"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Saturday, July 16, 2011

Warkah Buat Bakal Isteriku..


Buat: Isteriku(zaujah) yang tercinta[hanya Allah mengetahui]
Dari : Bakal Suamimu
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Allah memberikan kekuatan kepada ana untuk menulis surat ini... Sesungguhnya segalanya datang dari Allah, sedarlah wahai anti bahawa Allah sahaja yang memiliki dunia dan seluruh Alam ini. Udara yang kita bernafas ni, Allah tak mintak sesen pun, tubuh badan, kecantikan, harta, dan segalanya hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah untuk menguji kita... Sejauh manakah taqwa kita kepadaNya?


buat bakal zaujah,
ana tak berharap apapun pada anti.. Tetapi ana cuma harapkan anti menjadi seorang yang solehah. Bukanlah bermaksud perfecttetapi ana idamkan seorang wanita yang solehah menjadi peneman hidup..  Sesungguhnya tiada siapa di dunia ini perfect. Di saat ana sunyi, anti menjadi peneman suka duka kehidupan ana.


buat bakal zaujah,
ana bukan seorang yang perfect, terlalu banyak kekurangan pada diri ana. Ana ingin berubah setiap saat setiap detik ana cuba berubah . Ana cuba untuk memperbaiki diri ana. Ana ingin menjadi seorang suami yang dapat menjaga anti dengan baik, dapat bahagiakan anti dengan seadanya. 


buat bakal zaujah,
ana sedar siapa diri ana, bukan seorang yang menjadi idaman wanita-wanita, tetapi ana cuma mahukan anti menjadi peneman hidup dalam membina sebuah keluarga muslim yang mengamalkan islam dalam kehidupan. Sesungguhnya Allah hanya meredhai Islam sebagai cara hidup. Jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup kita, pasti kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
buat bakal zaujah,
ana harap apabila kita sudah menjadi suami isteri, kita sama-sama mempertingkatkan amal di samping saling nasihat-menasihati untuk kebaikan dan kesabaran agar kita ini tergolong dalam orang-orang mukmin. Alangkah indahnya saat itu apabila kita ke kuliah bersama, ke surau bersama, dan di saat itu baru kita rasa dating halal yang Allah redha.


Akhir sekali.. Ana berharap anti bersedia untuk menjadi zaujah ana, dan menerima diri ana seadanya. InsyaAllah.. Dalam masa sebelum kita melangsungkan perkahwinan, ana akan cuba berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorang lelaki yang baik. Ana juga harap anti dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang terbaik.


Semoga Allah pertemukan kita dengan jalan yang diredhaiNya. Amin..











No comments: