"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Sunday, July 17, 2011

Serasi : Perlukah Mencari yang Sempurna?


Serasi? macan mana kita nk tahu psangan yg kita pilih utk dijadikan teman sepanjang hayat merupakan 'soulmate' kita. Sedangkan Allah selalunya mengirimkan kita suami/isteri yg berbeza sikap dan tingkahlakunya dari kita. Contoh seorg penyabar, seorg lagi mesti cepat marah. Seorg pendiam, seorg lagi mesti ckp x henti2. dan byk lagi sebenarnya perbezaan setiap pasangan. 

Tapi pelikkan? sebab wlu berbeza bagaimanapun,.setiap psangan boleh hidup dan menjadi teman spjng hayat. Kadang2 ada juga yg merungut apabila susah mendpt pasangan yg betul2 memenuhi kehendak hati mereka.


 Sebenarnya Allah itu penuh hikmah. Di sebalik apa yg ditakdirkn utk kita,.itulah yg paling terbaik utk kita. Selalunya kita mesti mempunyai 'taste' masing2,.dlm memilih psangan. Bertuahlah klu ada yg dpt sepenuhnya spt yg kita kehendaki. Namun bagi yg tidak mendpt spt apa yg kita impikan,.cuba kaji di sebalik pemberian Allah itu. Ada hikmahnya. Jika kita menyulami pemberian itu dgn rasa syukur, insyaAllah segala apa saja hadiah dariNya kita akan hayati dgn penuh penghargaan. 

Seperti pasangan kita, seandainya dia mempunyai kelebihan tertentu,.sudah pasti dia juga mempunyai kekurangan pada sesuatu perkara. Contoh,.pasangan kita cekap dlm menguruskan kewangan dan kerjayanya,.namun apabila masuk dlm pengurusan anak-anak dan rumahtangga,.dia mempunyai kekurangan di situ. Jadi sbg isteri/suami mungkin kelebihan kpd kekurangannya itu ada di dlm diri kita. Maka kita akan saling melengkapi. Umpama malam dan siang, gelap dan cerah, bintang dan bulan. Ada perbezaan bukan? Manakan malam dan siang itu sama, krn malam itu gelap, sejuk dan dingin sedangkan siang itu cerah, panas dan terik. Jadi sekiranya kita mendapat pasangan yg berbeza, terimalah dia seadanya. Janganlah kita terlalu sibuk mencari dan mengharapkan sesuatu yg terlalu begitu sempurna. 

Seperti kata pujangga, 
" Seandainya ingin mrncari pasangan yg baik dan terbaik, didiklah diri supaya jadi baik dan terbaik"

Dan berdoalah kepada Allah supaya mengurniakan kita pasangan yg soleh/solehah.


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah org-org) yang berdoa dgn berkata: "Wahai Tuhan Kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yg menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi org-org yang (mahu) bertaqwa.
  
Setiap usaha dan doa, moga Allah swt perkenankan. InsyaAllah.



suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/July '11

No comments: