"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Friday, December 18, 2015

Surat Cinta Khairil-Suhaiza

Bahagia...?
Mungkin itu apa yg aku rasakan sekarang. Actually dah lama aku tak menulis ni. Ye la.. busy as a superummi pada anak2 kesayangan dan zaujah  utk suami tercinta.

4 bulan 19 hari... Really? As zaujah for Mohd Khairil. Aku rasa mcm dah bertahun hidup dgn dia. Walau baru beberapa bulan kami melayari bahtera bersama. My lovely husband. I love him very much coz of Allah swt. Selalunya aku selalu tanya dia..
"Abg, hari ni dah masuk bape bulan kita bersama?"
Selalu husband akan jawab sekian..sekian..sekian. Dan dia akan cont..
"Tapi abg rasa macam dah lama kita hidup bersama. Macam dah 20 tahun.."
Aku tergelak juga. Tapi hakikatnya itu yang aku dan dia rasa. Serasi, tenang bila berdua.

Ingat lagi masa mula2 kami diijabkabulkan. Lepas nikah. Lepas selesai semua majlis. Usai solat jemaah bersama. Aku dan dia terasa terlalu kekok untuk memulakan bicara. Akhirnya aku beranikan diri menegur dia. Memang terasa pelik sebab kami membahasakan diri khairil dan su. Bila nak ubah panggilan ke abg dan syg kami jadi malu. Akhirnya kami serahkan pada masa utk selesakan kami dgn situasi itu.

"Khairil.."
"Su..."

Sepanjang majlis aku dan dia tidak ada sekeping pun gambar berdua. Berpegangan tangan apatah lagi. Terlalu malu dan janggal. Tapi sweetnya kami je yang rasa dan faham. Betul la kata cerdik pandai. Bercinta after nikah sangat la manis.. Manisnya smpai sekarang aku dan dia rasa.

Ingat lagi pada entry aku bertajuk Kau Pergi Jua III.. At the last paragraph aku harap biar masa dan keadaan yg bawa aku dgn kekuatan utk ziarah pusara arwah suami aku yg dulu. Rupanya dia la kekuatan itu. Sebab after kami nikah esok tu dia bawa aku ziarah pusara my late husband yg hampir 2 tahun aku xdpt nak ziarah. Sebenarnya mmg itu niat yg dia nk buat utk aku after kami bernikah. Thanks abg.. u are lots with sweet hearts.

Act.. lps kami nikah. Byk benor ujian dan cabaran yg kami lalui. Allah swt tak putus2 beri kami hadiah berbentuk ujian. Hadiah kahwin agaknya. Anak2 kami antara cabaran terbesar. Its not simple things to raise up our childrens. Needs kesabaran, kekuatan mental dan fizikal. Mula2 tu aku menangis juga sebab nak take care anak aku sendiri pun aku masih dlm proses belajar. Ye la aku stay in university after aku gift birth utk dua putera aku. Every weekend je aku balik tgk diorng. Means aku xde la fulltime jaga anak2 aku sendiri. Bila cuti midsem je aku ada masa lama dgn anak2. But now aku kena jaga anak2 semua. act 4 org je wlu anak aku 5 org coz yg sorang mak mertua aku tolong jagakan.. Maybe one day hope aku blh jagakan kesemuanya. Dgn husbnd aku weekend husbnd.. Teramat la menguji mental dan hatiku. Kadang2 aku cengeng gak. Tapi aku kena kuat. Selalu husband aku kata aku kuat dan aku mampu jadi aku kena la buktikan pd dia aku kuat dan mampu.

Tabiat aku suka usik husband aku. Banyak cara aku buat. Tapi biarlah rahsia.... hehe. Bagi aku dia seorg yg cerewet tp cerewet dia satu yg bagus. Lama2 aku dah belajar byk bnda dan perkara dari dia. Walau dulu aku mcm zero and kekok sikit. Bagi aku selagi aku mampu follow and buat. i"ll try my best for my family and esp for Allah swt.


Sape manusia yg di dunia ni mengecap bahagia tak pernah di uji. Dalam hepy dan bahagia pn kdng2 ada juga gaduh2 nye. Gaduh2 manja. Pengikat dan penguat kasih di hati. Selalunya aku yang lebih teremosi. Yes.. memang aku jenis sensitif dan mudah tersentuh. Sebab aku jenis amik kisah setiap butir bicara, perbuatan dan tingkahlaku sekeliling aku. Pada aku mmg sgt2 kena jaga mcm aku yg selalu nak kan yg terbaik utk org lain. Selama waktu aku bersama dia, aku perhatikan dia seorg yg penyabar dan mudah dipujuk. Pendek kata manja and suka org pujuk dia. Hehe.

" Abg..manja..!"
" Mana ada.. abg xmanja le.."
" Kalau gitu abg ngade.."

Benda baru yang jadi habit aku lps kahwin dgn dia bila masa aku salam dia. Aku akan cium dan letakkan tgn nya pada pipi aku. aku rasa dekat  dgn hatinya if aku buat mcm tu pada dia.
Dan smpai bila2 aku akan macam tu sebab dia terlalu istimewa dalam hidup ini.

Bila kami jauh.. rindu selalu menggamit. Sebab itu bila ada je masa terluang antara kami, sepenuhnya kami isi utk luangkan ant satu sama lain. Untuk dia aku snggup korbankan segalanya janji aku dapat lihat setiap baris senyum di bibirnya. Coz aku dah berjanji akan membahagiakan dia selama hayat aku bersamanya. Senyuman itu sudah cukup memberi rasa indah bahagia itu pada ku.

Selama bersama.. ada suka ada duka ada ria ada tawa ada banyak cerita. Walau datang apa sekalipun yang cuba menghalang memisahkan mengusik menghiris.. setiap itu makin kuat ikatan aku dan dia. Ada duka tapi suka melebihi. Ada kecewa tapi bahgia lebih memberi. Ada luka tapi kesembuhan itu lebih besar. Ternyata itulah manisnya cinta di alam pernikahan.

Jauh lagi impian dan cita2 kami bersama yang selalu kami omong2 kosong berdua. Suatu hari nanti.. di waktu sore kami berdua mungkin sedang menghirup kopi panas di beranda menikmati udara segar dan pandangan hijau aman sambil tangan kami menggenggam erat antara satu sama lain. Di waktu itu dia membisikan kepada aku ayat yang selalu dia bisikan untuk aku..

"Abg sayang su..."

Dan aku pun tersenyum..

Suhaiza_Shuhaimu/AllahisEnoughforMe/19 Dec '15/at my home sweet home feeling longing Mohd Khairil my dearest husband so muchhh..



Thursday, October 15, 2015

Buah Hati Teragung

         
        Apa yang bakal aku coretkan kali ini, agak menyentuh hati kecil ku. Lagi2 naluri ku seorang ibu yang mempunyai anak. Yang mengandungkan,melahirkan dan membesarkan mereka semua. Aku mempunyai dua orang putera yang kecil. Masih kecil dan sedang membesar. Sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian seorang ibu dan ayah. Teringat aku semasa kali pertama aku menatap wajah Fayyadh. Itu lah kali pertama aku melihat anak dari benih dan darahku sendiri. Terasa sangat syahdu dan bersyukur dgn rezeki Allah swt ini. Ketika Fayyadh lahir, Abinya masih berada di sisinya. Untung Fayyadh ketika itu. Masih berpeluang bersama Abi walau seketika cuma. Sepanjang Fayyadh membesar, dia banyak bersama Abi berbanding aku kerna aku hanya weekend wife. Aku ingat lagi, Abi pernah ceritakan pada aku, jika Fayyadh bersama dia. Fayyadh menjadi anak yg sangat berdikari dan mendengar kata. Senang di urus dan tidak banyak ragam. Namun apabila aku pulang ke rumah, segala sifat yang Abi katakan hilang terus. Fayyadh berubah 360 degree. Dia akan jadi mengada2 dan banyak meragam. Paling ketara dia minta didukung. Begitulah Fayyadh bila dah jumpa dgn uminya. 

         Paling sedih bila saat Fayyadh kehilangan Abi. Tika itu Fayyadh baru bisa melangkah 2 dan 3 tapak. Itu juga kali pertama Abi lihat Fayyadh berjalan. Gembira Abi tak terkata kerna anak lelaki sulungnya sudah boleh bertatih menuju kepadanya. Malam itu juga merupakan malam terakhir Abi melihat Fayyadh. Actually, Abi terlalu sayangkan Fayyadh. Dia sanggup korbankan apa sahaja demi Fayyadh. Abi selalu inginkan yang terbaik buat Fayyadh. Adakalanya semua keperluan Fayyadh Abi inginkan yang terbaik. Walaupun diri Abi sendiri tidak mendapat yang terbaik. Malam sebelum Abi kemalangan, Abi sempat cium wajah Fayyadh berkali2. Banyak kali (mengikut cerita dari adik gurl Abi). Fayyadh hanya senyum sahaja. Tidak meragam. Klu ikutkan Abi jarang beri dan agak tegas melarang if ada orang ingin suapkan makanan yg bukan2 pada Fayyadh. Tapi malam itu, Abi tak kisah. Abi beri je Fayyadh makan macam2. Rupanya itu la kali terakhir Fayyadh lihat Abi. Dan Abi bersama Fayyadh.

         Sewaktu hari pengebumian Abi, Fayyadh langsung tidak meragam. Malah asyik tersenyum melihat wajah Abi dibaluti kain putih. Ternyata Fayyadh anak yang kuat. Dia seperti faham keadaan yg sedang di hadapi tika itu. Dia lah penguat hati umi. Dia lah pengubat dan penawar diri di kala sedih tika itu. Melihat Fayyadh ketika itu, membuatkan umi kuat melangkah kaki meneruskan sisa hidup. Fayyadh banyak berkorban untuk umi. Saat umi terpaksa meninggalkan dia ketika hati di pasung duka ketika kehilangan Abi, Fayyadh gagah fahami situasi umi, walaupun tika itu dia masih kecil utk melalui semua itu. Apabila dia melihat umi menangis, dia akan datang dan sapu air mata umi. Dia akan peluk umi. Bagi Fayyadh, airmata umi adalah kelemahan nya. 

            Selepas kepergian Abi dalam hidup Fayyadh, segala tugas yang selama ini Abi buat untuk Fayyadh, umi yang mengambil alih. Agak sukar dan kekok juga kerna selama ini Abi yang buat semua tetapi kini umi yang lakukan. Sehingga kadang2 umi menangis sendiri memikirkan kalau lah Abi masih ada lagi tika itu, mesti Fayyadh akan menjadi anak yang mendengar kata dan baik mengikut arahan Abi.

            Apabila Fayyadh bakal mendapat adik baru, umi berasa sangat gembira kerna Fayyadh akan dapat teman main nya. Fayyadh dah ada kawan. At least Fayyadh tiada kasih sayang seorang ayah tapi Fayyadh ada Fatthah, susah senang bersama nanti. Sebenarnya istimewanya Fayyadh, dia banyak mendapat kasih sayang dari 'ayah2 tumpangan'. Semua bapa saudara Fayyadh umpama ayah padanya. Kadang2 agak terubat hati ini, tatkala melihat Fayyadh ketawa dan happy bermain di atas riba mereka. Syukur Fayyadh mampu ketawa dan gembira dgn kehidupanya. 

             Kini Fayyadh dah menginjak 3 tahun. Fayyadh dah boleh bercakap dan Alhamdulillah, percakapan Fayyadh dah agak boleh difahami. Fayyadh juga telah dianugerahkan kasih syg seorang ayah kembali. Fayyadh telah mempunyai walid di dalam hidupnya. Fayyadh sudah punyai kakak dan adik. Fayyadh sudah ada role model yang boleh dicontohi. Fayyadh makin happy, lasak dan nakal juga. Selalu saja mengusik anak2 umi yg lain. 

                   Fayyadh faham, kini dia berkongsi kasih seorang umi dengan kakak dan adiknya. Kadang Fayyadh yang banyak beralah kerna umi ingin berikan perhatian pada kakak dan adiknya. Kadang Fayyadh menangis2 hendak duduk dan tidur dia atas riba umi berebut tempat dengan adik dan kakaknya tetapi umi melarang. Biar Fayyadh faham dia sebagai anak lelaki. Biar dia tahu, anak lelaki perlu kuat dan tidak boleh manja2. Fayyadh yg paling banyak di hukum. Fayyadh yg paling banyak di rotan oleh umi. Jika dua orang membuat salah, antara Fayyadh dan adik atau kakak, Fayyadh yang pertama akan menghulur tangan apabila diminta berbuat begitu untuk dirotan. Sedangkan yang lain, umi tidak mampu dan sanggup menghukum mereka spt mana umi lakukan pada Fayyadh kerna umi kenal Fayyadh. Apabila Fayyadh menangis, dia akan pujuk hatinya sendiri sebab umi tidak akan memujuknya. Kuat dan tabahnya hati Fayyadh, lasak dan nakalnya Fayyadh sebenarnya hati nya terlalu lembut buat umi. 

                   Walau apa sekalipun yang Fayyadh lalui dalam hidup kini. Umi yakin Fayyadh akan membesar sebagai anak yang baik dan soleh. Amin. Fayyadh akan menjadi contoh dan teladan yang baik pada kakak dan adik yang lain. Fayyadh akan menjadi khalifah yang hebat di masa akan datang. Hati seorang umi, terlalu yakin. Fayyadh akan sentiasa menyayangi umi selamanya hingga akhir hayat umi.    

"Apabila Allah mengambil seorang lelaki yang aku sayangi di dalam hidup sementara ini, Dia (Allah) telah mengurniakan aku dua orang lelaki yang sentiasa akan menyayangi ku sehingga ke akhir hayat ini...." 



Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/15 Oct '15/love Fayyadh soo much..

             
  

Friday, October 9, 2015

Jodoh dari Dia

    Siapa sangka kini aku bergelar seorang  isteri kembali. Isteri kepada seorang lelaki yang aku sendiri tidak kenali dan bersua muka walaupun sudah nekad membuat keputusan menjadi suri dlm hidup dia.

1 Ogos 2015,

Aku (Suhaiza) telah menjadi isteri yang sah kepada Mohd Khairil,suami aku kini. Sesungguhnya Allah sebaik2nya perancang dalam sesuatu perkara. Perkenalan yg hanya mengambil masa 2 bulan berakhir dgn satu ikatan yang indah. Sebetulnya baru 3 hari aku mengenali dia, aku telah sebulat hati menerima dia sbg suamiku, pengganti arwah. Sebulat hati itu aku perolehi dari petunjuk Allah swt dan gerak hati. Selama setahun aku mencari pengganti Abi kepada anak2 kecilku. Ternyata dlm beberapa yg aku kenali, dia banyak membuka pintu hati ini.

Kisah hidup dan jalan cerita kami yg serupa, kerna kehilangan org tersayang membawa kami serasi dan menarik antara satu sama lain ingin mengenali. Serius aku katakan, Allah telah menggerakkan hati ini untuk menerima lamaran darinya. Ternyata beberapa persamaan antara aku dengan dia, dan peristiwa2 yang kebetulan antara kami membuatkan kami yakin, antara kami masing2 adalah jodoh yg telah ditakdirkan.

Kali pertama aku berempat mata dengan dia, aku agak ragu2 kerna penampilan dia tidak spt mempunyai anak tiga. He looks different daripada gambar yg aku lihat sebelum ini. But when I start talking with him, yes it is! He's Mohd Khairil, the one yg aku kenal before ni. Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Paling aku rasa sgt2 rendah diri bila berhadapan dgn dia sebab .... he good looking! Macam tak sepadan dgn aku yg banyak kurang ni.

First kami jumpa, he proposed me! Melamar aku menjadi isterinya. Kejutan yg bg aku tersangatlah indah. Dengan senaskhah Al-Quran, he gift it to me and waiting for my answer. At the last, aku definitely say yes! Alhamdulillah. How semua ini boleh berlaku coz Allah yang kehendaki ianya berlaku. Kami tak bercinta dan hanya berjumpa 4 kali before kami nikah. Itu pun 2 kali bersua ditemani mak ayah. I think pertemuan kami tersangatlah indah dan penuh dengan hikmah. Hanya kerna ingin berkongsi kisah hidup masing2 sesama kami, akhirnya Allah mentakdirkan hati kami terbuka menerima antara satu sama lain.

Aku ingat lagi 5 syarat yg dia letak if ingin menjadi calon isterinya:

1. Taat kepada Allah, Rasulullah dan suami.
2. Boleh menerima anak2nya
3. Boleh menguruskan rumahtangga (if aku xsilap lah)
4. Mesti cantik dan seksi (seksi tu subjektif, katanya if pandai layan suami pun dah seksi..ahaha)
5. Kuat jiwa ( yg syarat ini lah katanya paling susah nak cari pada seorang wanita yg at the last dia jumpa ada pada aku )

Banyak benor syaratnya kan! Sejujurnya aku tidak lah ada apa2. Aku banyak kurang dan insan biasa2 sahaja. Aku bersyukur dia boleh menerima aku seadanya. Dia banyak membimbing dan memenuhi hati2 aku dengan bahagia yg selama ini aku cari. Mencintai dia sbg seorang suami membawa aku sentiasa mencintai pemberi rasa cinta di hati ini, Allah SWT. Dekat aku dengannya, mendekatkan aku pada Dia. Itu sebenar2 cinta hakiki bagi aku. Indahnya selama 2 bulan yg baru ini bersama dia, aku telah melalui pelbagai rasa dan ujian yg manis. Yang pada aku ujian ini satu anugerah yg tak terhingga dari Dia. Dengan kehadiran anak2 comel kami, bertambah indah dan ceria kehidupan kami as sebagai sebuah keluarga. InshaAllah.. Semoga Allah sentiasa bersama kita menempuhi segala ujian dan dugaan, membesarkan anak2 dan segalanya kerna Allah SWT. Amin ya rabb.

Dear my dearest husband,
Thanks a lots because menaikkan kembali darjatku di sisi Allah swt.
Thanks a lots because memberi aku peluang jika aku pergi menghadap Dia nanti, pergi ku dalam keadaan mempunyai redha seorang suami.
Thanks a lots because membuatkan semua perbuatanku, pekerjaanku, layananku, rasa di hati ku ini sebagai satu ibadah yang mempunyai ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT.
Thanks a lots because jadikan saya seorang isteri kepada seorang lelaki...
I love u very much more than u dont know it..
Sampai ke syurga cinta ini akan selamanya untuk kamu, suami ku..
Mohd Khairil...



Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/9 Oct '15/at teacher's room with feeling miss u so much


Thursday, September 3, 2015

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Jauh di sudut hati ini
Aku mahu di tanya kamu apa yang hati ini ingini
Di sepanjang hidup bersamamu

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku susahkan hatimu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu
Namun cabaran terlalu

Kamu lihat aku tersenyum tapi sebenarnya aku ingin hiburkan hatimu
Kamu lihat aku setuju tapi sebenarnya aku ingin menghormatimu
Kamu lihat aku tenang tapi sebenarnya aku ingin menjaga setiap sudut hatimu
Kamu lihat aku kuat tapi sebenarnya aku tidak mahu ternampak terlalu mengharapkanmu
Kamu lihat aku terima segala tapi sebenarnya aku inginkan yang terbaik buatmu suamiku...

Banyak yang ingin aku ceritakan..
Banyak yang ingin aku luahkan..
Banyak yang ingin aku katakan..

Namun,.
Kerna kau seorang suami
Aku hanya ingin menjadi seorang isteri yang terbaik di sisimu..  
                                       
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!




Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/3 Sept '15/at skool

Friday, July 17, 2015

My Hari Raya

" Esok hari raya..."

    Sekejap je sebulan berlalu. Ramadhan yg dulu aku rasa, baru saja datang menggamit, sudah tiba saat untuk pergi. Terasa sedihnya.. sebab memikirkan ini mungkin Ramadhan terakhirku, belum tentu aku dapat bertemu Ramadhan yg akan datang. Tetapi dalam hati ini, aku tidak putus berdoa, semoga Allah pertemukan aku lagi dengan Ramadhan. Dan aku bakal bertujuh di Ramadhan tahun depan, insha Allah.

      Dulu masa aku kecil2, selesai je berbuka, aku dan adik2 yg lain berebut nak pasangkan api pelita. Lepas tu, aku bersiap2 pergi ke surau utk solat terawih. Sebenarnya aku terawih 4 rakaat ja., selebihnya main je yg byk. he2. Bulan puasa mmg waktu aku bebas sgt2. Ye la, org kata dlm bulan pose xde hantu. Jadi smpai ke mlm, aku dgn kwn2 yg lain main sorok2. Kalau nk ceritakan pengalaman, mmg banyak sgt. Menyorok dlm parit, atas pokok dan yg paling aku x percaya, atas bumbung pun aku pernah panjat. Sampai skrg aku terfikir, macam mana aku boleh panjat setinggi itu. he2. Kalau waktu sahur, aku pernah je keluar umah berjalan dgn adik2 lps sahur. Dulu2 kalau waktu sahur, cuaca berkabus dan sejuk sangat. Memang best kalau dpt jalan2 kat luar umah waktu itu. (Dulu duduk quaters polis yg umah kelamin bawah, if keluar umah pun xtakut sgt).

       Bila aku dah menginjak dewasa, byk dah berubah. Dulu aku sibuk makan je, dah besar, aku pula yg kena sibukkan diri di dapur. Actually, sbb mak aku keje, jd byk benda aku kena belajar buat sendiri. Dulu ada akak2, boleh la aku harapkan akak2, tapi bila diorng sume dah kahwin. aku pula yg kena ambil alih tugas tu. Balik je sekolah, aku kemas mana yg patut. Then masak apa2 yg penting, buat air, hidangkan dan so on la.. Begitu la rutin aku sehari2 spjg bulan Ramadhan. Aku dah jadi bdk baik. Terawih pun cukup dan xmain2 dah. he2.

      Bila aku dah jadi seorg isteri dan umi, lagi la lain peranan aku. Kalau dulu bangun sahur or berbuka makan ikut apa yg aku suka. Tapi bila ada suami, aku kena tnya dia apa yg dia nak makan untuk sahur dan berbuka. 100% berubah bila dh bersuami, tambah2 lg bila dah ada anak. Kena bahagi masa betul2 utk buat sume. Aku ingat lg, tahun pertama  aku berkahwin dgn suami, mengikut tradisi keluarga, suami perlu beraya di rumah ibu bapa aku. Tetapi itulah, suami ku telah memecah tradisi itu. Aku perlu beraya di rumah mak ayah nya. he2.. as wife, aku turut dgn tanpa bantah. Tapi bagi aku, tak berapa kisah bab ini, mana2 pun tak apa aku follow je. Dan di sebabkan itu, bila masa sekeluarga berkumpul beramai2 utk mengambil foto kenangan hari raya. Pic aku dan husband xde la.. adeh. 3 tahun lps aku beraya umah mertua, xde juga picnya. Tahun lps kami sekeluarga berkumpul kembali, tetapi Abi saja yg tidak ada..

Raya tahun lepas.. semua ada masa ni.. kaki pun pakai stokin lg.. ehe 

       Pengalaman beraya dgn mertua kali pertama bg aku, satu kenangan yg paling istimewa. Kerna seawal pukul 4.30 pg aku bangun masakan beriani dan seangkatan dgn nya. Aku kejut Abi, suh temankan aku di dapur sbb masa itu aku sedang mngandungkan Fayyadh 7 bulan. Memang dia temankn tp sambil tdo.. he2. Tp xbyk yg nk kena buat, sbb aku dah prepare siap2 bahan2 yg nk dimasak mlm smlm. Hmm.. aku kira kul 6.30 pg sumenya dh siap masak. Tanpa bantuan sesiapa termasuk mak mertua aku. Ha.. Alhamdulillah., pagi itu juga first time aku solat sunat hari raya bersama2 Abi di masjid dan beraya ke rumah2 saudara mara sebelah lelaki. Pada aku, sgt la seronok, kerna first time aku dpt merasa beraya di kampung.. he2.

first hari raya bersama Abi & baby fayyadh
7 month in my tummy =)

        Hari raya seterusnya, baby fayyadh dah lihat dunia, tapi dia xblh jalan lg masa ni. Seronok juga, sebab raya sebelah umah mak ayah aku but aku je la yg ada n adik2 kat umah masa tu. Akak2 n abg yg lain balik raya umah mertua masing2.. Takpe la, janji masa itu ada org baru yg hadir dalam hidupku, semua org nk tgk telatah dia je la. Masa raya tahun fayyadh ada ini lah aku excited nk beli baju sedondon. Aku ingat lg, tema warna baju masa tu purple. Nasib baik ada baju saiz baby utk fayyadh. Masa ni juga aku dpt lihat betapa sabarnya Abi melayan n menjaga baby fayyadh waktu aku sedang memilih baju. Yang aku ingat, masa aku nk beli tudung raya, Abi siap bersila dlm kedai tudung smbil pangku baby fayyadh semata2 nk temankan aku pilih tudung yg aku suka. Berkali2 juga aku tnya dia ok ke, sbb aku risau dia xselesa. Tapi Abi ckp dia ok je., janji aku heppy and selesa..




Tahun ke 2 aku beraya bersama Abi, tapi first time beraya bertiga dgn baby Fayyadh


         Siapa sangka, hari raya waktu itu adalah hari raya terakhir aku bersama Abi. Memang Abi ada tnjuk tanda2 yg pelik before dia nak pergi. Masa hari raya benda yg dia tak buat tp dia minta nak buat. Petanda2 itu, bg aku biarlah aku simpan dlm hati ini sbg memori yg akan selamanya sbg memori dlm hidup ini.

      Hari raya tahun lepas, iaitu hari raya first aku tanpa Abi lg di sisi. nasib baik adik Fayyadh iaitu Fatthan deliver before raya. Jadi aku xde nak ikut hati sedih ini sgt sbb aku sibuk dgn baby Fatthah yg comel. Lagipun masa itu, aku masih lg dlm pantang. Memang xelok sgt if aku terlalu ikutkan hati dan terlalu bersedih nnt boleh effect emosi dan mental, silap2 blh jd gila meroyan. Tak nak la aku rosakkan diri aku sendiri dgn kesedihan dunia semata. Sedih mmg la sedih but kena fikir Allah sentiasa ada bersama, hidup perlu diteruskan demi anak2 yg sedang membesar dan perlukan aku as ummi mereka. Ramai sedara yg datang ziarah aku masa itu, dgn ucapan tahniah dan takziah. Apa yg aku selalu buat bila org ucap pada aku, aku senyum sahaja. Alhamdulillah, masa itu dah beransur baik dan dah boleh terima apa yg terjadi pada aku.



                  kecilnya fatthah masa ni.  baru 20 hari

     Tahun ini, hari raya sgt2 la bermakna dlm kamus hidup aku. Alhamdulillah. Lagi 2 minggu, aku bakal menjadi seorg isteri kembali. Siapa sangka, secepat ini jodoh baru aku. Allah menguji ku berkali2 dgn pelbagai ujian. Mungkin aku sudah lulus untuk ujian yg hebat itu, maka Allah hadiahkan jodoh yg terbaik ini padaku. Berjuta kali aku berdoa seusai solat ku, spy Allah kirimkan jodoh terbaik pengganti arwah suami ku. Dan Alhamdulillah.. tidak aku duga, jodoh itu Allah kirimkan dgn penuh hikmah dan rahmat kasih syg drNya. Bagi aku, ini jodoh yg terbaik kerna aku meminta dariNya dgn penuh pengharapan, sebulat ku serahkan pd Allah. Maka apabila berlaku pertemuan jodoh ini, aku yakin ini lah ia jodoh terbaik itu. Jodoh yg aku minta dari Allah. Jodoh yg aku anggap sbg hikmah di sebalik ujian yg selama ini aku lalui dlm hidup ini. Terima kasih Allah.. sesungguhnya telah cukup Engkau bagiku.. 


~ to someone who accept me with ur sincere hearts,. we have our own # right, so at the third word in our #, i'll always do my best to __________ you and our daughters and sons until jannah with Allah. InshaAllah. 

Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/ 17 July '15/ at my home Hari Raya Eid mood ^_^



Thursday, June 25, 2015

Marah:Sesekali Diuji

    Seingat aku, diri aku bukanlah seorang pemarah. Malah aku pernah mengalami satu peristiwa di mana sewaktu aku menjalani praktikum mengajar di sekolah, aku pernah memarahi pelajar aku ketika itu, akibat terlalu geram aku telah mencubit perut pelajar aku. Haa.. tapi respon yang aku dapat.

"Cikgu Su, kalau marah tak nampak macam marah. Cool je.. " Salah seorang pelajar aku menjawab.


        Masa itu aku yang memang nak marah, terus tergelak dalam hati. Adeh! Memang payah nak buat muka marah sebabnya aku ni jenis yang susah nak marah. Pernah aku kenakan denda ke atas mereka,berlari mengelilingi bengkel elektrik kerana lewat. Aku bukan lah seorang guru yang suka membebel apabila marah. Sikap aku, bila marah aku banyak mendiamkan diri. Jadi bila aku diam, itu bermakna aku sedang marah. Pelajar aku sudah tahu akan hal itu. Jadi apabila mereka melihat aku kurang bercakap, mereka dah dapat sign bahawa aku sedang marah. Jadi hari itu mereka akan baik2 sahaja tanpa membuat perangai. Hehe.. Adakalanya aku terhibur melihat reaksi mereka dalam keadaan seperti itu. 

         Pernah juga akibat aku agak tertekan dengan sikap mereka yang kurang fokus terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aku decide stop pengajaran aku serta merta hari itu. Aku ambil buku2 aku, aku terus keluar bengkel, masuk bilik guru. Tanpa sepatah pun aku bersuara. Kejap lagi, aku nampak segerombolan anak2 muridku datang ke meja aku meminta maaf. Haha.. Memang kejap benor aku merajuk. Tengok muka diorang yang rasa bersalah pun dah buat aku sejuk hati. Nampak tak, aku memang bukan seorang pemarah.


         But jika sekali aku marah, marah yang terlampau marah. Memang agak teruk juga. Actually, aku pernah je baling barang masa aku marah. Habis pecah semua gelas aku baling. But aku tak baling kat orang yang aku marah. Aku baling kat dalam toilet (nak mengamuk pun aku stay pilih safety first!). Aku kira, hanya arwah suami aku sahaja yang pernah tengok aku marah macam itu. Sebab itu dia sangat la jarang buat aku marah, sebab dia sendiri takut bila tengok aku marah. Perkara yang dia selalu buat bila aku marah, dia akan pegang tangan aku erat. Tindakan nya itu membuatkan aku segera sejuk dan drastik menjadi cool kembali. 


               Tapi aku rasa mungkin masa itu, aku masih muda. Sekarang aku dah ada anak2 dan menginjak dewasa. Agak matang dan berfikiran lebih tenang. Jadi aku dah buang sikap aku yang tidak baik itu. Sebenarnya sifat marah ini, tidak baik untuk diri dan emosi. Tambah2 untuk orang sekeliling. Terutama sekali anak kecil kerana sifat amarah yang tidak bisa dibendung dengan wajar boleh saja memberi kesan yang mendalam pada jiwa mereka. Dan apabila mereka membesar nanti, mereka akan terikut2 dengan sifat amarah yang kita telah tunjuk pada mereka sejak kecil lagi. 

Macam mana aku tahu yang aku dah buang semua sifat aku itu..?

             Beberapa minggu yang lalu, aku pernah difitnah melakukan perkara yang aku sendiri tak tahu dan tak buat. Terpinga2 juga diri masa itu. But .aku tak cepat bertindak. Aku selesaikan satu2 masalah itu sehingga keadaan kembali tenang. Kalau ikutkan nafs, aku rasa bisa meletus perang dunia masa itu. Tetapi disebabkan Allah sudah memberikan aku akal untuk berfikir, jadi aku gunakan segala anugerah itu sebaik mungkin. Dan alhamdulillah segalanya kembali pulih seperti selalu. 

Tips aku mudah je :

1. Kalau ada yang sedang menaikan amarah kita, lebih baik kita diam dan dengar dulu segala luahan amarahnya itu. Jangan berlawan cakap pula. Just jadi pendengar. Biarkan keadaan reda sendiri.

2. Lepas itu, ucapkan maaf terlebih dahulu walau bukan kesalahan diri sendiri. Tak jatuh ego pun jika kita meminta maaf. Lagipun jika kita meminta maaf, hati kita akan menjadi lebih tenang. 

3. Jelaskan kembali keadaan sebenar jika berlaku salah faham. Jelas betul-betul sehingga orang yang marah tadi faham akan situasi sebenar. Selebihnya terpulang kepada dia, ingin memahami atau pun tidak. Mungkin akan mengambil masa untuk dia berfikir atas apa yang telah berlaku.

4. Walau apa pun yang sudah berlaku, teruskan hubungan silaturahim dengan dia. Jangan kita diam dan jauhkan diri. Sentiasa bertanya khabar dan mesej dia seperti biasa. Kalau boleh buatlah seperti  biasa, seperti tiada apa2 yang berlaku antara dia dan kita. 

5. Akhir sekali, sentiasalah mendoakan yang baik2 buat dia. Supaya Allah swt perlihara hubungan silaturahim hingga ke syurga dan dijauhkan dari fitnah. Jika kita sentiasa berfikir perkara2 yang baik, inshaAllah, benda2 yang baik akan menyusul seterusnya.

Sebagai sahabat, kawan dan teman sepatutnya janganlah diambil hati sangat dengan kesilapan kecil yang mereka lakukan pada kita. Jika kita betul bersahabat kerana Allah swt, inshaAllah segala kelemahan dan kekurang dia kita akan mudah terima dan bertolak ansur.


Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak berjumpa dengan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu ketika di dunia, lalu mereka bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah swt:

"Ya Rabb.. Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia, yang solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami.."

Maka Allah swt berfirman : 

"Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabatmu yang di hatinya ada Iman walaupun hanya sebesar zarah." (HR. Ibnul Mubarak dalam kitab Az-Zuhd)

Al-Hasan Al-Bashri berkata, "Perbanyaklah sahabat-sahabat Mu'min mu, kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat."

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis, 

"Jika kalian tidak menemukan aku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah swt tentang aku."

"Wahai Rabb kami.. hambaMu fulan, sewaktu di dunia sselalu mengingatkan kami tentang Engkau. Maka masukkanlah dia bersama kami di syurgaMu."


Nafsu amarah itu tsifat yang tidak baik, maka jauhilah. Sahabat sejati sukar dicari ganti, jadi apa salahnya saling memaafi.. =')













Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/26 June '15/at my room so alone..

Monday, June 22, 2015

Yakin Itu Perlu!



     Aku matikan enjin kereta sambil merenung jam di tangan. Awal satu jam aku pagi ini. Aku turun dari kereta kemudian aku ke pintu belakang dan membukanya, Tangan aku mencari sepasang kasut bertutup aku yang bakal aku pakai nanti sewaktu pembentangan. 

     "Ya Allah!" Debar dadaku sangat la tak terkawal. Walau pagi itu cuaca sejuk dan agak tenang, tapi emosi yang bermain di dalam diriku tidak setenang keadaan di luar. Aku berjalan menuju ke fakulti. Pagi itu lihat seperti aku yang tiba awal ke bilik pembentangan. Yang lain tidak pula aku nampak kelibat mereka. Lagi beberapa langkah aku hendak sampai ke tempat dituju. Baru aku nampak seorang dua teman2 aku. Kami saling menegur but masing2 aku nampak tersangat la pucat lesi, cuak semua ada. Hehe.

     Sampai je bilik pembentangan, aku terus masukkan slide tesis aku ke dalam desktop PC di situ. Aku perbetulkan mana yang perlu diperbetulkan pada slide tersebut. Sesekali mata aku memerhati ke luar, kalau2 panel sudah datang. Dalam 10 minit macam tu, aku nampak kelibat kawan aku tiba. Hanya kami berdua masa itu. Masa yang ada kami gunakan utk discuss kembali soalan2 yang mungkin bakal dtanya oleh ahli panel. Walau pun aku cuba menyembunyikan gugup dan gusar di hati tapi ianya tetap terserlah di setiap perbuatan aku. Serius! Aku banyak bergerak untuk menenangkan diri aku. Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Seorang wanita bertudung labuh menyapa kami. Aku memang tidak kenal. Dia memberitahu dia bakal menggantikan salah seorang panel aku pada hari itu. Alhamdulillah.. rupa2nya panel yang paling aku takuti pada pembentangan aku pada pagi ini tidak dapat hadir lalu dia menggantikan tempatnya dengan seorang Dr yang lain. Pada aku Dr ini tersangatlah baik. Terima kasih ya Allah. Sepertinya Allah swt ingin memudahkan urusan aku pada pagi tersebut.

     Sebetulnya, malam sebelum viva ini, aku dah puas menangis. Aku pun tak tahu kenapa aku menangis. Tiba2 aku rasa sedih teramat. Memikirkan banyak benar perkara yang aku perlu lalui. Macam2 aku fikirkan waktu itu. Dalam minggu sblm hari pembentangan, aku mmg byk berfikir. Itu ini, nak selesaikan berbagai masalah dan urusan kehidupan aku. Fikirkan anak-anak dan juga sumber kewangan aku. Tetapi seperti biasa aku selalu berlagak tenang seperti tiada apa yang berlaku. Demi Allah! Jika diselami hati aku sedalamnya, aku rasa tak terbendung segala rasa di hati ini.. Tetapi atas rahmat kasih syg Allah swt yang telah menghadirkan insan2 baru di dalam hidup aku, ianya telah mengubat hati aku perlahan-lahan. Aku bersyukur kerna Allah hadirkan seseorng yang sangat aku perlukan di saat aku benar memerlukan ia. Tergelak aku dalam sedang menitiskan air mata apabila mendengar suara puteri ku mendoakan aku supaya tidak bersedih dan berjaya dunia dan akhirat. 

"Umi jangan sedih, Tiah doakan umi supaya berjaya, dunia dan akhirat. InshaAllah, kipidup!"

     Lebih kurang begitu la doa si kecil Tiah buat aku. Yang part last tu sbnrnya buat aku tertawa sebab dia menyebut ada pelat sedikit. Hehe.. Allah.. Tika itu hati aku merasa agak tenang sedikit. Aku dah boleh berfikir dengan tenang dan sudah kurang menangis. Malam itu juga, aku mendapat sepatah dua kata semangat untuk memotivasikan diriku. Alhamdulillah. Aku seperti mendapat semangat yang baru. Betul lah.. katanya setiap perbuatan buatlah kaitkan dengan Allah, lebih tinggi nilainya berbanding jika buat kerna segulung ijazah yang tiada nilai apa-apa. Terima kasih yang tidak terhingga buat insan yang kini tidak putus memberikan aku sokongan dan nasihat tanpa ada erti jemu. Aku beryukur ke hadrat Allah swt yang Maha Mengetahui segala yang terbaik dikirimkan buat aku.

     Selepas hampir satu jam, aku dan kawan menunggu kehadiran panel kedua, tepat jam 10 pagi, pembentangan bermula. Aku menunggu giliran ku selepas yang pertama. Masa itu, aku dah tak tengok langsung nota yang aku tulis pasal slide tesisku. Semuanya aku campak ke tepi. Haha.. Mungkin aku dah redha dan pasrah. Yakin pun aku rasa juga masa tu, mungkin lah. Habis je kawan aku keluar, aku langkah masuk menuju ke arah panel untuk memberi borang rubrik yang telah aku isi kepada mereka. Aku naik stage then buka slide aku. Bila aku tgk panel dah bersedia, aku mulakan dengan kalimah "Bsimillahirahmanirahim...bla..bla..bla aku bagi mukadimah. Tiba2 aku baru teringat, aku belum bagi kata2 aluan buat panel. Adeh! Camne la aku boleh terlupa. Jadi aku stop kejap, pastu aku ucap terima kasih kepada ahli panel kerna sudi jadi panel penilai aku hari ni. 

"Terima kasih kepada ahli panel Dr. Nor Hasniza dan Cikgu Ali yang sudi menjadi panel penilai Projek Sarjana Muda saya pada hari ini.."

Tiba-tiba salah seorang panel membalas ucapan aku.

"Sebenarnya tak sudi pun, terpaksa je ni jadi panel kamu.." dengan muka yang serius.

     Aku hanya tersenyum sumbing sambil menelan air liur. "Sudah.. mood tak baik ke Cikgu Ali pagi ni. Masaklah aku hari ni.. " Confident level aku yang tadi duduk pada tahap semaksima mungkin skrg dah trun perlahan-lahan ke level yang entah keberapa dah.. hehe.

     Aku meneruskan pembentangan aku dari satu slide ke satu slide sambil memberi penjelasan ke atas setiap slide yang sedang dipaparkan di hadapan. Entah apa yang aku duk membebel kat depan, aku pun tak tahu. Suara aku, aku kira boleh dengar sampai luar bilik tersebut. Sebab aku dapat lihat kawan2 aku yang sedang berdiri di luar tingkap lutsinar bilik tersebut sedang memerhatikan aku. Aku kira hanya 15 minit aku amik masa untuk berhujah di depan. Kemudian segalanya senyap. Bermakna aku dah habis bentang. Sekarang 2 pasang mata sedang memerhatikan aku. Aku menuggu respon dan komen dari mereka.

Panel pertama, cikgu Ali menutup salinan tesis aku. Kemudian dia menyoal.

"Awak rasa, sejauh mana awak yakin dengan hasil kajian awak ni.. Setinggi mana tahap confident awak terhadap apa yang telah awak kaji.. Di mana kekuatan kajian awak, just give ur opinion, how ur feel?" tanya dia pada aku sambil tepat merenung aku.

Aku yang dari tadi berdebar, jantung aku stay lagi berdebar malah bertambah debar memikirkan apa  jawapan yg perlu aku berikan pada soalan beliau. Perlahan-lahan aku membalas..

"Begini.. saya menjawab dengan sepenuh ikhlas di hati. Saya ingin jujur dengan perasaan saya. Saya ingin menyatakan apa sebenarnya saya rasa. Sebenarnya saya membuat kajian ini hanya menggunakan separuh dari hati saya, bukan keseluruhan kerna saya terpaksa melakukan kajian bukan dalam bidang saya. Saya tidak mahir di dalam bidang yang bukan bidang saya. Tapi atas nama saya menghormati kehendak SV saya, saya menerima tajuk yang diberikan beliau walau pun sebelum itu saya telah memberi cadangan atau pun idea saya tetang apa yang saya hendak kaji. Saya seorng pelajar teknikal. Pelajar dalam bidang kejuruteraan. Pelajar kursus Elektrik dan Elektronik. Sememangnya bidang sains sosial bukan lah bidang yang sesuai untuk saya kaji. Sedangkan bidang saya sendiri pun belum saya mahir, inikan bidang lain. Tetapi atas rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar, saya habiskan juga kajian saya hingga saya dapat perolehi data dengan baik"

Aku memberi jawapan. Ikhlas. Biarlah.. memang aku perlu jujur. 

"Memang itu yang saya nampak sewaktu awak membentangkan kajian ini. Saya tidak nampak di mana kekuatan kajian awak. Banyak yang lemah. Ini juga saya perlu kaji sebenarnya, trend di mana pelajar melakukan kajian yang bukan dalam bidang mereka sendiri. Seperti kamu diambil kesempatan untuk memudahkan kerja mereka." Jelas cikgu Ali pada aku. Aku diam.

"Sebenarnya kajian saya sepatutnya dijalankan di kampung, di mana mengikut kepada rancangan yang bakal dilaksanakan ke atas komuniti kampung untuk mengamalkan gaya hidup sihat, satu trek akan di bina pada kampung tersebut di mana penduduk kampung boleh menggunakan trek itu ke masjid, balai raya or sekolah. Jadi saya as pelajar dalam bidang elektrik dan elektronik saya akan build satu device di mana di setiap hujung trek tersebut dapat mengukur how long penduduk kampung berjalan pada hari itu. Mungkin device yang boleh mengukur heart beat mereka juga. Itu sebenarnya kajian say. Tetapi disebabkan berlaku salah faham komunikasi, jadi saya x dapat turun  untuk collect data di sana. Jadi saya terpaksa tukar responden utk kajian saya.." jelas aku panjang lebar.

Respon yang aku dapat.

" Kalau dari tadi awak explain pasal ini tujuan asal kajian awak, saya bagi 10, 10 dan 10 untuk setiap item penilaian awak. Itu lah sebenarnya kajian yang perlu awak kaji. Awak pelajar engineering. Kajian-kajian begini yang setara dengan cara awak berfikir.. dan bla..bla.." Panjang benor Cikgu bebel kat aku masa tu. Tapi aku lihat kedua-dua panel aku senyum je masa bagi penjelasan pada aku. At the last sekali, dia pesan pada aku,

"Jika kita membuat sesuatu kajian yang tajuknya dalam bidang kita, rasa minat yang mendalam itu akan hadir dengan sendiri, maka kajian akan dilakukan secara mendalam dan di situ kejituan hasil kajian diperolehi dengan terbaik.." Akhiri panel aku.

Aku senyum. Aku angguk tapi geleng tak. Hehe.

    Aku cakap aku akan perbetulkan mana yang perlu diperbetulkan. Aku ucap berkali2 terima kasih pada panel penilai. Walau kajian aku xseberapa resultnya, tapi akhirnya diterima pakai. Nasib baik aku tak dapat jenis panel yang suka campak tesis, Selamat. Alhamdulillah..ya Allah. Akhirnya tamat sudah segala debaran aku dari semalam lagi. Akhirnya segala2nya sudah sampai di penghujung. Thanks Allah,.sebab permudahkan segala urusan aku. 

    Aku menghampiri panel penilai aku yang muslimah tadi, Sambil mengucap terima kasih aku bersalaman dan mencium tangan nya. Dia ternyata seorang panel yang sangat2 baik pada aku. Syukur Allah gantikan dia dengan panel yang paling aku takut. Aku tunduk dan ucap terima kasih juga pada Cikgu Ali, kata2nya tadi akan aku semat di ingatan dan hati untuk panduan di masa akan datang. InshaAllah. 

     Selepas itu, aku keluar dengan langkah yang penuh yakin sambil memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT.

"Setiap perbuatan su kaitkan  dengan Allah itu lebih tinggi nilai dari segulung ijazah.." Aku senyum dalam hati.




dedication for my thesis...


Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/23 June '15/at my hostel..lonely but happy =)


Wednesday, June 10, 2015

Dear My Rib...

"Berakhir sudah pencarian cintaku..
Jiwa ini tak lagi sepi hati ini telah ada yang miliki.."

     Sungguh.. Allah hu,. aku sedang bahagia. Seraya kebahagiaan ini ku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerna telah membenarkan aku merasai nikmat bahagia yang aku jejaki selami ini. Thanks Allah for gift this feel for me. 

Kimia.. 

     Ya. Kimia yang bukan semua manusia di muka bumi ada dan melaluinya. Dan kerna rasa kimia itulah yang membawa kepada pertemuaan ini. Siapa bisa menyangka, saat hati di pasung duka dan meletakkan sepenuh pengharapan pada Allah SWT segala, Dia hadirkan seseorang yang sangat diri perlukan untuk memenuhi hati dan segala rasa yang tak terperi. Tidak akan Allah SWT ambil sesuatu milik kita melainkan Dia bakal menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Dari dulu, diri ini selalu meletakkan dalam jiwa dan hati, sentiasa bersangka baik denganNya. Dan selalu menjadi manusia yang berfikiran positif sentiasa. 

        Ceritera kisah yang sama. Di mana tapak kaki aku pernah berpijak, di situ juga dia pernah merasa. Kimia itu yang sebenarnya, hanya kami yang biasa2 ini menjadi manusia luar biasa. Luar biasa kerna Allah SWT yang menghadirkan rasa kuat itu bersama untuk meneruskan hidup yang tersisa. Bukan mudah untuk melalui hari-hari jika tiada bekal dan bantuan dari Dia.

Tuhanku,
Saat aku memohon dikirimkan seorang jodoh yang terbaik
Tidak pernah sekalipun aku berputus asa
Kerna aku yakin Kau Maha Mengetahui siapa jodoh yang terbaik buatku
Tuhanku,
Pernah aku tertanya, adakah aku ini tulang rusuk kepada dua orang pemiliknya?
Bagaimana ia bisa berlaku?
Puas aku mencari jawapan kepada persoalan aku ini,
Dan akhirnya, aku mendapat jawapan itu.
Jika dia jodoh terakhir dan terbaik buatku di sepanjang hayat ini,
Maka dialah pemilik kepada tulang rusuk iaitu aku.
Tuhanku,
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku, jika benar dia jodoh terbaik itu.
Namun jika sebaliknya, maka Kau dekatkan lah juga Ya Allah 
sebab susah benar nak dapat yang sesuai ( part ni tuan punya tulang rusuk punya doa..ehe =P )

     Walau tidak pernah bersua dua pasang mata, apatah lagi berbicara.. keyakinan yang diletakkan di dalam hati kepada Allah SWT yang memberi naluri dan rasa yang kuat antara kita. Terima kasih kerna memilih untuk memberi satu jalan ke syurga itu. Terlalu bermakna hingga ke akhirat sana.

      Moga Allah memberi kemudahan pada diri dan dia sehingga tiba waktu disatukan.. Dan kemudahan itu berterusan dalam bersama membina mahligai yang sakinah, mawaddah dan rahmah..

Dear Allah,. Thanks for everythings. I love what i feel in my heart right now.. In Shaa Allah. Amin,






Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/11 June '15/with my lovely lappy.. ^_^

Monday, June 1, 2015

June Kembali


"..............................................................."
" Selamat Ulangtahun Kelahiran Abang.." bisik aku di dalam hati.

    Malam yang kian pekat ini bersamaan dengan 2 Jun, tarikh yang pada aku sangat bermakna kerna satu tarikh yang sinonim dengan arwah suami. Hari ini genap 5 tahun, aku mengenali Abi. Namun hanya 3 tahun aku dapat menyambut hari ulang tahun nya bersama-sama. Selalunya jika tiba hari ini, Abi tak pernah minta hadiah atau lebih dari itu. Cukuplah aku ada di sampingnya. Kadang2 hanya ucapan dariku pun sudah buat Abi gembira.

    Teringat aku tika kali pertama aku mengenali Abi. Abi seorang yang pendiam dan jarang bercakap dgn pelajar gurl yang lain, termasuk pelajar gurl dari kelasnya. Walau aku satu tempat belajar dgn Abi, satu jabatan yang sama dan selalu bertembung di dewan kuliah, aku dan Abi tak pernah berbicara. Jika kami bertembung aku dan Abi masing-masing buat hal sendiri. Kami berbeza bidang, aku budak engineering. Majoriti pelajar kelas aku adalah lelaki. Tidak kelas Abi, yang lebih didominasi oleh kaum hawa kerna Abi pelajar IT. Bila kami perlu bergabung kelas untuk subjek teras contoh seperti subjek Tamadun Islam, boleh la nampak betapa 'nerd'nya pelajar kelas Abi yang banyak mendiamkan diri, berbanding kelas aku yang 'gila-gila' dan riuh rendah. Hehehe. Bila aku ingat balik mmg tergelak aku sendiri sebab aku boleh imbas kembali mcm mana muka menyampahnya Abi dan kawan2nya terhadap budak kelas aku. hehe

    Abi mmg ada dalam perhatian aku sebenarnya sebab aku suka caranya yang kurang bercakap. Bagi aku lelaki yang kurang bercakap tersangat la misteri dan sangat la aku berminat untuk meng'explore', Hahaha. Walau bagaimanapun aku tidak berani nak berbual or bercakap sbb aku pun jenis yang 'pemalu'.. (pemalu ke..? ahaha). Dipendekkan cerita, habis study aku ingat aku nak say hello pada Abi masa konvo aku nanti but harapan ku hampa kerna Abi memang tak datang konvo. Bila aku tanya kawan2nya, mereka cakap Abi sibuk dengan kerja. Abi pelajar yang bijak. Sampai lecturernya panggil Abi 'budak pandai'. No wonderlah before dia habis study, abi dah dapat tawaran kerja. Jadi aku decide minta no phone nya dari kawan baiknya. Actually, sebenarnya kawan baik Abi yang cuba nak tackle aku, tetapi aku lebih berminat dengan Abi dari dia. Jadi dengan berat hati, nak tak nak, dia terpaksa bagi no phone Abi padaku. Malam tu juga aku mesej Abi ucap gud nite but Abi tak reply pun. Aku hampa lagi. Aku fikir mungkin Abi dah ada someone, jadi aku lupakan saja niat aku. Tido dalam keadaan sedih. T T

    Memang aku jenis yang kalau aku rasa itu yang terbaik, aku akan cuba dapatkan. Umpama dalam 10 orang lelaki yang cuba dapatkan aku, aku tolak semua dan aku cuba dapatkan Abi. Begitulah perumpamaannya. Dalam ramai yang aku kenal, Abi sangat berbeza. Dia tidak seperti lelaki2 lain. Dia sgt humble, sederhana dan istimewa pada aku. Abi bukan lelaki yang suka bercerita pasal kereta, jenama, telefon or benda2 yang tak berfaedah. Kesederhanaan dia buat aku selesa dengan dia. Dia tidak akan sesekali menceritakan perkara baik yang dia lakukan walaupun aku rasa benda tu tersangat la baik. Dia tak pernah gunakan semua itu untuk mencuri hati aku. Benda yang paling bermakna Abi lakukan pada aku bilamana abi selalu ada dengan aku tika saat aku perlukan seseorg. Tika aku sedih, berduka or ada masalah, Abi pasti ada. Tak pernah dia pergi jauh dari aku. Dialah sahabat terbaik aku ketika itu.

   Lepas sehari aku mesej Abi tak reply, malam keesokkannya Abi reply mesej aku. Masa itu aku bersyukur sebab Abi sudi jadi sahabat aku. Ya! Memang Abi sahabat aku. Dia sahabat terbaik aku. Kerna waktu itu, aku sedang berkawan dengan insan lain. Aku sendiri tak tahu mengapa, walau aku sudah berpunya, aku masih ingin berkawan dengan Abi. Mungkin itulah namanya jodoh. Nak dijadikan cerita, waktu hubungan aku ditimpa dugaan yang maha hebat. Abi yang selalu ada menjadi pendengar setia aku, memberi nasihat dan membantu aku untuk aku pulihkan semula semangat aku. Dan akhirnya, baru aku tahu yang Abi sebenarnya meyimpan rasa padaku di dalam hatinya sejak kami menuntut di tempat belajar bersama. Dia melamar aku dgn menyatakan hasratnya kepada orang tua ku. Abi lelaki pertama di dalam hidupku yang memegang kotak cincin yang terbuka berwarna merah di tangan nya sambil menyebut ayat padaku "Will you marry me?" seraya tepat memandang aku. Aku masih ingat semua itu. Betulkan aku cakap. Lelaki yang pendiam terlalu lah misteri dan misterinya itu kita tak akan jangka.  

    Hinggalah aku menjadi suri di hatinya, Abi tidak pernah berubah. Malah dia sentiasa cuba memberi yang terbaik padaku. Kalau urusan membeli barang, dia lebih utamakan aku dan anaknya berbanding diri sendiri. Memang itu lah Abi, dia ingin kan yang terbaik buat aku dan anaknya. Hingga ke akhir hayatnya, dia masih mengambil berat tentang aku dan anak2nya. Sentiasa memberi dan memberi. Walau kehendak dirinya sendiri tidak dipenuhi. Baginya asal aku dan anak sentiasa merasa cukup dan bahagia. 

      Sebetulnya, apa yang ingin aku sampaikan. Sepanjang hayatnya bersama, Abi telah melaksanakan tanggungjawab sebagai 'imam'ku dengan baik sekali. Tidak apa yang aku simpan lagi di dalam hati ini kerna dia telah menjadi seorang anak, suami dan ayah yang terbaik. Moga2 darjatnya juga adalah di tempat yang terbaik di sisi Allah swt hendaknya. In Shaa Allah.



Ya Allah...
Kau ampunkan lah segala dosa suamiku,
Kau permudahkan lah segala urusannya di sana,
Kau berikanlah dia kekuatan, ketabahan dan ketenangan di sana,
Bimbinglah dia ya Allah,
Terangilah dia dengan cahayaMu di sana,
Tunjukkan lah dia jalan.

Ya Allah...
Kau tempatkan lah rohnya di kalangan orang yang beriman dan bertakwa,
Jangan lah kau bebani dia, beban yang tak sanggup dia memikulnya,
Kasihani lah dia ya Allah,
Sesungguhnya dia seorang anak, suami dan ayah yang baik,
Jika dia ditakdirkan suami yang terbaik di sepanjang hayatku,
Kau pertemukan lah aku dan dia nanti di syurgaMu..

Amin...









Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/2 June '15/at my hometown with my lovely sons..


   





Friday, May 22, 2015

Hati Sahabat

" Tok! Tok! ".

Aku dengar pintu bilik diketuk. Aku lihat jam, pukul 5.30 petang. 

"Aik, sape pula yang datang ni?" Tanya hati aku. Segera aku melangkah ke pintu dan membukanya. 
"Assalamualaikum..." Lembut suara di luar memberi salam. Aku menjawab salamnya.
"Oo.. Wardah rupanya. Ada apa dik?" tanya aku. Aku lihat wajahnya sedikit kelam, Tapi dia masih menguntum senyum pada aku.
"Saya ganggu akk ke?" tanya Wardah seakan rasa bersalah. "Tidaklah. Akk tak buat apa-apa pun. Tengah buat keje sikit je. Tapi don't worry, tak ganggu akk pun yer. " Jelas aku sambil menyentuh lembut bahunya.
"Saya ada benda nak minta tolong akk ni. Tapi saya tak tahu nak cakap macam mana." Wajahnya serba salah. Seraya itu aku menjemputnya masuk ke dalam bilik.
"Masuk lah dik, maaf la bilik akk bersepah sikit." Malu aku alah. Sebelum ini jarang orang datang ke bilik aku. Tapi jika ada yang bertandang, aku pasti menjemput masuk.
"Cantik bilik akk. Siap ada wallpaper lagi." Aku tergelak. Benda apa la yang cantik sangat sampai tak berkedip-kedip matanya memerhati sekeliling bilik aku. Kalau pasal wallpaper warna turquoise tu, aku rasa tak cantik mana pun sebab itu sebenarnya pembalut hadiah aku beli banyak dan aku buat wallpaper
"Duduklah dik. Bilik akk tak de carpet lembut. Ada tikar getah je dik." Pelawa aku. Wardah duduk sambil bersandar pada katil aku. 
"Wardah nak duduk atas katil pun boleh. buat je macam bilik sendiri." Suruh aku. Sambil itu aku mengambil posisi duduk di kerusi meja study aku.
" Saya tak ganggu akk ke?" Tanya Wardah risau.
"Tak la dik. Akk ok je ni, tak payah risau yer." Aku menguntum senyum pada dia.
"Macam ni akk, saya ada masalah yang saya tak tahu nak solve macam mana. Saya dah cuba bersabar dan bertahan, tapi akhir-akhir ni saya asyik rasa down saja." Wardah mula meluahkan sedikit seperti tidak tertanggung berat memikul beban di hati. Aku mengambil masa mendengar setiap butir yang diperjelaskan supaya tidak satu patah perkataan yang keluar dari bibir dia aku terlepas dengar.

"Adik ada masalah yer. Dengan siapa? friendship problem or family problem?" Tanya aku perlahan. Untuk tidak mengguris hatinya.
"Friendship problem kak. Sebetulnya dengan kawan-kawan dalam persatuan." Aku sudah mengagak. Pasti berkaitan masalah di dalam persatuan. Jika tidak manakan Wardah akan berusaha mencari aku untuk berkongsi masalah yang dia sedang hadapi. Tidak aku nafikan, aku memegang jawatan yang penting di dalam persatuan, aku berhak melaksanakan tanggungjawab aku sebaiknya. Selaku Ketua Jabatan Helwa persatuan, yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal mahasiswi di dalam persatuan silat yang aku kecimpung, sedikit sebanyak aku perlu mengambil berat atas kebajikan mereka. Tidak kira dari segi apa sekali pun. Termasuk bab emosi dan kehidupan peribadi mereka.

" Akk, saya agak terasa dengan kelakuan kawan-kawan di dalam persatuan. Bila mereka perlukan saya, mereka cari saya tapi bila mereka tak perlukan saya, mereka langsung tidak pedulikan saya. Ada sampai satu tahap, saya sampai tak tahu apa-apa yang mereka buat, tengok-tengok diorang dah planning tanpa ajak saya kak. Saya sedih sangat. Saya tahu saya tak pegang apa-apa jawatan di dalam persatuan, tetapi jangan lah sampai tolak saya ke tepi. Saya pun ada perasaan kak. Saya terluka sebenarnya dengan sikap mereka. Apa salahnya layan saya dengan baik. Saya tahu saya pernah buat kesilapan dulu, tapi itu dulu kak, sekarang saya dah berubah. Saya nak ada sahabat macam mereka semua. Saya sayangkan mereka semua."
Jelas Wardah meluahkan segala yang terbuku hingga aku dapat lihat titik jernih yang mengalir di raut wajah. Dia menangis. 

Aku diam seketika. Lalu aku pegang bahunya sambil berkata.

"Sabar ye dik." Aku menggosok-gosok lembut bahunya supaya Wardah berasa tenang. Aku agak kecewa sebenarnya. Aku tidak menyangka keadaan ini sedang berlaku di kalangan siswi-siswi persatuan silat aku. Entah sudah berapa lama ia berlaku. Entah lama mana Wardah menanggung semua ini. MasyaAllah.. Apa yang telah aku lakukan. Aku ingat segala-galanya berjalan dengan baik. Semua siswi dalam keadaan yang baik-baik. Rupa-rupanya lain yang sedang berlaku. Aku pujuk Wardah. Aku tidak mahu tahu siapa yang terlibat. Yang aku tahu perkara ini harus dan segera diselesaikan. Sebetulnya aku sedih dan sedikit kecewa dengan apa yang terjadi.

Lama aku biarkan Wardah kembali tenang. Aku memulakan bicara.

" Dah lama perkara ini berlaku dik?" tanya aku lembut. 
" Hampir satu semester kak." Jawab Wardah.

Dah lama rupanya. Kali terakhir aku jumpa semua adik siswi aku ini, aku lihat mereka baik-baik sahaja tapi masa itu aku perasan Wardah banyak mendiamkan diri. Rupanya waktu itu, sudah lama dia makan hati. Astagfirullah haladzim. Apa la yang aku dah buat. Sepatutnya aku sedar apa yang sedang berlaku antara mereka. Sepertinya aku gagal melaksanakan tanggungjawab aku dalam tempoh ini. 

" Macam ni Wardah. Nanti akak akan adakan satu sesi untuk kita bincang pasal masalah ini. Mungkin selepas bacaan Yassin hari Khamis malam Jumaat minggu akan datang ini. Buat masa ini, Wardah kena banyak kan bersabar dan berdoa semoga Allah sentiasa berikan kekuatan untuk adik lalui ujian begini. Ini satu ujian juga buat kita dik. Lagi satu, jangan kita terlalu mengharap kebaikan yang orang akan lakukan pada kita. Tetapi kita kena fikir selalu apa kebaikan yang kita telah lakukan pada orang lain terutama sekali kepada kawan-kawan kita. Jika kita ada metaliti macam itu. Kita akan ikhlas dalam melakukan kebaikan. Dan jangan kita terlalu memikirkan pula kejahatan yang orang lain buat pada kita, tetapi fikirkan juga kebaikan apa yang kawan kita telah lakukan pada kita walau kecil tapi fikirkan itu juga kerna jangan disebabkan satu kejahatan dia, kita menutup semua kebaikan yang telah dia lakukan pada kita. Selalu akak terapkan pada diri selalu fikirkan yang positif sahaja. Yang negatif itu sebolehnya buang jauh-jauh. Lagipun seorang kawan, apalah sangat kelakuan dia yang kita nak ambil hati. Kalau kita benar-benar kawan sejati dan mengenali diri dia. In Shaa Allah, kita akan cuba betulkan keadaan dari keruh kepada jernih. Biasa lah dik, kalau masuk bab hati ini, adakalanya kita terasa, adakalanya kita terluka. Tapi kalau kita betul-betul sayangkan kawan kita. Sekejap sahaja kita akan mudah lupakan semua itu. Yakinlah tidak ada yang lebih bermakna dalam dunia ini selain kasih sayang seorang sahabat sejati. In Shaa Allah." Hurai aku panjang lebar. Sebetulnya penjelasan itu aku tujukan buat diri aku sendiri juga. Aku melihat masalah yang di hadapi Wardah dengan cara merefleksi terhadap kehidupan aku. Adakah aku juga ada melakukan perkara yang sama seperti siswi-siswi persatuan silat aku lakukan terhadap Wardah?

Aku lihat Wardah. Dia tersenyum sikit. Mungkin sudah boleh berfikir dengan tenang selepas mendengar penjelasan panjang aku tadi. Wardah menggapai tangan aku lalu mencium. 

" Thanks akak. Baru saya rasa lega. Sepatutnya dari awal lagi saya jumpa akk. Tapi saya malu dan takut." Kata Wardah.
" Takpe la dik. Apa yang nak disegankan. Dah memang tanggungjawab akk kan. Seraya itu Wardah bangun. Dia memeluk aku.
" In Shaa Allah, saya akan semat kata-kata akak tadi di dalam hati saya. Saya akan ubah persepsi saya terhadap pandangan saya terhadap orang lain. Saya akan belajar untuk memberi dan menerima ikhlas tanpa meminta apa-apa balasan kebaikan. In Shaa Allah kak." Tutur Wardah semangat. Aku tidak nampak lagi kelam wajahnya. Aku tidak lagi nampak gusar gelisah pada raut nya. Kini wardah mengukit senyum. Tenang.

"Alhamdulillah.." ucap aku dalam hati. Wardah meminta diri untuk beransur. Selepas bersalam dengan aku. 
"Jumpa nanti di malam bacaan Yassin ye dik." Pinta aku. Wardah senyum sambil mengangguk. Dia aku hantar dengan sorotan mata hingga hilang dari pandangan. 

Aku menutup pintu. Terus mencapai laptop kesayangan aku. Terus aku menaip di ruangan post di FB aku...

Dalam keriuhan gelak tawa kita, mungkin kita lupa pada satu hati yang sedang merasa duka.
Dalam kita mementingkan kepentingan diri, mungkin kita lupa pada satu hati yang kecewa dgn sikap kita.
Dalam keceluparan kata2 bisa kita, mungkin kita lupa satu hati yang tersenda dek ucapan itu. 
Dalam kehidupan kita semakin selesa dan senang, mungkin kita lupa satu masa dulu satu hati yang berkorban untuk kita sentiasa.
Pernahkah kita memikirkan semuanya itu?
Pernahkah kita sedaya upaya cuba mengambil satu ruang masa berfikir, apakah kebaikkan yang telah kita lakukan kepada orang lain?
Pernahkah kita cuba memahami, melihat dan mengerti hati orang lain?

Kadang-kadang manusia terlalu sibuk memenuhi kehendak hati sendiri, hingga tiba satu masa kehendak itu mengguris, melukakan dan menyentak hati orang lain.

Kehidupan yang bahagia dlm hidup kita bukan semata2 untuk kepuasan hati kita selamanya. Akan tetapi, ianya sebahagian hak orang lain yang ada di sekeliling kita. Tidak kira berapa lama kehadiran orang itu dalam kehidupan kita, seharusnya kita menghargai kehadirannya dengan penuh rasa bersyukur.

Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain. Untung2 bila kita mati nanti, mungkin kebaikkan itu akan membantu memberatkan timbangan kita untuk masuk ke Syurga milik Allah.

Cukup! Berhentilah melukakan hati orang lain. Berhentilah terus2an mencalar hatinya. Segera berbuat baik kepada orang lain. Mana tahu, mungkin itu peluang terakhir yang kita ada di dunia selama ini.

#‎muhasabahdiri
#‎AllahisEnoughforMe

"Moga-moga perkongsiaan ini memberi kesedaran pada aku dan insan lain yg bergelar sahabat yang mungkin terlepas pandang dalam tali persahabatan. Terima kasih Wardah, kamu telah membuka satu pintu pengajaran buat aku." Desis hati aku. Seraya itu button klik post aku tekan. 





Suhaiza_Shuhaimi/AllahisEnoughforMe/22 May '15/at my hostel......T T