Usai solat Subuh, ana menghabiskan waktu yang tersisa dgn membaca beberapa helaian kalam Allah sebelum Syuruk menjengah. Sedang menghayati kalimah-kalimah indah itu. Ana terpandang pada jendela, indahnya pagi ini. Seindah pagi-pagi sebelum ini. Syukur ya Allah, nikmat pandangan yang tiada tandingan. Terdetik di hati, ana mesti ke sana pagi ini!
Sebenarnya hobi ana salah satunya adalah menikmati nikmat pandangan yang Allah berikan kepada ana. Dengan memerhati kita boleh menginsafi diri dengan cara mengagumi ciptaan Allah. Betapa hebatnya Allah kerana telah mencipta banyak perkara yang hebat. Antaranya seperti nikmat pandangan kita ini.
Seperti biasa, apabila ana sampai di sana, udaranya sesegar dan sedingin itu meresap ke dalam jiwa.
Ya Allah, rindunya kepada pemandangan sebegini. Rasanya sudah hampir lama ana tidak memijak kaki ke sini. Namun sejak ana bercuti, ana ada juga datang beriadah atau pun sekadar mengambil angin, melihat terbitnya fajar pagi.
Indah! Sangat indah ciptaan Allah. Pemandangan tasik yang menghijau di tambah dengan udara segar sangat membuatkan hati ana tenang menikmatinya. Banyak yang telah berubah seperti waktu dan keadaan. Namun, bagi ana walau besar mana perubahan yang berlaku, ana tetap mencintai ketenangan sebegini. Cinta ana kepada pemandangan dan anugerah Allah ini, banyak memberi ana kesedaran dan memuhasabah diri bahawa setiap yang wujud di muka bumi Allah ini, semuanya milik Allah swt. Indah dan cantik bagaimana pun semuanya adalah milik Dia. Begitu juga dengan nikmat pandangan ana ini, segala-galanya milik Allah. Andai Allah ingin mengambilnya, sekelip mata sahaja. Sungguh! Namun Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Dia sangat menyayangi ana dan setiap hambanya. Tidak pernah jemu memberi kita pelbagai nikmat.
Cuma ana lihat, dalam bulan Ramadhan ini, tidak ramai umat Islam yang datang beriadah. Mungkin mereka menggunakan alasan berpuasa untuk tidak dapat melakukan aktiviti sukan. =) Namun bagi ana, itu semua bukan penghalang. Nak dengan tak nak je. Puasa letak belakang.
Hatta sewaktu perang Badar pun, Rasulullah saw dan para sahabat serta tentera Islam pun sedang berpuasa namun mampu untuk berperang dengan pihak musuh hingga mendapat kemenangan. Hebatkan!
Mengapa kita tidak mahu mengambil contoh dari peristiwa ini? Lagipun kita bukan berperang, hanya berpuasa baru. Daripada menghabiskan waktu dengan tidur, apakata kita keluar beriadah sambil hirup udara pagi yang segar. Bukan sahaja berfaedah dari segi pengisian masa, malah kesihatan kita juga dapat dipertingkatkan. InsyaAllah.
Alhamdulillah, akhirnya ana dapat juga melihat pemandangan sebegini lagi pada pagi ini. Ana sentiasa berdoa di dalam hati supaya Allah sentiasa memberi kesempatan kepada ana untuk terus hadir menikmati indahnya ketenangan ini. Bagi ana, walau sejauh mana ana melangkah, walau setinggi mana ana mendaki, ana tidak pernah melupakan ketenangan itu.Kerna ketenangan yang lahir di sini, membuatkan ana sedar dan mengerti maksud anugerah Allah yang terangung iaitu nikmat kehidupanNya.
suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/August '11
No comments:
Post a Comment