"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Tuesday, July 12, 2011

Bahtera Cinta Allah

     Rasulullah SAW mengilustrasikan kehidupan berkeluarga beliau penuh dengan keharmonian, ketenagan dan kebahagiaan kerana dibangunkan di atas dasar ketaatan kpd Allah. 

Suami yg mencintai Allah dgn sepenuh jiwanya, dia menjadi teladan kpd keluarga bukan agar dihormati anak dan isterinya. 
Isteri yg mencintai Allah seluruh hatinya, dia berbakti kpd suami bukan agar suami mencintainya. 
Diri kita milik Allah, yg mengetahui segala perasaan dlm diri kita hanyalah Allah. Yang memerintahkan kita berbikah adalah Allah. 
Pernikahan yg terjadi juga adalah dgn izin Allah. Bahkan kebahagiaan yg diraih juga adalah krn pertolongan Allah.



Sungguh! Keluarga itu 

1. pusat ketenangan
2. pusat ilmu
3. pusat nasihat
4. pusat kemuliaan

Jika ahlinya teguh mengingati Allah
Jika ahlinya gigih hidup krn Allah

Sungguh! iman yg kukuhlah yg membuat hiruk pikuk kehidupan berumahtangga tidak akan tenggelam dan rapuh. Hanya dgn kekuatan iman kita mampu menghiasi keluarga kita dgn ketenangan dan kebahagiaan.  
Justeru, binalah keluarga yg dekat dgn Allah. Binalah keluarga yg dibangun sepenuh jiwa dgn mengingati Allah, mengenal Allah dan taat kpd Allah. 

PEMBINAAN KELUARGA

1. Amar Maaruf
2. Nahi Mungkar
3. Solat berjemaah
4. Perbincangan ilmiyah
5. Ta'aun (bekerjasama)
6. Nasihat Menasihati
7. Husnu Dzan

Binalah keluarga yg sgt menjaga keihklasan dlm beramal 
krn kebahagiaan berumah tangga hanya dirasai oleh mereka yg berhati bersih dan ikhlas. 
Kekurangan yg ditemui menjadikan kita saling melengkapi, 
kelebihan yg dimiliki selalu disyukuri.

Sungguh luar biasa rumahtangga yg disuburi dgn keimanan dan keihklasan. Lautan nikmat yg datang, disambut dgn penuh kesyukuran. Musibah yg menerpa, dikendalikan dgn penuh ketenangan. 

Semoga Allah mengurniakan kita rumahtangga yg diberkati, rumahtangga yg diberkati, rumahtangga yg mengukuh iman, rumahtangga yg selalu bersungguh meningkatkan produktiviti kebaikan, rumahtangga yg dicita-citakan utk meraih redha Ar-Rahman. 

Moga dgn niat, usaha dan doa yg terbaik, kita akan membina keluarga dan generasi yg lebih baik, menyinari alam dgn ketaatan kpd Allah. Demi meneruskan jejak langkah kebaikan dan kecemerlangan. Dgn segala semangat dan daya usaha, kita melukis peradaban bermula daraipada RUMAH KITA. 

Ya Allah, kurniakanlah kpd kami isteri-isteri dan anak-anak yg menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi org2 yg bertaqwa. 

Membangun sebuah keluarga bukan perkara mudah, mulakanlah dgn 

1. Niat yg baik
2. Usaha yg tepat
3. ketekunan berDoa 
memohon pertolonganNya..InsyaAllah




suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/July '11



No comments: