"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Saturday, August 6, 2011

Majlis Khatam Al-Quran

    Untuk memulakan majlis khatam al-Quran adalah seeloknya ianya dibuka dengan bacaan al-Fatihah (الفاتحة). Kemudian barulah majlis khatam dimulakan dengan bacaan surah ad-Dhuha (سورة الضحى) sehingga sampai surah an-Nas (سورة الناس). Apabila sampai pada ayat terakhir dalam surah ad-Dhuha (سورة الضحى) sehingga surah an-Nas (سورة الناس), disunatkan bagi pembaca al-Quran menyebut lafaz Takbir.

Sejarah Bacaan “Takbir”

    Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah terputus menerima wahyu dari Allah S.W.T seketika sehingga orang-orang Musyrik berkata :
“Muhammad telah ditinggalkan oleh tuhannya!” Tidak berapa lama selepas itu turunlah surah ad-Dhuha (سورة الضحى). Nabi Muhammad S.A.W berkata : (Allah Maha Besar) dan Baginda mengarahkan kepada pembaca al-Quran supaya membaca “Takbir” apabila sampai pada surah ad-Dhuha (سورة الضحى) dan seterusya pada surah-surah selepas itu sehingga tamat bacaan.

    Sebahagian ulama’ meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W bertakbir atas sebab bersyukur kepada Allah S.W.T kerana menafikan kata-kata orang-orang Musyrik. Manakala sebahagian yang lain mentafsirkannya sebagai kegembiraan Nabi diatas turunnya wahyu selepas beberapa ketika terhenti.

    Bacaan takbir telah diriwayatkan oleh kebanyakan pembaca al-Quran dan ianya menjadi suatu adat ke atas pembaca al-Quran sebagaimana ianya menjadi amalan bagi setiap pembaca al-Quran di daerah negara lain ketika dalam perayaan atau majlis membaca al-quran dan begitu juga ketika mereka mendirikan Qiamullail pada bulan Ramadhan. Mereka (Qura’) tidak meninggalkan perkara ini (takbir) ketika mereka mengkhatamkan al-Quran dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Lafaz-Lafaz Takbir


    الله أكبر
    لا إله إلا الله والله أكبر
    لا إله إلا الله والله أكبر ولله الحمد

Lafaz ini disebut sebelum membaca Basmalah pada awal surah. Secara mudahnya, lafaz ini disebut setiap kali selepas selesai membaca ayat terakhir dalam surah.

Bila Bermula Bacaan Takbir Dan Bila Berakhirnya?

Ada 2 pendapat mengenai bilakah bermulanya bacaan takbir ini. Pendapat tersebut ialah :

    Bermula selepas akhir surah ad-Dhuha
(سورة الضحى)
    Bermula selepas akhir surah al-Lail (سورة الليل)

    Walaupun ulama’ berselesih pendapat mengenai bilakah bermulanya bacaan takbir ini. Namun, mereka bersepakat mengenai tempat berakhirnya bacaan takbir iaitu selepas tamat bacaan surah an-Nas (سورة الناس). Selepas menghabiskan bacaan surah an-Nas (سورة الناس), pembaca al-Quran hendaklah menyambung bacaan mereka dengan membaca surah al-Fatihah (الفاتحة) dan disambung dengan 5 ayat dari awal surah al-Baqarah (البقرة) kemudian diikuti dengan bacaan ayat 115 surah al-An’am (الأنعام).



Doa Khatam Al Qur’an



Doa khatam al Qur'an

Terjemah Doa Khatam Quran 
Maha benar Allah yang Maha Agung, dan RosulNya Nabi yang mulia dan kami bersaksi atas kebenaran hal tersebut. Ya Rabb kami, terimalah amalan kami, karena sesunggguhnya Engkau maha mendengar dan maha mengetahui.
Ya Allah anugerahkanlah kpd kami kenikmatan/kemanisan bagi tiap2 huruf dari Al Qur’an, dan balasan bagi tiap2 juz dari Al Qur’an. Ya Allah jadikanlah huruf alif sebagai kelembutan, hurup ba barakah, ta taubah, tsa pahala, jim kecantikan, ha hikmah, kha kebaikan, dal dalil/petunjuk, dza kecerdasan, ra rahmah, za kesucian, sin kebahagiaan, syin syifaa/ubat, shad kebenaran, dho cahaya, tho ketenangan , dzo keluasan, `ain ilmu, gho kekayaan, fa kemenangan, qo kedekatan, qaf kemuliaan, lam kelembutan, mim nasihat, nun cahaya, wa wushlah/sarana, ha petunjuk, ya keyakinan.
Yaa Allah berikanlah kami manfaat dengan Al Qur’an yang agung dan tinggikanlah darjat kami dengan ayat2nya dan terimalah bacaan kami dan maafkanlah segala kesalahan, kelupaan, perubahan kalimat dari tempatnya, mengawalkan atau mengkahirkan, penambahan atau pengurangan, penafsiran yang tidak sesuai dengan apa yang Engkau turunkan, keraguan atau sahwun, sui ilhanin(?), dan terburu2 ketika tilawah, kemalasan atau kesesatan lidah, waqof (berhenti) bukan pada tempatnya, mengidghomkan (mendengungkan bacaan) yang bukan idghom, mengidzharkan (bacaan tanpa dengung) yang bukan idzhar, madd (memanjangkan bacaan), mentasydid, hamzah, atau sukun, i’rab yang bukan pada tempatnya, atau kurangnya rasa cinta dan senang terhadap ayat2 yang memeberii berita gembira, dan kurangnya rasa takut ketika membaca ayat2 ancaman, maka ampunilah kami ya Allah, dan jadikanlah kami sebagai oarang yang syahid.
Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an, dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an, masukkanlah kami ke syurgamu dengan Al Qur’an. Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman , cahaya di atas titian (shirath), dan teman di dalam surga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dlm kesempurnaan , anugrahkan kepada kami kemudahan dlm mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman. Dan sholawat dan salam yg senantiasa tercurah kpd junjungan Nabi Besar Muhammad SAW dan para sahabat atas kebaikan akhlaq dan kelembutan budi pekertinya di atas cahaya arsy.
Amin yaa Rabbal ‘Alamin.

suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/August '11

3 comments:

ct cucubi said...

sy x pernah hadiri majlis kahatam quran.. dan dulu ms beljar bila dah kahatam x de sambut apa2 majlis pon.. la ni nak kawen br nak buat.. info ni berguna sgt. tQ

suhaiza shuhaimi said...

alhamdulillah.. semoga memberi manfaat buat kita semua =)

mizie said...

Terbaik