Alhamdulillah.,tak sabar rasa di hati menyambut ketibaan Ramadhan tidak lama lagi. Syukur kpd Allah kerna masih memberi nikmat kehidupan hingga saat ini. Jika dihitung-hitung, sungguh luas nikmat Allah. Tak terkira banyaknya. Seraya itu,.segera dipanjatkan syukur kpd Ilahi atas semua nikmat kurniaan dariNya.
Sebenarnya ketibaan Ramdahan umpama menggamit sejuta memori ana tika pertama kali mengenal bulan mulia ini. Dulu masa ana kecil,.bulan puasa la yang paling ana suka sebab dalam bulan ni la,.ibu ana lepaskan ana bermain pada waktu malam. Indahnya saat itu. Paling best dapat main aci ligan duduk, walau malam gelap pekat waktu tu. Tak pun aci menyorok.ehe Selalunya waktu malam paling ana takut tapi sbb ana tahu bulan puasa hantu iblis semua kena ikat. Jadi ana main,sampai x ingat dunia.ehe. Selalunya kami mula bermain apabila bekalan bunga api atau mercun kami dah habis. Jangan ingat ana ni baik yer waktu kecil. Ana ni sangat2 la nakal. Kadang-kadang tu asyik kena rotan je dgn ayah ana sebab kenakalan ana. Tapi skrg ana la anak yg paling baik (puji diri sendiri..ehe).
Apabila usia semakin berganjak, ana tidak lagi berlari-lari bersama kwn2 yg lain. Ana akan bantu ayah di surau, menyapu lantai surau, melipat sejadah dan mengelap habuk di rak Al-Quran dan risalah. Ana sudah belajar untuk membantu jemaah wanita yg lebih berusia menyediakan juadah selepas solat sunat tarawikh. Membacuh air teh atau kopi dan menghidang juadah kpd jemaah yg lain. Selalunya selepas jemaah lain pulang, ana dan beberapa org teman bersama membasuh pinggan dan gelas. Begitulah rutin harian kami sehingga Syawal menjelma. Pada ketika itu, ana sudah rasakan perbezaan antara zaman kanak-kanak ana berbanding zaman menganjak remaja. Walaupun waktu itu ana baru berusia sebelas tahun. Alhamdulillah,.Allah cepat memberikan ana rasa kemantangan itu di dalam hati.
Kini ana telah dewasa. Dewasa dari segi tingkah laku, pemikiran dan fizikal. Namun kenangan setiap Ramadhan itu tetap menjadi kenangan paling manis sepanjang hidup ana. Moga Ramadhan kali ini, memberi seribu kali ganda makna kepada ana. Selalunya ana menghabiskan Ramadhan dgn membaca Al-Quran dan bertarawikh di surau atau masjid secara sendirian. Harapan ana,.moga tahun ini walau sendirian lagi ana doakan moga Allah sentiasa bersama ana memberi kekuatan untuk melakukannya. Malah biarlah lebih dari itu. InsyaAllah.
Datanglah Ramdahan akan ku sambut dgn seribu kesyukuran,.
berjuta kali pengorbanan
serta rasa keinsafan yg tiada taranya..
suhaiza_shuhaimi/AllahisEnoughforMe/July '11
No comments:
Post a Comment