"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Sunday, July 31, 2011

Padamu yang Allah pilihkan dalam Hidupku..

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku.. Ingin ku beri tahu padamu..Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..Orang tua yg begitu sempurna..Dengan cinta yg begitu membuncah..Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..Maka, padamu ku katakan..Saat Allah memilihmu dalam hidupku,Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..Maka, ketika Dia memilihmu untukku,Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..Karena kelak kita akan satu..Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..Maka ketika Dia memilihmu untukku,Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..Itulah visi pernikahan kita..Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..Namun tatap mataku, tersenyumlah..Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..Maka dimataku kau adalah yang terindah,Kata2mu adalah titah untukku,Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..Maka kalau kau berkenan ku meminta..Jadilah hunian yg indah, yang kokoh...Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku...Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..Yang darahnya mengalir darah syuhada..Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku...Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..




Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda :
"Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)





Ramadhan : Istiqamah

Istiqamahkan Ramadhanku...^_^


4.00 pagi
1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”

2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi
1.Solat sunat Taubat
2.Solat sunat Tahajjud.
3.Solat sunat Hajat
4.Solat sunat Witir

5.00 pagi
1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

5.30 pagi
1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 pagi
1.Membuat persiapan ke kelas. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi
1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.
2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tengah hari
1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 petang
1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

5.30 petang
1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang
1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”

3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam
1.Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2.Cuba pertahankan solat tarawih walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 malam
1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

"Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur."






Friday, July 29, 2011

Neraka Bagi Penzina

  
   
    Masih ingatkah kalian sejarah ketika kejadian Isra' Mikraj dimana Nabi Muhammad S.A.W telah diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, sebuah piring tersebut berisi daging yang elok dan membangkitkan selera manakala sebuah piring lagi dipenuhi dengan daging busuk yang sudah berulat dan jijik?

     Namun kelihatan oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika itu keadaan lelaki dan perempuan tersebut yang sungguh aneh sekali kerana mereka sanggup menjamah daging yang telah busuk dan berulat tersebut daripada menjamah daging yang masih elok dan membangkitkan selera. Maka Rasulullah S.A.W telah diberitahu oleh malaikat Jibril A.S bahawa golongan yang sedang menjamah daging busuk tersebut adalah mereka yang terdiri daripada golongan penzina.
    Siapakah yang digolongkan dalam golongan penzina ini? Mereka ini sebenarnya terdiri daripada manusia-manusia yang gemar melakukan seks bebas dan seks sebelum bernikah. Bagaimana pula sekiranya mereka pernah terlanjur mengadakan hubungan seks luar nikah tetapi kemudiannya bertaubat? Maha Suci Allah, Dialah yang menentukan segalanya samada taubat mereka itu diterima ataupun ditolak. Dengan melakukan taubat nasuha dan tidak mengulangi ketelanjuran tersebut, Insya-Allah Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka tersebut. Wallahualam.
   Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa Isra' Mikraj bagaimana sekumpulan wanita yang digantung buah dadanya dengan rantai yang diperbuat daripada Api Neraka dan dari faraj mereka keluarlah lendiran busuk yang berupa nanah (berbau lebih dasyat daripada bangkai haiwan), sehinggakan mereka yang turut berada di dalam api neraka tersebut sendiri jijik melihat keadaan mereka tersebut dan minta dijauhkan daripada wanita-wanita tersebut. Jibril A.S memberitahu Nabi Muhammad S.A.W bahawa mereka itu adalah terdiri daripada golongan-golongan yang tidak menjaga kehormatan dan maruah diri.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: 
Jauhilah oleh kamu akan perbuatan zina kerana penzina akan ditimpa empat jenis kecelakaan atau bala iaitu akan hilanglah seri dan nur daripada wajahnya, akan dipersempitkan rezekinya, akan menerima kemurkaan Allah selamanya dan berkekalan dibakar dan diseksa didalam api neraka.
Firman Allah S.W.T (An-Nur ayat 2) yang bermaksud: 
Perempuan dan lelaki yang berzina hendaklah kedua-duanya disebat dengan 100 kali sebatan(setiap seorang), dan janganlah kasihani mereka ketika menjalankan agama Allah(ketika melakukan sebatan ini) , jika kamu tergolong dalam golongan yang benar beriman kepada Allah. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua duanya...
Sabda Rasulullah S.A.W: 
Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga langit tidak lagi menurunkan hujannya, bumi tidak lagi mengeluarkan hasilnya dan seorang wanita (tidak hanya terdapat) bagi mereka seorang lelaki sebagai pemberi nafkah.(bermaksud seorang wanita yang bersuami tetapi masih berzina dengan lelaki lain) Demikian itu pada hari tersebut suaminya akan melihat kepada isterinya lalu dia berkata ,' sesungguhnya wanita ini telah pernah berhubungan(berzina) dengan lelaki lain'-hadith riwayat Imam Ahmad
    Hadith ini menyebut tentang kecurangan wanita iaitu isteri terhadap amanah suami sepanjang peninggalan suaminya. Bukan sahaja harta benda suaminya tidak dijaga, malah dirinya yang merupakan hak mutlak suaminya pun tidak dijaga dan digadaikan tubuhnya kepada lelaki lain. Nafkah yang disebut didalam hadith diatas merujuk kepada nafkah batin iaitu wanita tersebut tidak sahaja mendapatkan nafkah batin daripada suaminya yang sah tetapi juga melakukan hubungan seks dengan lelaki lain ketika tidak diketahui suaminya. Manakala ayat seterusnya iaitu demikian itu pada hari tersebut suaminya akan melihat kepada isterinya lalu berkata, sesungguhnya wanita ini pernah berzina dengan lelaki lain bermaksud pada ketika hampir kiamat itu berlaku seorang isteri bukan sahaja berani melakukan persetubuhan dengan lelaki lain dibelakang suaminya tetapi juga dihadapan dan dengan pengetahuan suaminya. Astagfirullahalazim! Itulah yang terjadi kini bukan?
  Rakan-rakan yang dikasihi sekelian, jauhilah diri daripada melakukan zina dan segala perkara yang mendorong ke arah zina. Sedih rasa hati apabila setiap hari saya terbaca kisah-kisah penzinaan didalam surat khabar dan sebagainya. Sekarang, zina bukan sahaja dilakukan oleh pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta, namun turut berlaku diantara kawan-kawan secara suka-suka, adik beradik dan juga sepupu sepapat terdekat. Ya Allah! Malah, turut lebih menyedihkan apabila pasangan yang berzina tersebut melakukan zina sehingga si wanita itu mengandung anak luar nikah dan menggugurkan kandungannya atau membuang bayi tersebut setelah dikandungnya
    Orang-orang yang berzina diberikan balasan oleh Allah sejak di dunia lagi seperti penyakit-penyakit Aids, HIV, siplis dan barah. Malah lebih memalukan apabila masyarakat sekeliling tahu akan penyakit tersebut terjadi akibat perbuatan zinanya. Malah dosa paling terbesar selepas syirik kepada Allah ialah dosa berzina!
alt
Sumber rujukan: Buku berjudul 3 tokoh bakal menakluk dunia oleh Ustaz Jaafar Bin Salleh terbitan Pustaka Azhar dan internet.
-Artikel Iluvislam.com

Wednesday, July 27, 2011

Ujian untuk Kita

       Seringkali kita dengar dan berhadapan dengan segelintir golongan yang selalu mempersoal dan menyindir hukum yang Allah telah tetapkan. Namun,.kebanyakkan mereka ini terdiri daripada golongan yang kosong tentang pengetahuan agamanya. Itu tidak kita dapat nafikan kerana disebabkan kurang didikan dan pendedahan, mereka seperti kabur dan keliru dengan apa yang telah diwajibkan buat mereka.

    Namun bagaimana pula sekiranya golongan yang mempersoalkan tentang hukum Allah ini, berlatar belakangkan agama yang baik dan mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut? Mesti kita terfikir dan tertanya-tanya apakah yang menyebabkan mereka sanggup berfikiran sejauh itu.Pernah melalui pengalaman sebegini,.ana selalu mengambil jalan berfikir sebelum mengeluarkan pendapat. kerana itulah sifat diri ana. Ana tidak suka menjawab tiap soalan yang dihujahkan, tetapi ana selalu mengambil pendekatan menyelami makna persoalan tersebut dan cuba memperhalusinya,.dgn cara menyuruh si penyoal mencari jawapan di dalam dirinya sendiri. 

    Orang berilmu menolak untuk berhujah. Mereka lebih suka bermuzakarah. 
Orang berilmu tidak mengaku berilmu tetapi orang yang cetek ilmu suka mengakui kehebatan ilmu. 
Ini kerana mereka tidak kenal diri mereka. 
Siapa mereka sebenarnya? 
Adakah kita akan terus hidup? 
Adakah percakapan ini, ilmu ini milik kita? 
Tidak! 
Semua milik Allah. 
Jadi apa yang kita mahu banggakan? 
Hatta jasad dan roh ini milik Allah mutlak.

     Ana petik kata-kata ini dari seorg sahabat ana. Ternyata orang yang berilmu cerminan peribadinya. Berilmu dengan amal, kita akan memperolehi akhlak dan hati yg baik, namun ilmu tanpa amal, sia-sia. Tidak guna pandai berhujah andai ilmu yang ada tidak dipraktikkan dan dijadikan sebagai penambah kepada kekurangan yang ada pada diri. 

Pernah dengar tentang gila isim? 

   Ana takut golongan sebegini mengalaminya. Isim bermaksud kesalah fahaman tentang ilmu Tauhid. Menjadikan pendapat peribadi atau pendapat individu tertentu sebagai rujukan yang tepat tanpa merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Ini sangat merbahaya kepada golongan yang menutut ilmu Allah terutama ilmu kebatinan. Sifat was-was dan syak sentiasa ada bermain di dalam hati dan diri. Sebenarnya itu adalah angkara syaitan yang suka membolak balikkan hati setiap manusia yang sedang mengalami masalah sebegini. 

Bagaimana cara untuk menyedarkan mereka? 

   Hanya perlu dapat berdoa supaya pintu hidayah dibukakan buat mereka. Ini kerana golongan sebegini walau beribu kali jawapan atau nasihat yang diberikan, mereka tidak dapat menerimanya disebabkan hati mereka telah menjadi kabur dan gelap untuk menerima kritikan dari orang lain. Walau diberi jawapan yg tepat sekalipun, mereka sedaya upaya memutarbelitkan jawapan tersebut sehingga mereka akan bersorak gembira melihat hujahan mereka tidak terjawab. Sifat takbur, angkuh dan sombong itu jelas menunjukkan mereka bukan mempunyai niat yg baik utk berhujah,.akan tetapi hanya keperluan sebaliknya semata-mata.

    Penawar untuk berhadapan dengan golongan munafik seperti ini ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Quran seperti Surah Insyirah supaya Allah sentiasa menghadirkan sifat sabar dan tenang di dalam hati kita.

 

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".



    Nasihat ana juga, janganlah kita membenci golongan seperti ini tetapi bantulah mereka supaya sedar di atas kejahilan yang telah menyelaputi hati mereka. Marilah berdoa kepada Allah semoga Allah memberi mereka petunjuk dan hidayah serta membantu mereka pulang kepada yang lebih Hak..amin.

suhaiza_shuhaimi/allahisEnoughforMe/July '11

Tuesday, July 26, 2011

Takbur dengan Ilmu Allah

Satu kewajipan dalam Islam adalah tahdzibun nafs (penyucian diri) tanpa pengecualian. Meninggalkan kewajipan ini menyebabkan kerugian dunia dan akhirat, sedangkan kesucian hati adalah sumber segala keutamaan, sementara kekotoran hati, sumber kehinaan. Akhlak mulia terpancar daripada hati yang bersih, suci dan luhur
      Tidak syak lagi bahawa jiwa yang bersih akan melahirkan tingkah laku dan gerak-geri mulia, sopan dan tertib. Kita mungkin berasa geram dan marah apabila ada kalangan ilmuan agama mengeluarkan kenyataan yang terlalu angkuh dan sombong berbentuk menghina terhadap kalangan ilmuan agama yang lain, lebih-lebih lagi oleh kalangan mereka yang tidak sealiran sama ada dengan individu atau kumpulan dimusuhi.
      Bahasa yang diguna untuk mencela dan menghina tidak mencerminkan imej merendah diri dan tawaduk mereka. Apa yang lebih ditakuti ialah lahirnya golongan berilmu tetapi jumud, berani tetapi kurang ilmu, emosi tak bertempat dan berbagai lagi sifat negatif golongan agama ini tetapi mengaku bahawa mereka juga perlu diiktiraf sebagai golongan ulama. Ulama seperti ini kata Muhammad al-Ghazali, biasanya menjadi tumpuan ramai, kerana gambaran zahir yang kononnya lebih Islamic ini menampilkan keberanian mereka mempertikaikan banyak perkara. Pertikaian remeh-temeh ini terus disuburkan oleh media. Tambahan pula mereka disokong pula oleh golongan ‘ulama segera’.
      Syeikh Muhammad al-Ghazali pernah menegur mereka yang belajar ilmu hari Sabtu, pada hari Ahad sudah mengajar, hari Isnin sudah ditabal sebagai ulama besar, hari Selasa dengan berani menegur orang lain secara terbuka. Sikap dan keinginan mendabik dada sebagai golongan yang berilmu tinggi ini boleh menimbulkan rasa angkuh dan sombong dalam diri individu berkenaan. Mereka tidak boleh dikritik apatah lagi daripada kalangan yang tidak sealiran. Inilah bunga-bunga keangkuhan dan kesombongan yang mula mekar dalam diri mereka.
      Buanglah jauh-jauh rasa sombong, takbur dan angkuh yang melanda sebahagian daripada ilmuan agama kita. Imam Al-Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang itu menjadi takbur apabila ia merasakan dirinya lebih mulia daripada seekor anjing. Contohilah para sahabat seperti Umar al-Khattab yang begitu menghormati Abu Bakar as-Siddiq kerana menyedari hakikat kedudukan dirinya jika dibandingkan dengan Abu Bakar as-Siddiq. Sesiapa bersikap dengan kesombongan maka ia melakukan dosa.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merendahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.” (Surah al-Sajdah:15)
                                                                                      
        Mereka yang beriman kepada ayat-ayat Allah terdiri daripada mereka yang bersifat tidak sombong, angkuh dan takbur serta merendah diri tanpa mengecualikan golongan dan individu tertentu yang dikatakan mempunyai kedudukan dan penghormatan tinggi. 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawaduk sehingga tidak ada seorang pun berasa dirinya megah (lebih bangga diri) daripada orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”. (Riwayat Muslim)       


         Dalam sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah mengutamakan pendapat para sahabat dalam persoalan pengurusan dan perancangan seperti di Badr, Uhud dan banyak lagi peristiwa yang lain. Bahkan cadangan Salman Al-farisi membina parit sebagai strategi untuk melawan musuh berakhir dengan pembinaan parit mengelilingi Madinah sewaktu perang Khandak sebagai membuktikan penghormatan Rasulullah SAW kepada pandangan sahabat.
      Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, diceritakan satu peristiwa berhubung amalan pendebungaan pokok tamar oleh orang Madinah yang ditegur oleh Baginda dan mereka menghentikan amalannya kerana menghormati Rasulullah SAW.  Akhirnya hasil berkurangan dan apabila Rasulullah mendengar keadaan ini, maka bersabda Rasulullah: 
“Saya hanya manusia biasa. Hanya apabila saya mengarahkan kamu berhubung persoalan kewajipan keagamaan saja perlu kamu mematuhinya, tetapi sekiranya saya menyatakan sesuatu berdasarkan pendapat saya, ia hanya satu pandangan. Semestinya kamu lebih tahu mengenai urusan dunia kamu”.
      Jelas bukan semua pendapat yang diutarakan Rasulullah adalah hukum yang tidak boleh dibincangkan atau dipertimbangkan. Sekiranya begitu kaedahnya yang ditunjukkan Rasulullah, maka tidak mungkin semua yang dikatakan oleh ulama dalam soal pendapat dan pandangan semestinya diterima bulat-bulat seolah-olah ia pandangan yang betul.
      Sekiranya semua yang dikatakan ulama dianggap bagaikan wahyu, maka kita akan kembali kepada zaman teokrasi. Zaman di mana kuasa yang ada tidak boleh dipertikaikan, apa lagi untuk mengkritik atau memperbetulkan akan kesilapan atas sifat manusia biasa. Sebab itu, ilmuan Islam mesti sedar bahawa mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam pelbagai disiplin ilmu. Tidak semestinya apabila bergelar ulama, mereka seolah-olah sudah menguasai semua bidang ilmu termasuk ilmu keduniaan.  
      Pandangan mereka tidak semestinya menjadi fatwa yang tidak boleh ditegur. Sebenarnya boleh ditegur kerana mungkin mereka tidak ada kepakaran dalam aspek berkenaan. Keengganan mereka, yakni ilmuan Islam atau ulama untuk tidak menerima sebarang teguran menjadikan mereka angkuh dan sombong. Sikap ini menjadi-jadi apabila berlakunya pemujaan dan taksub yang melampau kepada individu terbabit. Sifat melabelkan golongan yang menegur kesilapan mereka sebagai golongan yang tidak setaraf memancarkan sikap angkuh, sombong dan takbur mereka. 
      Melabelkan ulama yang tidak sealiran mengikut aliran mereka dengan gelaran ulama yang bukan-bukan adalah sesuatu yang melampau dan mencerminkan keburukan ulama berkenaan.
      Kita perlu sedar, hatta seorang ulama juga masih mempunyai kekurangan dalam ilmu yg dikuasainya, apatah kita yg masih baru merangkak belajar tentang ilmu Allah. Mari merenung sejenak adakah kita tergolong dalam golongan ini. Nauzubillahmin zalik.. Jangan pula kita menjadi hamba yang tersesat dalam ketaatan kepada Allah swt. 
     Daripada kita terus mempersoalkan yang tiada faedahnnya, lebih baik kita berfikir apakah sumbangan yang telah kita lakukan kepada saudara seagama dengan ilmu yang kita ada. Jika masih kosong, itu tandanya kita belum benar-benar menghayati makna ilmu Allah itu sendiri. 

suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/July '11

Ramadhan Kembali

Alhamdulillah.,tak sabar rasa di hati menyambut ketibaan Ramadhan tidak lama lagi. Syukur kpd Allah kerna masih memberi nikmat kehidupan hingga saat ini. Jika dihitung-hitung, sungguh luas nikmat Allah. Tak terkira banyaknya. Seraya itu,.segera dipanjatkan syukur kpd Ilahi atas semua nikmat kurniaan dariNya.
 
Sebenarnya ketibaan Ramdahan umpama menggamit sejuta memori ana tika pertama kali mengenal bulan mulia ini. Dulu masa ana kecil,.bulan puasa la yang paling ana suka sebab dalam bulan ni la,.ibu ana lepaskan ana bermain pada waktu malam. Indahnya saat itu. Paling best dapat main aci ligan duduk, walau malam gelap pekat waktu tu. Tak pun aci menyorok.ehe Selalunya waktu malam paling ana takut tapi sbb ana tahu bulan puasa hantu iblis semua kena ikat. Jadi ana main,sampai x ingat dunia.ehe. Selalunya kami mula bermain apabila bekalan bunga api atau mercun kami dah habis. Jangan ingat ana ni baik yer waktu kecil. Ana ni sangat2 la nakal. Kadang-kadang tu asyik kena rotan je dgn ayah ana sebab kenakalan ana. Tapi skrg ana la anak yg paling baik (puji diri sendiri..ehe). 
 
Apabila usia semakin berganjak, ana tidak lagi berlari-lari bersama kwn2 yg lain. Ana akan bantu ayah di surau, menyapu lantai surau, melipat sejadah dan mengelap habuk di rak Al-Quran dan risalah. Ana sudah belajar untuk membantu jemaah wanita yg lebih berusia menyediakan juadah selepas solat sunat tarawikh. Membacuh air teh atau kopi dan menghidang juadah kpd jemaah yg lain. Selalunya selepas jemaah lain pulang, ana dan beberapa org teman bersama membasuh pinggan dan gelas. Begitulah rutin harian kami sehingga Syawal menjelma. Pada ketika itu, ana sudah rasakan perbezaan antara zaman kanak-kanak ana berbanding zaman menganjak remaja. Walaupun waktu itu ana baru berusia sebelas tahun. Alhamdulillah,.Allah cepat memberikan ana rasa kemantangan itu di dalam hati. 
    
Kini ana telah dewasa. Dewasa dari segi tingkah laku, pemikiran dan fizikal. Namun kenangan setiap Ramadhan itu tetap menjadi kenangan paling manis sepanjang hidup ana.  Moga Ramadhan kali ini, memberi seribu kali ganda makna kepada ana. Selalunya ana menghabiskan Ramadhan dgn membaca Al-Quran dan bertarawikh di surau atau masjid secara sendirian. Harapan ana,.moga tahun ini walau sendirian lagi ana doakan moga Allah sentiasa bersama ana memberi kekuatan untuk melakukannya. Malah biarlah lebih dari itu. InsyaAllah. 

Datanglah Ramdahan akan ku sambut dgn seribu kesyukuran,.
berjuta kali pengorbanan 
serta rasa keinsafan yg tiada taranya..




suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/July '11

FADILAT SOLAT TERAWIH


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:


"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."

Monday, July 25, 2011

Biarkan Aku Menangis!

Biarkan aku menangis...
kerana air mata itu bisa menjadi ubat penenang kpd ku
tatkala setitik deraian basah menyentuh pipi

Biarkan aku menangis...
kerana tangisan sendu yang berlagu pilu
umpama tiunan yang meredakan jiwa apabila pedih menusuk

Biarkan aku menangis...
kerana air mata itu seringkali menjadi peneman diri
di kala hati dan jiwa meraung sepi di dalam hati

Biarkan aku menangis...
kerana bila aku melakukan itu
segala resah dan masalahku seperti gugur satu persatu

Biarkan aku menangis...
kerana Allah menciptakan airmata untuk aku
mengadu hanya pada Dia yang Satu

Bila airmata ku gugur tanda hatiku sedang jatuh tersungkur
namun jatuh ku pada sejadah cinta Allah

Salahkah aku menangis mengingati detik-detik itu
kerana dengan itu aku seperti bisa tersenyum kembali
Biarkan aku menangis...




suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/July '11

Sunday, July 24, 2011

Allah Tak Pernah Ketemukan Kita Dengan Orang yg Salah!!


Allah tak pernah temukan kita dgn org yg salah kerana:

1. Insan yg hadir dlm hidup kita, yg memberi rasa kasih sayang,.kebahagiaan, senyuman dan airmata,.semuanya milik Allah,.suatu hari Allah akan tetap mengambil mereka dari kita.

2. Untuk membantu kita dlm melayari bahtera kehidupan. Walau untuk sementara,.tetapi pengalaman atau kenangan yg terukir bersama dia,.bisa menjadi pengajaran atau teladan buat kita.

3. Allah itu Maha Mengetahui perjalanan hidup kita,. Siapa? Apa? dan Bagaimana? yg berlaku dlm hidup kita hanya Allah yg mengetahui Lauh Mahfuznya.

4. Insan yg hadir umpama satu perlabuhan kapal yg singgah, setiap apa yg berada di perlabuhan dpt memberi pengajaran kpd kita,.erti dlm kehidupan,.sampai satu saat kita perlu melayarkan kapal kembali sehingga kita benar-benar bertemu perlabuhan tetap.

5. Allah ingin menemukan kita dgn insan yg berbeza,.sikap dan tingkahlakunya,.utk kita merenung setiap keunikan ciptaan Tuhan. Walau selepas itu kita bertemu dgn insan lain,.sememangnya tidak akan ada persamaan dgn insan yg kita temui sebelumnya.

6. Untuk kita lebih menghargai apa yang ada di dalam kehidupan kita sekarang supaya kita tidak akan rasa menyesal seandainya dia pergi meninggalkan kita.

7. Allah itu penuh rahsia. Setiap apa yang berlaku, Allah menginginkan kita kembali padaNya. Suka duka gelak tawa dan air mata,.Allah ingin kita bersamaNya.

~ Indahnya pertemuan dan perpisahan andai kerana Allah. Airmata dan gelak tawa akan sentiasa menjadi peneman setia bg insan bergelar manusia. Allah itu maha mengetahui segala2nya. Setiap yg berlaku, penuh hikmah,.jgn krn dugaan yg melanda kita berendam airmata tetapi lihatlah di sebalik dugaan,.terkandung manisnya kehidupan. Allah sayang kita,.sayang umatnya, sayang semua,.walau kita terpisah jdkanlah doa sbg pengikat hubungan kita sesama manusia. Mana tahu masa akan dtng Allah telah menetapkan sesuatu yg lebih baik utk kita..InsyaAllah.

Adab-Adab Berhadapan Dengan Suami

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.