa ada bermain di dalam hati dan diri. Sebenarnya itu adalah angkara syaitan yang suka membolak balikkan hati setiap manusia yang sedang mengalami masalah sebegini.
Bagaimana cara untuk menyedarkan mereka?
Hanya perlu dapat berdoa supaya pintu hidayah dibukakan buat mereka. Ini kerana golongan sebegini walau beribu kali jawapan atau nasihat yang diberikan, mereka tidak dapat menerimanya disebabkan hati mereka telah menjadi kabur dan gelap untuk menerima kritikan dari orang lain. Walau diberi jawapan yg tepat sekalipun, mereka sedaya upaya memutarbelitkan jawapan tersebut sehingga mereka akan bersorak gembira melihat hujahan mereka tidak terjawab. Sifat takbur, angkuh dan sombong itu jelas menunjukkan mereka bukan mempunyai niat yg baik utk berhujah,.akan tetapi hanya keperluan sebaliknya semata-mata.
Penawar untuk berhadapan dengan golongan munafik seperti ini ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Quran seperti Surah Insyirah supaya Allah sentiasa menghadirkan sifat sabar dan tenang di dalam hati kita.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
Nasihat ana juga, janganlah kita membenci golongan seperti ini tetapi bantulah mereka supaya sedar di atas kejahilan yang telah menyelaputi hati mereka. Marilah berdoa kepada Allah semoga Allah memberi mereka petunjuk dan hidayah serta membantu mereka pulang kepada yang lebih Hak..amin.
suhaiza_shuhaimi/allahisEnoughforMe/July '11
No comments:
Post a Comment