"Manusia adalah selemah-lemah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT.,dunia hanya sementara, akhirat adalah selamanya., be a truly muslimah..InsyaAllah.."

Monday, July 18, 2011

Mencari Bintang Timur

    Kisah ini ana perolehi dari sebuah artikel di surat khabar. Di mana,.seorg penulis meluahkan rasa di hati utk mencari pasangan yg digelarnya 'bintang timur'. Agak terkesan juga di dlm hati ana,.apabila membaca bait-bait tulisan si pengirim surat ini. Hayatilah bagaimana seorg pemuda dlm pengembaraannya mencari 'bintang timur' hatinya...


‘ Wanita dijadikan daripda rusuk lelaki, bukan dari kepalanya untuk dijunjungnya, bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai’

    Saya bukanlah seorang yang puitis yang mampu bercerita tentang bulan dan bintang dengan penuh kiasan. Saya juga bukan dari latar belakang akademik ilmu sastera yang boleh membuatkan sesiapa juga teruja mendengar cerita saya. Tapi cerita yang saya ingin kongsikan ini benar-benar menyentuh hati lelaki saya. Saya rasakan semua lelaki patut membacanya. Cerita ini dilontarkan ke dalam kotak emel saya dan saya membacanya berkali-kali dengan penuh rasa kekaguman. Begini kisahnya Putri…

    Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke sebuah pusat perubatan swasta di Melaka. Dia mengadu kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia “mengandung kut?” Dia kata tak ada. Oleh kerana dua tiga hari macam tu saja, saya bawa dia jumpa doctor dan ternyata isteri saya mengandung dua bulan.

     Dia akan berasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apapun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesau solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.

     Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macam mana nak elakkan imsomnia (gangguan tidur) yang dialaminya. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran di atas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap. Sekarang saya terus membaca Al-Quran di sisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan.

    Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab Kasyaful Mahjub. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya.

     Ada yang bertanya bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

  1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah minda sedar.
  1. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.
  1. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda. 
  1. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.
  1. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyaallah, saya doakan saya dan diri anda  berjaya dengan kaedah ini.
       Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi Al-Nu’man), seseorang kepada bapa ImamAbu Hanifah, Tsabit.”Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah, “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan.” Apa yang disampaikan oleh Tsabit ialah dia sendiri telah diasuh manakala sterinya juga sudah dididik dan Hanafi sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

     Logik akal, acuan yang bulat mana mungkin mengahsilkan kuih segi empat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Say bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya terus doa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.

     Saya bacakan kisah para Rasul, para Nabi, wali songo, tujuh wali Melayu kepadanya.  Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya kehalaman rumah mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil di rumah anak-anak yatim piatu yang saya bawa hingga kini.saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya di sin, kami akan bercerita segala-galanya. Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di tengan padang rumput., sehingga sekarang ridak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.

     Saya bertekad dalam hati, insyaallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih di rumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah mamanya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Oh! Janganlah tumpah lagi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

     Saya tidak mahu terus melayan perasaan. Segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah bintang timur dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan kesetiaan dan cintanya kepada saya. InsyaAllah tidak lama lagi, akan muncul ‘bintang timur kecil’ dalam hidup saya.

    Saya membaca cerita ini berkali-kali. Ia benar-benar menyentuh hati saya. Saya seorang lelaki yang belum berkahwin dan bahagia dengan hidup saya sekarang ini. Di kala ramai kawan-kawan saya telah mendapat pasangan hidup, saya masih kuat berlari mengejar cita-cita dalam hidup saya. Tapi sebelah membaca cerita ini, saya mula memikirkan alangkah indahnya hidup ini jika saya juga mempunyai bintang timur ini dalam hidup saya.

     Tentulah saya juga akan dikurniakan dengan bintang timur kecil suatu hari nanti. Tak mengapalah, mungkin itu mainan perasaan saya sahaja. Saya percaya masanya kaan sampai juga. Saya kan tetap menunggu. Saya akan tmendapat bintang timur saya sendiri. Datanglah bintang timur ke dalam hidup saya. Saya akan cuba memberikan seperti apa yang diberikan oleh suami dalam cerita di atas kepada bintang timurnya.






- AEROELASTICITY SPECIALIST/AHAD18NOV2007/MINGGUAN  
  MALAYSIA








No comments: