Sesungguhnya,.jodoh itu bukan datang dari langit tp kurniaan Ilahi,.dekat di hati yg boleh dirasai. Sejak dilahirkan hingga dewasa, Allah telah menetapkan jodoh buat kita. Namun kita sendiri tidak bisa mengetahui siapa dan di manakah dia. Masa kita kecil x pernah pun kita terfikir tentang istilah kahwin sbb masa itu kita masih tdk memahami maksud dan kepentingannya. Namun bila dah berganjak dewasa,.nak x nak kena juga fikir soal jodoh dan kahwin ni. Walaupun pelbagai pengalaman yg kita lalui dlm hidup dlm mengenali istilah ini,.akan tetapi Allah itu maha Adil. Dia akan menjodohkan kita dgn lelaki/wanita yg serasi dan lebih kurang sama spt kita. Misalnya if klu ada yg kurang pd kita,.dia akan kurniakan psangan yg ada lebihnya. Jika kita yg lebih,.psangan kita mungkin ada kekurangan yg perlu kita isikan. Begitulah kejadian Allah, sgt2 unik. Setiap psangan saling melengkapi antara satu sama lain.
Namun sblum kita menerima sesuatu lamaran,.baik kita melakukan solat sunat istikharah utk memohon petunjuk dr Allah. Ana ingat lg saat ana berada di dlm dua persimpangan utk menerima lamaran,. ana melakukan istikharah,.bukan sekali tetapi berkali2,.krn petunjuk yg Allah berikan kpd ana begitu secara tersirat,.dan ana perlu memperhalusi maksud petunjuk tersebut. Bila ana yakin dgn pilihan ana,.hati ana masih berbolak balik. Sedangkan ana telah nekad membuat keputusan itu. Sebenarnya itu petanda bukan itu yg Allah mahu ana lakukan. Kerap juga ana menangis krn diduga sehebat ini krn membuatkan hati ana tdk berada di dlm keadaan yg stabil dan menyesakkan dada. Namun ana berdoa dan terus berdoa di samping mencari makna di sebalik yg sedang ana hadapi. Melakukan pertimbangan dan istiqamah dgn keputusan. Alhamdulillah,.akhirnya keputusan ana disambut baik oleh insan2 yg menyayangi ana walau ada 1 hati yg terluka,.tp ana yakin ada jodoh yg lebih baik utk dia,.dan dia bisa hidup dgn bahagia tanpa ana.
Allah itu maha kaya bukan,.memberi ana kurniaan yg tdk ternilai,.iaitu sifat sabar dan tabah yg tinggi di dlm diri ana. Allah juga mengurniakan seorg lelaki yg paling terbaik kpd ana spnjng hidup ana selepas ayah ana. Bakal zauj ana,.yg begitu memahami dan ikhlas menerima serta menyayangi ana. Sbnrnya walau kami belajar di tempat yg sama,.tetapi kami tidak pernah bertegur sapa,.malah senyum pn tidak pernah walaupn berkali2 bersemuka. Dan tidak pernah ana sangka dia adalah jodoh ana. Langsung tidak ana jangkakan! Bila difikir2 kembali,.masa lalu,.ana bersyukur krn lebih baik ana tdk mengenali bakal zauj ana sblm sampai waktunya,.Alhamdulillah..
Kini,.hari2 berlalu dgn penuh rasa syukur dan bahgia utk melangkah ke syurga diberkati Allah (nikah). Walaupun sebelum ini ana begitu sukar menerima ujian2 yg mendatang,.namun hari ini,.ana betul2 bersyukur dgn rasa di dlm hati ana krn ana telah meredhai segala yg berlaku spjng hidup ana. Rupa-rupanya andai kita tdk meredhai setiap ujian yg mendatang,.hati dan jiwa kita terus2an tdk akan berasa tenang dan seringkali kita mengeluh utk ujian2 itu. Ya! Benar! Ana telah melaluinya. Perit dan terlalu sakit. Akan tetapi,.Allah itu kan penuh dgn kasih syg,.andai kita di beri satu ujian,.kita bersabar,.dan redha,.insyaAllah,..Dia akan memberi nikmat yg berganda2,.kpd kita. Dgn kuasa Allah,.yg memberi rasa di hati ini kembali utk insan selayaknya memiliki,.dan merasai semua ini,.dgn cara menghargainya kini..
Thanks Allah for gift all this for me.. syukran abi,..^_^
No comments:
Post a Comment