"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Wednesday, August 3, 2011

Kisah Ramadhanku

    Alhamdulillah.. syukur kepada Allah swt atas nikmat yang tidak berbelah bagi ini. Akhirnya bulan mulia yang ku tunggu-tunggu tiba jua. Seperti biasa kedatangannya ku sambut dengan penuh rasa syukur yang teramat di dalam hati. Bila bulan puasa ni, jadual harian pun dah berubah. Bangun awal sudah tentu untuk siapkan sahur. Bersahur dan tunggu hingga solat Subuh. Adakala sambil tunggu waktu subuh, Quran jadi peneman tak pun dengar orang mengaji. 

Jadual yang dulu padat, tiba-tiba jadi lapang bila masuk bulan Ramadhan ni. Mana tidaknya, waktu tidur dah di pendekkan.ehe. Sampaikan bila baru pukul 9 pagi, ana dah x tahu nak buat apa, sebab semua kerja rumah ana dah siapkan. Mengemas, menyapu, membasuh, menyidai dan macam-macam lagi. Nasib baik ada kucing kesayangan ana, boleh bermain-main dengan mereka. =) Selalunya ana habiskan waktu dengan membaca or tengok tv je la. Nasib la bulan Ramadhan tahun ni jatuh time cuti semester ana..tapi bila cuti lama-lama ni bosan la pula.ehe


    Itu baru kisah pagi, bila sampai petang pula, mula sibuk nk menyiapkan juadah. Baru-baru ni, ana ke bazar Ramadhan. MasyaAllah, ramainya orang. Ana ni memang takut or x selesa if kalau ramai sangat orang. Tetapi  disebabkan ada 'bodyguard' berani la juga, nak tak nak kena la redah juga. Alhamdulillah, kuih muih dan hidangan di sini memang sedap dan harganya sangat berpatutan. Tak seperti di KL, semuanya mahal-mahal belaka. Untungnya jadi orang Utara. Macam-macam ada. 

Selalu kalau rasa malas nak keluar pergi bazar, masak je la apa yang ada. Dapat juga jimat. Namun ana cuba didik diri supaya tidak membazir. Sediakan hidangan mengikut keperluan. Selalu ana beli kuih muih je yg lebih sebab dah tahu nanti waktu malam mesti kuih-muih tu jadi 'alas perut' bila rasa lapar. 

 
 Bila masuk ke malam, ana pergi tarawikh di surau or masjid berdekatan. Jarak surau dengan rumah ana dekat depan umah ana je. Jalan beberapa tapak sampai la ana. Itu yang seronok,. macam malam tadi hujan renyai-renyai, tetapi semangat nak tarawikh punya pasal, ana redah juga hujan tu. Alhamdulillah, sampai juga.  

Ana ingat lagi, bila nak masuk saf ana tengok ramainya jemaah wanita. tak macam tahun lepas, cuma 2 saf. Kadang-kadang tinggal 1 saf je. Tapi tahun ini, Alhamdulillah, ramai..sampai ada jemaah wanita yang solat di luar pintu bahagian muslimat. Hebat! Kalau macam ni la selalu, muslimat kita memang hebat! Seronok ana tengok suasana macam ni. Baru semangat nak buat ibadah. 

Ana juga kagum dengan jemaah 'comel' yang hadir bersama ibu mereka. Walau di saf belakang mereka boleh habiskan rakaat penuh bersama jemaah wanita yang lain. Teringat ana bila ana terdengar suara jemaah 'comel' di sebelah ana membaca surah dengan kuatnya mengikut bacaan imam. Hebat! Kecil-kecil sudah menghafaz surah yang panjang. Sekaligus perasaan kagum menerjah hati ana. Alangkah indah andai kehidupan masyarakat Islamic begini dihayati bukan sahaja di bulan mulia ini, tetapi di sepanjang bulan-bulan yang lain.



     Usai berjemaah, ana selalunya pulang terus ke rumah. Tak pernah menjamah more' yang disediakan di surau. Bukan apa, kerana ada rasa segan di dalam hati sebab ana selalunya pergi tarawikh bersendirian. Tetapi kalau ada yang memberi bungkusan makanan, ana ambil je bawa pulang ke rumah. Selalu anak-anak sedara la yang tolong habiskan. Sambil mereka makan, mereka selalu meminta ana bercerita kepada mereka tentang kisah nabi ataupun kisah teladan yang lain. 

Sebenarnya, hari-hari ana kena bercerita untuk mereka. Kalau ana tertinggal satu hari untuk bercerita, mesti ana perlu menyediakan 2 buah cerita untuk keesokkan harinya. Ini kerana, anak-anak sedara ana, menganggap ana berhutang cerita kepada mereka.ehe. ^_^

Nasib la, asyik kena buli je dengan anak sedara. Namun ana gembira dan bahagia bila ana dapat berkongsi ilmu atau pengetahuan dengan mereka. Di dalam cerita nabi banyak pengajaran dan teladan yang boleh mendidik mereka. Jadi ana akan terus-terusan menceritakan kisah-kisah ini buat mereka. 
InsyaAllah, mungkin bila ana sudah mempunyai 'permata hati' ana nanti, ana akan sentiasa bercerita untuk mereka kelak.

   Awal Ramadhan ini, mungkin satu permulaan buat ana dalam mentarbiyah diri menjadi seorang yang benar-benar menghayati makna bulan mulia ini. Begitu banyak nikmat dan ganjaran di sebaliknya. Bagi yang mencari dengan ikhlas, sabar dan bersungguh-sungguh, pasti layak menjadi 'pemenang' ganjaran Ramadhan. InsyaAllah,.sepanjang Ramdhan ini,.ana akan cuba semampu yang mungkin untuk mencari makna tersirat tentang kehidupan yang Allah telah berikan buat ana kini. 
Thanks Allah for gift 'Ramadhan' to us..


No comments: